Sunday, 16 August 2015

JANGAN RISAU, ZAHID SEBENARNYA MENYINDIR NAJIB....

Apabila Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi tiba-tiba mendedahkan adanya usaha untuk menggulingkan kerajaan melalui undi tidak percaya yang diketuai oleh seorang pemimpin UMNO, segera kedengaran banyak sosek-sosek menimpa dirinya kembali.

Ramai yang mengatakan, apa salahnya pertukaran kerajaan selain pilihanraya, jika bukan dengan kekerasan atau angkat senjata. Di Sabah, beberapa kali pernah berlaku dan di Perak ia baru saja berlaku pada 2009 lalu. Takkan Zahid tak tahu, kata mereka,

Sambil itu, rama juga yang mengingatkan Zahid agar tidak lupa bahawa pendedahannya mengenai pemimpin pembangkang yang didakwanya menjadi dalang tragedi Lahad Datu, sehingga sekarang masih tidak dijawabnya lagi.

Kata mereka, janganlah hendaklah pendedahan kali ini juga tiada jawapannya sampai akhirnya.

Begitu juga dakwaannya bahawa beliau mempunyai bukti Mohamad Sabu terlibat dengan ajaran Syiah, sampai sekarang juga gagal ditunjukkannya kebenaran itu kepada umum. 

Memangnya Zahid, terutama sejak menjadi Menteri Dalam Negeri, suka menunjukkan beliau mempunyai maklumat itu dan maklumat ini, tapi akhirnya tidak lebih  sekadar khabar yang dikutip daripada burung-burung berterbangan saja.

Ada pula berkata, Zahid tidak sepatutnya cuba memesongkan isu kerana beliau perlu lebih menumpukan perhatiannya untuk menjawab pertanyaan rakyat mengenai syarikat adiknya yang terlibat dalam bidaan menguruskan kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh melalui Kementerian Dalam Negeri yang diterajuinya.

Tambahan lagi, jika dilihat daripada pendedahan Zahid itu, beliau seperti mempunyai maklumat yang cukup lengkap mengenai usaha menggulingkan kerajaan itu. Tapi, sebagaimana selalu, beliau suka membiarkan orang berteka-teki, sama seperti orangramai mungkin berteka-teki sampai mati mengenai dalang Lahad Datu dan bukti syiahnya Mat Sabu.

Sehingga ini, dua pemimpin UMNO yang paling mungkin terlibat sebagaimana dakwaan Zahid itu, sudah pun menafikan penglibatan mereka. Muhyiddin Yassin  mengatakan bodohlah jika beliau melakukannya kerana sudah terlibat dalam pembinaan kerajaan ini sejak 40 tahun yang lalu.

Tengku Razaleigh Hamzah pula berkata, beliau masih bersama kepimpinan Najib sambil menyindir, kerajaan hanya dapat digulingkan melalui kekuatan tentera dan tidak ada mana-mana individu yang mampu melakukannya dengan kekuatan biasa.

Begitulah bila Zahid sekali lagi cuba bikin gempar dalam negara. Bukannya kenyataannya itu mahu disokong atau dipuji, tetapi lebih ramai yang ragu-ragu dan skeptikal dengannya.

Sebabnya tidak lain ialah kerana Zahid dikenali sebagai pemimpin yang suka baling "bom asap" saja selama ini. Kadang-kadang berita dari burung berterbangan saja sudah dianggap seperti wahyu dari Tuhan. 

Beliau sebenarnya membaling bom bukan untuk membunuh musuh tetapi agar semua tumpuan tertuju kepada kepulan asap itu saja. Apa gerakannya di sebalik asap berkepul-kepul itu hanya beliau saja mengetahuinya.

Sebab itu, jangan marah, kritik atau hentak Zahid dengan kenyataannya kali ini. Sekarang beliau sudah jadi orang nombor dua dalam kerajaan, tetapi kedudukannya masih belum selamat lagi untuk menjejak singgahsana Seri Perdana.

Dalam UMNO, kerusi nombor dua masih lagi dipegang oleh Muhyiddin. Zahid juga tidak boleh percaya sepenuhnya kepada Najib untuk memberi laluan "smart tag" kepadanya kerana masih ada Hishammuddin Hussein, sepupu Perdana Menteri sebagai pesaingnya.

Selain itu, di luar UMNO dan melalui tekanan Tun Mahathir, lebih banyak perancangan yang sukar dijangka untuk mengenepikan Najib daripada kedudukannya.

Maka, tidak mustahil lebih banyak lagi "bom asap"  akan diletupkan Zahid selepas ini.

Tujuan Zahid membaling "bom asap" mengenai wujudnya usaha menggulingkan kerajaan ini jika dihalusi disebabkan beberapa faktor. Antaranya, beliau ingin menyampaikan mesej bahawa kerajaan pimpinan Najib sekarang ini teramat lemah dan boleh ditukar bila-bila masa saja melalui undi tidak percaya di Parlimen.

Dengan itu, Najib akan meletakkan lebih pergantungan kepadanya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk memantau serta mengekang gerakan tersebut.  Zahid secara tidak langsung memberitahu kedudukan kerajaan yang lemah itu adalah disebabkan isu-isu yang membeliti Najib sendiri.

Sementara kasih sayang Najib diharapkan lebih tertumpah kepadanya melalui pendedahan itu, Zahid dalam masa yang sama juga dapat mengukuhkan lagi kedudukannya melalui kelam kabutnya orangramai disebabkan "asap" itu.

Zahid bukan saja anak didik Anwar Ibrahim, tetapi cara gaya berpolitiknya juga tidak banyak berbeza dengan bekas Ketua Pembangkang itu. Bagaimana beliau mengumpul dan menjaga kekuatan sokongannya dalam UMNO adalah sama seperti Anwar dahulu. Jika Anwar suka pegang janggut orang bila bertemu kenalan lamanya, selain pegang janggut, Zahid pula kerap "cucuk perut" untuk menunjukkan keakrabannya.

Selain itu, tindakan Zahid mendedahkan wujudnya usaha menggulingkan kerajaan ini juga bertujuan menyindir Najib dan mengingatkannya tentang  "karma" yang pasti menimpa berikutan Najiblah yang mengetuai gerakan menggulingkan kerajaan Perak pimpinan Nizar Jamaluddin pada 2009 dahulu.

Dengan kata lain, kalau ikut lenggok cakap orang Bagan Datoh, maksudnya ialah "dulu kau gulingkan orang, kali ini tunggulah kau kena guling pulak."

Zahid hakikatnya tahu menukar kerajaan melalui undi tidak percaya di Parlimen adalah "halal" dan dibenarkan oleh perlembagaan. Tetapi di Perak dahulu, usul tidak percaya itu tidak dibawa pun ke sidang DUN, hanya dipersembahkan kepada Istana Perak saja.

Sambil mengingatkan  itu, Zahid juga sebenarnya ingin menakut-nakutkan Najib akan ketentuan Tuhan yang  selalu "bayar cash" semua dosa dan kecurangan di dunia ini lagi. 

Lebih-lebih lagi Zahid juga tahu Najib turut menghadiri Malam Doa Untuk Malaysia di Dataran Merdeka pada malam tadi.

Untung-untung Najib jadi takut dan terganggu fikirannya, tambahan lagi beban 1MDB dan isu RM2,600 juta jauh lebih berat lagi bahananya di sisi Tuhan, lalu mungkin sedia menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepadanya.

Jika ini tidak berjaya menggugat Najib, tunggulah "bom asap" seterusnya lagi daripada Zahid. (SH 16/08/2015)

19 comments:

  1. mujibur, mamaysia offer kaum bangla 1.5 million pigi sana mau bikin apa ha?

    ReplyDelete
  2. Memang dah pun berasap asap dalam whatsapp bahawa akhirnya Najib akan menelan asap. Silap silap kena tangkap dan menghuni lokap. Najib akan rebah a.s.a.p !

    ReplyDelete
  3. Dulu malaon ni la yang jadi kepada pemuda tembak Tun M dalam PAU isu kronisma. Hari ni malaon ni membuktikan kepada UMNO dan rakyat bahawa dia pun 2 X 5. Selagi pemimpin tu dibawah tarbiah UMNO, memang itulah hasil akhirnya. Cakap tak serupa bikin. Kelentong jer lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau lah kalau zahid ni masih tak sedarkan diri lagi

      Dulu dia mengaku Anwar yg suruh dia tembak Tun Mahathir.

      Zahid...sebelum kau nak tembak Tun Mahathir lagi sila tembak kami dulu. Kami sanggup jadi galang ganti kepada Tun Mahathir.

      Walau pun kau seorang menteri jangan kau ingat rakyat hairan sangat pada kau.

      Kami boleh naikkan UMNO. Kami juga boleh turunkan UMNO.

      Delete
    2. Bukan takat si komedi je....semua menteri kita tak heran.....beza diaorg ngan kita satu je....mereka penipu....kita tak. Pastu lidah memasing bercabang.

      Delete
    3. Dulu2......bodoh mcm lembu.
      Skrg........bodoh mcm menteri.

      Delete
  4. Kenyataan Zahid ini ada persamaan dengan cerita ANJING DGN BAYANG BAYANG NYA....HARI INI ORANG SANGGUP MENYEMBAH ORANG SEBAB KALAU SEMBAH TUHAN TAKUT NANTI ORANG YG DI SEMBAH LEBIH BAIK DARI TUHAN YANG DISEMBAH SEBAB ADA CASH DEPAN MATA ...CASH YG DI BERI TUHAN TAK NAMPAK MELAINKAN BBALASANYA MENYAKITKAN..Janganlah marah pada ZAHID..kerana dia seorang alim dan bijak dalam ugama.ZAHID ada BUNGA DALAM TAMAN HATINYA..ZAHID ADA CINTA YG SUCI DALAM JIWA NALURINYA KEPADA ORANG YG DI SANJUNG...ZAHID ada BODAK yang size nya lebih besar dari KETUANYA.. ZAHID ada MAT JENIN yg melambung mimpi siang harinya..LAGI PUN ZAHID kan asal usulnya dari keluarga PAK PANDIR DAN MAK ANDIH..ZAHID ada tokoh ugama yg di banggakan semua orang masjid kalau bukan si LEBAI MALANG..itu pun kalau ZAHID tak lupa dengan anaknya si LUNCAI yg terjun dengan LABU LABU..PALING HEBAT ZAHID ADA SEORANG KETUA RAJA DENGAN BAJU BENANG SUTERA YG TIDAK BOLEH DI LIHAT RAKYAT..ZAHID masih tak faham mengapa rakyat jelata bersorak dan kertawa tengok KETUA NEGARA BERJALAN BERBOGEL dengan sehelai baju halimunan yg MAHAL HARGANYA.

    ReplyDelete
  5. Pemimpin umno yg ingin menjatuhkan najib ialah...... .ZAHID HAMIDI. Takkan tak nampak mesej beliau tu. Sebenarnya tag team beliau TSM sebelum kes janda baik lagi....JANDA BAIK? .....iye janda baik tu la......hehehe

    ReplyDelete
  6. Apa mau lisau-lisau maa aa , itu KDN punya menteli apa mau cakap sana ,cakap sini ,manyak tak shyok itu macam maa aa .

    Kalau atak bukti ,kasi tangkap saja lor rr , celita manyak pon tatak guna lea aa .

    ReplyDelete
  7. Ni la nama2 dalangnya yg nak gulingkan kerajaan
    Ahmad 3.85...Puad zakar...salleh wwak2...ku nan kutu....mael peti ikan...hasan ayam...rahman dahlanchou...azlina silapidentiti...arul kandahutang...kalidtebaka...
    Sebabnya?
    STATEMENT2 BODOH HANYA KERANA SEPASANG TOYOL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..seoran lagilah...Nazri lesen taxi, shahrir uban dua muka..dari RM2.6 billion, Najib rembat RM2.2billion...kutu2 ni disuap untuk support dia....AHMAD 3.85 rm2 JUTA, Shahrir uban-RM1 juta, yg lain belum ada maklumat lagi...

      Delete
    2. SETUJU SANGAT2...
      Main juta je bro!
      Lesen toyol kelas 'A'.....hahaha.
      Ada lagi kot?

      Delete
    3. Puad zakar tu....Huh...Kalau dah kalah tu buatlah cara kalah. Jangan nak berkepak macam ayam jantan lagi. Kalau diri tu hebat sangat bagai dikata dan buat kerja untuk rakyat. Kenapa bolih kalah?

      Sedarlah diri sikit Puad oiiiiii...

      Dah dapat kerja kat JASA tu buatlah kerja elok elok sementara masih boleh makan gaji untuk sara hidup anak bini dan bayar hutang piutang.

      Jangan dok merapu tak tentu pasal. Orang lain yg kalah dalam PRU13 mendapat kedudukan yg lebih baik daripada kau. Mereka jadi Chairman kepada GLC. Kau tu setakat jadi KP JASA saja. Itu pun sebab Datuk Fuad Hassan kembali ke rahmatullah. Kalau tidak kau tu ambil upah sapu sampah kat tepi jalan saja.

      Sedarlah diri sikit ya Puad. Jangan nak bercakap tak serupa bikin lagi. Lagi pun modal kat dalam otak kau pun bukannya ada value sangat pun. Orang pun tak pandang apa yg kau kata. Pendapat kau pun karat saja.

      Delete
  8. Mungkin ramai yang dah lupa beberapa tahun lampau dia juga yg meletupkan BOM nepotisme dan kronisma dalam PAU umno atas arahan godfather nya masa tu anwar ibrahim,dengan tujuan menyerang dan menjatuhkan Tun Mahathir (pm dan presiden umno waktu itu)Akhir nya.Tun dalam ucapan penggulungan nya "membasuh dan memandikan" si zahid ni cukup cukup.

    ReplyDelete
  9. apa yang keluar Dari mulut zahid semua aku tak percaya....yang aku percaya ialah kehadiran warga Bangladesh sebanyak 1.5 juta ke Malaysia....itu je!!!!

    ReplyDelete
  10. Zahid Ting....Tong..... Ting.... Tong....

    Biasanya TIN KOSONG bunyinya kuat. Tapi habuk pun tarakkkkkkkk...

    TING.... TONG.....TING...TONG...TING....TONG

    Zahid ingat sikit. Sedangkan Gendang raya kat masjid lagikan kena palu.

    ReplyDelete
  11. Bom asap trpaksa dilepaskan, kerana tinggal setapak lagi langkahnya. Jika Bijan jatuh (bukan kerajaan yg jatuh yer) ikut saluran undi tak percaya, mungkin TSMY naik jadi PM dan belum tentu 'pelempar' bom asap itu kekal sebagai TPM. Kemungkinan besar TSMY ada pilihan lain... dari Borneo mungkin... Terkentut-kentutlah pelempar bom asap andainya itu terjadi.. hahaha.. Ini kemungkinan sahaja.. Tapi tak mustahil kan?

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. Jangan takut aku tidak bahagia, aku sudah merasa.... https://www.itsme.id/jangan-risau/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...