Sunday 18 December 2016

TIGA PENJURU PUN BOLEH MEMBUATKAN NAJIB KECUNDANG JUGA


Berdasarkan congakan di atas kertas dan sifir matematik yang mudah, sesiapa pun akan mengatakan pertandingan tiga penjuru dalam pilihanraya akan datang bakal menzahirkan kepada dua kemungkinan.

Pertama, UMNO dan BN akan mendapat kelebihan serta mampu terus mengekalkan kuasanya sebagai kerajaan.

Kedua, Pas bakal memenangi lebih banyak kerusi dan lebih terdedah kepada kemungkinan menjadi kuasa penentu kepada BN dan Pakatan Harapan jika masing-masing kekurangan kerusi untuk membentuk kerajaan.

Hampir tidak ada yang menaruh keyakinan bahawa pertandingan tiga penjuru akan turut sama memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan yang kini telah bekerjasama secara rasmi dengan PPBM yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad.

Rata-ratanya mengatakan pertandingan tiga penjuru hanya memusnahkan harapan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan dan menyingkirkan Najib Razak.

Atas sebab yang samalah maka PPBM masih berusaha untuk memujuk Pas agar sedia bekerjasama dan menjadikan formula satu lawan satu melawan BN menjadi kenyataan.

Atas sebab yang sama jugalah Najib dan UMNO begitu membelai dan menjaga hati Pas agar parti itu kekal dengan pendiriannya ingin bersendirian.

Sehingga ini, bekerjasama atas nama Islam seperti Akta 355 atau Rohingya adalah antara pendekatan Najib dan UMNO terhadap Pas untuk menjarakkannya daripada bersama pembangkang dan agar terus bertanding sebagai blok ketiga.

Melihat keadaan yang sama, Pas juga lebih ingin bersendirian kerana sepertimana yang pernah disebut oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, jika BN dan parti-parti pembangkang masing-masing tidak cukup kerusi untuk menubuhkan kerajaan selepas pilihanraya nanti, kedudukan Pas akan menjadi rebutan dan harganya menjadi lebih mahal.

Benarkah semua congakan dan sifir matematik itu akan menjadi kenyataan?

Membuat pilihan dalam pilihanraya akan datang sepatutnya menjadi perkara yang paling mudah bagi rakyat Malaysia. Asas pilihan sebenarnya hanyalah antara baik dengan jahat, buruk dengan cantik dan hitam dengan putih.

Jika pun ada yang mengatakan kerajaan baru yang bakal mengambil alih nanti belum tentu lebih baik daripada BN yang sudah memerintah lebih 60 tahun, sekurang-kurangnya kejahatan dan amalan pencurian  mereka belum lagi terbukti.

Maka, apakah kita masih mahu mengekalkan kerajaan yang telah terbukti banyak menyusahkan rakyat dan pemimpinnya pula semerbak di seluruh dunia dikaitkan dengan amalan rasuah dan kleptokrasi berbanding dengan bakal kerajaan yang belum terbukti gelap mata terhadap kuasa?

Petunjuk bagaimana rakyat memilih pemimpin dan kerajaan baru yang dilihat tegas, berprinsip dan mempunyai aura pembaharuan terbukti dalam pemilihan Presiden di Filipina dan Amerika Syarikat baru-baru ini.

Rodrigo Duterte bukanlah sosok yang popular pada awalnya, tetapi ketegasannya untuk memerangi jenayah, malah sehingga membunuh mereka yang terlibat dengan rasuah dan pengedaran dadah membuatkan beliau akhirnya menjadi pilihan rakyat Filipina.

Begitu juga dengan Donald Trump, beliau sentiasa tidak popular dan di belakang berbanding Hillary Clinton, namun ketegasannya mahu mengembalikan kegemilangan Amerika melalui beberapa janji yang dianggap drastik telah menjadikannya pilihan rakyat negara itu.

Di Malaysia, perkara yang sama tidak mustahil akan berlaku. Sama ada dua penjuru atau tiga penjuru, jika Pakatan Harapan bersama PPBM sentiasa konsisten dalam perjuangan untuk memerangi rasuah, membawa semua pesalahnya ke mahkamah, mengembalikan negara gemilang semula, yakinlah rakyat pasti akan bersama dengannya.

Dengan kempen untuk menyelamatkan negara itu, bukan saja Najib, UMNO dan BN akan ditolak, malah Pas yang ghairah bertanding sendirian dengan harapan sama ada membantu kerajaan yang ada terus kekal berkuasa atau ingin menjadikan harga mereka mahal nilainya, kedua-duanya pasti akan ditolak sama.

Ini kerana rakyat hanya memilih satu antara dua dan tidak mungkin memilih dua antara tiga. Pas yang hanya bertanding 70 kerusi dan tidak mampu membentuk kerajaan secara sendirian, adalah lebih mungkin ditolak juga bersama pihak yang dianggap jahat, hitam dan tidak baik itu.

Rakyat juga sedar, kadangkala hanya dengan pertukaran kerajaan memungkinkan kekotoran dalam negara dapat dibersihkan dengan lebih baik lagi.  (SH 18/12/2016).

60 comments:

  1. Saya SETUJU - Fight 3 penjuru pun,
    Pakatan Harapanmasih berpeluang untuk menang.
    Yang penting berpegang kepada PRINSIP - menentang
    Kleptokrasi, korapsi dan penjualan asset negara.
    Biarkan rakyat menilai.
    Dalam pilihanraya US - ada 3-4 penjurut,
    termasuk Clinton dan Trumph tapi siapa sangka
    Trumph yang bukan calon pilihan, boleh menang....???
    Orang memilih di atas dasar prinsip party
    bukan kerana UMNO kalah, Melayu hilang kuasa.
    Semua orang terima kenyataan, UMNO kalah bukan
    Melayu yang hilang kuasa, tapi NAJIB & Kabinet
    dapornya. Pengundi perlu diberi peringatan, MEREKA BERTANGGONGJAWAB DI ATAS PEMILIHAN MEREKA.
    Kalau BN dan Najib menang, jangan menangis dan
    meaung jika GST naik, Malaysia tergadai pada
    Cina PRC ,Najib anak beranak joli sakan,
    ekonomi merundum dan kita menderita bila
    matawang Malaysia jadi macam matawang Zimbabwi.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Jika UMNO kalah tak mustahil setiap negeri akan membuat RUU babi sendiri seperti P Pinang.


      Delete
    2. Singkat nya fikiran... Cukup Cukup lah Nak memperbodohkan Melayu...

      Delete
    3. Bro 1308. Ruu babi tu supaya Alam Sekitar terurus. Ni tak, bagi duit ratusan juta untuk urus lembu pun dikebas satu keluarga umnongok buat joli kondo! Elok la hang pi bagi menang penyamun babi ni untuk terus menyamun harta masa depan anak bangsa negara ni. Punya bangsat statemen kamu!

      Delete
    4. Undilah CINA beramai-ramai untuk menjamin kesejahteraan masa depan generasi akan datang, MELAYU rata-rata pemalas dan kurang berpelajaran. Sekian, terimakasih. Tak akan hilang CINA didunia dan akhirat.

      Delete
    5. Melayu tak malas, tapi UMNO dan sekutunya yang mahukan Melayu jadi kuli.

      Ramai Melayu yang baik, rajin dan pandai, tapi ditindas supaya terus menjadi kuli kepada taukeh China belaan UMNO.

      Delete
    6. orang BODOH je boleh ke tindas, bekerja dengan taukeh cina ke melayu ke, india ke tak bermakna ke tindas, mengakujelahorang melayu rata-rata BODOH dan PEMALAS. cina is the BEST!

      Delete
    7. Sama2 kita elak statemen rasis. Semua bangsa ciptaan Yang Maha Bijaksana. Untuk kita terokai kebaikan masing2. Nabi SAW ajar umatnya yang berbagai bangsa untuk saling menghormati. Maka tugas kitalah yang mengaku Muslim ni membawa Islam agar terpaut kepada non Muslim. Malas bodoh ada pada semua bangsa.

      Delete
    8. anon 15:53, Maha BODOH??????? :)

      Delete
    9. bang apa kata hang pi khabar kat kebanyakan komen melayu2 rasis kat sini, baru betul .... jangan jadi bahlul.

      Delete
    10. Bertandinglah 1000 penjuru pun aku sekeluarga akan tetap mengundi pakatan harapan sekali pun drp DAP.

      Aku tak peduli propaganda najib undi DAP tu undi cina.
      DAP tu racist sebab ayahanda Tun Maharthir pernah kata lim kit siang tu racist itu saja modal yg najib ada.

      Lagi pun siapa yg lebih bijaksana Ayahanda Tun ker atau najib?

      Rekod pemerintahan siapa yg lebih baik? Ayahanda Tun Maharhir ker atau najib ker?

      Delete
    11. ZA, salute to u bro. DAP lah yang disalahkan bilamana penyamun adalah sebangsa seagama dengan kita....malu pada Nabi SAW. Satu keluarga purata empat orang layak mengundi....yang mana belum daftar pergi pejabat pos lakukan segera. Cakap degag degag tapi tak daftar ngundi....amat rugi

      Delete
    12. Tolong jangan keluarkan komen racist. Kita sama sama rakyat Malaysia. Miskin ,susah,sakit dan yang ditekan mesti kita bela. Tidak kira bangsa atau agama, yang baik dan betul mesti di muliakan dan yang jahat mesti di kecam dan dihentikan.
      So to all that came out with racist statement hell is the rightful place for you. Please put your retarded brain into good use just a little bit. Our country is in a mess n people are suffering with economic uncertainty, unemployment, higher living cost, etc which does not befall only on a single race but on all Malaysian. If you refuse or unable to contribute please refrain but again your malice intention is clear. To UNKNOWN,KELLY CASTLE,CIK SRIKENDI,NAKHODA,and DEDAK'S, I know all of you can tell Who is bad n who is good and differenciate what is right or wrong but infortunately dedak kills your concience. You were paid or hoping to be seen as pembodek tegar and will be identified and repay with position or with dedak. Now i hope all of you can understand that presently earning a living is so difficult untill all of you are willing to stoop so low to earned it.
      Well, any good advice will fall on deaf ear becauar DEDAK kills.

      Delete
    13. donald trump menang sebab guna rasis..sitiasi sama di malaysia..rasis laris dipasaran

      Delete
    14. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    15. Ketika berpakat untuk membentuk BA dan PR dulu, tujuan PAS ialah untuk jadi kuat agar dapat menewaskan BN.Sebab itu ketika membentuk PR TGHH menawarkan semua parti pakatan agar rmelupakan dulu perbezaan antara mereka dan bersetuju untuk tidak bersetuju, satu syarat yang longgar bagi membolehkan pakatan rakyat direalisasikan, bukan digunakan konsesus bersama dalam membuat apa jua keputusan bersama.Pengalaman dalam BA banyak memberi pengajaran kepada prinsip yang ditawarkan PAS ini malah Mujahid pernah menyifatkan wawasan TGHH ini sebagai bijak.Inilah asas kepada pakatan yang nak ditubuhkan, untuk jadi kuat bukan dipergunakan untuk parti lain berkuasa tanpa mempedulikan PAS.


      Perkara yang lebih utama berlaku dalam PR dulu ialah timbulnya satu puak dalam PAS dan berjaya menguasai jawatankuasa pusatnya yang celaru dan haru biru dengan membenarkan parti lain dalam pakatan mengambil kesempatan untuk membuat keputasan tanpa PAS.Majlis presiden dpergunakan untuk membuat konsesus dengan puak celaru dalam PAS seringkali mewakili PAS dalam majlis presiden memberikan persetujuan PAS dalam apa jua konsesus yang dibuat tanpa merujuk kepada Presiden dan jawatankuasa pusat.Lepas itu parti lain mendakwa PAS sudah bersetuju seolah olah konsesus itu menjadi panduan PR padahal sudah dipersetujui diawalnya parti parti boleh bersetuju untuk tidak bersetuju tetapi ditukar kepada konsesus sesuka hati parti parti lain tanpa pengetahuan PAS dengan pertolong kumpulan yang celaru dalam PAS ini.

      Sebab itu ketika krisis Kajang Move, apabila TGHH bangkit menentang keputusan majlis presiden yang didakwa sudah dipersetujui oleh PAS padahal yang setuju hanyalah Mat Sabu yang mewakili presiden tanpa merujuk dulu kepada presiden dan jawatankuasa pusat serta majlis syura yang lebih layak membuat keputusan, maka didakwanya TGHH mungkir janji sedangkan awal awal lagi TGHH sudahpun menawarkan prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju dan dipersetujui oleh semua parti.

      Bersetuju untuk tidak bersetuju bermakna semua parti boleh menolak apa jua keputasan majlis presiden walaupun dibuat secara konsesus kalau didapati keputusan itu lebih berbentuk dipergunakan dari memperkuatkan parti dalam pakatan.Ini yang dilakukan oleh TGHH, mana salahnya TGHH sedangkan inilah prinsip yang membawa pembentukan PR.PAS bersama dalam PR untuk jadi kuat bukan untuk dipergunakan sewenang wenangnya dan sesuka hati oleh parti lain.

      Kerana itu juga PAS sudah dari awal lagi menolak sebarang perbincangan dengan Amanah(saya gunakan Amanah sebagai menghormati perlembagaannya walaupun saya lebih suka menyebut PAN) dan DAP kerana secara jelasnya inilah parti yang menyelewengkan prinsip PR serta menjadi pengkianat kepada PAS dan Islam.

      Tidak ada perbincangan bermakna tiada pakatan baru yang akan dibuat oleh PAS bersama parti parti ini walaupun majlis syura masih belum memutuskan kedudukan PKR yang juga kelihatan seperti dua parti ini juga, bermakna PAS masih boleh berunding dengan PKR dan juga Bersatu sebagai parti baru yang tidak ada apa apa masalah dengan PAS lagi.

      PAS juga sebagai alternatif masih boleh berunding dengan Umno secara terhadnya.Ingat tujuan sebarang rundingan ialah untuk jadi kuat, maka PAS boleh berunding dengan Umno untuk menjadi kuat bukan untuk dipergunakan.Option ini masih terbuka kepada PAS tanpa mengira provokasi yang cuba dibuat oleh pencacai Amanah bahawa berbuat baik dengan Umno sama berbuat baik dengan penyamun dan berbuat baik dengan penyamun itu salah.

      Salah pada mereka tapi tidak salah bagi PAS asalkan hasil perbincangan itu boleh menjadikan PAS kuat dan diterima rakyat.Katalah apa sekalipun yag penting PAS berpakat untuk jadi kuat bukan untuk jadi anak tangga kepada parti lain untuk menang pilihanraya dan bila menang PAS dilupakan.........

      Mesej ini sepatutnya jelas, loud and clear, bukannya mesej memperlekkan solat agung.......

      Delete
    16. Walaupun perjanjian persefahaman Pakatan Harapan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah ditandatangani yang bakal menyaksikan pertandingan satu penjuru sesama mereka pada PRU14 akan datang, usaha mengelakkan tiga penjuru antara parti-parti pembangkang termasuk Pas masih wajar dijayakan.


      Tiga penjuru sememangnya sudah tidak dapat dielakkan pada PRU ke 14 akan datang, pertembungan antara BN, Pakatan Harapan, dan blok ketiga adalah perkara yang hampir pasti berlaku, namun jika wujud sekurang-kurangnya kerjasama politik antara PKR dan Pas, juga PPBM dan Pas, jumlah pertembungan tiga penjuru dapat dikurangnya, kata pepatah, "tak dapat rebung, akarnya jadilah".
      Contohnya, jika PKR bakal bertanding 99 kerusi, maka 97 kerusi PKR boleh memfokuskan dua penjuru melawan BN (Permatang Pauh dan Kuantan tidak dikira kerana pihak Pas di kedua kawasan sudah mengumumkan untuk letak calon), begitu juga dipihak PPBM, kerjasama politik dengan Pas akan membantu sekurangnya 20-30 kerusi calon PPBM menentang BN tanpa gangguan dari pihak Pas.

      Kalau dilihat dalam konteks yang lebih besar, ia bermakna sekurangnya 130 kerusi yang ditandingi Pakatan Harapan dan PPBM tidak akan melibatkan 3 penjuru kecuali di lebihan kerusi yang akan ditandingi AMANAH dan DAP.

      Di pihak DAP, penyertaan Pas pastinya sangat dialu alukan untuk memecahbelahkan undi orang melayu, DAP yang umumnya bertanding di kerusi majoriti cina pastinya akan mempunyai kelebihan sekiranya perkara ini berlaku. Kita boleh lihat respon DAP apabila Pas mengumumkan akan meletak calon mereka di kerusi DAP, tidak ada seorang pun pimpinan DAP mengeluarkan kenyataan menentang dan menolak penyertaan itu. Jadi, tambahan dari 130 kerusi (PKR & PPBM) sejumlah 180 kerusi boleh dikatakan Pakatan mampu bergerak selesa sekiranya Pas benar bersetuju bekerjasama dengan PKR dan PPBM.

      Cuma Amanah, pastinya akan melalui sedikit laluan getir apabila terpaksa berdepan tiga penjuru diantara BN - AMANAH - PAS, laluan getir bukanlah bermakna tanpa peluang menang, di pantai Barat, Amanah mampu mengatasi PAS apatah lagi di negeri Selangor, keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar baru baru ini AMANAH mendahului PAS di Selangor, apatah lagi jika penggunaan satu logo, AMANAH juga mempunyai potensi yang baik di Pulau Pinang dan Johor, manakala kekuatan sama rata di Perak, Kedah, dan Kelantan. Satu satunya negeri dimana AMANAH terpaksa melalui jalan yang sukar dan mencabar adalah negeri Terengganu.

      AMANAH sekurangnya perlu pertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu untuk mencipta nama dan laluan yang lebih baik pada pilihan raya yang ke-15.

      Di pihak Pas, walaupun jika mereka bersetuju bekerjasama dengan PKR dan PPBM, iaitu situasi dimana Pas dan kedua parti Pakatan Harapan itu bersetuju berdepan BN dengan dua penjuru, namun kedudukan Pas tidak akan sebaik PKR dan PPBM kerana setiap kerusi Pas bertanding, katakan 70 kerusi, maka dikesemua 70 kerusi itulah Pas akan berdepan AMANAH, dan menjadikan Pas akan bersaing tiga penjuru di kesemua kerusi yang mereka masuk bertanding.

      Jadi, sebarang usaha kedua parti tersebut untuk mempastikan kerjasama politik bersama Pas, wajarlah disokong kerana ia tidak lain melainkan membawa kebaikan kepada Pakatan Harapan.

      Pun begitu, melihat rekod lama sebelum ini, PKR harus bersedia untuk sekali lagi dikhianati oleh Pas pada PRU14 kerana pertembungan tiga penjuru antara Pas dan PKR pasti akan tetap berlaku lebih dari dua kerusi yang disebut, begitu juga PPBM yang harus bersedia untuk rasa dikhianati oleh Pas dan mudahan pengalaman itu akan lebih mematangkan pimpinan PPBM berdepan PRU15.

      Delete
    17. DAHULU apabila diterangkan ketika usrah-usrah mengenai kewujudan gerakan dalaman yang cuba membawa PAS 'tergelincir' dari landasannya, ramai tidak mempercayai. Walaupun perkara itu dibuktikan dari tesis-tesis Master dan PhD yang mengkaji mengenai perubahan PAS itu.

      Dibalas sebagai tuduhan, buruk sangka, saling menjatuhkan dan seumpama. Hinggalah cahaya kebenaran itu akhirnya nyata dan para perwakilan PAS bangkit mempertahankan asolah perjuangan di Muktamar Tahunan 2015 di Kuala Selangor.

      Dahulu apabila diceritakan mengenai agenda DAP dan usaha politiknya untuk menguasai politik Malaysia ramai yang tidak percaya. Menganggap ulama di dalam PAS jumud dan tidak tahu matematik. Membuat kiraan kerusi ditandingi DAP seluruhnya pun sudah menggambarkan logik tidak mungkinnya penguasaan DAP. Bahkan dilabel sesiapa yang melontar perkara sama sebagai agen Umno, sedang DAP dikatakan jauh lebih baik termasuk dari segi penerimaan pada Islam. Hinggalah wujudnya PAN membenarkan kiraan perhitungan bagaimana memungkinkan penguasaan politik DAP itu.

      Dahulu lagi di dalam usrah apabila diperingatkan agar waspada dan tidak terlalu terpesona dengan 'lakonan' figura-figura DAP terhadap Islam, ada sahaja mereka yang mempertahankannya. Figura DAP datang usrah, dengar kuliah, hadir majlis-majlis di masjid dan orang Islam, makan setalam dan ucapan memetik ayat al-Quran. Hakikat berlaku antaranya mereka menarik dalam diam anak-anak muda Islam dalam sekolah khas doktrin mereka. Di sanalah segala aliran pemikiran dicampur aduk baik sosialis, liberalis, pragmatis, komunis dan sebagainya. Hingga Islam dilihat candu dan mesti dipisahkan dari politik. Juga pelbagai skeptikal dan bayangan diperlihatkan pada Islam. Akhirnya DAP tidak tertahan lagi lalu menunjukkan sindiran dan penentangan terhadap banyak agenda Islam di negara ini.

      Maka, apakah kewujudan golongan seperti ini yang begitu lantang, kritikal, sinis dan memperolok-olokkan serta menunjukkan kebencian terhadap Islam dan setiap lambang berkaitan Islam ini merupakan bidak-bidak catur didikan DAP? Mereka berada di dalam negara kita, tegar, berkumpulan dan dilihat terancang. Apabila perbuatan-perbuatan mereka semakin terdedah tahap kesedarannya kepada awam, mereka mulai menikus dan menutup akaun. Kita wajib sedar terhadap semua tanda-tanda ini mengenali agenda mereka terhadap Islam dan negara ini.

      Delete
    18. Nah.. mamat stim beribadah sudah datang. Pantang dapat microphone, ayam ngan kambing pun terpaksa dengar ceramah.

      Delete
  2. Harap PH akan siap sedia (tanpa Parti Putar Alam SeMesia...PAS) pada PRU14. Kena tanding semua kerusi...satu lawan satu atau tiga lawan tiga...mesti tanding. Dikawasan PAS pun mesti tanding...pedulikan!

    ReplyDelete
  3. Tepat. Cuma Melayu perlu- jangan mudah buta!

    ReplyDelete
  4. Susah juga. Melayu ada pro melayu.Melayu juga ada Pro Islam. Cina ada pro cina.
    Susah juga untuk kalahkah BN dgn 3 penjuru .
    Jawapan yang paling tepat adalah pertandingan 4 penjuru. PH vs BN vs PPBM vs PAS.
    undi Melayu terhadap BN mudah dipecahkan dgn adanya kehadiran parti Bersatu dan PAS.
    Maknanya, jawapan paling mudah. Bersatu dan PAS perlu bertanding di kesemua kerusi PARLIMEN di semenanjung Malaysia untuk memcahkan undi BN. untuk mendapat hasil yg lebih baik, Pertandingan 4 penjuru perlu diadakan sbg eksperimen.jika mempunyai masa, salah 1 kerusi parlimen pembangkang di kwsn majority Melayu perlu lah dikosongkan untuk experiment ini. BN VS PAS VS PH VS BERSATU.. seandainya formula ini berjaya. Pertandingan 4 penjuru dgn mudah dpt menewaskan BN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa? Tak ada ker cina yg beragama islam. India yg beragama islam di msia ni.

      Kalau melayu yg beragama islam ni yg tahu hukum hakam sanggup memperbodohkan diri mereka sendiri itu mereka punya pasallah. Aku tak bak ambil peduli.Buat apa aku nak berkawan dgn orang2 seperti ini. Aku tak rugi apa apa pun

      Delete
  5. .... terbaikkk!!.. Setuju dan sokong!!!

    ReplyDelete
  6. Korang mamang cepat lupa le
    PRK Kuala Kangsar 4 perjuru le

    BN dapat 12653 undi
    PAS dapat 5684
    Amnah dapat 4883
    Bebas - proTun dapat 54 (Lima puluh empat saja)

    Faham!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceteknya 13.41....masa tu, belum ada bersatu. Penyokong umno masih berharap tun kembali ke umno, masih berharap umno dapat diselamatkan. Kini dah berubah, org umno sendiri tak dapat terima alasan derma, org umno pun tau isi kandungan perbicaraan berkaitan 1mdb di spore. Org umno sendiri tak setuju kita berhutang dgn ah long China, dan segala aset yg dah jual dan akan di jual pada China.

      Delete
    2. Tunggulah pru 14 nanti.
      Kita sama2 tengoklah umno ker pakatan harapan.Dulu bolehlah umno cakap besar.

      Delete
  7. https://telcogila.wordpress.com/2016/12/08/celcom-umpama-keluar-dari-mulut-buaya-masuk-ke-mulut-neraka/

    tolong baca kawan kawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi mampos dengan GLC, yang kerja sana pun kaum semua kerabat UMNO, kontrak semua UMNO yang sapu,



      Delete
    2. aik, baru sekarang kau perasan? hahahaha, ni semua kerja tangan titik peluh tun mamak kesayangan hangpa, bang bugis lembik penyamun tarbus hanya menyambung tkesinambungan tun mamakthir.

      Delete
    3. masanya sudah sampai untuk bangsa cina memerintah di malaysia seperti di singapura!

      Delete
    4. Sekor lagi Rba di kesan. Busuk sungguh, bontot tak pernah basoh

      Delete
    5. Apa salahnya kalau cina memerintah kalau mereka berakal dan tahu tanggung jawap dan patuh kpd perlembagaan daripada bangsa melayu yg bernama najib dan kabinet 1MDBnya.

      Delete
    6. Cina memerintah, langkah mayat melayu dulu le.

      Delete
    7. meh la aku nak langkah...sila la mati...

      Delete
  8. kita tahu ts muyid sadang berusaha utk memujuk tuang presideng pas utk bersama sama menentang UMNO. tim presiden, tuan Ibrahim nampak nya lebih cenderung utk berkerjasama olih kerana beliau tidak terlibat dgn derma/hadiah 92 juta.(janji nak saman SR,tapi sampai sekarang selepas 3 bulan masih tinggal niat).

    ts muyid mesti memberi 'dateline'. jika masih tidak berhasil, maka PH n PPBM wajib teruskan usaha utk menunbangkan UMNO n PAS sekali. tidak mustahil kerana rakyat akan menolak perompak berserta dgn sekutu2 nya - insya'allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. kita bolih berbeza pendapat dgn mengguna kata2 sopan.

      "character is d real foundation of all worthwhile success" - keperibadian adalah asas kpd kejayaan tulin.

      renungi lah !!!

      Delete
    4. Melayu yg ada agama tak buat mcm tu.

      Delete
    5. tahniah tuan admin. ulasan2 yg lebih merupakan carutan saperti d 15:36 n 15:54 tiada tempat dlm blog ini.

      Delete
  9. Teruk nye macai umnok. Ashik ingat burit jer. Kikikiki

    ReplyDelete
  10. Apa gunanya pertandingan 3 penjuru bagi pas dan umno kerana walaupun berbeza tapi mereka seia dan sekata..yg pasti pakatan harapan satu satunya pembangkang.. Pas bukan lg pembangkang kerana mereka menyokong kepimpinan najib..kehadiran pas dlm pilihanraya mungkin untuk keseronokan sendiri je kot...aku tak nampak apa pun sumbangan mereka pada rakyat negara ini..maaf cakap lah ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro tidak perlu minta maaf, itu kenyataan.
      Pas,Pis,Pus. Macam kentut, angin saja tapi bahaya tidak kelihatan. Sebab kuat memutar.

      Delete
    2. RBA DAPIG Detected.

      Delete
  11. Pertandingan 3 penjuru atau lebih boleh menumbangkan kerajaan BN bergantung kpd pengundi tegar BN dan juga Pas. Jika pd masa tu pengundi tegar BN dan Pas susah nak cari sesuap nasi, anak2 kelaparan, motorsikal, kereta dan rumah ditarik balik oleh bank kerana gagal bayar wang ansuran, hilang pekerjaan, susah nak cari kerja, gaji lambat dibayar, kos sara hidup yg bertambah tinggi dll itulah pertanda mereka bersedia buat perubahan.
    Memang tidak dpt dinafikan kehidupan rakyat semakin susah tetapi golongan pengundi tegar BN dan Pas belum lagi terdesak buat perubahan buat masa ni. Selagi belum terdesak selagi tulah kerajaan UMNO/BN kekal berkuasa. PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar yg telah diadakan pd bulan Jun tahun ni ialah contoh terbaik saya boleh berikan.
    BIla kehidupan yg susah lagi perit melanda mereka...dgn izin enough is enough (dah terdesak), ia akhirnya akan membuka mata golongan ni bahawa mereka tidak boleh lagi menyokong BN secara buta tuli. Untuk membebaskan diri mereka drpd kehidupan sukar, mereka akhirnya terpaksa akur kpd hakikat bahawa terus sokong BN hanya akan menyusahkan mereka.
    Setakat ni walaupun kehidupan rakyat semakin hari semakin susah. rakyat Malaysia termasuk kumpulan pengundi tegar BN dan juga Pas masih mampu lagi menahan keadaan kehidupan yg sukar...belum lagi terdesak ubah kerajaan.,,belum lagi sampai masanya.
    Pd pendapat saya. PRU 14 masih lagi memihak kpd kerajaan BN. Saya bukan pro BN tetapi saya membuat andaian berdasarkan maklumat dan fakta yg saya ada.
    Jika pd masa terdekat. pemimpin2 PH-PPBM bersama rakyat pro PH-PPBM berusaha keras turun padang beri penjelasan terutamanya kpd pengundi tegar BN dan insya Allah berjaya mempengaruhi mentaliti pengundi tegar BN, barulah ada sinar harapan kerajaan BN ditumbangkan pd PRU 14.
    Seramai 12 ribu lebih pengundi masih tetap menyokong buta tuli BN pd PRK Kuala Kangsar menunjukkan bukan mudah memenangi pertandingan 3 atau 4 penjuru. Usaha keras diiringi dgn doa perlu dibuat jika mahu melihat kerajaan BN dibawah Najib ditumbangkan. Kalau tidak berjaya. kena tunggu rakyat dah terdesak barulah ada harapan menumbangkan Najib.
    Pendek kata, kalau perut golongan pengundi tegar BN dah bekeroncong kelaparan yg amat sangat, tak mungkin BN boleh bertahan dgn 1001 muslihat penipuan pilihan raya. Ia bergantung kpd golongan ni. Marilah kita berdoa minda golongan ni dibuka seluas2nya, Jika golongan ni hanya akan bertindak bila keadaan sudah terdesak, negara kita sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Nasi sudah jadi bubur.



    ReplyDelete
    Replies
    1. pemimpin pakatan suma kaya raya kalah pimpinan bn...politician kaya raya rakyat merempat

      Delete
  12. Ada 5 katogeri pengundi
    1. Penganut parti - mereka ini tidak akan undi parti selain dari yang mereka sokong walau pun parti yang disokong itu terpalit dengan pelbagai isu.
    2. Penganut pemimpin - mereka ini hanya akan undi parti yang disertai oleh pemimpin yang mereka sokong dan puja. Kalau pemimpin itu dalam parti A,maka mereka akan undi parti A. Kalau pemimpin itu lari masuk parti B, maka mereka akan undi parti B pula.
    3. Penganut dedak - mereka ini hanya akan undi parti / pemimpin yang banyak bagi dedak. Contohnya bila dihari mengundi, ada calon yang bagi duit tambang balik mengundi, maka calon itu yang akan diundi.
    4. Penganut amarah dan dendam - mereka ini tidak ramai tapi wujud disetiap peti undi. Bila mereka tidak dapat apa yang dihajati dari parti atau pemimpin hatta diperingkat cawangan sekali pun, mereka akan marah dan akan undi parti lawan. Contoh, minta sokongan untuk dapatkan biasiswa untuk anak tapi gagal, maka marahnya itu hingga boleh tukar undi.
    5. Penganut amanah, agama,bangsa dan negara. - mereka ini terdiri dari yang celik huruf, berpendidikan, berjiwa besar dan berminat untuk ambil peduli pada setiap isu. Mereka hanya akan undi parti yang boleh memberi keyakinan, keboleharapan kepada mereka.

    Untuk pru14, pada saya golongan 1 dan 2 sudah tidak ramai. Pengundi ini hanya wujud di zon 3 iaitu pendalaman kampung. Soal PAS hendak bersama parti mana, bukan lagi menjadi persoalan. PAS tidak boleh mengheret golongan ke5 untuk bersama mereka biarpun golongan ke5 itu ahli pas atau pun bekas pengundi pas.
    Isu najib bukan sekadar "isu politik" seperti yang pernah dilalui oleh tun atau pak lah. Tapi isu najib merangkupi isu keyakinan dan keboleharapan sebagai pm.
    Biarlah PAS TEPUK DADA TANYA SELERA.

    ReplyDelete
  13. Bn masih lagi gagah perkasa dikuasai oleh mereka yg tulus ikhlas disamping penyokong yg cerdik2 tak mcm pembangkang dipenuhi dgn penjenayah termasuk penyokong yg bodoooh .... Bodooooh .... Bodooooh.

    ReplyDelete
  14. Waduh. Geli nk ulas anon 20.43. Bn ikhlas cerdik dll. Pembangkang ramai penjenayah?? Ini sah makan dedak penuh mulut. Mat maslan cerdik ke? Gst akan turunkan harga barang. Last harga barang naik. Hanya hujan turun. Oppss nilai ringgit juga turun sbb pelabur dah tk caya najib klepto. Hutang negara dah meningkat drp 300b kpd 800b. Bahalol n tolol dulu kini n selamanye. Kikikiki

    ReplyDelete
  15. Kali ini saya bersetuju dengan tuan Budin (atau mungkin Tuan Budin yang akhirnya bersetuju dengan saya sbb ini telah menjadi pendapat saya setiap kali kisah PAS dibangkitkan di dalam blog ini).

    Lawan 3 penjuru pun kalau Allah kehendaki PPBM menang semuanya in shaa Allah menang juga. Jangan sampai menunduk kepada PAS. Penyokong mereka pun dah ramai yang mula kecewa dengan kepimpinan mereka sendiri.

    Apa pun seperti yang saya katakan kalau Allah izinkan PPBM menang semua kerusi yang ia tandingi, ia tetap akan berlaku juga. Sabar dan yakinlah.

    Pendedak kata kalau undi PH bermakna undi Cina. Habis di dalam BN tak ada Cina ka? Ceteknya pemikiran pendedak.

    Yang betulnya ialah undi PH bererti memberi kepercayaan kepada team Tun M dan undi BN bererti memberi kepercayaan kepada team Najib.

    Kalau nasib duduk di kawasan majoriti Melayu maka berpeluanglah undi calon Melayu tapi kalau duduk di kawasan majoriti Cina macam manapun kena buat pilihan di antara PH-Tun M dan BN-Najib.

    Kalau keberatan untuk mengundi calon PH daripada DAP pun tak apa sebab DAP hanya bertanding di kawasan overwhelming majoriti Cina, dan undi Cina sahaja sudah cukup untuk DAP.

    Yang penting kalau mengundi di kawasan majoriti Melayu maka pilihlah PPBM atau pun AMANAH ataupun PKR.

    Betul DAP satu ketika dahulu parti rasis tapi melihatkan keadaan DAP hari ini nampak sifat rasis mereka pun telah menipis. Sekiranya melihat konvensyen DAP mereka lebih banyak menggunakan Bahasa Melayu berbanding MCA.

    Kelihatan juga mereka menghormati Tun M lebih daripada UMNO sendiri. Ketika perwakilan UMNO yang lantang menghentam Tun M dinaikkan pangkat oleh Najib, perwakilan DAP yang melakukan perkara yang sama akhirnya dipinggirkan oleh parti mereka sendiri, dan golongan inilah yang tiba2 menjadi bintang di TV3.

    Siapa sebenarnya yang lebih biadab dan kurang ajar? UMNO atau DAP? Itu belum dibangkitkan isu di antara UMNO dan DAP siapa yang sebenarnya membawa masuk China komunis ke dalam negara ini melalui hutang dan kontrak luar biasa.

    Anehnya pendedak UMNO yang menuduh DAP biadab, merekalah yang beria-ia bangkitkan gelaran bapa ayam yang digunakan oleh perwakilan picisan DAP ke atas Tun M. Siapa sebenarnya biadab?

    Keadaan DAP hari ini sama saja dengan GERAKAN selepas tahun 1969 yang menjadi Malay/Muslim tolerant selepas bergabung dengan BN. Sekiranya GERAKAN telah diberi peluang bersama2 Melayu UMNO untuk memerintah maka apa bezanya dengan DAP yang kelihatan telah mula mengakui hakikat Melayu sebagai kaum tunjang di negara ini.

    Apa pun, selamat maju jaya PPBM demi alif ba ta. In shaa Allah, aamiin.

    ReplyDelete
  16. Waduh. Geli nk ulas anon 20.43. Bn ikhlas cerdik dll. Pembangkang ramai penjenayah?? Ini sah makan dedak penuh mulut. Mat maslan cerdik ke? Gst akan turunkan harga barang. Last harga barang naik. Hanya hujan turun. Oppss nilai ringgit juga turun sbb pelabur dah tk caya najib klepto. Hutang negara dah meningkat drp 300b kpd 800b. Bahalol n tolol dulu kini n selamanye. Kikikiki

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. Harga pas akan naik...mcm mana tu...bkn
    Ke ada unsur2 rahsuah pada stment tu.

    ReplyDelete
  19. Salam, Alhamdulillah ramai yang memberi komen bernas dan baik. Yang memberi komen rasis dan provokatif adalah kerana menajdi sifat manusia yg berbagai.
    InsyAllah Team ayahanda Tun dan Pakatan Harapan bukanlah mereka yang setahun jagung dalam politik. Bacaan politik mereka jauh lebih matang dari kita di luar sini. Kita doakan agar mereka dapat mengatur strategi terbaik. Ayahanda Tun memang miliki skill yang tinggi. Kita doakan agar Malaysia selamat. Selamat segala2nya. Kita mahu Malaysia kembali ke landasan yang betul. Selamat dan selesa. Hidup bermuhibbah dan terus maju. Jika kita fokus menyedarkan rakyat misi menyelamatkan Malaysia dari team kleptokrasi dan kemungkaran sosial dan politik mereka rakyat tetap akan hanya pilih Pakatan Harapan. Fokuskan rakyat ke arah itu.

    ReplyDelete
  20. Setuju sgt2 pertandingan byk penjuru. Mcm kat Tesco ler. Byk choice. Best man win, bro.

    ReplyDelete
  21. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...