Saturday 24 December 2016

TOK HIM SOKONG BERSATU ATAU....


Presiden Perkasa, Ibrahim Ali meramalkan PPBM atau Bersatu akan mendapat sokongan pengundi Melayu atas pagar dalam pilihanraya umum akan datang nanti.

Walaupun Bersatu tidak terserlah, saya rasa pengundi atas pagar akan pergi kepada parti itu, katanya.

Tambah beliau, UMNO dan Pas hanya mempunyai kekuatan di kalangan penyokong tegar masing-masing saja dan mereka ini tidak peduli sama ada wujud isu 1MDB, kos sara hidup, GST dan sebagainya.
Ibrahim juga menjangka Pas tidak lagi mendapat sokongan daripada pengundi bukan Melayu, sebagaimana faedah itu dinikmatinya dalam pilihanraya sebelum ini.

Tentu ada yang sedikit kehairanan dengan kenyataan Ibrahim Ali kali ini, ternampak lain benar nada dan temponya.

Adakah ia suatu bentuk sokongan kepada PPBM dan beliau cuba memberi gambaran bahawa PPBM yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad sedang mendapat sambutan rakyat, manakala UMNO dan Pas yang dilihat seperti rakan kongsi, mulai ditinggalkan oleh pengundi Melayu sendiri?

Habis...ke mana pula haluan Tok Him dan Perkasa dalam piliharaya akan datang?

Kalau beliau mengatakan PPBM akan mendapat sokongan pengundi Melayu dan UMNO serta Pas hanya disokong oleh penyokong tegarnya saja, apakah Tok Him masih mahu meneruskan rancangan meletakkan 50 calon dalam pilihanraya sebagaimana yang pernah diumumkannya?

Tok Him sebelum ini sudah mengumumkan bahawa Perkasa akan meletakkan 50 calon untuk bertanding di kawasan Parlimen dalam PRU 14 akan datang.

Menurut beliau, 50 calon itu akan bertanding atas tiket "Barisan Bebas Perkasa" dengan tumpuan di kawasan-kawasan majoriti Melayu yang turut ditandingi oleh UMNO, Pas dan Pakatan Harapan.
Dengan menyatakan PPBM mendapat sokongan pengundi Melayu dan UMNO serta Pas hanya disokong kumpulan tegasnya saja, Tok Him secara tidak langsung juga menggambarkan calon "Barisan Bebas Perkasa" lebih sedikit lagi sokongannya.

Jadi, terus mahu meletakkan calon dan tidak?

Tidakkah jika meneruskan perletakan 50 calon Bebas di sebalik mengatakan PPBM lebih mendapat sokongan berbanding UMNO dan Pas, Tok Him sebenarnya hanya bertujuan memecahkan undi dan memberi kelebihan kepada Najib mengekalkan kuasanya?

Adakah kenyataan Tok Him ini semata-mata bertujuan menggamit "dedak" daripada Najib? (SH 24/12/2016).

37 comments:

  1. Musim tengkujuh dah mula...maka katak-katak sibuklah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budin tanya Tok Him nk ke mana? Eh...lubang kubur da dekat. Ke situ la dia

      Delete
    2. Tok Him sudah hilang arah tuju,, semak sangat di fikirannya........!!

      Delete
    3. Jangan percaya pada cakap 'BAPAK KATAK'.
      Manusia ini saperti cuba serampan dua mata.
      (1)pertama mengumpan najib dengan harapan dapat dedak.
      (2) menyokong TDM , takdir umno kalah boleh tumpang sekaki.
      Manusia jenis ini terlalu ramai sekarang.

      Delete
  2. Ada pandangan lain .....
    Menunggu pilihanraya kali ini ibarat pungguk merindui bulan.
    Tak sabar nak memangkah atau sudah mahu menukar kerajaan.
    Tanpa bersandar kepada mana-mana parti politik, pengundi sudah menilai ,memilih dan akan menentukan cuma pemimpin yang bersih sahaja akan dipilih.
    Penganalisa parti politik sebenarnya tahu gelombang pilihanraya kali ini sangat berbeza. Pengundi indipendent sudah terlalu ramai, yang boleh berfikir tentang bahaya rasuah dan perbuatan penyelewengan kuasa.
    Wancana pemikiran rakyat Malaysia sangat terdedah dengan maklumat dan bersifat ingin tahu.
    Tentang "makcik Felda" dan 'Orang Kampung" yang telah lama mencondong dengan bantuan sewaktu musim PRU tidak dapat dinafikan.
    Apa yang nyata Dikala ini jika timbul seorang pemidato hebat berucap dipentas politik yang berjaya mengupas isu semasa dan memenuhi penantian selera pengundi......maka itu isyarat besar perubahan akan berlaku!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada yg 100% bersih..kat sana ke kat sini ke..kt sana pun pru lepas fitnah calon lawan boleh menang..bersih ke tu..

      Delete
  3. Tuan Shahbudin,
    Off topic sikit, tapi ada special request darj ramai pengikut blog tuan ni.
    Mohon satu write up berkaitan Ketua Bhg penghuni Mangkok Jamban yg menghina Datuk Siti Nurhaliza.
    Mangkok Jamban tu dah melampau sgt skrg. Kalu sentuh Siti, dia sentuh semua kaum ibu, dan ramai lelaki.
    Lahanat bodoh ni TIDAK boleh lepaskan, mulut longkang si Mangkok Jamban ni dh berbau terlalu hancing.
    Please consider.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Topik Jamal Jamban serang siti dah basi.
      Semau forum dah bincang dan kutuk si Jamban kaw-kaw.
      Elok Tuan Budin buka tajuk DIVIDEN ASB thaun ni cuma 6.75% dengan bonos o.50 sen. Manakal dividen ASN cuma 5% je. Epf pulak sudah jual semua saham FGV dan kerugian beratus juta. Jadi agak-agak,
      berapakah dividen EPF untuk tahun 2016....???

      Delete
    2. Mcm ulat jadi kupu2, RM pun sedang dlm fasa nam jadi YB- Yuan Banana. Tapi kes si Jamban tu tak akan basi, sebab dia masih busuk. Mangkok Jamban perlu sentiasa dicuci !!! Jgn malas

      Delete
    3. Berkenaan dividen.jatuh saham felda jatuh najib masih tak sedar diri.masih perasan dia.pemimpin malaysia..masalahnya orang2 melayu yang.masih tak terbuka mindanya mSih.mahu mengekalkan najib wlupun kerosakan2'yg telah dilakukannya

      Delete
    4. Bro 14:30..

      Oleh sedemikian, jika terlapang waktu, turun2lah ke bawah (istilah turba) beri penerangan kpd makcik/pakcik, khusnya di kampung2.

      Delete
    5. komen2 kau org macam nak rak tapi apa sumbangan unt rakyat..tak kan dgn air liur basi je..org2 kampung muak dgn cakap2 kosong..

      Delete
    6. Sesiapa yg berpendapat keuntungan dp simpanan mereka di unit2 trust adalah rendah, boleh keluar kan Dan simpan tempat lain yg lebeh menguntungan.

      Delete
  4. APA TOK HIM MAU LAGI ..?

    ReplyDelete
  5. Maaf..
    Masa Tok Him keluarkan kenyataan tu, Tok Him br saja keluar dr bawah tempurung. Terlupa akan kata2nya dulu yg Perkasa akan letakkan calun dlm PRU 14 nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibrahim Din 'Do Re Mi' lebih dikenali & dikenang jasanya menghiburkan rakyat sehingga kini, termasuk anak2 kecil.

      Delete
    2. perkasa letak calon tu hanya ayat untuk dapatkan bekalan dedak braim je. setiap kali pru itulah modal untuk dapat dedak..

      Delete
  6. tok him sokong 'agong pertama'. saya menjunjung DYMM Agong sekarang.

    ReplyDelete
  7. kepala busut dia la...

    suruh dia betanding pakai tiket bas aje sudah...

    mengarut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha..ha..ha..
      Bus pun tak nak nual ticket kat Tok Him
      Asyik nak lompat bus ja

      Delete
  8. Pasal dedak ler tu!! Semua sedang mabuk dedak baik UMNO baik PAS baik perkasa semua pun after fame and fulus bukan kerana agama bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  9. Sokong saranan Cik Minah supaya Tuan admin tulis pasal bonus dan dividen ASB...pastinya rakyat amat kecewa dengan keuntongan yg begitu rendah dan tidak pernah berlaku dalam sejarah ASB.Bunyi kata ekonomi stabil sekarang,stabil pala hotak apa!!....keadaan ekonomi bertambah terok!!...dari itu dengan hati yang tulus ikhlas saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia cukup2lah kita menjadi bodoh,kehidupan kita semakin terancam,dihebohkan kononnya negara kita menuju menjadi negara yang kaya...sedangkan kita rakyat marhein ini semakin hari semakin menuju kepapaan,oleh itu marilah kita semua bersatu hati untuk jatuhkan kerajaan yang zalim dan korup ini diPRU14 nanti.Atau lebih bagus lagi jika dengan kadar yg lebih segera .

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin impian kau hanya angan2..kalau duduk macam orang malas tak berusaha macam nilah..kutuk sana maki sini..sudahlah tu dengan cerita karut kau..

      Delete
  10. Orang2 kita ni terutamanya Melayu amat susah untuk diubah pemikiran mereka.Amat senang ditipu.....sebagai contoh ialah BRIM...kerajaan memberi BRIM hanya kepada satu orang didalam satu keluarga walau pun keluarga itu mempunyai 10 orang anak,tetapi kerajaan mengenakan GST kepada seluruh kdluarga tersebut....jadi disini siapa yg sebenarnya untung??... Tetapi seperti yg saya katakan tadi orang2 kita ni tidak sedar atau pura2 tidak sedar kerana lebih memandang rezki yg datang menggolek walau pun rezki itu tak seberapa malah ianya memakan diri.....itulah Melayuku hari ini yang terus lagu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BR1M pada tahun hadapan ialah sebanyak RM1200, Untuk seseorang membayar GST Rm1200, beliau misti bebelanja sebanyak Rm20000 setahun untuk batang & khidmat yg berGST.

      Tak semua barang yang digunakannya berGST. Beras tepung gula semua tiada GST. Cuba kamu senaraikan barang/khidmat yg berGST tentulah tak sampai separuh dp 20000 tersebut, bermakna dia masih untung lagi kerana GST tak sampai Rm600.

      Delete
    2. Untuk barang dan.

      Delete
    3. Bukan semua org dapat brim

      Dan bukan semua penerima brim dpt 1200

      Tapi semua org kena gst

      Tak perlu alih tiang tol

      Hakikatnya gst lebih mencekik rakyat berbanding kesenangan yg diberi Melalui brim

      Delete
  11. Maaf tuan admin penulisan saya diatas lari dari tajuk tuan.

    ReplyDelete
  12. Dato Ibrahim memerlukan Perkasa lebih dari Perkasa memerlukan beliau.

    Akhirnya, bakal PM kita Hadi Awang juga jadi penyelamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok ok. sila masuk balik bawah tempurong aeak,jgn lupa habiskan taek low tu,nnt Hafi hantar tmbah.Enjoy

      Delete
  13. "Barisan Bebas PERKASA". Dah nama pun PERKASA, macam mana boleh jadi Barisan Bebas tu Tok Him...? Dah tentu parti perkauman Melayu, macam mana boleh jadi bebas tu. Tok Him kena pergi scan otak macam yang Hadi Awang buat bulan lepas juga, takut-takut berjangkit.

    ReplyDelete
  14. Bukan ahli penganalisa politik yg terdedah kpd it shj yg faham keadaan politik skrg bahkan mk cik felda yg sngt totok dhulunya pn dh mengeloh . klu ph terutama ppbm selalu bersembang dgn mrka ada chance tawan felda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ph masuk hanya untuk berbohong fitnah..hanya untuk raih undi..bukan untuk membantu..pengundi2 felda yg mengenang budi tak kan terpedaya..

      Delete
    2. Fitnah ya...??? Apa kata Tuan Shabudin buat tajuk pada next entry, "27 kakitangan untuk menjaga Rosmah & seekor kucing di Kediaman Rasmi PM".

      Delete
  15. Cuba baca ayat Tok Him betui betui. Cuba ingat juga apa yg Tok Him tak bersetuju dgn PPBM sbb apa?
    Tok Him minat dgn PPBM tapi TokHim tak setuju dgn strategi PPBM yg sekongkol dgn DAP.
    Jd dia komen, PPBM yg akan dpt byk undi dari pengundi atas pagar tapi bukan sebut PH.

    ReplyDelete
  16. Lompat si katak lompat...

    ReplyDelete
  17. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...