Sunday 2 August 2015

JIKA RM2.6B UNTUK DANA PILIHANRAYA, KENAPA AKAUN BANK NAJIB DITUTUP?

Siapa bodoh? Siapa diperbodohkan? Dan siapa merelakan dirinya dibodohkan?

Jawapan kepada semua persoalan itu mungkin akan diketahui oleh kita semua tidak berapa lama lagi.

Tetapi ketika itu adakah yang berani menunjalkan seseorang sebagai bodoh atau lebih rela memperbodohkan diri sendiri sebagai bodoh sekali lagi?

Ketika mula-mula The Wall Street Journal atau WSJ membuat dakwaan mengenai wang RM2.6 bilion yang dikatakan mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak, sementara ramai mahu tahu kebenaran dakwaan itu, kumpulan pro beliau pantas mengatakan ia adalah fitnah dan dusta.

Pelbagai hujah dan alasan dicari, termasuk ejaan nama Najib pada slip bank yang dikatakan tidak betul juga diambil kira untuk mengukuhkan dakwaan itu tidak benar belaka.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan pantas menafikan dakwaan WSJ itu dengan mengatakan Perdana Menteri tidak begitu bodoh untuk berbuat demikian

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysian Insider, beliau berkata, "Perdana Menteri bodoh mana yang akan mengambil RM2.67 bilion daripada dana kerajaan untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

"Ia tidak munasabah langsung. Jika benar, ia adalah kebebalan yang terlalu amat sangat," katanya lagi.

Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din turut mengatakan kemasukan dana ke dalam akaun peribadi tidak masuk akal, sebaliknya mengatakan jika Najib mahu melakukannya, ia pasti disalurkan melalui akaun rahsia.

Semakin lama isu itu menjadi mainan media dan perbualan ramai, ditambah dengan Najib tidak berani tidak berterus terang mengenainya, sebaliknya hanya berkata "tidak pernah menggunakan wang 1MDB untuk kepentingan peribadi", ia kemudian bertukar sebagai konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan menggulingkan kerajaan pula.

Berdegar-degarlah "burung belatuk"  mengulangi cakap-cakap bahawa konspirasi ini sebenarnya juga bermatlamat menjatuhkan kepimpinan Melayu dan Islam di negara ini. Ayoyo....

Susulannya Sarawak Report disekat oleh SKMM dan akhbar perniagaan The Edge digantung permitnya. Tuntutan penjelasan juga dikemuakan kepada WSJ , cuma belum diketahui khabar beritanya sehingga ini sama ada saman akan dikemukakan atau tidak.

Apabila Muhyiddin Yassin membangkitkan isu tersebut  di mesyuarat perwakilan UMNO Cheras dengan meminta Najib sendiri memberi penjelasan mengenainya sehingga akhirnya dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, apa pula "entah burung jenis apa"  berbunyi mengatakan wang dalam akaun Najib adalah hak peribadinya dan Muhyiddin atau sesiapa saja tidak berhak untuk ambil tahu tentangnya.

Menteri yang baru dilantik, Azalina Othman Said pula berkata, wang RM2.6 itu bukan isu benar kerana ia hanya melibatkan penderma dan penerima saja.

Ehh...daripada fitnah, Najib bukan bodoh dan konspirasi dan berbagai hujah pembelaan lain, tiba-tiba semuanya bertukar nada seolah-olah wang RM2.6 bilion itu benar-benar pernah masuk dalam akaun Perdana Menteri.
Sehari dua ini, ia bertukar lagi. Wang itu dikaitkan pula sebagai dana politik kepada seorang ketua parti untuk mengurus pelbagai perkara seperti pilihanraya, pentadbiran dan sebagainya.

Sekali lagi Azalina dan Abdul Rahman Dahlan tampil bersuara. Azalina mengatakan, mana-mana ahli politik bebas menerima sumbangan atau dana daripada luar, manakala Abdul Rahman pula berhujah bahawa perlembagaan UMNO membenarkan akaun amanah atas nama presiden.
Najib pula, walaupun belum berani mengakui kemasukan wang itu ke dalam akaun peribadinya, juga berkata sedia mendedahkan penyumbang dana untuk UMNO jika parti-parti pembangkang juga sanggup berbuat demikian.

Tidak sukar memahami jalan cerita yang sedang dikarang mengenai isu RM2.6 bilion ini susulan babak pemecatan Muhyiddin, pertukaran Peguam Negara, perlantikan ramai daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menganggotai kabinet dan penangkapan tiga orang pada semalam atas dakwaan menjalankan aktiviti mengganggu demokrasi berparlimen.

Penutup ceritanya juga mungkin sudah boleh dijangka oleh sesiapa saja selepas ini.

Cuma, yang menjadi kemusykilan dan tanda tanya ialah mengapa dua akaun bank milik Najib sebagaimana yang disahkan oleh Gani Patail itu sudah ditutup?

Kalau ia akaun amanah atas nama presiden UMNO dan dibenarkan oleh perlembagaan, kenapa perlu ditutup? Bukankah ia perlu dikekalkan?

Bagaimana penderma mahu menderma lagi untuk pilihanraya ke 14 nanti jika akaunnya sudah ditutup? Atau kena buka akaun lain pula?

Kenapa baru sekarang mahu mengaitkannya dengan dana pilihanraya? Kenapa tidak sejak awal lagi? Baru terfikir agaknya dan siapa yang memberi idea ini?

Sebab itu, Najib semalam mengatakan beliau lebih memerlukan kesetiaan daripada kecerdikan, walaupun rakyat hakikatnya mengharapkan pemimpin yang mengurus negara ini lebih pandai dan cerdik daripada mereka.

Kesetiaan secara logiknya sentiasa boleh diperbodohkan jika tanpa kecerdikan, manakala kecerdikan tidak mudah diperkotak-katikkan dan dijadikan kesetiaan kalau tidak disertai kebenaran.
Jika mengikut logik Ahmad Maslan, kiranya terbukti wang RM2.6 bilion itu benar-benar wujud dan diakui betul tidak lama lagi tetapi bertukar kononnya sebagai dana pilihanraya, siapa yang bodoh sebenarnya?

Harapnya kita semua tidak bodoh ketika mana tiba waktunya untuk membuat pilihan nanti. (SH 02/08/2015)

52 comments:

  1. Sebenarnya Menteri/Timb Menteri dlm kabinet 1MDB tu bijak2 belaka...
    tetapi rela membodoh bodohkan diri sendiri serta membodohkan org ramai demi jawatan dan kedudukan. Biarlah aku nampak bodoh, janji kedudukan aku selamat...gitulahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Betul jugak kan ...bijak. Tetapi mana ada org bijak sanggup jadi bodoh? Namanya bijak? Ke....saja suka2 kot! Maklumlah seronok kena puji2...dtg majlis pun bersambut.....duit sapa tu? Bukan duit rakyat ke?
    Allah beri saya akal...maka saya gunakan utk kebaikan....tu saje. Bijak kan......hehehe.

    ReplyDelete
  3. Betul jugak kan ...bijak. Tetapi mana ada org bijak sanggup jadi bodoh? Namanya bijak? Ke....saja suka2 kot! Maklumlah seronok kena puji2...dtg majlis pun bersambut.....duit sapa tu? Bukan duit rakyat ke?
    Allah beri saya akal...maka saya gunakan utk kebaikan....tu saje. Bijak kan......hehehe.

    ReplyDelete
  4. Menteri bodoh memoerbodohkan rakyat. Rakyat bodoh sahaja yang menyokong BN. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la pak malau...aku taknak jd bodoh lg.
      next GE aku tak akan pangkah BN

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puki mak punya singapura pools.
      Berambus balik lndon lah
      Jgn bikin sial di Malaysia

      Delete
  6. Sdr Shahbudin,

    Ulasan tulisan sdr tepat sekali. Siapa bodoh sebenarnya?. Lembu dikatakan bodoh kerana menurut saja tuannya kerana hidungnya telah diikat. Tetapi Mat Maslan dan para menteri sewaktu dengannya tentulah lebih bodoh dan baghal kerana belum hidung diikat sepenuhnya, dia mengikut tuan membabi buta. Fitrah lembu selaku binatang memang tidak dianugerahkan akal tetapi manusia seperti Mat Masalan dan seangkatan dengannya lebih rendah tarafnya dari lembu walau pun diberi akal.

    Lebih hinanya Mat Maslan dan menteri sewaktu dengannya adalah kerana berperang membabi buta dengan senjata tumpul untuk mempertahankan tuannya Najib. Sebab itu jawapan dan alasan golongan bermaruah lebih hina dari lembu ini dalam mempertahankan tuannya datang dalam pelbagai versi dan tidak pernah konsisten dan berubah rubah. Dari jawapan A berubah ke B dan kini berubah menjadi C walhal persoalan dan pertanyaan yang dibangkitkan itu kekal tidak berubah. Bukan suatu yang pelik kalau selepas ini Mat Maslan dan angkatannya akan menjawab D pula untuk pertanyaan dfan soalan yang sama.

    Katanya Mat Maslan ni dulunya antara student terbaik dengan pointernya. Jika soalan yang sama dijawab dengan jawapan yang berbeza beza, bijak dan cerdik kah Mat Maslan ini?. Atau pointernya yang tinggi dulu kerana kerja kerja meniru dan copy saja. Lulusan Mat Maslan langsung tidak menggambarkan intelektualnya malah 1 Malaysia memahami bahawa menteri cap ayam ini sanggup menglembukan dirinya kerana fitrah "bodek" yang kuat dalam dirinya. Belum pun diikat hidung oleh tuannya, Mat Masalan dan angkatannya sudah lebih lembu dari lembu, barangkali kalau sudah betul hidungnya dicucuk dan diikat, barangkali najis tuannya pun sanggup ditelan walhal bodoh bodoh lembu pun tak sanggup dan tak pernah begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pointer saja nmpk hebat tp dari segi sahsiah tak ada lgsung dlm diri mat maslan ni.
      kerana dia sggup dilembukan oleh ah jib gor.
      kesian sapa dpt bapak mcm ni.

      Delete
    2. Tuanku Sultan Johor negeri kelahiran mat mazlan sendiri pun tak sudi nak bersalaman dgn dia. Rakyat Msia semuanya dah tengok visual tu.ltu pun mat mazlan tak rasa malu lagi. Masih terhegeh hegeh. Tergedik gedik dok ampu najib lagi.
      Masih nak putar belit sana sini.
      Mana maruah kau mat mazlan???
      Murah sungguh harga diri kau ni
      Tak padan dgn pendik.

      Delete
    3. Dah la pendek..hidung kemek pulak tu..mmg haramjadah sangat la Ahmad Maslan ni, berusaha menghasan-malekkan dirinya sendiri, menharun-dinkan anak beranaknya sendiri serta menghaji-hadikan keturunannya juga.. lengkap pekej yg Najib sukakan!!!!

      Delete
    4. Hoiiii brader.....pada firasat saya , orang yang sedang bermatian nak tukar Najib adalah yang kalau tak cerdik pun bengong. Itulah sekolah pun tak nak. Kan jadi bodoh.

      Kan semua orang nampak termasuk sebahagian besar puak UMNO yang Najib ni bermasalah. Yang Hadi, Harun nak Najib terus terajui kepimpinan negara adalah untuk memudahkan BN ditumbangkan dlm PRU14 nanti.

      Sbb itu semua ahli PAS kena duduk dlm PAS jgn buat kelaku tak ketahuan.

      Itu saja yang ingin saya lontarkan sebagai orang yang agak nampak dgn sepak terajang politik malaysia ni.

      Delete
  7. BUKTI & TESTIMONIAL MAT MASLAN MEMANG SETARA LEMBU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut la menteri otak lembu ramai dalam UMNO. Betoi la Tun M kata dulu. Cuma jenis menteri lembu yang pertahankan UMNO dan Najib.

      Delete
    2. Video Maslan Setaraf Lembu

      Delete
  8. Sebodoh2 macai aljuburi xsilap aku , x pernah aku dengar yang mereka menghalalkan zina Dan liwat!!!!...menafikan tu standart le....!!rupanya macai najib lagi keji Dan haram jadah menghalalkan duit haram dengan bahasa yang membodohkan orang kampung!!!!!!....kalau mcm ni punya haram jadah Dan mudahnya dpt duit suruh menteri bangang umno wujudkan hanya sekolah Dan u hanya mengajar sains politik,agar mudah melahirkan orang kaya dengan sumbangan ikhlas tak mana haram jadah Dan bangang berteknologi tinggi!!!!

    ReplyDelete
  9. Meluat dgn IGP..masih guna kaedah yg sama. Yg mendedahkan maklumat kena tangkap...patutnya siasat maklumat tersebut. Kalau mcm ni...sampai ke sudah tak setel..Haram jadah punye IGP

    ReplyDelete
    Replies
    1. IGP paling lembu dlm abad ke 21 ni.
      Mntan2 IGP dulu2 nmpk gak jantannya.

      Delete
    2. Apa boleh buat...cari makan maaa

      Delete
    3. IGP my ass...he is no better than those banglas....hidung kena cucuk bogus pirate the chicken out pee aim.

      Delete
  10. Ada pemimpin yang dibodoh2 dek orang, ada yg sengaja buat2 bodoh, ada jugak yg suka membodohkan orang lain. Apapun kebanyakannya banyak yang menipu diri sendiri.
    Pasal kamu sememangnya natural born stupid.

    ReplyDelete
  11. Mengikut Ahmad Maslan, ' Najib adalah PM yang paling bodoh sebab memasukkan wang rasuah RM2.6bil dlm akaun dia'.

    Nama dlm slip bank itu tersilap, sebab yg disuruh memasukkan duit tu adalah 'dispatch boy'. janji no a/c Bank betul. ejaan Najib ke atau Nageeb ke mana bank kesah sangat asalkan no akaun betul..

    Sekarang Najib kena sumpah: Berapa banyak wang tu diberi kat Rosmah? Kat Riza dan kat menantu Khazakhtan dan adakah duit tu digunakan utk kahwin anak?

    Sekarang baru aku faham mengapa PMO mengeluarkan kenyataan Najib kaya sebab keluarga Razak kaya raya....PMO tak bagitahu berkenaan wang rasuah RM2.5billion yg Najib dapat. Betul2 penipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn lupa kenduri kawen anak dia kat msia ni 'disponsor' oleh besan kazakstan dia wooo.
      sbg father of the bride tak malu ke dia tak kuarkan duit utk kenduri anak sendiri.

      Delete
    2. Satu hari nanti memang mat mazlan ni kena balik dgn kasut

      Delete
    3. Baling saja dengan TAIK

      Delete
    4. Kalau jumpa ular, keling dan mat Mazlan...bedal Mat Mazlan dulu

      Delete
    5. Betul...Kalau aku yang jumpa dia dulu, aku bedal dia dengan batang kelapa

      Delete
    6. Aku dulu lah! Aku nak hempok jendol dia.....hahaha

      Delete
    7. Aku dulu lah! Aku nak hempok jendol dia.....hahaha

      Delete
    8. Aku dulu lah! Aku nak hempok jendol dia.....hahaha

      Delete
  12. Ini projek nak tipu melayu, makcik dan pakcik felda.Sekian.Selamat jadi bodo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macik/pacik felda biru totok....kau memang dilahirkan untuk diperbodo......sedarlah

      Delete
  13. orang cerdik tahu mana nak letak kesetiaan
    bukan sembarangan saja mau setia
    orang politik bole terima duit dari penderma tanpa perlu dipersoal
    orang biasa nampaknya bole jugak la
    betulkah itu macam

    ReplyDelete
  14. Pemimpin UMNO makin merapu dan terang terang menipu. Bangkai gajah nak ditutup dengan nyiru. Ingat rakyat semua bengap dan bodoh ke???. Pemimpin dan parti haram jadah pembelit dan putar alam ni tak akan aku bagi undi lagi. Cukup sudah yang lepas lepas

    ReplyDelete
  15. It seems that in Malaysia the rakyat continue to be treated like fools. And, it is just not in the case of 1MDB alone in the last so many months coming from the political leaders and the 1MDB top management. One can see that happening all the time in all spheres of Malaysian life - just look at the manner the Kuala Lumpur Grand Prix 2015 is being organized. It is like the people's concerns do not matter at all to its organizers and the City Hall. And if one were to focus what is going on at the level of organizations where people find their employment, invariably more often than not those at the top treat people below as if they are mere dirt. In short, to be Malaysians (in contrast to the case of citizens of so many other countries in the world including the developing ones such as our neighbors Indonesia, Thailand, and the Philippines where the people are treated with respect more often than not) is to suffer at the hands of the powerful. It is like we are still living in the old sultanate era of Malacca, etc. Time for Malaysians to be educated for what it entails to be the rakyat, voters, followers, employees, etc. of Malaysia in the new millennium - for the powerful who include the political leaders can hardly be expected to change their old sick ways? (It is good to see that Air Asia in its recent case against MAHB is suing for hundreds of million of damages! Let us hope the same would take place against parties such as the organizers of the Kuala Lumpur Grand Prix 2015 once their thoughtlessness or cruelty bring loss of lives or misery to others.)

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Botoh lu la.Pegi mamposla lu mat indon celaka.

      Delete
  17. Cakap lh apa sj,maslan slagi msh idup..azalina hg pn sm

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. Pas dan umngo tidak dapat dipisahkan.

    Pas
    - hendak melaksanakan hudud tapi undang2 hudud ada percanggahan dengan perlembagaan negara.

    Umngok
    - perlembagaan umngok membolehkan presiden punyai akaun untuk penderma masukkan duit.Adakah perlembagaan parti umgok ini tidak bercanggah dengan undang2 berkaitan kewangan yang sedia ada dalam negara.

    Kesimpulannya adakah undang2 negara yang terpakai kepada seluruh rakyat malaysia bertaraf rendah sikit dari undang2 parti yang terhad kepada ahlinya.

    ReplyDelete
  20. MISAI KOTE KEPALA BUTUH CHERAS3 August 2015 at 12:38

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog ini terbuka kepada semua komen, tapi ia haruslah dibuat dengan bahasa yang baik, sopan, tidak mencarut atau lucah. Harap maklum.

      Delete
    2. Betul la tu saya sokong tapi kalau asyik cerita pasal nombor ekor apahal plak? Terbuka jugak ke? Salah tetap salah syah!

      Delete
    3. Betul la tu saya sokong tapi kalau asyik cerita pasal nombor ekor apahal plak? Terbuka jugak ke? Salah tetap salah syah!

      Delete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Kalau saya d bg pilihan sy nak muhyiddin jd pm n anwar jadi tpm..

    ReplyDelete
  23. Ni teruk ni....sabotaj ke apa?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...