Ternampak beliau begitu mudah meluluskan peruntukan pembangunan berbilion-bilion di kawasan pilihan, tambahan bangunan hospital, turapan jalanraya, kemudahan lampu isyarat dan macam-macam lagi.
Tidak cukup dengan itu, elaun anggota Rela juga dinaikkan secara tiba-tiba. Imam dan bilal masjid turut diminta beratur menerima kupon yang boleh ditukar dengan wang tunai dengan segera.
Di tempat beliau melakukan lawatan pula, selalunya ada saja pesta jualan murah seperti ayam, keperluan harian dan sebagainya diadakan sama.
Sebagai tambahan lagi, Najib secara spontan akan memberikan sedekah ayam, sebagaimana dilakukannya di Terengganu baru-baru ini, kepada beberapa pengunjung untuk menunjukkan baiknya hati beliau sebagai seorang pemimpin.
Adakah Najib benar-benar pemimpin yang baik yang perlu rakyat kekalkan lagi kuasa pemerintahannya?
(Untuk keharmonian bersama, komen menggunakan nama Anonymous tidak lagi dibenarkan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran)
Tidaklah sukar menjangka bahawa semua yang dilakukan Najib itu tidak lebih hanyalah gimik untuk menang pilihanraya saja. Setelah hampir 10 tahun menyusahkan rakyat dengan bebanan kos sara hidup, kenaikan harga barang, penarikan subdidi dan jerutan baru cukai GST, semua yang dilakukannya sekarang adalah semata-mata untuk menutup segala kelemahan, pekung, panau dan sopak dalam pentadbirannya selama ini.
Pemberian projek-projek segera hanyalah untuk mengabui dan melawan kekuatan parti lawan.
Selain itu, pemberian itu juga adalah sebagai percubaan Najib untuk menutup skandal 1MDB yang akibat daripadanya ada wang beribu juta dalam akaun peribadinya, isterinya Rosmah Mansor dihadiahkan barangan kemas jutaan ringgit, anak tirinya Riza Aziz mampu membeli beberapa kondo mewah di Amerika dan Jho Low tiba-tiba mencanak sebagai bilionaire baru yang menjadi buruan artis-artis Hollywood.
Semua perlakuan Najib untuk memenangi hati rakyat dan menang piliharaya ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.
Mereka yang sebelumnya, setiap kali pilihanraya, hanya menjanjikan harapan dan masa depan yang lebih baik jika terus diberi kepercayaan menjadi kerajaan, tetapi Najib lebih gemar memberikan sesuatu dalam bentuk habuan dan umpan.
Pemimpin yang tiada skandal dan tidak pernah dikaitkan dengan kecurian wang untuk diri sendiri, isteri dan anak-anak, memang tidak takut untuk menjanjikan harapan bagi depan kerana tiada apa yang perlu dirisaukan apabila mereka berbuat demikian.
Sebaliknya, mereka yang terkait skandal akan sentiasa diburu keraguan dan kesangsian untuk menjanjikan masa depan. Mereka bimbang janji-janji mereka tidak dipercayai atau kesalahan dalam skandal diperkatakan ramai.
Cara mudah untuk menutup skandal diri itu ialah dengan memberi habuan dan peruntukan segera kepada rakyat seolah-olah mereka pemimpin yang pemurah dan baik hati.
Itulah yang dilakukan Najib sekarang ini. Ke mana saja beliau pergi, pasti ada program pemberian tunai dan penyerahan habuan dilakukan.
Jika perlakuan beliau ini boleh difahami semata-mata untuk menutup pekung, panau dan sopak berkaitan diri serta kepimpinannya, bahaya yang menanti selepas memperolehi kuasa nanti adalah lebih berganda sebenarnya.
Semua yang diberikannya hari ini adalah daripada wang rakyat atau wang kita juga dan sudah tentu tindakan itu akan menambahkan lagi perbelanjaan atau jika tidak cukup wang, akan ditampung melalui penambahan hutang.
Apabila hutang bertambah, wang untuk perbelanjaan semasa akan berkurangan. Tidak saja projek-projek pembangunan untuk kemudahan rakyat akan tergendala, bahkan bajet untuk mengurus pentadbiran kerajaan pun tidak mustahil akan berdepan masalah.
Oleh itu, mengekalkan lagi Najib terus memberi risiko kadar GST akan dinaikkan, lebih banyak subsidi akan dihapuskan dan harga minyak terus tidak stabil, selain rasuah dalam pentadbiran kerajaan serta skandal dan kemewahan dalam keluarga atau kroni Perdana Menteri menjadi sesuatu yang tidak berpenghujung. (ShahbudinHusin 12/03/2018)
KSU KTTHE
ReplyDeleteSILA LETAK JAWATANG
JANGAN JADI PONDAN
...!!!!
Bukan setakat menderita tetapi cilaka badan dibuatnya.....!! Sudahlah Rakyat sekelian humban saja MO1 ke longkang jangan bela peminpin haprak ini........!!
DeleteLongkang pun xmuat
DeleteDalam jel lebih afdal
APABILA anda telah menjadi perdana menteri selama 22 tahun, bukan mudah untuk memberikan harapan baharu kepada rakyat. Orang akan bertanya, mengapakah anda tidak melakukan sebelum ini apa yang anda mahu lakukan sekarang.
DeleteNamun Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakan-rakannya telah melancarkan manifesto Pakatan Harapan minggu lepas.
Dalam sistem demokrasi, manifesto ialah satu dokumen pemasaran idea, harapan dan masa depan. Manifesto lebih dari sekadar janji-janji pilihan raya.
Saya percaya selepas ini Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera juga akan melancarkan manifesto mereka juga.
Dan, saya juga percaya manifesto Barisan Nasional akan lebih komprehensif berbanding Pakatan Harapan. Malah, ia mungkin mencakupi bidang-bidang yang Pakatan Harapan terlepas pandang.
Sebagai kerajaan, Barisan Nasional ada kelebihan persaingan atau competitive advantage. Parti itu mempunyai akses kepada maklumat dan data kerajaan. Oleh kerana Barisan Nasional ialah parti yang memerintah, manifesto saja tidak cukup.
Barisan Nasional sewajarnya mengemukakan kad laporan pencapaian manifesto dulu sebagai mukadimah kepada manifesto pilihan raya umum ke-14.
Lebai tiga suku!!!!
Deletelebai pas memang sokong mak badak
DeleteMemang sah la Tun cakap dia ni sembah duit. CASH is KING! Katanya. Patut la Overtime untuk staff kerajaan dah 3 bulan tak dapat bayar! Rupanya kerja dia tabur dedak sana sini! Adoi apa la nasib dapat PM jenis ni!
DeleteZack...
DeleteLebai tahap inilah yg menyebabkan 100% pengundi China humban bn jauh terkangkang ke longkang.
Cina tak rela dekati lebai songsang sebab nanti dicap...
Cina + lebai = CiBai....!!
PAS dah isthiar akan bertanding paling kurang 130 kerusi parlimen,apa lagi puak puak PH menyalak? Tak boleh terima ker? Sampai begitu sibuk dengan gendang PAS, itu dan ini.Lagipun sama ada PAS akan bergabung dengan Umno atau tidak kenapa PH sibuk? kita dalam demokrasi, Mahathir sendiri pernah kata, tak ada kawan atau lawan yang kekal dalam politik.Kalau Mahathir dulu lawan PH tetapi sekarang dah jadi kawan PH ,kenapa PAS tak boleh jadi kawan UMNO walaupun dulu lawan?
DeletePendek kata sepatutnya tak perlu bising dengan apa saja keputusan politik mana mana pihak dan kalaupun nak lawan propaganda tak perlulah dilaung laung secara melampau mengenai ug PAS UMNO.PH kan sudah kukuh dengan adanya Mahathir sebagai ketua, lawan ajerlah secara gentleman, bukan nak buruk burukkan apa yang PAS buat.
Tapi tak apa, PAS cool jer, katalah apa yang nak PH dan macai waluan tokongnya nak kata, yang benar tetap benar dan yang tak benar sampai bila bila tak akan jadi benar.Kalau ada macai tokong kata ada penulis ditko ni suka meroyan, tetapi hakikat sebenarnya tulisan mereka hanyalah menyatakan pendapat atau menganalisa fakta fakta yang ada dan secara langsung melondehkan bahawa macai tokong itu sendiri yang suka mengacau rumah orang dengan komen komen menipu dan memutar belit mereka.Rakyat dan pengundi negara bukan lah bodoh dan bukanlah tidak boleh menilai mana betul atau mana salah.Macai tokong cuma mahu melemahkan semangat penulis penulis yang diberi sedikit kekuatan oleh ALLAH untuk menyumbang kepada amal maaruf nahi mungkar.
Dunia akan binasa, macai tokong seperti semua manusia akan mati.Macai tokong mungkin boleh memenangkan Ph dengan kerja kerja mereka tetapi mereka juga akan mati. Jadi apa perlu takut dengan muka muka manusia macam ni? Yang tak akan reti bahasa sampai bila bila dan tak akan faham suasana apabila PAS menegaskan akan bertanding sekurang kurangnya 130 kerusi tanpa terikat dengan mana mana parti politik selain yang ada dalam GS,Macai tokong akan buat tak faham bahawa 130 kerusi itu tidak dicapai menerusi perundingan dengan UMNO yang sekaligus menjadi bukti yag paling nyata tak ada kerjasama antara PAS dan UMNO.
PAS tak akan takut dan gentar dengan peluru kapor yang PH hantar, malah sudah bersedia untuk menghadapi PRU 14.Kalah menang itu hak ALLAH tentukan tetapi kita semua penyokong PAS akan terus berdoa memohon ALLAH memberikan kemenangan kepada ISLAM sekalipun ada suara negatif menyebut Islam tak akan menang, itu bukan hak mereka untuk tentukan menang atau kalah, ALLAH jua yang berkuasa ke atas segala gala.
Barangkali tulisn sebeginilah dkatakan meroyan oleh macai tokong bukan komen meraban dari mereka.Kalau tulisan yang mengajak semua pembaca supaya kembali kepada pertolongan ALLAH itu meroyan, tulisan apa yang tidak meroyan? Saya serahkan kepada pembaca semua untuk menilai dan menjawbnya.Saya tak kisah dengan apa yang macai tokong nak kata, sebab bukan mereka yang boleh menentukan siapa akan menang dan siapa akan kalah.
Menilai secara adil dan waras adalah perlu.130 kerusi yang akan dipertandingan PAS sudahpun menjadi bukti tertulis bahawa PAS dan UMNO tak akan bersama sebaliknya BPMS yang diamalkan PAS membuka ruang untuk menghormati mana mana pihak yang nak hormatkan kita.Kalau PH nak hormat dengan kelutusan PASpun kita masih boleh terima, tetapi kalau mereka tak mahu hormat malah terus menggunakan bahasa bahasa serti bangang, bebal, bongok dan serumpun maka kita juga boleh gunakan bahasa yang sama.Ini bukan bahasa budak budak tetapi bahasa respon kepada perangai mereka!
SILBE KITE,jadi ler...
ReplyDeleteFB kena blok ke? Pagi tadi ada lagi .... lepas lunch dah tak boleh access
ReplyDeleteAda orang kata golongan yang menjadi hamba yang mendengar dan mentaati perintah ALLAH sebagai pak turut lebai sedangkan yang berkata itu pula adalah golongan yang mendengar dan mentaati ajaran dajal yang dijenamakan semula sebagai liberal. Memamg benarlah golonngan pertama itu pak turut lebai dan tidak ada salahnya menjadi pak turut lebai, sebabnya...
ReplyDeleteLebai adalah cara melayu mengenali ulamak, ulamak itu yang dikatakan lebai dan ulamak pula adalah personaliti contoh dan ikutan umat.Ulama hanya memberitahu dan mengajak umat untuk melakukan segala perintah ALLAH dan meninggalkan segala larangan ALLAH.Jadi sesiapa yang nak tergolong dalam golongan mentaati perintah ALLAH mesti terlebih dulu mendengar apa jua pengajaran yang disampaikan ulamak atau lebai.Atau dengan kata lain, mesti menjadi pak turut lebai.
Malangnya satu satu lagi golongan umat yang salah didikan, mendengar dari pengajar orentelis bukan ulamak mula jadi besar kepala, mula lupa siapa mereka, menukarkan diri dari sebaik baik kejadian kepada kedudukan yang lebih hina dari haiwan.Lantas mereka dalam keadaan lupa diri mereka yang lemah dan tidak berdaya dan upaya mentertawakan golongan pak turut lebai seolah olah mereka saja yang pandai dan betul.Tanpa sedar sebenarnya mereka adalah pak turut liberal yang menolak semua jaran Islam dan membaw ajaran yang bertentengan dengan Islam.
Inikah golongan yang cerdik dan betul? Sehingga mendakwa pak turut lebai itu jumud, apakah mereka ingat hinaan mereka kepada pak turut lebai itu tidak dipengaruhi oleh ularmak liberal mereka?Jadi kalau mereka hina pak turut lebai, apakah jaminan yang membuktikan mereka dipihak yang benar?
Umat Islam dikurniakan akal yang sepatutnya digunakan untuk berfikir sebagaimana panduan yang ditunjukkan oleh Quran bukan berfikir ikut akal dan panduan ularmak liberal sebab berfikir ikut panduan ularmak liberal boleh menghalalkan semua perkara yang diharamkan ALLAH dan boleh memanupulasi semua keadaan yang ada untuk memutarbelit fakta untuk membenarkan semua pandangan dan perbuatan mereka.
Umat Islam wajar menjauhi golongan ini dan wajar melawan secara istiqamah kerana kalau dibiarkan, bala mungkin menimpa umat Islam.
Pada saya ,yg paling teruk, bila sistem perundangan Negara dicabuli. Tiada lagi kedaulatan undang-undang. Apatah lagi kesopanan dan kesusilaan.
ReplyDeleteKepercayaan kepada Tuhan pun dah xada
DeleteApa nak cakap lagi..
Maaflah saya nak komen. Kalau Najib kekal, yg menderita adalah kroni Tun M dan pembangkang, bukannya rakyat keseluruhannya.
Delete(saya rasa komen saya ni tak akan disiarkan)
Anda tersangatlah salah rasa.
DeleteBuktinya, komen anda day pun disiarkan. Kalau ikut undang2 najib, anda boleh didakwa kerana menyebarkan berita palsu. Sabit kesalahan, kepala anda boleh kena sabit.
Tak Hairan kalau saya katakan GST Akan naik ke 8% jika pemerintah skg dikekalkan , GST merupakan cara yang paling mudah utk pemerintah mendapat perdapatan...
ReplyDeleteLega...dh tak de dah sidungu dgn sibebal komen kat sini.Tq budin
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteDia masih berkeliaran dgn nama samaran lain, cuma dia dah kena didisiplinkan suka2 hati dia kopipes berjela-jela & berulang-ulang untuk menimbulkan kebosanan pembaca2 blog terhadap blog ini.
DeleteINVOKE predicted BN 76 seats peninsula. PH 89. PAS 00. Sarawak BN mampu menang 25 dan Sabah 15. Maknanya PM kekal. Siallu najissss.
ReplyDeleteBN 76 seats means ppbm no seat..
Deleteatau camna...
Semoga para pengundi memilih calon2 secara rasional di pru14 nanti. Menidakkan kebaikan BN sama sekali rasanya tak wajar juga.
ReplyDeleteKebaikan BN zaman bila tu tuan?
DeleteKebaikkan dan kegemilangan BN hanya di zaman Tun sahaja. Lepas tu bn merudum dan merompak duit rakyat.
DeleteSiapa sebenarnya PN Malaysia skrng ni?
Najib atau Rosmah?
mcm ni bagus tuan budin, senang baca komen2 dari semua berkenaan.
ReplyDeleteWah...
ReplyDeleteAda kemajuan ...
nampak lebih harmoni...
Terima kasih Budin.
DeleteGOOD.................!
ReplyDeleteTerima kasih Encik Shahbuddin, kalau tak, saya
malas nak masuk sini.
Hello John Storm, is it you who was storming around this web site?
ReplyDeleteJanji pru13 dah habis ditunaikan najib?
ReplyDeleteBelum lagi. Tunggu dia masuk penjara.
DeleteKalau janji melayu tu semua dh sedia maklum
DeleteRupanya janji bugis lebih dahsyat lagi
thanks budin for the new rule!
ReplyDeletenice move syah, getting rid of trolls!
ReplyDeletenot sure if this true. latest news, najib's war room is moving ahead to making it illegal to talk, to write anything on 1mdb. is this a sign of desperation? they have banned it in parliment, now they want to do a blanket ban, while across the border, they are speechless.
Anything can happen,najib is so desperate,should PH govern this country,he knows where he/rosmah heading to!
Deleteyeay..harapnye mak badak akan ditangkap
ReplyDeleteAah, nyaman, halaman Budin ni, aman dan damai sikit si Kejora Gila dah kurang hujah2 dan komen2 zero value nya di sini although someone said he is still around. Sure lah faham faham najis ni kan walau pun dah di buang atau tutop pintu/tingkap , masih ada lagi bau nya. Unless dibasuh betul2 (means blocked him permanently) baru la takde bau2 busok tu kat sini . Thanks Tuan Budin. Selamat berjuang semua. Long live justice .... and good riddance to rubbish (PM, BN, Umnongok and cronies, oops also the lapdogs & bootlickers, and dedak eaters too huhuhu
ReplyDeleteBila nk PRU ni????
ReplyDeleteTahniah tuan... Dah takde sampah sarap yang menyemak kat ruang komen!
ReplyDelete