Monday, 23 April 2018

PENGAMPU NOMBOR SATU KECUNDANG JUA AKHIRNYA.....

Siapa yang tidak kenal dengan Dr. Puad Zarkashi, terutama sejak beliau kalah pada pilihanraya 2013 dan kemudian dilantik sebagai Ketua Pengarah JASA.


Meskipun JASA adalah sebuah agensi kerajaan yang berperanan menerangkan hal-hal berkaitan dasar kerajaan kepada rakyat, tetapi Dr. Puad seolah-oleh menjadikan JASA alat propaganda untuk mempertahankan tubuh badan Najib Razak, Rosmah Mansor dan menyerang Tun Mahathir Mohamad semata-mata.


Apa yang tidak dipuji, dilambung dan diampunya Najib dan Rosmah dan apa juga yang tidak dikeji serta dihinanya Tun Mahathir Mohamad.


Lantaran itu, Dr. Puad lantas dilabelkan oleh banyak pihak sebagai pengampu dan pembodek nombor satu kepada Najib dan Rosmah, satu kedudukan yang beliau sebenarnya berkongsi dengan Salleh Said Keruak.


Cuma, Salleh merupakan pengampu nombor satu yang berjawatan menteri, manakala Dr. Puad pula pengampu nombor satu yang hanya sekadar menjadi Ahli MT,, selain sebagai Ketua Pengarah JASA yang barangkali hanya diberikan atas dasar kasihan berikutan beliau kalah pilihanraya 2013 dan hilang jawatan timbalan menteri pendidikan.


Sejak semalam telah tersebar satu surat yang kononnya ditulis oleh Dr. Puad yang menyatakan beliau akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah JASA serta akan bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihanraya pada 9 Mei nanti.


Keputusan beliau itu digambarkan kerana tidak berpuas hati sebab tidak terpilih sebagai calon dalam pilihanraya kali ini.


Sebaliknya UMNO dan BN dikhabarkan telah memilih Ketua Wanita Batu Pahat, Haliza Abdullah sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Batu Pahat di mana Dr. Puad adalah ketua bahagian itu.


Tidak dipastikan sama ada surat itu benar atau palsu, tetapi oleh kerana sekarang sudah sah nama Dr. Puad digugurkan sebagai calon dan digantikan dengan Haliza, nampaknya surat yang telah tersebar luas itu seolah-olah adalah benar.


Berikut adalah surat tersebut:-


Rakan-rakan yang dihormati,


Saya akan memohon peletakan jawatan saya sebagai KP JASA pada 26.4.2018. Saya akan bertanding sebagai calon bebas untuk P150 Batu Pahat dan N24 DUN Senggarang.


Saya akan berperang melawan sistem yang rosak dalam UMNO dalam memilih calon untuk PRU14. Pada hari Jumaat saya menerima panggilan dari Datuk Azwan Ibu Pejabat untuk menghadiri mesyuarat khas di Bilik Melaka PWTC (21.4.18). 


Tetapi pada keesokan harinya saya menerima panggilan lain dari beliau meminta saya supaya tidak hadir. Kemudian hanya saya tahu bahawa Ketua Wanita saya ada di PWTC.


Saya memenangi kedua-dua pilihan raya MT dengan peluh dan air mata. Saya menentang politik wang namun saya menang kerana ahli mempercayai saya. 


Saya mengalami dua kali pengalaman buruk ketika saya tidak dinominasikan pada tahun 1999 dan 2004 hanya kerana fitnah dalam parti. Tetapi saya tetap meletakkan dan menegakkan "UMNO Perjuangan". Tetapi bukan untuk kali ketiga. Cukup cukup. 


Saya tidak akan bertolak ansur dengan sistem yang rosak ini. Saya suka seperti sampah kerana tiada siapa yang berunding dengan saya evendoor Saya MT yang dipilih.


Saya tidak boleh percaya Ketua Wanita saya yang dikelilingi oleh isu peribadi kontroversial menjadi pilihan terbaik parti. Semua kerja keras, sasaran mikro, dan operasi taktikal telah diabaikan.


Saya tidak menentang "UMNO Perjuangan". Saya tidak menentang bos besar. Saya telah mempertahankan parti dan bos besar sepenuh hati. Tetapi kali ini, saya menentang sistem yang rosak. Saya akan berjuang sehingga jatuh terakhir.


Saya akan meninggalkan kumpulan NCC ini.


Begitulah isi surat yang telah tersebar luas dan menjadi percakapan ramai sejak semalam lagi.


Susulan surat yang tersebar itu dan namanya sah digugurkan, Dr. Puad dikhabarkan akan mengadakan sidang akhbarnya hari ini. Sama-sama kita tunggu apa butir ceritanya nanti.


Tetapi, bagamanakah pengampu nombor satu boleh diketepikan begitu saja oleh Najib?


Apakah Najib tidak terbuai dan terlena dengan bodek dan ampunya selama ini?


Ataukah bodek dan ampu beliau sebenarnya tidak sebaik apa yang dilakukan oleh Salleh Said Keruak?


Namun, sedih juga rasanya apabila pengampu dan pembodek nombor satu diperlakukan sebegini rupa oleh Najib.


Apakah Najib tidak kasihan dengan begitu banyak air liuhnya yang tumpah dalam mengampu dan membodek selama ini?


Adakah pembodek dan pengampu yang lain - yang nombor dua, nombor tiga dan  tidak bernombor - dapat apa yang mereka hajati dalam pilihanraya kali ini atau ramai juga yang senasib dengan Dr. Puad ini? (ShahbudinHusin 23/04/2018)

60 comments:

  1. Ampu dia xcukup ampuh macam saleh karabau

    Lobai malang, nyah kojola, dll standbyle nak ditendang dek najip

    Claim dedak xde sapa nak sain dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si musibat ini betul punya membodek MO1 pun tak dapat jadi calon,,Padan muka kau Puad,,ada hati nak bertanding tiket bebas,, wang deposit kau akan lesap Puad

      Delete
    2. AHOI, MAHKAMAH KASI "stay against ROS dissolution order".

      WALAU PUN SEBAB YANG DI BERI HAKIM TAK MEMBERANGSANGKAN KEMUNGKINAN PEMBUANGAN "dissolution order" ITU SELAMA LAMA NYA -

      Bersatu granted stay against ROS dissolution order

      Court rules that if the stay is not granted, it may cause the party 'irreparable damage'.

      Delete
    3. LAGI SATU BERITA BAIK -

      Sixteen former Umno members who are seeking to compel the Registrar of Societies to dissolve Umno over irregularities in its leadership elections have obtained an early date before the High Court in Kuala Lumpur.

      Their application for leave will be heard on Thursday, before Justice Kamaludin Mohd Said...

      YA ALLAH, GERAKKAN LAH HATI HAKIM ITU SUPAYA DIA "compel the Registrar of Societies to dissolve Umno" DAN DENGAN ITU GULINGKAN NAJIB. AMEEEEN.

      Delete
    4. I' d like to join and pray....'Amin'.

      Delete
    5. aaaaaaammmmmmmmiiiiiiiiin


      #bNajibapokpondan


      Delete
    6. Kita selalu dengar bagaimana penyokong HARAPAN merunggut kerana RTM dan TV3 menyiarkan berita bohong, putar belit dan fitnah. Mereka kecam TV3 dan RTM. Mereka boikot, buat demostrasi bakar sepanduk.

      Tapi yang peliknya cybertropper HARAPAN menggunakan hujah TV3 dan RTM sebagi sumber berita buat FITNAH pula kepada PAS.

      Mana akal mereka dalam hal ini.
      Nampak macam bodoh aje...



      Cerita sebenar adalah seperti ini
      Kita selalu dengar, PAS jadi King Maker. Persoalan PAS akan tubuh kerajaan dengan siapa sudah dijawab oleh TGHH, iaitu dengan parti yang menerima syarat yang dikemukakan PAS iaitu menerima Islam.

      Sebelum ini, ada soalan jika semua tak terima syarat PAS macam mana? TGHH jawab, PAS akan jadi pembangkang, biarlah PH dan BN bergabung, tak terima syarat PAS, PAS terus jadi pembangkang.

      Menariknya hari ini, TGHH jawab soalan wartawan di Sarawak, jika semua parti (BN &PH) menerima syarat PAS, PAS nak pilih siapa? TGHH jawab, jika semua terima syarat PAS, kita boleh tubuh kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang.




      Macam Mana DAP boleh bagi gaji RM12k sebulan kepada Wan Ji yang bodoh berpolitik?




      Seorang lagi facebook HARAPAN Hussin

      tunjuk tindakan bodoh tanpa berfikir dengan akal.

      Delete
    7. Sudah jd budaya dlm umno, JASAmu tidak dikenang. Rakyat pun mau ingat la, bn tak akan menghargai pengundi yg memilih bn. Dizalimi lg ada la. Segala moneyfesto dan aku janji semua tolak ketepi sampai next pru. Jd jgn lg membiarkan diri anda ditipu bn. Undi PH. Percayalah kpd Tun M.

      Delete
  2. EVENDOOR!!!
    PINTU RATA KE PUAD? MACAM MANA LA HANG BOLEH JADI TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Even Though jadi EvenDoor KahkahKah !
      Ini kualiti mt umno bekas tim menteri pendidikan ? Mampusssss

      Delete
    3. Suruh Puad Zarkasi jadi office boy angkat beg Tuan Hj.Mohamad Sabu

      Delete
    4. Sah-sah dalam UMNO kini...

      PM bertaraf kangkong.
      Flom bertaraf kangkong.
      TPM bertaraf kangkong.
      Menteri2 bertaraf kangkong.
      Presiden bertaraf kangkong.
      Setiausaha Kong kali Kong bertaraf kangkong.
      Ketua Penggelapan bertaraf kangkong.
      Ahli Najis Tertinggi bertaraf kangkong.
      Wakil Rakyat bertaraf kangkong.
      Ketua Bahagian & Cawangan bertaraf kangkong.
      Punahsihat bertaraf kangkung.
      Ketua2 Jabatan/Institusi Menteri bertaraf kangkong.
      Professor bertaraf kangkong.
      Pencacai bertaraf kangkong.
      Cyberterompah bertaraf kangkong.
      Kejora bertaraf kangkong.
      Geng Najis bertaraf kangkong.
      Lebai Serabai bertaraf kangkong.
      Tanah Melayu Kini bertaraf kangkong.



      Pejuang Keparat bertaraf kangkong.

      Delete
    5. Sepatutnya, eventhough, bukan evendoor!

      Delete
    6. Jenuh gugel cari apa maksud evendoor tu td huhu

      Delete
    7. Baru saya nak komen, tengok dah ada.....

      Delete
  3. Replies
    1. duli cium jari hadi sampai ke pangkal lengan


      dengam ketiga3 cincin hadi di sedut puad nii


      jilaaaatt


      lepastu kluar paz party islam sesat

      Delete
  4. Wow..ini baru seko dah terang2 kecewa..xkan baru sedar walhal dah lama enginnya rosak..geraknya cuma 3 selinder..bayangkan..xpayahlh nak susah2 repair..
    Rasanya Bang Shah..kemenangan seperti dlm tangan..kawsan kami calonnya adalh calon umno kitar semula..calon yg dketahui yerjejas dgn kes sleweng dan rasuah..pilihan menunggu rebah..rebahnya umnobn serta mengelabahlh macai2nya..sipuat dperbuat dsebegitu ini kan pula pencacai yg x bawa untung pd ketua klepetokrat..
    hahahapuaklepet

    Lawan tetap Lawan!!

    ReplyDelete
  5. Satu je nk komen,org putih kata serve your right...betulkn klu aku silap eja hihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku terjemahkan ke bahasa mudahnya... Padan muka kau Poad. JASAmu tak dikenang. Org suruh hang duduk JASA utk terangkan dasar kerajaaan bukan jadi tukang propa. Bila skop kerja pun hang tak faham, patutlah hang tak tercalon.

      Delete
  6. hahaha "evendoor", ketua pengarah jasa sampah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si puad ni standard mat singapork je ghupernyer

      Delete
    2. Cuma aku kesal si puad ni masih nak berlapik menembak si panglima bugis.kononya sistem umno yg tak betul..terus terang ckp si bugis tu yg tak betul kan lagi senang.

      Masih mengharap kalau menang calon bebas akan diterima masuk kabinet lagi kot?? Itu pon kalau tak kena pecat ler

      Delete
  7. Ahli politik cari mkn. Patut dah sedar bila masuk politik.
    Baru sedar sistem dlm umno rosak. Tu sbb x dpt buat pemilihan parti. Lawak la dr kangkang ni. Tp sikit2 tuhan bg kesedaran dan balasan.
    Mn najib nak pilih geng yg menentang sistem cash is king yg diamalkannya. Cuba lihat senarai calon bn. Semua berpaksikan cash is king dlm hidup.

    ReplyDelete
  8. Bila ditawarkan pisang... Maka senyap le dia nanti. . hehe

    ReplyDelete
  9. Haha....tgu dedak lain pulak baru I uturn

    ReplyDelete
  10. 'you reap what you sow'

    Allahuakbar !!!

    GOD is the greatest.

    harap dia akan memohon maaf secara ikhlas kpd negarawan kita Tun M,dan seterus nya bekerja keras utk menjatuhkan pemerintahan yg korup.

    ReplyDelete
  11. Dr Evendoor heheheh....PhD.

    ReplyDelete
  12. INI BERITA BAIK, NAK SALINKAN DI BAHAGIAN BAWAH RUANG KOMEN INI -

    AHOI, MAHKAMAH KASI "stay against ROS dissolution order".

    WALAU PUN SEBAB YANG DI BERI HAKIM TAK MEMBERANGSANGKAN KEMUNGKINAN PEMBUANGAN "dissolution order" ITU SELAMA LAMA NYA -

    Bersatu granted stay against ROS dissolution order

    Court rules that if the stay is not granted, it may cause the party 'irreparable damage'.

    LAGI SATU BERITA BAIK -

    Sixteen former Umno members who are seeking to compel the Registrar of Societies to dissolve Umno over irregularities in its leadership elections have obtained an early date before the High Court in Kuala Lumpur.

    Their application for leave will be heard on Thursday, before Justice Kamaludin Mohd Said...

    YA ALLAH, GERAKKAN LAH HATI HAKIM ITU SUPAYA DIA "compel the Registrar of Societies to dissolve Umno" DAN DENGAN ITU GULINGKAN NAJIB. AMEEEEN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen....Syukur alhamdulillah.

      Delete
    2. jgn gumbira sangat esok mahkamah rayuan akan batalkan yg hari ni punya



      tau leeer perangai bNajibapokpondan

      Delete
  13. Musim melobi jadi YB ......

    ReplyDelete
  14. Kenapa jadi pengampu? Dah tak ada kerja lain?

    ReplyDelete
  15. Tak sabar nanti 10/5, keputusan pilihanraya
    BN dah pasti akan menang dengan bergaya
    Teringin nak tengok muka cai2 masam toya
    Kejora pula semakin bergemerlapan cahaya

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkakah

      Pi hisap rokok john lah

      Delete
    2. Hahahahaha...dah tak keruan kejora seminggu dua ni

      Delete
    3. Hahahahaha...dah tak keruan kejora seminggu dua ni

      Delete
    4. Dah heran dengan kekalahan...kena ikutlah keputusan..demokrasi terpimpinkan....tapi kalau BN yg kalah cam mana...

      Delete
  16. Merajuk konon dr even door. Gempaq saja lebih. Najib huloq pisang , diam la tu . Jangan makan kulit pulak isi di buang.

    ReplyDelete
  17. Mana pergii Suman bapok, Hindu kafir harbi
    Agak nya dia dgn DAP, sibuk panggang babi
    Jgn buat2 lupa 9 Jun pertemuan kita kat JB
    Jam 11 mlm di pdg Dtrn, ok Suman thamby

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkakah

      Pi hisap rokok john lah

      Delete
    2. Woooiiii wak kojola kengkang kepala mancis apa mcm berniaga skrng?

      Ada huntung ka?
      Woluk laaa

      Delete
    3. BERITA MUTAKHIR....!!

      Mahkamah Tinggi arahkan ROS menerima pendafataran semula PPBM.

      Bagaimanapun PPBM akan tetap terus bertanding di PRU 14 menggunakan logo 'PKR/Keadilan' bersama DAP, AMANAH & PKR yg telah disepakati tanda kesatuan & persatuan serta semangat jitu setiakawan Pakatan Harapan.

      Mana nak letak muka..tak malu ker Najib, Jahid, UMNO, ROS & SPR dengan perkembangan mutakhir ini......??

      Kejora Musibat kurang ajar-biadab, apa cerita....??

      Delete
  18. Jasa mu tidak di kenang kerana ko terlalu bodooh..

    ReplyDelete
  19. Brrsefialah mahkamah dah alihkan batu nisan Bersatu kpd umno...

    26 hb perbicaraan semakan kehakiman batalkan kelulusa Ros melanjutkan tempoh tangguh pemilihan umno lebih 18 bulan..

    ReplyDelete
  20. Apa punya mangkok hayun even door. Cukup la, bertaubat jgn dok tau buat sj. Skrg baru sedar langit tinggi rendah. Mengampu dah x jln. Asyik2 dok ampu yg recycle
    He he he....

    ReplyDelete
  21. Ada orang perasan menang
    Bergaya pulak dia dah dakwa
    Tak sedar diri nang butinang
    Sikit dedak banyak sendawa!

    Panggang babi China komunis
    cai Klepto turut mengipas
    Sudah dibagi janji manis
    Tanah Melayu nanti melepas!

    Nak tahu Hindu tanya MIC
    Cai dah sebut kafir harbi
    DAP perintah propaganda basi
    Klepto bohong adalah hobby!

    Pak Othaman cai nak kasi hentam
    Ini cai pandai ke silat
    Othaman tunjal cai pun pitam
    Terduduk cai terkulat kulat!

    Takde makna dia nak datang
    Dataran Merdeka lari sembunyi
    Dengar Othaman cai dah buntang
    Nak hilang takut cai menyanyi!

    Apa barang nak cabar orang
    Diri lemah otak pun sakit
    Parti sendiri dah runtuh sarang
    Dacing keris sudah terjungkit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anggaplah keberadaan pantoon kejora hanya sekadar bahan untuk ketawa dn hiburan kosong..untuk dirinya sendiri ketawa..berdekah dekah mcm kera cikah..
      Sblm hari rabu itu menjelang sbb hari khamisnya kejora tk boleh ketawa lg daahhh

      Delete
  22. evendoor adalah bahasa melayu baku
    tak caya cuba tanya kejora..diakan che'gu ilmu hisap..kah kaaah kaaaahh

    ReplyDelete
  23. ya..betul betul betul..ckgu maths konon!!

    ReplyDelete
  24. Semua Rakan Seperjuangan,

    BERITA MUTAKHIR....!!

    Mahkamah Tinggi arahkan ROS menerima pendafataran semula PPBM.

    Bagaimanapun PPBM akan tetap terus bertanding di PRU 14 menggunakan logo 'PKR/Keadilan' bersama DAP, AMANAH & PKR yg telah disepakati tanda kesatuan & persatuan serta semangat jitu setiakawan Pakatan Harapan.

    Mana nak letak muka..tak malu ker Najib, Jahid, UMNO, ROS & SPR dengan perkembangan mutakhir ini......??

    Kejora Musibat kurang ajar-biadab, apa cerita....??

    ReplyDelete
  25. Apa ker jadah Suman ini asyik dgn kangkong
    Kemaiin juah lagi, sejak DAP babi dia sokong
    Masih ke lagi panggang babi dgn tok pekong
    Berhelah jumpa dii JB, takut Kejora pelakong

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhbh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berita ini kini sedang tersebar meluas serata dunia.

      UMNO & Najib kini kena 'kualat' sebab berhasad dengki terhadap Tun Mahathir, PPBM & Pakatan Harapan.

      Ditohmahnya, dimanipulasinya & dianiaya Tun M, PPBM & Pakatan Harapan dgn menggunakan ROS & SPR. Allah SWT melaknati perbuatan mereka malah meresttui PPBM & Pakatan Harpan pimpinan Tun Mahathir. Parti pimpinan Tun M tak boleh bertanding di PRU 14 dan poster Tun M juga tak boleh dipamerkan sepanjang kempen pru 14,KECUALI di kawasan beliau bertanding guna logo Keadilan.
      Jahat betul Najib.....!!

      Kini dgn kehendak Sang Maha Kuasa, tersingkap sudah UMNO sendiri melanggar perlembagaannya sendiri, sekali gus parti itu, ROS & SPR berniat jahat menjakaui & menyalahi peraturan & undang2 menganiaya Tun M, PPBM & PH. Sebaliknya UMNO yg pulak melanggar perlembagaan partinya bila gagal mengadakan pemilihan dalam jangka tempoh 3 tahun + lanjtan/penangguhan 18 bulan yg dibenarkan.

      Bukan PPBM & Pakatan yg bersalah....UMNO yg sebenarnya bersalah & semua penyandang jawatan di peringkat cawangan, bahagian & Majlis Tertinggi (termasuk presiden & timbalannya) dah tak sah.

      Justru, sebagai pemimpin Barisan Nasional, parti gabungan ini juga dikira tak sah & tak patut/dibenarkan bertanding dalam PRU 14.

      Nampaknya, puak2 pendengki ini terpaksa menumpang simpati mengguna logo PAS, MCA atau MIC untuk bertahan hidup.

      Padan muka........!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...