Sunday 4 December 2016

WAYANG PACAK BERCIRI AGAMA?

Perdana Menteri, Najib Razak menegaskan, beliau tidak akan menutup mata dan berdiam diri berhubung penderitaan umat Islam Rohingya di Myanmar.

Berucap di Himpunan Solidariti Rohingya yang turut dihadiri oleh Presiden Pas, Hadi Awang, Najib yang dicemuh dunia kerana skandal 1MDB dan wang beribu-ribu juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya berkata, Malaysia akan berjuang habis-habisan bagi mempertahankan hak asasi golongan etnik Rohingya itu.

"Apa mereka nak kita buat? Sebagai ketua kerajaan nak minta saya tutup mata? Nak saya bisu? Tapi saya tidak akan menutup mata dan tidak membisu sebab mereka ini mesti kita bela.

"Kita bela bukan saja kerana mereka seakidah dengan kita. Mereka adalah manusia, mereka ada hak. Nyawa mereka bernilai dan kita akan berjuang habis-habisan," ucap Najib lagi.

Perghhhhh.....

Tapi apa yang sudah Malaysia lakukan setakat ini?

Sudahkah ditamatkan hubungan diplomatik? Sudahkah dipanggil duta Myanmar untuk disampaikan nota bantahan? Kenapa duta kita di Myanmar tidak dipanggil balik sebagai tanda protes?

Sudahkah bantuan kemanusian dihantar ke Myanmar? Sudah berapa juta telah disumbangkan?

Apakah nasib pelarian Islam Rohingya yang ada di negara kita? Adakah pernah disediakan khemah pelarian atau lain-lain bantuan dijanjikan untuk mereka?

Mengapa usul khas berkaitan Rohingya di Parlimen yang dikemukakan oleh Raja Bahrin Shah ditolak begitu saja?

Jika usul ditolak, kenapa berhimpuan jadi galak?
Sejak bila kerja kerajaan bertukar daripada bertindak melalui kuasa yang ada kepada berhimpun dan menjerit semata-mata?

Bagaimana dengan pekerja asing bukan Islam Myanmar di negara kita yang antaranya menguasai Pasar Borong Selayang dan menjadi samseng di sana?

Apa tindakan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk menanganinya?

Sebagai kerajaan yang berkuasa, kenapa Najib tidak bertindak apa-apa setakat ini?

Mengapa Najib mengatakan beliau tidak gentar dengan gertakan Myanmar yang mungkin mengambil sesuatu tindakan berikutan himpunan yang diadakannya ini?

Bukankah Malaysia yang sepatutnya menggertai Myanmar dan mengambil langkah ke depan dengan memutuskan hubungan diplomatik itu terlebih dahulu?

Apa kata kita tunggu lagi seminggu, dua minggu atau sebulan selepas ini untuk mengetahui tindakan Najib dan kerajaan yang seterusnya terhadap Myanmar dan umat Islam Rohingya?

Atau enam bulan dan mungkin setahun lagi?

Apakah wayang pacak bertopengkan agama antara UMNO dan Pas ini akan menzahirkan sesuatu yang bermakna atas nama Islam yang dilafaz dimulut dan diniat dalam hati buat seluruh etnik Rohingya atau sekadar lipstik untuk mencantikkan rupa menghadapi pilihanraya? (SH 04/12/2016).

53 comments:

  1. awat nampak macam budak2 skolah ja tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Tuan Shah,
      Sumpah, meluat dan muak betul dgn posting judi ni.

      Delete
    3. Admin tak boleh blok ke nombor ini, kalau ya pun dia tukar no lain blok saja. Dia ada 100 telepon kah?

      Delete
    4. Seorang rohingya 1 undi ba.....???

      Delete
  2. Allah tuan Budin cakap tak serupa bikin..menyalak je lebih..lepas dlm dewan (Pau2016)kat luar pulak..hampeh betul presiden Dumno ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau lah apa nak jadi dengan geng PAU(PAS AND UMNO) ni....

      Main wayang bangsawan, julang keris,jerit sana jerit sini, hampehh apa tindakan yg dah dibuat utk membela ummat islam Rohinya??? Kamu kan kerajaan, buat lah kerja sebagai kerajaan, bukan nya berarak sana sini mcm NGO pulak!!! Hampehhh.

      Delete
    2. Alahhh.....setakat enough jer.
      Tapi jangan kita lupa orang rohingya ni pun ada gunanya macam orang bangla jugalah.

      Delete
    3. Anwar Ibrahim lah seorang pejuang dan berdarah pahlawan
      Tunggu lah dia keluar lepas PRU 14
      Aku tersangat pasti PAKATAN mampu ambil alih putrajaya


      Anwar tak gentar dengan penjara
      Tapi M O 1 dah terkincit sebelum PRU 14 kalah jer ON THE WAY to SUNGAI BULOH dalam minda M O 1

      Delete
  3. Malaysia lebih Malang dari rohingya lg,ada PM nama najib yg bodoh yg tau hanya mencuri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini PM adalah Pertamanya Malang. Terosak dan terus merosakkan umat melayu...siapa kata ini bapaknya punya negara?

      Delete
  4. Tunggu hari selasa tahun depan kot..Geng maharaja akhir tahun..memang bergaya.menang sorak M'sia tergadai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selasa yang di-maksudkan ia-lah Selasa yang bertarikhkan 30 hari bulan February.....

      Delete
  5. Orang asli dilanda sengsara, pokok yang ada ditebang juga,pemimpin kata kena laksana, pembangunan poket kroni dan dia..

    Orang asli Jakun Temiar, warga Malaysia jangan terbiar,jika dihapus hutan meliar, hidup mereka menjadi sukar..

    Sebagai Islam Rohingya dibela, orang asli jangan dilupa, Rohingya hanya terima derma, orang asli mengundi bersama..

    Jangan berdegar bicara agama, dua parti diajak bersama,nawaitu baik mestilah ada, jangan kerana nak pilihanraya..

    Sungguh zalim dan juga kejam, rakyat Rohingya dipancung ditikam,bagaimana jika pemimpin yang Islam, khianati negara dunia mengecam?



    ReplyDelete
    Replies
    1. Dato Seri Jamal Jamban sepatutnya kumpulkan samseng-samseng Baju merah ramai-ramai bantu orang -orang Islam Rohingnya demi untuk berjihad fi sabilillah daripada buat kacau di Negara sendiri.......!!

      Delete
    2. Ya Puan Salwah, itu suatu cadangan yang munasabah. Tapi si pengacau lebih suka ber-ego dalam masyarakat kampung.
      Hahaha! Tapi diorang sokmo adalah geng yang tak boleh diharapkan pada yang baik dan benar.

      Delete
    3. Terror Kampung. Buat kacau dalam kandang sendiri. Tak boleh pakai. Layak hanya jadi barua.

      Delete
  6. Ha ha ha ha bila penyamun dan penyagak pun nak tunjuk baik dan hero agama dan umat islam maka habis dimain dan di putar belit hakikatnya tiada ikhlas dan munafiq ha ha ha hari hari orang melayu kena tipu kah kah kah....puiiiiii.

    ReplyDelete
  7. Inilah dinamakan "Main Wayang"... Kepakaran Najib... sampai PAS pon terpengaruh.

    ReplyDelete
  8. Sama2 lah kita bertaubat & kembali pada yg 1...DUNIA DAH HMPIR KPD HARI KIAMAT...ALLAH DAN TUNJUK PELBAGAI HINT

    ReplyDelete
  9. Piem paling bangang.
    Dah ada kuasa dirangan pi demo lf buat apa.
    Gunakankah kuasa yg ada utk ambil tindakkan tegas.
    Main wayang saja piem ni.
    Lagi dungu si lobai2..
    Ada parliment tapi tak nak sokong.
    Nak buat demo juga di luar.
    Bengonf punya lobai

    ReplyDelete
  10. Bukan ahli umno je dia kencing...satu msia dia kencingkan...la ni...satu dunia dia kencing....satgi....tak cukup tanah terkencing kencing dia lari nk elak kena jail

    ReplyDelete
  11. Najib ni practis nak jadi pembangkang dah tau akan kalah pru14 nanti itu yang demo tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi pembngkng pn si najib ni x layak..

      Delete
  12. Apasal NAJIB BERDEMO.............?????
    Haji Hadi berdemo, OK lah sebab dia bukan kerajaan.
    Dia berdemo mintak kerajaan bertindak ke atas
    Myanmar.
    Tapi NAJIB ITU KERAJAAN, apasal dia berdemo.....???
    Dia tak sedarkan, KUASA ADA DITANGANNYA.....?
    Dia cuma guna kuasa di tangannya untuk selamatkan
    diri daripada dituduh menyonglap duit rakyat.
    Dia tak tahu ke, dia boleh amik macam-macam tindakan
    untuk paksa Myanmar selesaikan masalah Rohingya...?
    * Dia boleh putuskan hubungan denganMyanmar.
    * Dia boleh mintak ASEAN keluarkan Myanmar
    * Sebagai anggota Security Council PBB, dia boleh
    mintak PBB buat sekatan ekonomi ke atas Myanmar.
    * Macam Endogen, dia boleh bawak kapal perang
    ke Myanmar, jumpa junta Myanmar, desak amik balik
    orang Rohingya yang lari ke Malaysia atau amik
    orang Rohingya, pindahkan ke Afrika atau mana-
    mana pulau kosong tak berpenduduk.
    * Ada macam-macam benda dia boleh buat, tapi
    bukan BERDEMO.
    Berdemo ni kerja orang takda kuasa macam TUN DET,
    BERSIH, ORANG ASLI DI GUA MUSANG, dan rakyat Marhen
    macam kota.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OIC OIC OIC mana? Raja saudi mana?

      Delete
    2. Otak peminpin kita sudah biul, ini balasan Allah mengkhianati rakyat sendiri.
      Sama samalah kita tunggu lihat apa tindakan mereka salepas ini.
      Tindakan mereka sudah tidak selari dengan kuasa yg diber.
      Seorang berkuasa dlm sebuah negara dan seorang lagi berkuasa dlm sebuah organisasi terhebat dunia.
      Tapi mereka sudah lupa kuasa ditangan akibat dosa dosa mereka.
      Mungkin suatu hari nanti depa lupa alamat rumah mereka.....tidak mustahil.

      Delete
  13. Diakhir zaman ni, akan lahir pemimpin yg jahil dan ulama yg jahat...malaysia dah nampak dah calonnya..wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.....'diakhir zaman akan ada umatku menjual agama dgn mendapat keuntungan yg sediki'...kata nabi kita.
      Sudah terbukti kebenarannya. Sudah berlaku di Malaysia sejak pis ditubuhkan.

      Delete
  14. Propa je tu tuan Budin...buatla camna pun..kau najib pemimpin yang tiada lagi integriti di mata rakyat marhaen...

    ReplyDelete
  15. Manusia paling bodoh dlm Dunia ialah Najib Razak . Kuasa ada di tangan tapi berdemo . Haji Hadi pula turun bangang berdemo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susu itu yang kita menghargai khasiatnya... Tapi kalau darah dah campur dengan taik? - Ha! Menjadi najis terkumpol lah!

      Delete
  16. Saudara ,

    UMNO yg diketuai Najib Razak akan mengadakan SATU PERHIMPUNAN BESAR2AN PADA 1.1.2017. untuk menuntut kerajaan Malaysia melaksanakan "Hukum Hudud" di Malaysia.

    Perhimpunan tersebut akan disertai oleh semua gabungan Parti dlm Barisan National.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahahahahaha....
      hohohohoohooooo....
      hihihihihihihi....
      kikikikikikiki....

      Lawak mega geng Lebai Musang Berjanggut Al Nasikangkang.

      Delete
    2. cerita pasai pacak dan rancak.
      mlayu dari muda sampe toa,rame jd pak pacak.
      masa muda jd sojar dok pacak atas padang kawad...bila solosai atas padang kawad ..tepacak pula depan istana negara.jd polis dok tepacak atas jlnraya.jd jpj pong dok pacak atas jalan...tapi takpa walau pong terpacak tetap juge rancak,,,sbb jaman muda kesihatan sihat walafiat

      masa toa jd pak gad pong tepacak juge kerojenya..tapi dah kurang rancak,sbb jaman toa kesihatan selalu tidak mengizinkan..
      masa berhenti mnjd orang mlayu,maka terpacak pula batu atas palak.
      dari DIA kita datang, pada DIA jua tempat kita kembali.
      minta maap yob bkn niat teman nak hina sape-sape...komen teman ibarat komen syiok sendiri-sendiri sahaja.
      kerja sojar,polis,jpj atau yg seangkatan dgn nya satu pekerjaan yg sangat mulia..sebagai mlayu..

      Delete
    3. udah puas koroje pacak memacak dari mude sampe toa bangke.. mlayu masih dok d takok lama... masih ada mlayu kaih pagi mkn pagi,kaih petang mkn ptg. kaih mlm nak mkn mlm...
      depa kaih pagi dan ptg saje yob..
      mlm depa tidak kaih sbb mlm depa nak pacak takok pulak..hukk aloh.
      kalu yg lagutu teman tahu sangat..
      mlayu ibarat mcm cicak dan mcm lipas.. peliag bagus terpacak-pacak burit yg bagus pulak telepas-lepas. boleh pandang-pandang tapi tidak boleh nak pegang ,nak merasa. dan nak memilekinya..masok angin keluag asap..nak makan kedarah pon susah..

      kamu mcm yahudi tak beradap saja.. otak lucah fikiran senget dan biadap sampe seluroh keluarga kamu.

      pada anon beradap sopan dan seluroh keluarga beliau harap dapat jd lah keluaga mlayu yg sangat bersopan santun sampe mampuih..
      mcm haji adi awe pesan baca alquran jgn baca fesbuk..

      Delete
  17. Another world record for Najib ... the first of either PM , president or king attending public demonstration ! Baral punya pemimpin .

    This Najib has no gut at all . If he is really sincere and serious of what he said , Malaysia can take diplomatic action .

    Alas , this man has no "teloq" . May be China has warned him no to be to drastic in taking action onto Myanmar ?? or it might be Singapore ?? It has to be noted that China is the biggest investor in Myanmar followed by Singapore .

    ReplyDelete
  18. Selalu saya kutuk Bijan 24/7..tapi kali ni terpaksa jugak support dia dlm isu rohingya ni..ada point juga kata2 Bijan ni walaupun nampak macam biul je..
    Sebab kadang2 kita perlukan kebiulan untuk melawan kegilaan..
    Alah..lepas ni kita hentam la dia balik,Peace yo..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 22:21

      What positive or solid outcome can come from his statement over public display of outrage??? Only pretension and trying to score some staged-setup political points....some desperate desperate moves!

      1- PM of Malaysia,

      As a Sovereign country Malaysia could easily let the Parliament take a stand hence, it would be in all eternity cast in the history Hansard. On this the Bugis Pirate FAILED and FAILED MISERABLY!

      2- Chairman of ASEAN 2015,

      As the head of Government of Malaysia at the same time Chairman of ASEAN, the Bugis Pirate had not taken the full opportunity presented to him to tackle the Rohinya-Myanmar issue, only because this BIGGEST THIEF of the CENTURY on record so far (he raised the bar for THIEVINGS at the HIGHEST LEVEL in the world) were so damn busy scheming on how to wriggle himself out of the biggest scandal of 1MDB & SRC which were so damning that nothing can help him now except to stay in power, by hook or by crook.....more true with the latter!

      3- UN Security Council Member 2016, Malaysia,

      As member of UNSC, Malaysia can easily tabled a RESOLUTION.....but hey! Do you see the Bugis Pirate ever say anything!?!??? The si Lanun Bugis infact went AWOL and sent his deputy with all his 'all-over-the-place' english like ROJAK-Jawa at the recent UN Assembly! Nothing2Hide 2,3,4....and still counting!

      So, sedara 22:21, we have to realise no matter how valid his statements are, what impact will it make but, foremost is, are the intention/s really clear??? Given the facts I have just stated above?

      Don't get offended....by me, please, my point is, don't be fooled by this No.1 M01 Pirate master of all SONGLAP & KELENTONG or whatever deceits you can throw at him, name it, he's the guy, period!

      MLN

      Delete
  19. Himpunan ini memanglah wayang yg menggunakan agama pula satu pakai jubah satu lagi nak tunjuk hebat lepas pau umno kesian dlm politik ini tak kira apa nak cari populariti org roghyia burma pun jadikan modal cakap berdegar2 tapi nak tolong apa dekat org roghyia tu suruhlah org baju merah tu pergi ini semua kerja bodoh je maria chin buat himpunan lagi baik utk rakyat malaysia itu patut pikirkan banyak yg tak makan kuman seberang laut nampak gajah depan mata tak nampak podah

    ReplyDelete
  20. Berjuta rakyat Malaysia tak percaya Bijan walau apa pun dikata & dibuatnya!!

    ReplyDelete
  21. Bang din ni tak faham ke. Najib terpaksa demo pasal bini dia tak kenal junta ni. Kalau tak tentu bini dia dah talipon terus. Trump je yg bini boleh talipon. Tu pasal kenal demo tu. Lagi pun saya rasa najib tak reti nak pakai taliponlah. Semua pun dia cakap bini dia buat.

    ReplyDelete
  22. Umno main wayang..
    Lobai2 jd pak Pacak wayang

    Siul lobai2 ni

    ReplyDelete
  23. Jangan main2 budin..semangat bugis dia tgh membakar tu...muka depan mingguan meloya tulis besar2 kata semangat jibon..."apa nak jadi..jadilah"....mesti kerajaan myanmar dah ketaq lutut tu

    ReplyDelete
  24. Kesian kecik 2 dah kena ajar makan dedak , bole la mkn nasi bungkus lepas berdemo
    Nak ajak ahli tegar walaun lain susah pasal ada bijan
    Tapi tahap walaun kawan aku mmg peringkat tertinggi
    Semua yg ulama pas buat di terima akal

    ReplyDelete
  25. Peduli apa ?

    Baguslah kalau Mat Saleh handle GLC, dari Melayu, India dan China. Bangsa Malaysia kebanyakan corrupt dan bias. Semua pasang proxy dan geng untuk menyamun.

    Nak cari yang bersih dan fair, susah, macam nak jarum yang hilang di padang pasir.

    Pengguna harap segala salahguna dalam pemberian tender dan kontrak dapat dibasmi, amalan menyamun yang biasa Melayu dan China gunakan untuk bolot tender dengan menipu, orang sama hantar lima tender dengan guna 5 nama company yang berlainan nama. Tu pasal harga tender yang menang selalunya tidak munasabah.

    Jom boikot barang keluaran GLC, bila GLC bankrupt, kita Berjaya kurangkan kes rasuah dan salahguna kuasa.

    ReplyDelete
  26. Gimik meraih simpati politik
    Skandal diri pun tak habis baca..binasala kau najib..
    Keris ppbm

    ReplyDelete
  27. Glc msia vs glc singapore, jauh beza. Idris jala pun cabut, mungkin tak tahan. La ni dia jadi chairman heineken beer. Good for him.

    ReplyDelete
  28. Depa angkut budak2 Tahfiz kelolaan PAS,inilah modal pejuang jihad PAS,mereka akan diangkut dgn BUS.Semmuanya ditaja oleh pas Selangor yg berkawan dgn DAP mkn babi.Hukum PAS,bila boleh MELANTAK,Perut dan Bawh Perut,Haram boleh jadi Halal.

    ReplyDelete
  29. Buat apa penat p demo. P arab saudi minta derma. Ni derma yg dapat p bagi balik. Nampak tak betapa bengapnya pm kita ni. Ketara sungguh pm kita tak reti memimpin negara. Baik urusan dlm negara dan diplomatik. Berapa ramai orang rohingya yg ada di sini yang turut berdemo?
    Dok bising2 kat malaysia buat apa. Bungkuih kain baju dlm beg p sana. Tlg apa yg patut. Tak ada beg blh minta pinjam dr losemah.
    Bukan tak bersimpati dengan nasib rohingya tu. Sewajarnya mereka sendiri berjuang mempertahankan hak dan bukan melarikan diri. Andai mati, mati syahid. Lepas dari kesengsaraan di dunia. Dapat kenikmatan di akhirat.
    Pelarian rohingya yang berada di negara kita ni pun tak nampak seperti mengamalkan islam. Elok p melawat kawasan pasar borong selayang.

    ReplyDelete
  30. Harap2 Budak German ini kuat semangat, jangan jadi Mat Salleh yang dulunya diambil kerja untuk betulkan salah-laku di MAS, tak sampai setahun, angkat kaki, lari sebab tak tahan dengan perangai Melayu dan Vendor2 MAS yang ada KANSER MORAL dan ETIKA berkerja.

    Harus ingat, Hanya di Malaysia, yang betul itu salah, yang salah itu betul.

    ReplyDelete
  31. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...