Friday, 7 July 2017

KENAPA TIADA PIMPINAN PAS TAMPIL SOKONG TUAN IBRAHIM?

Walaupun semua persoalan yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai menjawab perlecehan yang cuba dilakukan oleh Ketua Pengarah JASA, Dr. Puad Zarkashi terhadapnya bukanlah sesuatu yang asing dan baru, tetapi sebenarnya itulah pertanyaan yang selama ini turut bersarang dalam pemikiran rakyat Malaysia yang prihatin.

Antara yang ditanyakan oleh Tuan Ibrahim kepada Dr. Puad ialah:-

"Jika Ketua Pengarah Badan Propaganda Kerajaan JASA, Mohd Puad Zarkashi begitu yakin bahawa tiada salahlaku di dalam 1MDB, PAS mencabarnya untuk mendesak kerajaan untuk mendedahkan laporan audit 1MDB untuk dibandingkan bersama dengan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan biar rakyat menilai sendiri.

"Apakah komen dan kesimpulan utama yang dibuat oleh Ketua Audit Negara mengenai audit 1MDB? 

"Apakah laporan audit itu berjaya disiapkan dengan semua dokumen yang lengkap?

"Apakah setiap transaksi kewangan 1MDB ke luar negara dapat diperiksa oleh Jabatan Audit Negara dengan pernyataan-pernyataan bank antarabangsa yang melibatkan 1MDB?

"Apakah PAC dapat menemuramah Jho Low sebelum menyiapkan laporan?

"Mengapa sehingga kini kerajaan Malaysia dan PM sendiri tidak menfailkan saman terhadap Sarawak Report mahupun Wall Street Journal atas fitnah-fitnah terhadap 1MDB sekiranya ia betul fitnah?"

Jelas, tepat serta mudah saja pertanyaan Tuan Ibrahim. Sebagai ketua kepada sebuah badan propaganda kerajaan, Dr. Puad mesti tampil menjawabnya juga dengan jelas, mudah, betul dan meyakinkan.

Malah, berbanding dengan percubaan Presiden Pas, Hadi Awang yang mahu mengaitkan saman DOJ sebagai suatu campurtangan asing, persoalan yang dilontarkan oleh Tuan Ibrahim tentang 1MDB ternyata jauh lebih relevan dan dapat diterima.

Tetapi, kenapa sehingga ini tiada seorang pun pemimpin Pas menyambut atau menyokong Tuan Ibrahim?

Mengapa kenyataan Hadi Awang mengenai campurtangan asing lebih banyak disambut dan disokong, sedangkan suaranya itu hampir saja senada dengan luahan mengampu Salleh Said Keruak dan Annuar Musa?

Apakah pemimpin-pemimpin Pas yang lain enggan menyambut dan menyokong kenyataan Tuan Ibrahim itu kerana lebih takut dilihat bercanggah nada dengan UMNO daripada kelihatan mahu menunjukkan ada kebersamaan?

Tuan Ibrahim sajakah satu-satunya yang berani?

Masihkah Pas secara keseluruhannya kenal "amar makruf, nahi mungkar?"  (ShahbudinHusin 07/07/2017)

85 comments:

  1. PRU dah dekat. Utk tersenarai jadi calon pas mestilah kena bodek lebai hadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebai dunia bersepah namun nak cari Lebai akhirat bukan main payah lagi.......!!

      Delete
  2. 1. Sehingga kini masih berlegar di media massa, persepsi buruk dengan niat jahat yang dimainkan oleh musuh politik untuk menggambarkan Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS menyokong bahkan mempertahankan salah urus tadbir 1MDB. Sedangkan umum mengetahui bahawa sudah puluhan tahun, Presiden PAS tegar melawan kezaliman yang zahir atau tersembunyi disebalik wayang kulit yang dipentaskan, tidak kira UMNO-BN atau parti yang sama sifatnya.

    2. Bahkan sejarah perlawanan UMNO dan PAS dalam pilihanraya, hanya sekali sahaja PAS tidak menentang UMNO ketika PAS bersama-sama dalam Barisan Nasional (BN), selebihnya 12 kali pilihanraya PAS berlawan dikerusi yang ditandingi UMNO termasuklah PRU14 akan datang. Malahan Tuan Guru Presiden tidak pernah menjadi ahli UMNO, sedangkan sebahagian pimpinan parti pembangkang lain adalah bekas pimpinan dan ahli UMNO.

    3. Suka untuk saya menjelaskan kekeliruan yang dimainkan, agar yang gelap dicerahkan, yang cerah tersebar serata alam.

    4. Sejak isu 1MDB menggegarkan panggung politik tanah air, Tuan Guru Presiden mengikuti secara dekat dan memandang jauh sama ada tersurat atau tersirat disebalik respon dan tindakan kerajaan atau pembangkang.

    5. Pada 9 Mei 2015, Tuan Guru telah memberi respon dan mendesak kerajaan untuk membentangkan hasil bedah siasatan kepada ahli Parlimen dan menyatakan kekecewaan beliau terhadap tindakan kerajaan yang gagal memulihkan kepercayaan rakyat serta menggesa kerajaan mengemukakan penyelesaian yang berkesan.

    “Perdana Menteri sendiri harus menjelaskan kepada semua Ahli Parlimen dan hendaklah membentangkan hasil bedah siasat terperinci terhadap audit kewangan 1MDB. Kita tidak mahu rakyat tertipu lagi dengan isu 1MDB ini serta terus menanggung beban pelbagai salah urus tadbir kewangan yang pernah berlaku sebelum ini.

    Langkah sumbang Tabung Haji dan 1MDB ini bakal mengundang malapetaka besar bagi negara lantaran ketidakpedulian kerajaan terhadap teguran-teguran Jabatan Audit Negara selama ini. Apatah lagi yang terpalit dalam isu ini ialah anak syarikat Tabung Haji di mana selama ini diyakini rakyat jelata untuk tabungan khas mereka. Amat malang andai institusi ini digunakan oleh pihak kerajaan bagi urusan lain yang bukan menjadi tujuan penubuhan Tabung Haji.

    Kita juga kecewa apabila kerajaan juga hingga ke hari ini gagal memberi penjelasan meyakinkan berhubung segala isu yang membelengu 1MDB, termasuk penyelesaian segera terhadapnya. Sebaliknya, condong dilihat menyelamatkan kroni sedangkan pada waktu yang sama, rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat dan menderita dengan tindakan baru kerajaan yang mengenakan GST kepada semua lapisan rakyat tidak kira miskin dan kaya.” (https://www.pas.org.my/kenyataan-berita/167-peringkat-pusat/kolum-pimpinan/presiden/kenyataan-presiden-pas-sesi-2013-2015/4999-jangan-salah-guna-tabungan-rakyat )

    6. Dalam kenyataan lain pada 8 Julai 2015 di Kota Bharu, Tuan Guru mengingatkan supaya isu 1MDB tidak memperjudikan nasib rakyat.

    “Kita lihat apa yang akan dibincang nanti, kita tidak mahu ia (1MDB) boleh menyusahkan rakyat, tidak mahu rakyat menjadi beban.” (https://www.pas.org.my/kenyataan-berita/5190-kita-lihat-apa-akan-dibincang-nanti-presiden-pas)

    7. Tuan Guru Presiden turut menyifatkan beberapa siri korupsi dan salah urus tadbir kewangan negara berlaku akibat menjadikan politik sebagai peluang untuk memenuhi kepentingan peribadi, kroni atau kumpulan, bukannya menunaikan tanggungjawab dan amanah. Peringatan ini disampaikan dalam ceramah Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (PIHAK 11) di Tangkak, Johor pada 5 September 2015 dengan menyebut:

    “Hanya dengan melaksanakan Islam sahaja akan mampu menyelesaikan segala kemelut yang melanda negara mutakhir ini. Terjadinya isu kewangan RM2.6 billion, 1MDB, KWSP, Tabung Haji, Perwaja dan Maika Holdings yang merunsingkan rakyat negara ini adalah natijah apabila politik dianggap sebagai satu peluang dan bukannya amanah.” (https://www.pas.org.my/kenyataan-berita/6281-apabila-politik-dianggap-peluang-presiden-pas )

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8. Teguran Tuan Guru semakin keras, apabila menyeru seluruh rakyat rehatkan UMNO dalam pilihanraya akan datang bagi menyelesaikan kemelut 1MDB dan krisis negara, hal ini disebut dalam Ceramah Perasmian Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.2) di Pulau Serai, Dungun, Terengganu pada 18 September 2015:

      “Beri UMNO berehat, tengok PAS memerintah negara ini macam mana. Dengan tokoh-tokoh politik, ekonomi yang ada macam-macam ini, tengok macam mana kita nak memerintah dengan Islam. Barulah tak timbul kapal terbang hilang, tak timbul 1MDB, tak timbul Perwaja yang kilang besi itu, sedar-sedar besi tak ada, duit pun tak ada juga. Tidak timbul bermacam-macam penyelewengan. Kerana apa? Kerana kita yang berpegang dengan Islam ini ada perhitungan dosa pahala.” (https://www.pas.org.my/kenyataan-berita/6359-rehatkan-umno-beri-pas-perintah-dengan-islam )

      9. Dalam perbahasan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada 26 Oktober 2015, Tuan Guru sebagai Ahli Parlimen Marang mengambil peluang untuk mengkritik dan menegur kelemahan tatakelola pentadbiran kewangan negara dan kelemahan undang-undang negara serta penguatkuasaannya dalam menyelesaikan masalah 1MDB yang mengulangi siri-siri kleptokrasi negara.

      “Muhasabah sahaja terhadap bajet tidak mencukupi. Kita juga memerlukan pembetulan terhadap kesilapan dan tindakan yang adil terhadap penyelewengan. Seringkali berlakunya kehilangan wang negara dengan berbagai-bagai peristiwa yang ditinggalkan zaman tanpa penyelesaian dan ditutup puncanya dibawah karpet untuk dilupakan sehingga tidak menjadi iktibar.

      Undang-undang dan penguatkuasaannya laksana sarang labah-labah yang hanya memerangkap nyamuk dan lalat, meloloskan helang dan jerung yang besar. Peristiwa terkini yang diwar-warkan 1MDB hanyalah mengulangi drama BMF, PERWAJA, KPFZ, Maika Holding dan lain-lain.” (http://m.harakahdaily.net.my/index.php/presiden/38095-bajet-2016-bertaubat-dan-maaf-tidak-menghukum )

      10. Kenyataan beliau konsisten sejak dulu lagi, dalam ucapan Perbahasan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 pada 7 April 2014 di Dewan Rakyat, beliau menyatakan kelemahan penguatkuasaan undang-undang negara:

      “Kami tidak lupa dengan isu MIF, isu PERWAJA, KWSP, Tabung Haji, Kapal Terbang Skyhawk, kapal selam dan lain-lain lagi. Tidak ada apa-apa tindakan, tindakannya terhadap ikan-ikan bilis yang kecil, yang besar tidak ada tindakan. Yang kena tindakan ialah pegawai-pegawai kerajaan. Orang-orang politik tidak ada tindakan. Menteri tidak ada tindakan. Yang kenanya pegawai-pegawai. Pegawai yang kena.” (Rujuk Hansard Parlimen 7 April 2014, muka surat 38)

      Delete
    2. 11. Seterusnya kita dapat melihat, Tuan Guru menganalisa sesuatu isu dan krisis yang berlaku dengan mengemukakan penyelesaian kepada punca permasalahan sebenar. Beliau menyarankan pada 4 Mac 2016 supaya kemelut 1MDB diselesaikan dengan kembali kepada Islam dan menukar sistem dan dasar negara, bukan semata-mata menukar individu atau pemimpin semata-mata.

      “Bukan nama tokoh pemimpin tertentu atau menukarnya sahaja silih berganti, adapun acuan, dasar dan konsepnya sama. Penyelesaiannya, ialah kembali kepada Islam yang sempurna, Islam wajib menjadi petunjuk yang diimani dalam semua urusan. Siapa pun yang dipecat atau diganti tanpa Islam dalam dirinya, tetap mengulangi perkara kesalahan yang sama. Dahulunya peristiwa BMF, KWSP, PETRONAS dan lain-lain lagi. Kemudiannya, SRI ISKANDAR, MAIKA, PKFZ dan selain itu. Terkini hangat, isu 1MDB dan seterusnya, lantik siapa sahaja dan melakukan apa sahaja.

      Penyelesaiannya juga, pemimpin yang wajib mengubah minda, kefahaman, dasar matlamat dan mencari penasihat yang baik. Rakyat juga hendaklah sedar harga diri dan maruah manusia, yang harganya terlalu mahal, bukan politik pangkat, takhta, wanita dan harta. Atau berdegil sehingga tiba ajalnya tanpa berani membuat perubahan.”( http://m.harakahdaily.net.my/index.php/presiden/40234-akibat-pisahkan-politik-daripada-agama )

      12. Tambahan lagi, pada 13 Jun 2016 ketika membalas tohmahan Tun Dr. Mahathir kepada PAS, Tuan Guru menyebut agar diselesaikan masalah negara dengan mengubah perangai dan sikap kerajaan dan pembangkang kerana 1MDB adalah rantaian daripada isu-isu yang melanda sebelum ini lagi dan Tun M juga tidak terlepas.

      "Kerana PAS tidak terpengaruh dengan dedaklah maka PAS boleh terus melangsungkan perjuangan. Tiada politik wang, politik BR1M, siapa yang ajar? Kes 1MDB mula dengan apa? KWSP, Perwaja, Tabung Haji, itu adalah rantaian daripada awal. Selagi tak mengubah pendekatan, tak ubah perangai selagi itulah perkara ini akan berlaku," (https://www.pas.org.my/kenyataan-berita/8793-pas-tidak-terpengaruh-dedak-umno )

      13. Malah, Tuan Guru Presiden telah membangkitkan beberapa kali tentang isu 1MDB dalam ucapan perbahasan dan soalan-soalan beliau di Dewan Rakyat. Ini dapat diikuti pada 17 Mei 2016, Soalan No. 137, Tuan Guru mempersoalkan tindakan kerajaan terhadap cadangan PAC dan Laporan Audit Negara.

      “Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan terhadap cadangan yang telah dikemukakan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam Laporan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bilakah Laporan Jabatan Audit Negara berkaitan isu 1MDB akan didedahkan kepada umum.”

      14. Selain itu, Tuan Guru juga mempersoalkan tentang kertas siasatan SRC pada 14 Mac 2017, Soalan No. 47:

      “Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah alasan Kerajaan tidak membawa kertas siasatan SRC International (SRC) yang telah dikemukakan oleh SPRM ke mahkamah.”

      15. Disamping itu, Soalan Lisan Ahli Parlimen Marang itu juga menyasarkan kepada isu-isu yang berkait dengan 1MDB secara langsung atau tidak langsung seperti kebebasan Jabatan Peguam Negara dalam mendakwa kes rasuah berprofil tinggi (7 Mac 2017, Soalan No. 75), pengisytiharan aset Menteri Kabinet kepada SPRM (21 Mac 2017, Soalan No. 28), usaha kerajaan untuk memastikan SPRM dapat bertindak secara bebas, telus dan professional (24 Oktober 2016, Soalan No. 45), usaha kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan protokol dan keraian yang melibatkan elaun, kos perjalanan luar negara dan penganjuran program para menteri (8 Mac 2017, Soalan. No. 36) dan dana pembiayaan parti politik melalui cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (16 Mei 2016, Soalan No. 50).

      16. Beberapa Soalan Bertulis juga menyentuh isu sama yang berkaitan; jumlah ketirisan dalam agensi kerajaan dan jumlah kes rasuah yang melibatkan pemimpin parti politik, individu berprofil tinggi dan penjawat awam.

      Delete
    3. 17. Terkini, Tuan Guru mengutus surat terbuka kepada parti politik pada 24 Jun 2017 dengan menasihati supaya tidak mengundang campur tangan asing bagi menyelesaikan masalah dalaman negara.

      “Jangan kita mengulangi sejarah dengan menjemput pihak asing untuk menyelesaikan masalah dalaman kita seperti BMF, PERWAJA, Tabung Haji, KWSP, dan terkini isu 1MDB yang bersorak gembira supaya diberi ruang penyelesaiannya oleh mahkamah di negara asing.

      Apa pun keputusan isu dalaman kita, biar mahkamah kita sendiri menyelesaikan atau mahkamah rakyat kita menyelesaikannya. Sebodoh-bodoh dan sezalim-zalim dalaman kita, biar kita yang tanggung sendiri dan akhirnya berkat kesabaran, pasti sedar dan insaf.

      Adapun pihak lain atau kuasa asing selama-lamanya mencari peluang dan menjaga kepentingan mereka walaupun mengorbankan kita. Cukuplah kita dijajah sehingga beberapa abad dengan kesannya masih belum sembuh. Tiba-tiba mahu menjemput sekali lagi bekas penjajah itu atau membuka pintu supaya datang menyelesaikan masalah kita.” ( http://www.harakahdaily.net/index.php/rss-hd/53-presiden/1941-surat-terbuka-kepada-parti-politik-malaysia )

      18. Tambahan lagi, Tuan Guru mengingatkan agar kita mengambil pengajaran atas apa yang berlaku di Asia Barat yang disifatkan musim bunga yang tidak berbuah dan berhati-hati dengan perkembangan terkini di peringkat antarabangsa:

      “Umat Islam juga perlu memahami situasi hubungan antarabangsa terkini supaya dapat menilai sikap mereka terhadap mana-mana negara yang paling suka campur tangan dalam urusan negara lain dan negara yang paling dominan melebarkan Islamofobia. Selain itu juga, wajib memahami batas-batas sempadan hubungan dengan semua pihak dalam masyarakat majmuk disemua peringkat tanpa menghakiskan maruah umat dan menjatuhkan kedaulatan negara.”

      19. Perkara sama disebut lebih awal dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 9 Mac 2016 di Dewan Rakyat:

      “Kita kena sabar membetulkan pemimpin, di mana pendekatan dalam negara sendiri, Arab Spring, apa jadi dengan Arab Spring. Arab Spring menjadi musim bunga yang tidak berbuah. Meletakkan berlaku campur tangan asing yang menghuru-harakan negara. Walaupun saya tidak setuju dengan kerajaan, tetapi kita sabar. PAS menyertai arena politik negara sejak sebelum merdeka sehingga hari ini. Parti-parti lain ini banyak yang baru ditubuhkan kemudian. Kita sabar, kita menang, kita kalah, kita rebah, kita bangun, kita banyak kerusi, tidak ada kerusi langsung, tidak kisah. Apa yang penting ialah jangan mengacau rakyat. Ini yang kita perlu jaga betul-betul.” (Rujuk Hansard Parlimen 9 Mac 2016, muka surat 47)

      20. Dalam keghairahan pelbagai pihak mahu menjatuhkan pemimpin zalim, Tuan Guru Presiden mengajar cara berhikmah dalam Fiqh Taghyir (Fiqh Perubahan) dan Fiqh Amar Maaruf Nahi Mungkar yang diadun dengan Fiqh Siasah. Langkah PAS bukan langkah keluar mulut buaya, masuk mulut harimau. Menjatuhkan kezaliman bukan dengan membina kezaliman yang lain. Langkah PAS menukar kerajaan melalui pilihanraya secara aman, bukan mengundang campur tangan asing atau melalui jalanan. Inilah yang membezakan pendekatan PAS dengan parti-parti yang lain.

      21. Kesimpulannya, jelaslah bahawa pendirian Tuan Guru Presiden sejak dari awal sangat konsisten dalam menyelesaikan masalah 1MDB dengan mendesak hasil bedah siasatan yang telus dilakukan diperingkat dalaman negara tanpa melibatkan campur tangan asing, melakukan reformasi kepada sistem perundangan negara, pengasingan kuasa dan kebebasan kepada Jabatan Audit Negara, Jabatan Peguam Negara, SPRM dan Polis daripada cengkaman kuasa kabinet.

      22. Laporan Jabatan Audit Negara juga perlu didedahkan dan dibebaskan daripada sekatan Akta Rahsia Rasmi (OSA), bertindak aktif terhadap cadangan yang dikemukakan oleh PAC dalam Laporan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB dan membawa kertas siasatan SRC International (SRC) yang dikemukakan oleh SPRM ke mahkamah. Sehinggalah kini, pendirian PAS mendesak kerajaan dengan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat pihak yang terbabit.

      Delete
    4. 23. Kita sedar dengan tindakan kerajaan meletakkan Laporan Audit 1MDB dibawah OSA dan menangguhkan penubuhan RCI adalah tindakan meragukan semua pihak dan mengundang ketidakyakinan terhadap ketelusan kerajaan dalam menyelesaikan masalah 1MDB. Justeru itu, Tuan Guru Presiden berpendirian, lakukan segera reformasi undang-undang negara dan ketelusan dalam siasatan dan pendakwaan dalam menyelesaikan masalah 1MDB tanpa melibatkan campur tangan kuasa asing. Segala pendirian Tuan Guru Presiden dijelaskan lebih terperinci oleh Timbalan Presiden dan pimpinan-pimpinan PAS.

      24. Kepada musuh politik, sila belajar mengeja dan membaca sebelum mencari di mana perkataan yang menyebut Tuan Guru Presiden PAS menyokong salah urus tadbir 1MDB.

      “Sejahtera Bersama Islam”

      Delete
    5. Adekah tuan ragu komen laporan PAC tidak lengkap dan telah dipinda dari yg asal?
      Adekah tuan ragu desak najib
      dedahkan laporan ketua odit negara?

      Adekah tuan ragu ingatkan najib berdosa sorok fakta laporan odit dan pinda laporan PAC yg telah ditandatangan oleh ahli2 PAC?...

      Adekah tuan ragu tanye najib kemana hilang 28 billion...

      Adekah tuan ragu sertai pembangkang lai kebalai polis repot kehilangan wang 1mdb?...
      Tuan ragu main wayang pacak..

      Delete
    6. Sah2 la haramkah utusex tak laku.
      Lantak masok rumah budin tak dijemput, tak bersalam.
      Buka tudung saji, habis dilahap setalam.
      lahap smpai buncit, kentut bau masam.
      Hadi sokong Najib tak boleh kecam.
      Wala kena tahap unta tahap khadam.
      Ayohbetullah Eddy tahap Dewa Murugam.
      Melayu PAS Brahmin jgn dikecam.
      Melayu UmNi Akeristokarat kena faham.
      JANJI...MELAYU ISLAM.

      Uwekwekwek...

      Delete
    7. Pernah tak hadi buat press conference isu 1mdb, DOJ, pernah dia ulas kes2 berkaitan 1mdb di spore? Pernah dengar sendiri apa yg keluar dari mulut dia? Pemimpin2 PAS lain ada cakap? Kita pon nak tau apa mereka paham tentang isu2 ni. Kalu setakat guna penulis upahan, tak payah la.

      Delete
    8. Woi walaun bahlol,

      Aku sebenarnya dah naik benci dengan perangai copy-paste walaun tapi tak pernah nak pakai otak!!!

      Islam ada ajar kau jadi bodoh macam ni ke???

      Ataupun kau dah terikut perangai syiah???

      Aku tanya kau betul2, kau sendiri dah baca ke copy-paste kau??,

      Aku tanya beberapa soalan dulu, aku tau kau tak boleh jawab sebab kau bodoh.

      1. Dalam copy-paste kau di atas kau cakap hadi dah beberapa kali cakap pasal 1mdb di parlimen dan tunjuk 1 bukti.

      Dalam hansard sidang dewan rakyat aku jumpa sekali je hadi cakap pasal 1mdb.

      Kau tak boleh beza sekali dengan beberapa kali ke???

      Kau ni dah bodoh sangat ke sampai benda2 kecil macam ni pun kau tak tahu???

      Ke kau dah ikut ayatollah hadi nak menipu kami semua???

      Kau ingat kami ni bodoh macam walaun ke???

      Delete
    9. Pada anon penyokong tegar president pas pis pus tak yah komen panjang panjang puji president dlm blog ini sebab sebab majoriti sudah anggap presedeng pas TIADA integriti , kalau sentuh is berkait dgn penyelewengan Najib selalunya berlapik dan kadang kadang TIADA teguran langsung hanya putar belit didepan penyokong pas yg BAHALOL kata umno Dan 1MDB buruk belakang penyokong dan diluar pas dok bantai orang orang yang tuntut penyelewengan Najib disiasat malah kadang kala cuba cover najib ini la ulama suk yg munafiq cepat cepat la padam serah jawatan pada tuan Ibrahim .

      Delete
    10. Yang tadi perkara 13 yang kau tulis. Menipu je kerja kau tak padan mengaku parti Islam tapi menipu!!!

      Lagi 1, kau cakap PAS melawan UMNO kecuali ketika semasa di dalam kerajaan tahun 70an.

      Sekarang PAS di luar kerajaan, kenapa di dalam rakaman video hadi kata PAS nak memerintah 5 negeri yang lain bagi kepada UMNO??? Itu dikira melawan ke???

      Kenapa terdapat pendedahan bahawa terdapat arahan daripada pejabat presiden pas untuk memenangkan calon pas di dun tetapi suruh kalah di parlimen???

      Kenapa hadi keluarkan watikah supaya calon pas bertanding di kota damansara sedangkan sudah dipersetujui itu kawasan pkr menentang UMNO sehingga pecah undi UMNO menang???

      Perbuatan sabotaj dan khianat kepada rajan macam tu kau kata melawan UMNO???

      Semua fakta2 kau tu boleh dicabarlah!!!

      Woi penipu, kenapa kau pilih kata2 hadi yang baik2 yang dia punya penipu dan jahat kau sengaja sembunyikan???

      Kau ni dah tak kenal dosa pahala ke???

      Kau nak membangangkan anak bangsa kau ke???

      Kalau kau nak bukti aku boleh bagi buktilah!!!

      Pantang tok nenek aku penipu menjual agama macam kau!!!

      Delete
    11. Adekah tuan ragu desak najib tangkap dan bicarakan jho lo?

      Pendirian tuan ragu pada tahun 2015 dan tahun 2016 selepas pengumuman saman oleh doj berubah dan berbeza...
      2015 tuan ragu nampak keras...selepes pengumuman saman oleh doj pada july 2016 tuan ragu berubah nak mempertahankan ketuanan melsyu..
      Najib dipilih secara demokrasi tak boleh jatuhkan tak ikut pilihan raya...politik sejahters matang...pas nak 5 negeri yg lain bagi umno..pas nak jadi king maker...
      Tahun 2017 tuan ragu cakap saman doj terhadap jho lo adalah campor tangan asing...biar diselesaikan dlm negera ikut quran..
      Tuan ragu berbelit2 berputsr2...

      Delete
    12. .
      .

      Harapan menang dalam PRU, Tuan Ibrahim jadi MB Pahang.

      Walaupun Tuan Ibrahim masih Timbalan Presiden.

      Delete
    13. Biar Tuan Ibrahim kalah. Hadi dah macam-macam kemungkaran dia buat masih nak ikut Hadi, bukan nak tegur atau mefarakah!!!

      Delete
    14. Sorry Brother..
      Perpuluh tahun buat amal makruf tetapi dihujung-hujung amal mungkar atau bersekongkol dengan kemungkaran apa cerita broo..
      Islam lagu mana yang bro faham..

      Delete
    15. INILAH yang Lim Kit Siang tunggu-tunggu. Peluang untuk tunjuk pada pimpinan Pakatan Harapan bahawa beliaulah sebenarnya Ketua Nombor “SATU” mereka.

      Jika bagi jawatan Perdana Menteri masih sorong-tarik antara beberapa nama dan parti, sekejap Dato’ Seri Anwar Ibrahim sekejap Dr Mahathir Mohamad, Azmin Ali, Kit Siang sendiri tetapi di Kelantan beliau terus curi kesempatan tanpa konsensus sesiapa pun untuk beri tauliah dan pengiktirafannya.



      Barangkali bersorak gembira melonjak-lonjak anak- anak Kelantan mendengar pengumuman ini. Dato’ Husam Musa diangkat Kit Siang sebagai bakal MB Kelantan.
      Apa lagi nak dikatakan pada PAN.

      Biar roboh dan jatuh kerajaan pimpinan ulama Kelantan. Biar lingkup kerajaan “Membangun Bersama Islam.” Kesemuanya dimusuhi Kit Siang.

      Yang Kit Siang mahu adalah sebuah kerajaan liberal di Kelantan. Boleh bersaing dan bekerja bawah DAP.Husam Musalah orangnya yang boleh memenuhi citarasa dan agenda Kit Siang dan DAP yang memusuhi PAS dan sebarang usaha untuk menobat dan memartabatkan Islam sebagai sebuah sistem hidup bermasyarakat dan bernegara.

      Banggalah barangkali PAN dan Husam setelah diangkat dan dijulang oleh pemimpin ulung mereka Lim Kit Siang.

      Ayuh anak-anak Kelantan sudah jelas tidak perlu bersuluh lagi. Inilah malapetaka besar yang mahu diseret ke Kelantan. Pertahankan kerajaan ulama Kelantan. Tunjuk jalan keluar buat kelompok pengkhianat dan talibarut ini.

      Selamatkan Kelantan Pertahankan Islam!

      Delete
    16. 1. Kelantangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang memperjuangkan isu kleptokrasi perlu diinterpretasikan juga olehnya terhadap dakwaan rasuah sebanyak USD5 juta yang dilakukan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin kepada Clinton Foundation untuk campur tangan dalam isu 1MDB. Ia sebagaimana rahsia yang ‘dibocorkan’ Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.



      2. Kit Siang tidak perlu terus berhelah dan berdolak dalih serta mengelak dengan membesarkan isu lain sedangkan perkara itu amat serius yang secara nyata mengundang campur tangan asing. Malah anaknya, Lim Guan Eng juga seakan membayangkan DAP tidak bermasalah sekalipun wujud tindakan ketenteraan ke atas negara ini. Apakah anda sebagai Ahli Parlimen Malaysia rela dengan campur tangan seperti itu?

      3. Beliau kini dilihat dalam dilema kerana Mahathir yang pernah menjadi musuh ketatnya dahulu, tetapi kini adalah sekutu akrabnya untuk menerajui dan melayari bahtera Pakatan Harapan (PH). Malah, Kit Siang seakan terkedu apabila hanya mendiamkan diri berhubung skandal matawang asing (forex) yang berlaku pada tahun 1992 atas Bank Negara Malaysia. Sedangkan ketika itu beliau paling menyinga untuk mendakwa Mahathir.

      4. Isu itu belum selesai hingga 20 tahun selepas itupun iaitu pada tahun 2012 lalu, Kit Siang masih mengulangi penegasannya untuk siasatan tetap diadakan. Tiba-tiba sekarang beliau bukan sahaja seperti telah ‘mensucikan’ Mahathir, malah sering dilihat bersama termasuk merancang pembahagian kedudukan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri andai PH berkuasa memerintah. Bahkan terdahulu, langsung tidak menyatakan sikap terhadap skandal rasuah yang membabitkan Guan Eng.

      5. Mungkin kerana Kit Siang juga sepakat untuk melihat campur tangan asing semata-mata halobanya menguasai pemerintahan, maka dia merestui tindakan kleptokrasi Mahathir dan kecenderungan anaknya Guan Eng berkait tindakan ketenteraan itu. Jika demikian, sikapnya tersebut adalah tidak setia dan pengkhianatan kepada negara di mana kecurangan ini perlu diberi perhatian serius oleh rakyat dan pihak berkuasa negara.

      “Sejahtera Bersama Islam”
      “Mara Menuju Cita”

      Delete
    17. Sumber dalaman DAP menyebut usaha menabalkan Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri Malaysia sudah bermula sejak Pilihan Raya Umum kelima pada 1978.

      Dalam satu senarai kabinet bayangan yang disebar kepada media pada 3 Februari 1979 (di atas) menyenaraikan 13 daripada 16 Ahli Parlimen DAP memegang portfolio masing-masing.

      Namun, nama Kit Siang, Ahli Parlimen Petaling yang ketika itu berjawatan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat dan Setiausaha Agung DAP serta nama Dr Chen Man Hin (Seremban), ketika itu berjawatan Pengerusi DAP sengaja disembunyikan.

      “Senarai yang didapati oleh (akhbar) Watan dari ibu pejabat DAP di sini tidak mencatatkan siapakah Perdana Menteri dalam kabinet bayangan itu.

      “Adalah dipercayai jawatan (PM) itu dipegang oleh Encik Lim Kit Siang sendiri yang juga menjadi Ketua Pembangkang sekarang,”kenyataan dari akhbar Watan dipetik.

      Ibu pejabat DAP mengeluarkan senarai kabinet bayangan itu kira-kira tujuh bulan selepas PRU 1978 yang menyaksikan peningkatan mendadak DAP iaitu 16 Ahli Parlimen, berbanding dengan 9 Ahli Parlimen pada PRU 1974.

      Pada PRU 1974, DAP berjaya menembusi kawasan bandar di Pulau Pinang (4 kerusi), Perak (4 kerusi), Selangor (1 kerusi), Wilayah Persekutuan (3 kerusi), Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah, masing-masing 1 kerusi.

      Ketika itu, DAP telah berjaya memenangi 7 kerusi baharu daripada 16 kerusi parlimen tersebut.

      Ahli Parlimen DAP ketika itu adalah Lim Cho Hock (Ipoh), P.Patto (Menglembu), Chian Heng Kai (Batu Gajah), Ting Chek Ming (Bruas), Lim Kit Siang (Petaling), Lee Lam Thye (Kuala Lumpur), V. David (Damansara), Chan Kok Kit (Sungai Besi), Chen Man Hin (Seremban), Chan Teck Chan (Kota Melaka), Lee Kaw (Kluang), Fung Ket Wing (Sandakan), Seow Hun Khim (Bukit Mertajam), Peter Paul Dason (Bukit Bendera), Wong Hoong Keat (Tanjong) dan Karpal Singh (Jelutong).

      Chian Heng Kai dan Chan Kok Kit masing-masing menang di Batu Gajah dan Sungai Besi tanpa perlu hadir ke pusat penamaan calon kerana mereka berdua ketika itu telah ditahan di bawah ISA kerana didakwa terlibat dalam Communist United Front (CUF).

      CUF merupakan istilah ciptaan Komunis yang merujuk penukaran strategi daripada bentuk perjuangan bersenjata kepada perjuangan ideologi tanpa senjata dengan penyusupan ke dalam organisasi berdaftar seperti parti politik, kesatuan sekerja, organisasi budaya dan pelajar.

      Ketika ditahan ISA pada awal November 1976, Kok Kit merupakan Penolong Bendahari DAP Kebangsaan, manakala Heng Kai pula Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan dan dibebaskan pada Julai 1981.

      Berbeza dengan keputusan PRU 1974, DAP hanya menembusi sembilan kerusi kawasan bandar di Perak (4 kerusi), Selangor (1 kerusi), Wilayah Persekutuan (2 kerusi), Negeri Sembilan (1 kerusi) dan Melaka (1 Kerusi)

      Mereka adalah Ngan Siong Hin (Kinta), Lim Cho Hock (Ipoh), Fan Yew Teng (Menglembu), Chian Heng Kai (Batu Gajah), Oh Keng Seng (Petaling), Lee Lam Thye (Kuala Lumpur), Farn Seong Than (Sungai Besi), Chen Man Hin (Seremban) dan Lim Kit Siang (Kota Melaka).

      Difahamkan, DAP mengeluarkan kabinet bayangan selepas PRU 1978 sebagai meraikan kebangkitan semula Ahli Parlimen DAP di Dewan Rakyat selepas mengalami zaman sukar selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969.

      Tanda-tanda kebangkitan DAP sudah bermula kira-kira tiga tahun sebelum itu apabila Kit Siang berjaya merampas jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat pada November 1975.

      Sebelum ini, jawatan Ketua Pembangkang disandang oleh Ahli Parlimen SNAP Miri-Lubis, James Wong Kim Min.

      Namun, Kit Siang berjaya merampas jawatan itu apabila James Wong telah ditahan ISA diganti oleh Ahli Parlimen SNAP Saratok, Edmund Langgu Saga yang hanya sempat memegang jawatan itu selama setahun.

      Delete
    18. Bermula dari itu, Kit Siang telah berjaya memegang jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen selama 24 tahun, dari 1975 hingga 1999.

      Daripada 16 Ahli Parlimen DAP yang pernah menang pada PRU 1978, hanya Kit Siang seorang sahaja yang masih bertahan sebagai Ahli Parlimen.
      Misalnya, Lee Lam Thye telah mengumumkan keluar parti pada 1990 dan Chen Man Hin mengambil keputusan bersara daripada bertanding PRU apabila tewas dalam PRU 1999.

      Namun, majoriti aktivis DAP yang pernah bertanding pada PRU 1978 kini telah meninggal dunia.

      Delete
    19. Tindakan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengumumkan Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar jika mereka berjaya menawan Kelantan sebenarnya membunuh karier politik bekas pemimpin Pas itu.

      Ketua Penerangan Pas Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud berkata, berdasarkan sejarah terdahulu, Umno pernah melakukan perkara yang sama pada Datuk Dr Awang Adek Hussin dan ia memberi kesan yang teruk kepada pemimpin yang dicalon itu.

      “Walau apa pun, Pas tidak tergugat. Bagi saya, saya nak ucapkan terima kasih kepada DAP dengan pengumuman tersebut. Yang kes Umno sebelum ini, Umno sebut pemimpin dia sendiri, ini DAP yang sebut untuk Amanah, lagi teruk kesannya,” katanya kepada media di sini.

      Beliau menghadiri majlis ramah mesra Aidilfitri Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan bagi mewakili Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

      Delete
    20. Kau ingat kit siang ph akan lantik jadi pm ke? Kau ingat rakyat nak ke pm cina?
      Otak udang sungguh kau ni? X habis2 dap, dah sgt anti cina tu pi duduk arab saudi je lah

      Delete
    21. Itulah yang kau tunggu-tunggu!!!

      Fitnah orang sana sini!!! Lim Kit Siang pun kau nak fitnah!!!

      Satu-satu dulu. Di zaman Rasulullah, Rasulullah tidak menamakan pengganti baginda.

      Saidina Abu Bakar menamakan Saidina Umar. Saidina Umar menamakan Saidina Abu Bakar termasuk nama-nama lain. Ada masalah???

      Saidina Umar wafat ada beberapa nama sebagai pengganti termasuk saidina Usman dan Saidina Ali. Ramai yang lebih memilih Saidina Usman. Ada masalah???

      Yang kau bodoh sangat, benda yang Islam tak kisah, Mahathir ke, Azmin Ali ke, Anwar ke, kau sibuk, yang Najib Razak kebas duit rakyat dan Hadi Awang bersekongkol dengan Syiah, kemungkaran depan mata kau tak bising???

      Islam apa kau ni??? Ajaran sesat??? Syiah???

      Kalau Kit Siang cadangkan Husam tak ada salahnya.

      Dulu semangat 46 mencadangkan Nik Aziz jadi menteri besar, adakah Semangat 46 ketua no 1 berbanding PAS???

      Adakah Nik Aziz boleh memenuhi citarasa dan agenda Semangat 46???

      Kau ni bangang nak mampos!!! Kalau dah jadi parti PIGS tu macam ni perangai agaknya!!!

      Semangat 46 mengiktiraf ketokohan Nik Aziz lah bangang!!!

      Sama juga Nik Aziz dan Lim Kit Siang mengagumi ketokohan Husam!!!

      Hanya PAS je yang mengiktiraf orang tunjuk kote dalam FB lepas tu lantik dia jadi ketua dewan ulama PAS Pahang!!! HAHAHAH BAHLOL PUNYA WALAUN!!!

      Kenapa Allah laknat parti kau sebagai PIGS???

      Kau lah kelompok pengkhianat dan tali barut kepada ISlam!!!

      PAS tu PIGS... PIGS tu BABI.... BABI tu HARAM... PAS tu HARAM JADAH...

      Delete
    22. Aku tanya tadi pada kau, dalam banyak-banyak tu ada dua soalan je, kenapa kau nak pusing-pusing cerita Lim Kit Siang pulak!!!

      Kau kata Hadi beberapa kali bangkitkan isu 1MDB dalam parlimen. Aku cakap dalam hansard parlimen Hadi cakap sekali je!!!

      Kenapa kau nak menipu???

      Yang kedua, kau cakap, PAS menentang UMNO kecuali ketika bersama di dalam kerajaan.

      Aku tanya kau, kalau PAS menentang UMNO, kenapa PAS nak 5 negeri yang lain beri kepada UMNO???

      Kenapa calon-calon Dun di Kelantan PAS menangkan calon Parlimen PAS sengaja kalah atas arahan pejabat Presiden???

      Bukti aku boleh beri!!!

      Kenapa kau tak jawab???

      Kau lari pula macam pondan cerita pasal Lim Kit Siang. Itupun kalau aku soal kau tak boleh jawab juga!!!

      Kau tahu tak sebab kau ni bahlol, Malaysia diperintah oleh orang-orang bodoh macam Najib dan Hadi!!!

      Pro syiah kafir laknatullah perogol dan pembunuh umat Islam macam tu kau angkat jadi ketua???

      Kau dah tak tahu dosa pahala ke???

      Kau tahu tak syiah tu sembah manusia???

      Delete
    23. “Jangan kita mengulangi sejarah dengan menjemput pihak asing untuk menyelesaikan masalah dalaman kita seperti BMF, PERWAJA, Tabung Haji, KWSP, dan terkini isu 1MDB yang bersorak gembira supaya diberi ruang penyelesaiannya oleh mahkamah di negara asing."

      Orang asing telah dipelawa utk menyelesaikan masalah dalaman BMF, PERWAJA, TH, KWSP...? Adakah ini kenyataan atau pembohongan?

      Lagi sekali saya nak perbetulkan kenyataan TGHA yg mengelirukan (dan masih x habis-habis dikitar semula pada khalayak) tentang peranan orang asing (agaknya DOJlah yg TGHA maksudkan mencampuri hal dalaman kita) terhadap 1MDB.

      DOJ, setakat ini, telah menyaman dua individu warga Malaysia yang didakwa melakukan kegiatan mendobi dana 1MDB yang DOJ dakwa hasil dari kegiatan penyonglapan.

      Tindakan DOJ itu adalah kerana mereka berdua telah melanggar undang-undang US tentang pendobian dana-dana yang dihasilkan secara haram semata-mata. Jelas melanggar undang-undang USA bersandarkan fakta yg telah DOJ kemukakan.

      Di manakah campur tangan asing jika apa yg DOJ buat hanyalah menyaman kedua-dua pendobi dana 1mdb yg telah melanggar undang-undang US?

      TGHA perlu berfikiran waras supaya mampu untuk membezakan yg mana satu jenayah dalaman yg berlaku di USA dan yag mana satu campur tangan asing di bumi bertuah Malaysia ini.

      Mahukah TGHA layan, katakanlah, Great Britain menohmah bahawa saman fitnah TGHA terhadap SR merupakan campur tangan asing, iaitu TGHA/PAS, dalam hal ehwal Great Britain?

      Usah kalut.

      Delete
    24. Banyak nama. Tuan Guru Hadi Awang, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mahathir, Syed Saddiq...tapi nama Najib tercicir walau pun panjang berjela-jela.

      Kalau nak "tulis" panjang-panjang sila tulis nama.

      Delete
  3. Kalau Hadi tak sokong, tak kan ada yang berani nak sokong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. .
      .

      Salam Bro..

      Mana ayat atau dalil nya?

      Nak guna ayat pilih pemimpin kafir, tak kena Bro.

      Nak guna ayat, wala pada ulama. Tak boleh juga Bro. Dua—dua ulama tu.

      Tak ada Bro.. Tepuk dada tanya Iman.. Baru lah betul sebab Quran untuk orang yang Beriman.. Setakat percaya pada khiamat tapi tak beriman.. tak guna jugak..

      Sorry Bro. Salah orang.. Ingatkan Mr J.

      Delete
  4. Mr jamban, mana kau? Aku nak dengar komen kau sama ada tuan ibrahim ni nanti bakal muflis kat akhirat tak nanti kerana melawan the pink lip moron prime minister?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr Jebon akan kluar jap lagi komen temberangnye
      .

      Delete
    2. Mr Hebat yg keluar nak tuntut bela..jangan terkejut

      Delete
    3. .
      .

      Mr J

      Rafizi cabar kata 5 kali kalah saman.

      Tun Mahathir cabar kata Mahathir nak anak dia jadi PM.

      Mat Sabu cabar kata barua DAP.

      Jadi Tuan Ibrahim apa pulak?

      Delete
  5. Ucapan 2014 2015 dah basi
    Ucapan 2017 pakai skrip umno

    ReplyDelete
  6. Artikel taqiyyah namanya ni. Cakap x serupa bikin. To me Tghh is outspoken leader. Leader suppose firm n realistic.
    Ini lah bahana bila prowahabi jadi leader. Sorry to say that.

    ReplyDelete
  7. Anon 8.49... hadi is not relevan anymore to talk about polical issue in malaysia. Mulut dah kena sumbat dedak 90 juta. Tak kan mulut yang disumbat dedak hendak menggigit tangan yang menyuapkan dedak di mulutnya kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi sepatutnye pegi saman husam musa dulu..bersihkan namanye yg dah busuk kerana skendel makan suap 90 jota...

      Delete
    2. Otak org tak sama otak ko yg mering tu.

      Delete
    3. Otak org tak sama otak ko yg mering tu.

      Delete
    4. 925 penuh taek lo dan kincin lobai..pas pis pus

      Delete
    5. Marang is mereng hahaha

      Delete
    6. .
      .

      Dulu Hadi tunggu bila lah TGNA nak pergi...

      Sekarang bukan Tuan Ibrahim yang tunggu, tapi ramai ahli PAS yang tunggu. Bila pulak Lobai nak masuk bawah..

      Delete
  8. Hadi is a commercial clown, not a poltician or religious individual.

    Superficiality is hadi's domain and expertise

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stupid comment

      Delete
    2. 933..jackass..pencacai amenopas..now everybody can become lobai

      Delete
    3. Mana komen ki yg cedik?...bodooss..

      Delete
  9. Hadi paham ekonomi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia lagi faham dp ko

      Delete
    2. 932//ayatollah herdy bawang tau ape..pas pis pus

      Delete
    3. Kalau dia faham kenapa Terengganu masa di bawah hadi melingkup!!!

      Delete
    4. Dia tutup tadika dan baliiraya...kes budak budak nak belajat pon pas nak balas dendam...
      Hadi ingat pas menang kerana rakyat tererngganu sukakan pas..hadi ni bodosn berpolitik...kena gelombang biru pon masih tak sedar diri...
      Kedah pon 1 penggal...tetap bodos tak sedar diri...masih nak berperang sesama sendiri hingga pecahbelah...pas sekarang dah lemah tapi masih sangka kuat...takabbor berlebihan...

      Delete
    5. .
      .

      Harakah pun lingkop..

      Delete
  10. Sah2 la Haramkah dan Utusex dah tak laku siapa tak beli.

    849 Lantak masok rumah budin tak dijemput, tak bersalam.
    Buka tudung saji, habis dilahap makanan setalam.
    lahap smpai buncit,tinggal kentut bau masam.
    Hadi sokong Najib tak boleh kecam.
    Wala kena tahap unta tahap khadam.
    Ayohbetullah Eddy tahap Dewa Murugam.
    Melayu PAS Brahmin jgn dikecam.
    Melayu UmNi Akeristokarat kena faham.
    JANJI...MELAYU ISLAM.

    Uwekwekwek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang Rafizi duk masuk 'rmh' BN tu apa hal??

      Delete
    2. 930,
      rumah? hal duit RAKYAT rumah BN ?
      Adoi binyainyer punya comparison !!
      Hapa kohingat BN tuan tanah Rakyat metempat menumpang?!!
      Kan dh kata Umni Akeristokarat petasan tuan tanah.
      Kan dah kata Pas perasan diri Dewa Mutugan.
      Kefua2 nya dah sah sesat amal mungkar.
      Hoi bingai 930..tanah dah tak melayu, laut dahsah cina.
      Mimpi la ko 930

      Delete
    3. Macai penjilat jubo jho lo btain damage

      Delete
    4. .
      .




      Tuan Budin.

      Tolong lah kawan ini sikit... sekurang-kurangnya masuk kan lah tajuk baru cepat-cepat sikit.

      Kesian kat 9 30

      Delete

    5. Penjaga dan penguasa untuk seluruh Malaysia ada BN.... Bukannya PH...faham baik2

      Delete
    6. Antara negeri yang perform di Malaysia adalah Pulau Pinang dan Selangor!!!

      kalau kau masih nak penjaga dan penguasa yang kebas duit rakyat macam BN kau memang bodoh!!!

      Faham baik2

      Delete
    7. Ko kalah dlm pru13 ..,ingat tu

      Delete
  11. Zaman sudah berubah. Tiada lagi perlu untuk memanggil gelaran seseorang itu 'ulamak' jika sekadar belajar sekolah agama. Jika sekadar masuk 'parti islam' dan diri berjanggut panjang.
    Lihat watak seseorang itu dulu baru boleh dipanggil ulamak.
    Tidak perlulah tubuh 'persatuan ulamak' dan ahli nya diberi gelaran ulamak.

    Yang sebenar nya 'ular mak'...jaga jaga dia gigit semua apa yg diberi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko tiada kelayakan untuk menilai seseorang.

      Delete
    2. Kalau ikut cakap kau sendiri kau pun tiada kelayakan kata dia tiada kelayakan.

      Apa punya bodoh kau ni!!!

      Delete
    3. 928 misti rekrut kader walaun bawah umur. Baeu keluar tahfiz kot? Jhn main kakaktua saja.,komen tu kasik ada isi kuaci sikit.

      Delete
    4. Dlm umno tinggal yg bodos2..Dlm Pas pon sama tinggal yg bodos2 bahlol...mata duitan...

      Delete
    5. .
      .

      Hadi tak istiqomah. Tak seperti Tuan Ibrahim.

      Perjuangan Hadi ada campurtangan iblis.

      Delete
  12. Pas pis pus..now everybody can become lobai..hihi..Go AMANAH

    ReplyDelete
  13. Puad zarkerusi dulu ahli pas...kalah di batu pahat...dengan pertanyaan terbaru Tuan ibrahim sukar Puad nak bagi penjelasan...puad nak bodek najib supaya kekal dlm jawatan...

    ReplyDelete
  14. En somi Audi Q7 x nk komen ke....kikiki..pas pis pus

    ReplyDelete
  15. Ulama` pewaris Nabi ialah ulama` yg tidak takut kpd pemerintah yg zalim. Tidak gentar kpd kerajaan yg kejam menyusahkan rakyat. Berani berkata `` Kamu telah berlaku zalim , kamu telah membuat maksiat, kamu perosak `Aqidah rakyat `` di hadapan pemerintah.
    Adakah Presiden Pas pernah mengatakan begitu kpd PM. TIDAK PERNAH kan. Bukan soal beradap sopan tapi demi kebenaran ulama jujur kpd Islam . Kamu kah yg layak menilai wahai anon 9:28

    ReplyDelete
    Replies
    1. .
      .

      Ha Ha ada cara tersendiri.

      Tapi bukan ikut cara Islam sebab cara Islam 'Hadapan Pemerintah' sebab dalam Parliament bila berdepan dengan Najib, dia diam jer.

      Delete
  16. X sangka jadi PM Msia ada banyak perks. Kalau nak rasa perasaan ada berbillion rm dlm akaun peribadi, dia boleh curi khazanah negara. Ada pembesar yg boleh d upah untuk teriak ke seluruh pelusuk negara itu derma dari Putera Russia.
    Menyesal x masuk umno dari dulu......
    Parti agama pun boleh kaw tim janjid sumbat dgn fulus.....

    ReplyDelete
  17. .
    .


    Kali ini nampaknya Tuan Ibrahim berkeras, tak macam sebelum ini Tuan Ibrahim diam apabila Ha Ha sanggah pendapat dia.

    Kenyataan Ha Ha di buat oleh orang lain seperti baru—baru ini Mokhtar Senik melambong puji kewarakan Ha Ha dan Pembantu Khas Ha Ha sebagai tukang kira..

    Kenyataan Ha Ha bertulis dan kemungkinan di tulis oleh orang lain.

    Semoga Allah permudahkan Tuan Ibrahim menganti Ha Ha yang semakin lemah kesihatan nya.

    ReplyDelete
  18. Pendapat ikhlas saya sebagai bekas Ajk pas peringkat cawangan selama 2 penggal..(bekas ahli pas)

    TITM tidak disokong oleh sebilangan pas kerana kebayakkan orang melayu berpolitik atas dasar kemelayuan semata2.oleh kerana TITM kerap sekali mengsyorkan agar najib dan rakan subahatnya disiasat.ini tidak dapat diterima oleh kebayakkan melayu kita terutama sebilangan ahli pas yang masih kekal bersama pas.bagi sebilangan melayu mereka berfikiran "TAK MUNGKIN DIA BUAT TU" tampa berfikir dari perspektif logik fikiran,ketelusan pemimpin,situasi semasa

    Bagi mereka..melayu is ALWAYS THE BOSS.seperti contoh kes 90juta tidak juga saya dengar ada sebarang arahan dalaman untuk siasatan oleh ajk pas pusat atau majlis syura sekalipun.sekadar nafi atas kefahaman kemelayuan semata2 seperti perkara sebelumnya iaitu "TAK MUNGKIN DIA BUAT TU"...nasib TITM akan jadi sama seperti
    TSMY..

    ReplyDelete
  19. Biar Allah satukan hati pemimpin PAS dan UMNO. Tidak ada gunanya bergaduh sama sendiri apabila negara diancam kafir evengelis liberal. TGHH dah pun mempraktikkan politik matang. Dia dah mengalami sendiri fitnah dari puak kafir liberal. TITM insyaAllah akan menyusul. Mungkin perlu masa lebih sikit. Alhamdulillah pimpinan lain seperti Nik Abduh dan Nik Amar telahpun menghayati politik matang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PASAMONO...SAMA KITA KUBURKAN MEREKA NEXT PRU..YEAHHH

      Delete
    2. MR J,

      Siapa yang evangelist liberal wahai si bahlol???

      Kau nak kata DAP???

      Dalam DAP ada muslim, hindu, buddha dan lain-lain kenapa kau tak cakap DAP juga menyebarkan ajaran Islam, atau ajaran hindu atau buddha???

      Selama ni satu bukti pun kau tak dapat bawak, fitnah jelah yang kau ada!!!

      Aku cabar kau, kalau kau ada bukti buat laporan kepada pihak berkuasa!!!

      Kenapa tak bawak??? Takut??? Pengecut??? Pondan???

      Nik Abduh dan Nik Amar tu sampah sarap!!! Tak layak jadi guru agama pun!!!

      Hadi sial tu kaki makan duit haram!!!

      Mana saman??? Berani kerana benar, takut kerana pondan!!!

      Patutlah mereka gelar hadi "sotong"!!! Pondan rupanya!!!



      Delete
    3. Menyeru orang yang melawan kemungkaran ke arah sekongkol dgn pencuri la pulak kau ni mrj...dh org tu baik2 usaha tentang kezaliman biarkan je lah ok...udah kau anak beranak makan duit haram bijan jgn la nak di ajak org lain adehhhhh...

      Delete
    4. Helloooo mrs jubor.
      I told you many many times that you cant fools us the educated lots, you can only fools your girlfriend. We can smell pengkhianat rakyat/negara from far away.

      Delete
    5. You can fools villagers mrj...wjat the fish. What a pitty villagers

      Delete
  20. Org2 bahlol baghal saja yg anggap En Hadi Awang sorang TUAN GURU ..muka pong belemuih ...kesian bini2 dia tidur bersama dgn almunafikum .

    ReplyDelete
  21. Sedihnya melihat Hadi,
    Bila dia tidak tahu malu kpd ahli,
    Juga kepada timbalannya,
    Serta pemimpin pembangkang yg lain,
    Bahkan seluruh raayat Malaysia,
    Dan mereka-mereka yg sedang atau pernah menyokongnya diatas sikap yg beliau tunjukkan. Nyatalah beliau ibarat pagar yg makan padi.
    Tahniah utk TITM diatas ketegasan yg selayaknya sbg seorang pemimpin yg disegani dan dihormati oleh kawan mahu pun lawan.

    ReplyDelete
  22. Gabungan sebeginilah yg udah lama kita tunggu
    Penyatuan dua munafiiq sial negara punya regu
    Rakyat meluat, menagis dua ekor ini tak berlagu
    Ini modal besar PRU untuk PH menongkat dagu

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhh…

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...