Monday 10 August 2015

APA PUNYA MALANG...DAHLAH 'SIKU BURUK', 'HIDUNG PULA TAK MANCUNG'...

Mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian tahun ini barangkali yang tersibuk bagi Najib Razak kerana  paling banyak bakal dirasmikan olehnya. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang mana hanya beberapa UMNO bahagian saja dirasmikannya manakala selebihnya dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang lain, tahun ini keadaan itu jadi sebaliknya.

Tahun ini seperti setiap minggu ada saja acara perasmian itu untuk Najib. Macam dah berlumba-lumba pula dengan Muhyiddin Yassin yang sudah dipecatnya. Sebahagiannya kerana jemputan bahagian, yang lainnya mungkin atas permintaan Presiden UMNO itu sendiri.

Minggu lepas, Najib merasmikan tiga bahagian iaitu Seremban, Kota Melaka dan Hulu Selangor. Ketika itu juga beliau perlu pergi ke kawasan Parlimennya, Pekan kerana mengadakan jamuan hari raya di sana. 

Sibuk betul Najib sejak memecat timbalannya walaupun ada wang RM2,600 juta dalam akaun peribadinya....nasib baik ada jet peribadi dan helikopter yang boleh membawa ke sana sini dengan cepat.

Minggu ini pula  beliau merasmikan mesyuarat UMNO Bandar Tun Razak di Wilayah Persekutuan dan Pasir Gudang, Johor. Di Pasir Gudang, sebagaimana yang diberitahu oleh Khaled Nordin, kehadiran Najib bukan atas jemputan atau kehendak bahagian itu tetapi kerana Najib sendiri meminta untuk menjadi perasminya.

Aduyai...malu wehh!!

Kenapa sampai meminta-minta. Biasanya jemputan merasmikan ini terpulang kepada sesuatu bahagian itu. Dengan kesibukan tugas sehariannya menguruskan negara, adalah biasa Perdana Menteri menolak jemputan merasmikan mesyuarat UMNO, tetapi tentulah luar biasa bila beliau seolah-olah merayu mahu datang ke sebuah bahagian itu.

Rasanya inilah pertama kali sejak UMNO ditubuhkan seorang Presidennya meminta untuk merasmikan mesyuarat UMNO bahagian dan ia kemudian didedahkan pula seolah-olah UMNO Pasir Gudang tersepit di kedudukan  "rela dalam terpaksa" menerima kehadiran Najib itu.

Di sisi Najib, perbuatan meminta-minta ini lebih tepat diumpamakan "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong."

Jika UMNO Pasir Gudang sepenuhnya rela dan gembira dengan kehadiran Najib, buat apa Khaled perlu memberitahu kehadirannya sebagai perasmi itu bukan kehendak bahagian, sebaliknya diminta oleh Presiden UMNO itu sendiri?

Selepas memecat Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri, kehadiran Najib tidak lain ialah untuk "menyuci dosa-dosanya" terhadap perbuatannya itu sambil mengharapkan sokongan dapat diteruskan kepadanya.

Tetapi kehadiran Najib bukan saja mendapat sambutan lesu, itu pun setelah diingatkan oleh Khaled agar perwakilan UMNO Pasir Gudang yang diketuainya berdisiplin dan berhemah menyambut kedatangan tetamu, bahkan ugutan Najib sama ada BR1M perlu diteruskan atau sebaliknya, disambut dengan jawapan "tidak" oleh mereka.

Selain itu terdapat juga  memorandum daripada cawangan-cawangan dalam UMNO Pasir Gudang yang diserahkan dengan tangan kepada Najib sendiri memintanya berehat daripada jawatannya.

Sekali lagi...malu weh diperlakukan sebegini rupa!

Harapan Najib untuk mendapatkan sokongan daripada UMNO Johor dengan hadir merasmikan bahagian yang dipimpin oleh Menteri Besarnya bukan saja tidak kesampaian, malah malu pula bertompok-tompok menimpanya.

Ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bandar Tun Razak sehari sebelum itu, Najib bersungut kerana pemimpin UMNO tidak bersungguh-sungguh mempertahannya sedangkan mereka sudah menerima wang daripadanya.

"Sebagai Presiden parti, apa yang saya buat, sama ada kutip dana atau apa-apa, adalah semata-mata untuk kepentingan parti, bukan yang lain-lain.

"Zaman saya banyak pertolongan disalurkan kepada bahagian, banyak kerja amal dibuat, ramai orang pergi haji, banyak bahagian dapat sumbangan setiap bulan.

"Tetapi janganlah apabila (wang) sudah dapat, semua senyap. Apabila saya diserang, kita pula tambah tuang minyak," katanya lagi.

Jika di Pasir Gudang, Najib menonjol-nonjolkan perbuatan "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong", di Bandar Tun Razak pula, beliau tidak malu-malu bersikap "buruk siku"  kepada pemmpin-pemimpin UMNO yang menerima wang daripadanya.

Sekali lagi, amatlah malang ada Presiden UMNO sebegini rupa. Kenapa perlu diungkit-ungkit pemberian yang sudah diberi? Berapa sebenarnya wang yang diberikan oleh Najib kepada bahagian-bahagian berbanding RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun  peribadinya?

Lagi pun, bukankah wang itu diberi untuk menggerakkan aktiviti parti dan bukannya sampai ke peringkat mempertahankan sesuatu yang tidak wajar atau salah dilakukan oleh Presiden UMNO sekali pun?

Apakah jika tidak didedahkan oleh The Wall Street Journal dan Sarawak Report, Najib mahu mengaku wang RM2,600 juta itu sebagai sumbangan penderma untuk dana politik?

Apa pun, sama ada secara nyata mahu pun terlindung, sikap "buruk siku" dan "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" yang ditunjukkan oleh Najib ini tidak lain menunjukkan dirinya semakin terdesak untuk mempertahankan diri, walaupun hakikatnya sudah wujud tanda-tanda beliau semakin tidak dikehendaki lagi dalam UMNO.

Dalam kehidupan seharian pula, orang  "siku buruk" dan ditambah pula dengan perbuatan "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" adalah mereka yang paling dibenci dan diumpat setiap hari.

Begitu juga dengan Najib, dua perbuatannya ini akan terus menjauhkannya daripada UMNO dan juga rakyat. Penolakan dan kebencian itu sudah kian merata sehingga semakin ramai tidak segan-segan meluahkannya di facebook milik Najib sendiri.

Takkan Najib masih tak faham dan terus mahu "bermuka tebal"  lagi? (SH 10/08/2015)

23 comments:

  1. Org umno sudah keliru ingat partinya kaya raya rupanya minta sedekah dgn pak arab.keliru lg sbb duit yg dpt tak sepadan dgn derma yg dberi mana pergi lebihan.masuk dlm beg biskin kak rm ke.mesti ada borak borak ko dpt berapa hari.apesal tak sama aku dpt sikit je.bagaimana dgn yg tak dpt.apasal aku tak dpt habukpun duit bilion bilion ni terpaksa korek tabung.ada yg tanya lg eh duit derma pak arab tu halal ke.eh tak kisah la sbb tak tahu jika dosa najib la yg kena tanggung.nasib la kalau sekarang dia dpt masalah.sapa suruh bg org mkn duit haram.1mdb tu masalah apa pula.dah berapa lama ni tak faham faham lg aku.punya la byk megah kata nak bina bangunan berkilat kilat tp hutang pulak tak dpt bayar.hutang dgn along ke apa.pak arab yg bg derma tu entah entah along tak.ish pening la kepala pakcik ni.tp knpa bekas tpm tu kena pecat pulak apa salah dia buat.ada bilion bilion masuk akaun dia ke.dia kena siasat ke.apasal org sprm yg sedang menyiasat tu kena siasat pulak ish tambah pening la ni

    ReplyDelete
  2. Kalau muka dah tebal macam kulit babi,mana ada perasaan malu.pegi berambus la najib woi...kami ahli umno dan rakyat malaysia seluruhnya tidak perlukan kamu lagi.kamu boleh pegi mampus dgn duit haram 2.6b tu termasuk anak bini kamu.harap2 kamu laki bini terima siksa kubur dan siksa neraka yg paling azab sebab kamu menipu rakyat....go to hell najib!!!

    ReplyDelete
  3. Nak Tanya tuan yg arif...duit derma utk parti tapi masuk dalam akaun peribadi Najib. Jika ditakdirkan Najib ni pendek umur...duit tu jadi hak sapa? Hak parti ke, hak Amanah Raya ke @ hak Rosmah Mansur? Mintak pencerahan tuan2 yg arif. Harap maklum, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rosmah dah plan semua...tu fasal dia suruh Najib masukkan dlm akaun Najib. Kalau Najib mati..duit tu jadi harta pusaka peninggallan Najib dn dapat kat Rosmah dan anak beranaknya.

      Tapi akaun dh tutup..duit Rosmah sudah arah Najib agih kepada Umno dan sebahagian besar kpd anak 2 dan dia...tu fasal Reza anak Rosmah, mabuk kat duit tu...

      Delete
    2. Milik tuan ariff 3.85 bro....bab aku yg kena backup sampai muntah darah

      Delete
  4. Kapal dah nak karam. Nakhoda dah semakin bingung, menjerit, mengungkit, mendesak dan mcm2 lagi. Dia lupa, hidup dia selama ini ditanggung rakyat dan ahli2 umno yg memilihnya. Sudahlah ditanggung, dapat derma peribadi pula dari luar. Orang luar yg menderma tu, kalau takat seratus dua atau rm950 mcm br1m, mungkin beri dgn ikhlas. Kalau 2.6B... billion... Apa yg diharap penderma dan apa yg dicagar gadai penerima derma? Sedangkan dia beri br1m pun (yg bukan satu sen duit dia sendiri) mengharap rakyat menyokong sampai tak ada malu menyorong nyorongkan pipi.

    ReplyDelete
  5. Najib ni patutnya jadi makanan anjing macam Kim Jong-un bagi makan 120 ekor anjing bapa saudara sendiri.

    ReplyDelete
  6. Kalau hantar org pergi haji pun najb nak ungkit tak payahlah hantar org pergi haji duit tu pun entah datang dari sumber mana rakyat yg beriman tak nak nsik haji percuma ini malu kan islam je semua nak free

    ReplyDelete
  7. Kalau hantar org pergi haji pun najb nak ungkit tak payahlah hantar org pergi haji duit tu pun entah datang dari sumber mana rakyat yg beriman tak nak nsik haji percuma ini malu kan islam je semua nak free

    ReplyDelete
  8. Kalau hantar org pergi haji pun najb nak ungkit tak payahlah hantar org pergi haji duit tu pun entah datang dari sumber mana rakyat yg beriman tak nak nsik haji percuma ini malu kan islam je semua nak free

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo itu sumbe halal punya kaa,iklas punya kaa..tuhan ALLAH ada terima haji itu sponser punya orang naik hj...tapisaya punya appa cakap kalu haram punya wang , itu hj punya orang dapat hj macam beruk... iyu ostard kata hj malboro...saya sekarang sendiri sedang piker....iu orang sendiri tak paya piker..

      Delete
  9. Aku rasa kes derma bilion bilion ni adalah krn Tuhan ingin membuka lg mata kita yg sudah separuh terbuka krn kes 1mdb.derma bilion bilion ini rasanya tdk dpt dsangkal lg adlh merupakan satu bentuk rasuah.Tuhan ingin membuka mata kita bahawa rasuah dlm negara kita sudah sampai ketahap ini.tahap bilion bilion n melibatkan pemimpin tertinggi negara.ia merupakan tahap kronik yg memerlukan kesedaran semua org.bahawa negara kita memerlukan penyelesaian tuntas kpd srgala permasalahan yg berlaku.ia bkn lg satu sandiwra ,mainan politik atau omong kosong.ia adalah satu bencana kpd negara.satu teguran keras dr Tuhan.satu ancaman yg tak mampu dperlekeh.bukalah mata keimanan kita lihatlah apa yg ingin dkhabarkan oleh Tuhan.apakah kita masih lg tak mampu membaca tanda tanda.ia barangkali adalah tanda keimanan kita yg semakin hilang.hari itu tanya mana duit bilion bilion 1mdb hilang.ini tanya pula mana duit derma bilion bilion hilang.tidak lama najib mungkin akan jd tuntung yg menyorokkan kepala dlm bdn krn malu kencing berdiri disiang hari dtengah org ramai pula

    ReplyDelete
  10. Byk kes rasuah pasni jdi kes derma....ni lgi satu bahana akan dtg....

    ReplyDelete
  11. Ni umno.... nak minta hangpa tolong letak tepi dulu Najib tu boleh tak? Bagi dia rehat sat.... minta ganti dengan orang hangpa juga yang dirasakan boleh pulihkan balik ekonomi Malaysia... bukan apa nilai ringgit dah teruk sangat.... ni tak kira apa dengan gst yang bukan sahaja kami bayar, malah hangpa pun kena bayar juga. Bukan suruh ganti dengan pembangkang tapi ganti dengan orang hangpa sendiri... aku tengok kalau Najib tak direhatkan ekonomi akan makin teruk.... jadi nak minta tolong hangpa ni... aku bukan suka sangat nak minta tolong dari umno.... tapi perkara ni umno je boleh ubah.... JADI MINTA TOLONG REHATKN NAJIB YE.... KALAU MAHATHIR BOLEH PULIHKAN EKONOMI... MAHATHIR PUN TAK APA, KALAU KU LI BOLEH... AMBIL JE KU LI.... SAPA2 SAHAJA.

    ReplyDelete
  12. Sebelum kes RM2.5 billion...semua tahu pemimpin2 Umno korup dan terlibat dlm rasuah yg melibatkan RM million. Tajuddin digelar RM12million man..dlll.

    Tapi dengan pendedahan Najib dpt RM2.6 billion wang rasuah...mengambarkan betapa teruknya pemimpin Umno. Itu yg didedahkan olis WSJ. Berapa Najbi rembat dari pembelian Scorpene and Sukhoi WSJ belum dpt maklumat lagi..kerana Macc tak siasat.

    ReplyDelete
  13. Nak undi UMNO/BN lagi?????

    Bertahun-tahun orang sudah cakap, ini UMNO sudah tidak relevan lagi .... kalau kisah 2.6 billion puuuunnnnnn masih lagi pakcik makcik sokong UMNO, saya rasa hancurlah Malaysia macam Greece nanti.

    ReplyDelete
  14. Sapu ajib sapu
    Sapu sampai licin
    Tipu jgn tak tipu
    Nnt beli cincin...

    ReplyDelete
  15. Semua anak akan rasa sakit hati,geram,benci apabila ayah kata "aku penat cari duit bagi kamu semua duit,orang kritik aku,korang buat tak tahu aje. Dasar tak kenang budi" Walhal anak-anak ni balik sekolah selalu nampak ayah dia main beli judi,pastu jual barang curi dengan harga tinggi menipu kat orang yang barang original, main jual skim yang korang carI ahli nnt dpt komisen. Lg byk ahli lg byk komisen. Byk ayah mcm ni kat malaysia ni. Belanja mkn besar beli brg mahal padahal keje cara xbetul. Belanja melebihi hasil kerja halal. So najib ni guna cara didikan cara guna duit..ada masalah kasi duit. Salah cara didikan pimpinan ni. Xde duit buat cara xde duit. Guna cara betul halal,ada berkatnya. Tengok macam-macam jadi ada petanda tuhan tarik keberkatan tu.

    ReplyDelete
  16. Jib tak payah buang masa melalak kesana kemari nak tutup bau taik...orang kampung semua dah tahu Jib main taik.

    ReplyDelete
  17. Encik PM, sedar diri sikit yer.. br1m tu guna duit kerajaan bukan duit kau, apa2 juga bantuan tu semua duit kerajaan bukan duit kau. Kau 1 sen pun tak keluar duit, menghabiskan duit lagi ada. Kau tau tak rakyat ni kerja tungkus lumus kena cukai itu cukai ini tambah lagi GST. Kau cuma ke hulu ke hilir terpekik terlolong modal air liur. Idea apa kau ada? Idea dari mulut kau tu semua datang dari penasihat2 tikus membaiki labu yg kau bayar guna duit rakyat berbillion billion. Rakyat menabung KWSP KWAP Tabung Haji pun kau rembat juga guna modalkan kompeni peribadi kau 1mdb tak guna tu. Sudah2lah jadi biawak hidup menyusahkan rakyat. Biawak Negara.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...