Saturday, 10 June 2017

SIASATAN DALAMAN SELESAI, CEO FGV AKAN DIBERI SURAT TUNJUK SEBAB SELASA INI?


Siasatan dalaman terhadap CEO FGV, Zakaria Arshad berhubung urusniaga mencurigakan antara Safitex dengan Delima Oil Products Sdn Bhd sudah pun selesai dan keputusannya satu surat tunjuk sebab akan dikeluarkan terhadapnya.

Lembaga Pengarah FGV difahamkan sudah memperakukan dapatan siasatan dalaman itu dan bersetuju mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Zakaria untuk beliau menjawab tuduhan-tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Surat tunjuk sebab itu akan diberikan kepada Zakaria pada Selasa, 13 Jun ini.

Kewujudan sesuatu yang tidak kena dalam urusniaga antara Safitex dengan Delima Oil diperolehi melalui laporan tahunan audit FGV iaitu PriceWater House dan ia kemudian dilaporkan kepada Lembaga Pengarah.

Dalam dapatan itu dikatakan hutang tertunggak yang gagal dikutip oleh Delima Oil, anak syarikat FGV daripada Safitex dalam tahun kewangan 2014, 2015 dan 2016 sudah mencecah angka melebihi RM50 juta.

Dalam isu hutang tertunggak itu, bukan saja kegagalan mengutipnya yang menimbulkan masalah, malah Zakaria yang merupakan bekas Pengarah Urusan Delima Oil pernah mencadangkan agar RM50 juta itu dijadikan hutang lapuk saja oleh FGV.

Melalui dapatan PriceWater House itulah yang kemudian membawa  Isa meminta Zakaria meletakkan jawatan secara baik bagi mengelakkan nama baik FGV terus terjejas.

Bagaimanapun Zakaria menolak permintaan Isa itu dan dengan tergesa-gesa menulis surat kepada Isa dengan salinannya kepada pelbagai pihak yang lain untuk mempertahankan dirinya, meskipun ketika itu belum lagi sebarang tuduhan secara rasmi ditujukan kepadanya.

Lembaga Pengarah FGV kemudian memutuskan untuk menggantung tugas Zakaria bersama tiga yang lain sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan terhadapnya.

Panel siasatan dalaman oleh sebuah syarikat audit bebas dengan dibantu oleh pihak guaman yang dilantik oleh FGV hanya diwujudkan setelah Zakaria berkeras tidak mahu meletakkan jawatannya berdasarkan keraguan sesuatu yang tidak kena dalam laporan audit PriceWater House berhubung urusniaga Safitex dengan Delima Oil.

Sebelum ini, Pengerusi FGV, Isa Samad ada memaklumkan kepada media bahawa satu surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada Zakaria berhubung urusniaga Safitex dengan Delima Oil yang menyebabkan syarikat itu menanggung kerugian besar.

Kata beliau, surat tunjuk sebab itu akan dikeluarkan sebaik saja siasatan dalaman selesai menjalankan tugasnya.

Kita ikut prosedur dan Lembaga Pengarah FGV akan menentukan kedudukan Zakaria berdasarkan jawapannya dalam surat tunjuk sebab itu nanti, katanya sebagaimana dipetik pada 8 Jun lalu.

Dalam pada itu, berhubung siasatan dan pengambilan dokumen oleh SPRM di Menara Felda pada 8 Jun lalu yang mengambil masa selama kira-kira 8 jam dan melibatkan 40 anggota, sumber-sumber memberitahu serbuan hanya dilakukan di pejabat CEO saja.

Pegawai SPRM dikatakan langsung tidak naik ke tingkat di mana pejabat Pengerusi FGV terletak, walaupun ketika itu Isa dilaporkan berada di pejabatnya.

Ini bermakna, berkotak-kotak dokumen yang dirampas oleh SPRM adalah daripada pejabat Zakaria, bukan daripada pejabat Isa.

Ketika kunjungan Idris Jala ke Menara Felda pada hari yang sama dengan serbuan SPRM setelah dilantik oleh Pejabat Perdana Menteri untuk menangani kemelut yang sedang berlaku dalam FGV, antara yang turut ditemuinya ialah Isa sendiri.

Dalam pertemuan itu, Isa difahamkan turut memberikan beberapa dokumen berkaitan Zakaria dan tindakan yang diambil oleh Lembaga Pengarah FGV kepada Idris untuk membantu tugas yang sedangkan dijalankannya. 

Sumber itu juga memberitahu, Isa langsung tidak terganggu dengan pelbagai laporan media terhadapnya kerana tahu apa yang sedang dilakukannya dan sentiasa memberi laporan setiap perkembangan kepada  "orang atasan" yang berhak tahu mengenai kemelut FGV itu. (ShahbudinHusin 10/06/2017)

91 comments:

  1. Isa samad mimpi naik gajah lagi ke??? Isa samad ni mmg bahlol!!benarkh isa ni pegang rahsia najib di p.d??

    ReplyDelete
    Replies
    1. SPRM ni, mcm kita maklum la. Mereka cuma BARUA kpd Isa dan Najib ja. Sama mcm jabatan2 kerajaan yg lain.

      Delete
    2. Yang jadi barua sebenar adalah pan.

      Delete
    3. UMNO. Dan umno bgaduh


      Inilah peluang kita...

      Biar FGV jahanam

      Makcik Felda kluar jalan raya
      Jual anak dara
      Najib kata ini cuma satu bala
      Utk dirinya yg celaka

      Delete
    4. mkcik felda tkkn pilih ph yg lg jahanam

      Delete
    5. Betul makcik tidak akan pilih ph

      Sebab belum sempat pilih makcik dah mampos kojol tak makan.. Inflasi 5.7% ikan kembong rm50sekilo !!!

      Hampir semua kedai di Malaysia tak jual ikan kembong!

      Delete
    6. Makcik pakcik Felda ni mmg asalnya org susah dan keciciran pelajaran. Join Felda bukan sebarangan, interview pun ada..nak terpilih bukan senang. Sbb mmg asalnya bangang totok saja dipilih masuk Felda. Cerdik melawan sikik, sorilah nak dpt. Pendek kata, screening sblm masuk pun dan dikira BN totok biol pure dah.

      Apa hang nak harap sgt undi derang ni??? Malam la sikek. Dlm 1000 dpt satu undi pun dikira bertuah dah. Kahkahkah..

      Delete
    7. PAS ADALH BARUA AMENO

      Delete
    8. Anon 1921 mmg btul tulisan anda.dulu2 Nk joint peneroka generasi 1 dulu mmg susah. Kalu ada bau2 parti bulan mmg tak dapt la lepas interview.(dulu pas je ade lawan umno)

      Delete
  2. Yang nak beli syrikat peladangan indon tu sape pnye cadangan pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangan depa la...

      Delete
    2. Kick dua2 la lagi senang

      Delete
  3. Kalau kita ambil satu kes sahaja, safitex dan delima, apa yang dilakukan oleh Isa sangat berketepatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kluang.. yg kene kat Isa sokmo..mmg tepat la. Kahkahkah.

      Yg Felda terkena pow, senyap2 ja la.

      Delete
    2. org politik patut tidak dibenarkan mnjdi katua apa2 glc.

      Delete
    3. Sapa pun, mengkala pegang apa2 pun, setahun dua, elok la. Masuk tahun ketiga, mula pasang kaki la weh.

      Sama la dgn pegawai2 gomen. Anak sedara saya (perempuan), baru je kerja kastam, trus dapat collection 20k slps sebulan dua dia kerja.

      Lps 6 bulan, dah kluaq Waja sekenhen. Tu pegawai cabuk baru masuk kerja. Mengkala yg dah lama2..atas2 nu.. bersara saja dah belanja RM5 juta.. sehari collection seluruh Mesia RM15 juta. Takat cilok RM5 juta buat Majlis Persaraan Big Boss, apalah sgt.

      Tu blom citer LHDN, KWSP, SOCSO, Tabung Haji, Felda, Felcra blablabla lagik hahaha.. sumer sama ja.. lagi lama lagi kurap la Melayu ni. Tu blom kira cilok masuk akaun sendirik lagi. Pasang 10-20 kompeni dlm jabatan sendiri buat projek.. hihi.. manyak syiok woo.

      Delete
    4. Patut profesional dilantik handle glc..tapi bijan dh janji habuan kepada setiap kaki jilatnya ape blwh buat..

      Delete
    5. Apa lagi....ada bukti pi ngadu kat Sprm la.

      Delete
    6. Sprm pun makan hari2 mamat bijan yang suap.ape boleh buat bro.nanti lawan taukeh alamat pencen awal lah lagi sorang

      Delete
  4. So apa kesimpulannya yg boleh dirumus berdasarkan entry tuan Shahbudin ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesimpulannya ialah....

      Geng penyiasat ni memang bijak kerana dalam masa yang pantas segala salahlaku dapat dikenalpasti...

      Makanya...

      ...makanya...

      .....dengan ini jelaslah bahawa...

      ...bahawa....


      ...najib akan arahkan geng yang sama untuk menyiasat masalah 1mdb pula....


      Delete

    2. Pendek kata apabila dipendekkan cerita sependek pendeknya maka selamatlah si pendek...

      Delete
  5. Dah mula nampak, isa samad akan diselamatkan lagi oleh Najib,kenapa sprm x selongkar pejabat isa samad??atas arahan siapa?? Kenapa pejabat CEO diserbu, tp isa samad punya x diserbu jugak?? Macam mana nk telus??!!lagi satu, buat panggil idris jala, menteri jpm sbg pihak berkecuali??kenapa x lantik mereka yg betulx2 tiada kaitan dgn kerajaan?? Kalo macam ni la gayanya, memang kita dh bole agak siapa Mastermindnya....rakyat Malaysia x bodo....x payah sebut nama pun kita dh tahu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa makcik pakcik Felda bukannya tau Idris Jala tu orang mana dsbnya...biarlah nanti peneroka Felda diterajui org Kristian dari Sarawak...1Malaysia!

      Delete
    2. Ini pet projek bapa Najib so Najib le yg control. Dia mastermind sebenarnya, mcm 1MDB juga. Isa Samad tu hanya proxy Najib & Rosmah. Zakaria pula dikhuatiri oleh kem Najib ada agenda mensabotaj Felda agar terus jatuh - agenda yg bukan pro- Najib.

      Delete
    3. pemimpin lama yg bermasalah semua patut diganti bkn sahaja isa.kat manapun mereka diletakkan mereka akan bawa masalah

      Delete
  6. Nampak gayanya tak jadi PRU-14 tahun ni. Najib akan tangguh sampai tahun depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib telah belajar dari kesilapan Theresa May yang membubarkan parlimen UK terlalu awal dan mengadakan pilihan raya. PRU mungkin tahun depan.

      Theresa May tersilap percaturan dengan mengadakan pilihan raya awal. Parti Konservatif hilang banyak kerusi. Parti Konservatif dinafikan majoriti yang dimenangi David Cameron pada tahun lepas. Akhirnya Theresa May terpaksa membentuk kerajaan campuran dengan parti pro protestant di Northern Ireland.

      Delete
    2. britain ada 2 byk parti yg setara yg bersilih ganti bila2 masa.mlysia tidak ada ph lgsung tk setara dgn Bn

      Delete
    3. Pas lagi hampeh..tahap tong sampah je..mcm bau kentut..that is why..pas pis pus

      Delete
    4. Jgn banding dgn UK bro kita tak setaraf
      Bandingkan dgn Zimbabwe dgn gohik gostan ok

      Delete
  7. Bagi je Tantawi pulihkan Felda secara Islamik. Yg ini pasti makcik Felda tak bantah. Siap kasi anak dara. Dapat syurgaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tantawi tak nak daging segar.. Dia nak

      Chanel XXX pay perview

      Pesta ONANI kata ostad pas
      (kUrang sikit dosa dari berzina)

      Delete
    2. Patutlah cina mkin kurang ajar skrg.didokong oleh puak ph

      Delete
    3. Sebab cina mak bapak ko dapat makan...
      Ko jgn kurang ajar . Brp sen ko byr cukai lahabi?

      Delete
    4. kikiki bodonya.puak ph tahi cina disangka kuih

      Delete
    5. Sikap Rasis yg mghasut cina vs melayu mmg dh darah daging umno.selagi umno ada di muka bumi malaysia selagi itu perbalahan kaum wujud. Sb pemimpin umno sentiasa mainkan isu cina melayu sejak 60tahun dulu....tapi melayu dok bawah la jgk smpai skrg mundur serba serbi.dunia pun mundur akhirat lagi la teruk tgok kebyakkan org melayu skrg

      Delete
    6. Yang maju cuma menteri je.makin hari makin naik elaun dan gaji

      Delete
    7. Dah nak melingkop dah PH ni....

      Delete
    8. Yang merembat duit si bijan..tapi ph plk nak melingkop.ape ke dunggu deme ni

      Delete
  8. isa bekas guru kalau najib jadikan dia hakim selepas ni tak boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya Mad Maslan boleh pegang jawatan AG. Macam juge Rosnah Shirlin lawyer gemuk boleh jadi menteri kesihatan atau menteri kerjaraya. Mahdzir Khalid juge boleh jadi KPN. Ini Malaysia. Pendatang selatan Filipina pun boleh jadi pemimpin di Sabah. Boleh saja kalau kau bah.

      Delete
    2. Boleh tak klu lantik Mas Ermiyatie jadi menteri pertahanan?

      Delete
    3. lantik Lks jd tpm lg bgus.

      Delete
    4. Ingat hari tu bila dh jadi negara paling ramai menteri kabinet serta penasihat2 di dunia dapat la masing2 tumpu urusan pentadbiran dengan lebih cekap sebab beban dan skop kerja dh jadi kecil.alih2 ramai jadi pak agguk je pulak dalam kabinet.bila bijan ada benda tak patut buat pun xada nak tegah.bijan saje nak bagi duit poket free je tu lantik jemaah mentri ramai -ramai

      Delete
  9. Umno dan Bn smemggnya telah bnyak berjasa kpd negara sejak negara merdeka.Zaman 90an kemuncak kmjuan negara.selpas Tun m bersara negara kita seolah -oleh sudah kurang berkembang.Kelemahan pmimpin Bn skrg mnjadi punca kpd masalah negara.mggntikn Bn yg telah lama berkuasa wajib dibuat bg memacu semula kmjuan negara.tp sayangnya tiada mana2 pihak yang setanding dan setra bg mggantikn Bn.ph bkn pggnti yg sesuai msih lg dipimpin oleh muka lama yg kurang diyakink.mlaysia mmerlukan pmimpin generasi baru yg lebih memahami keadaan dan kehendak semasa.ph msih lg tk berubah pkatan yg longgar,tak sepakat,tiada tokoh muda yang berwibawa yg diberi kepetcayaan.mggantikn BN dgn ph tidak akan mmbawa sbrg kebaikn kpd negara malah akan mnyebabkan lebih byk kerosakan dan kemudaratan kpd negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl tu ph akan menjadikn felda makin maju.melayu jd belaci aja.pngurusan serah pd cina

      Delete
    2. Hebat la pakar2 pengamal ilmu bkmoh teropong umno ni. Spai apa masa depan ph pun dh tau..baik buat 1parti je kt mlaysia ni. Abis nak pilih perti bijan je sangat smpai kiamat hahahahaha

      Delete
    3. 1752 TU TOTOK PAS..KELANTAN YG DIPERINTAH PAS LAGI TERUK..SAMPAI SEKARANG TAKDE AIR BERSIH..LOBAI NI PUN KUAT RASUAH GAK NI

      Delete
    4. Duit derma saman sr macamana...dah beli alphart ka....

      Delete
  10. Mat sabun mndiamkn diri setelah ditamplek cdngn mnjdikan beliau sbg pm sementara.mat sabun baru sedar beliau lgsung tk lyk untk jd pm sama juga parti yg hanya layak jd barua dap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno baruah komunis..

      Jilat juboq China sampai licin ke usus..

      Ratib Ratib YUAN YUAN YUAN

      Mca tuhan umno

      Delete
    2. komunis dh lama berkubur di malaysia.tak bljr sej ke

      Delete
    3. Habis Tuh CCP tu apa

      Mca hantar pemuda berkursus di Beijing bersama CHINESE COMUNIST PARTY CCP

      Ko tak habis belajar ? Tadika lagi pun pandai menaip..

      Delete
    4. itu parti komunis cina.sama juga ph yg diketuakan dap beradeologi komunis

      Delete
    5. Pas lg teruk,mkn keliling..ngan ameno pun dia sapu..mcm pelacur murahan pas ni

      Delete
    6. PAS memang melacurkan dirinya kpd UMNO. Atas sarban pakai, dalam jubah keras memacak senantiasa. Al-maklum ikut sunnah Osama Bin Laden jihad di luar porno di dalam.

      Delete
  11. You garu me, I garu you
    kita berpakat is nothing new
    orang tanya hal PD, is it true?
    kita selamba buat tunggul kayu!

    I rasa terhutang budi
    kalau you tak tolong I dah mati
    sekarang I tempat tertinggi
    orang siasat, you don't worry!

    Budak CEO tu I tak berapa
    I suka you satu kepala
    cerita dulu takkan you lupa
    artis cun sama kita jala..

    you jangan pening kepala
    kita siasat ofis dia saja
    biar rakyat nampak usaha
    pejabat you, I kata tak apa..

    you relaks ye Dato Seri
    I dah call I punya 'suami'
    dia kata ok, you don't worry
    kalau risau tak tambah tinggi!

    ReplyDelete
    Replies

    1. Cara penyampaian yang penuh sindiran dan menarik...

      Tahniah dan terima kasih..

      Delete
    2. Terbaik bro fan tun..

      Nampak sangat berat sebelah
      Boleh pulak pejabat pengerusi depa tak geledah
      Hanya bersapa dokumen diserah
      Sedangkan pejabat CEO bersepah sepah..

      Kalau hendak buat siasatan menyeluruh
      Mengapa pengerusi cuti tak disuruh
      Hanya CEO dan BOD lain yang kena tuduh
      Bukankah FGV idea pengerusi yang tubuh?..

      Bila skandal sudah terjadi
      Pengerusi terus angkat kaki
      Mungkin dapat sokongan padu dari jibby
      Inilah salah satu contoh dipanggil kleptokrasi..



      Delete
    3. Terima kasih Tuan Fan Tun dan Tuan Perak Man...

      Anda berdua gandingan yang hebat....

      Saya peminat setia tuan berdua...

      Delete
    4. Sokong!!!

      Saya pun peminat setia gandingan mantap Bro Fan Tun dan Bro Perak Man.

      Delete
    5. Mintak tuan berdua buat koleksi mcm kartunis zunar ambe akan masukkan dlm sylbus bahasa Melayu darjah satu bila ambe jadi menteri pendidikan
      Supaya menjadi ingatan anak bangsa Malaysia
      Syabas dan tahniah

      Delete
    6. Tak ade maknae nye....PH dah nak melingkop dah...meroyan la ko....

      Delete
    7. Yg nak melingkup PH tu semua orang tahu.
      Mereka tu balaci tajaan umno belaka yg disumbat dedak dan yg ditanam dlm bersatu.
      Keluarlah.
      Buatlah publisiti kat tv3 suku
      Ada kami kisah.

      Delete
  12. UMNO sebenarnya parti chauvinis kukubesi. Selagi UMNO berkuasa selagi itu pergaduhan kaum akan sentiasa membara malah dimanipulasi oleh UMNO untuk menguasai melayu sekaligus memanipulasi dan memperbodohkan melayu. Sekarang bukan lagi era ke-bangsa-an tetapi era ke-bersatu-an semua bangsa Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang bersalah bukan umno, tapi mereka mereka yang berada dalam umno sekarang ni...

      Sebab tu sebelum tun tubuhkan bersatu dia dah bagi peluang pada umno untuk singkirkan najib dengan harapan untuk memulihkan kembali umno.

      Tapi nampaknya tidak berlaku...

      Jadi sekiranya umno jatuh, jangan salahkan tun dan aku ni... dan kami semua...



      Delete
  13. KAT BLOG NI ADA SEKOR TOTOK PAS YG BANGANG..NAME JE LOBAI..KALU NGUTUK ORANG, DEPA NI LA YG PALING TERUK,,PAS PIS PUSSY

    ReplyDelete
  14. terima kasihlah bro anon
    kita semua nak singkir lanun
    segala komen bersama bangun
    dalam Pakatan kita berhimpun!

    hanya kita yang masih sedar
    makcik felda disogok cadar
    wang sedikit undi dicagar
    janji manis iman bergegar!

    bro Perak Man banyak dah cakap
    tuan Pengerusi mesti tak cekap
    peneroka marah tak boleh harap
    takut nanti dia terjun tingkap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik bro fan tun..

      Anon dua kosong lima enam
      Terimakasih kembali dan juga salam
      Banyak lagi orang kampung yang tidak faham
      Jika masih BN memerintah negara jahanam..

      Bukan sekadar membuat pantun cerita
      Kos sara hidup yang tinggi nak kurangkan macamana
      Golongan marhaen banyak yang menderita
      Sedangkan pemimpin kita songlap sini dan sana..

      Delete
    2. Insya Allah...UMNO pasti tumbang di Johor.

      Delete
    3. Usah mimpi le...Beranagn je la....

      Delete
    4. Tunggu saja masa dan ketikanya wahai anon 0047.
      Jgn susah hati.

      Delete
    5. Wowwww...johor pun?

      Mantappppppp..

      Delete
  15. FUYOOOO.....

    YEOP SUMAN AMAT FANTUN JLN BERGANDINGAN
    DRI BELAKANG GANDINGAN NNPK MCM GAMPANG
    ANGAN TINGGI USAHA MEREKA MME KURANG
    PRU 14 PAKATAN PUTUS HARAPAN KECUNDANG..

    TINGGI BEBENO HAJAT YEOPP DAN BARUA INI
    DEME BERANGAN TINGGI ŔAKYAT HANYA PERATI
    TUNGGU AJER PRU 14 YANG BAKAL TIBA NANTI
    TUNGGU MASA PAKATAN PUTUIH HARAPAN MATI


    KIKIKIKIKI... TINGÄžI BEBENOOO CÃŒTA CITE DEME DAN MENGKOOMER SEMUA.. TAK BERPIJAK DI BOMI YG NYATEEE..... KIKIKIKIKIII

    BERBUSSSS JER BARUA DÀP@SINGAPORK PENSABOTAJ EKONOMÌ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat singapork, hidup ini elok berkawan
      Tapi janganler kawan dengan bajingan
      Pasal nanti perangai manusia bertukar haiwan
      Memakan dedak menjadi anjingan..

      Rasanya mungkin mat yang tak berpijak dibumi nyata
      Rakyat tak suka tapi mat yang buta
      Mat ingat selamanya ker BN bertakhta
      Mungkin mat sebenarnya kot yang tinggi cita cita..

      Sudah sudah lah mat
      Jangan dok menyokong pemimpin kleptokrat
      Nanti hidup mat tak ada berkat
      Dikubur nanti mat tak selamat..

      Delete
    2. Kalau tak tinggi cita2nya dia tak pi berniaga kat singaporelah.

      Delete
  16. Ini bermakna zakaria akan dipancung. Maka aku harap zakaria akan berkempen dlm pru14 supaya warga felda akan buang najib razak ke laut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti cap Munge dah nak meligkop dah...ramai dah nak cabut.....sebelum PRU munge dah layu....

      Delete
    2. Cabutlah nak tunggu apa lagi.
      Apa susah keluar umno masuk bersatu kemudian keluar bersatu masuk balik umno.
      Lepas tu masuk tv3 suku
      Ada kami kisah.

      Delete
    3. Kasi zakaria pecah tebelang bijan n isa kaw2... Bagi warga felda tau apa depa buat selama ni

      Delete
  17. YEÃ’PPPP OOO YEOPPP DEME OTAK X CENTER
    NAK KATA ADA BUKTI TEORI PUN TAK ADA
    ANGAN2 AJER LAH UNTUK PENYEDAP CERITA
    KITA TINGGU AJER PRU 14 SAPA YANG KENAAA....

    KIIKIKIKIKIKIKI..

    REFORMASI 1 DAN 2 LAGI KUAT BAHAYANYA
    MASA TU RAKYAT BANYAK YANG BLURR...
    SEKARANG SEMUA DAH TERANG DAN NYATA
    DEME DAN MENGKOMER CAP BUNGA AJER YG BUTA

    KIKIKIKIKI... UDAH2 LER YEOPPO GI TIDO BASUH KAKI TU ESOK NAK SAHOR...

    BERRAMBUSSS ..... GI TIDO..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum tido makan dedak dulu

      Sahur pun dgn dedak juga


      Inilah penyokong tegar umno

      Dedak berpisah tiada

      Delete
    2. Sebelum tido' pekena Si Rapuji Sotong...goreng topung pun sodap.....

      Delete
    3. Nak sedap lagi campurlah dedak dgn nestum. Jadi sampreet.

      Delete
  18. haiya..ini Bingaipork sula latang
    lia amtam Pakutuns abang
    ati manyak sakit mata atak buntang
    mali mali undi Pakatan, kasi umno telebang!

    ini olang manyak mengong
    manyak suwey manyak mohong
    Mulayu ciakap lia tongong
    manyak ciakap otak ko-songg..

    mana boley silalu minang
    itu umno manyak tembelang
    manyak tipu lompak wang
    kasi mini ati sinang!

    lu Singapork nanti tingok
    Pakatan minang manyak syok
    Lu olang suma busuk
    Sung-gai Bulu kasi mas-suk!

    olang ciakap lu pati
    Pulau Kukut lu mali
    ini Laya Aidil-piteli
    lu belambus negeli sendili!




    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik bro
      Errr adik beradik ke dgn bro pan Tun
      Boleh masuk dlm koleksi juga

      Delete
    2. Hai ya...nanti gua Lee Wat Lu tau....

      Delete
  19. ACARA BEBASKAN ANWAR BERMULA LAGI
    RAKYAT DAN MUAK MELUAT PUN ADA
    BILA KE MAHKAMAH TANGGUH BERATUS KALÌ
    GEBANG BESAR ADA SAKSI ADA ALIBI SEGALA
    SEKO PUN TAK TAMPIL SEBAGAI SAKSI
    RAKYAT MELUAT BILA DRAMA TAMIL BERMULA



    Kikikikiki... BERAMBUSS BARUA DAP@SINGAPORK ..PLURALLIST MURTAD.. SYIAH.. EVANGLISTA PENSABOTAJ EKONOMI NEGARA....

    INI KALI LAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe dunggu kau..rakyat mana bosan? Yg mencecah 51% tu ke?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...