Tuesday 23 June 2015

Siapa Tenggelam Dan Siapa Bimbang?


Kewujudan sebuah parti baru yang bakal diterajui oleh kumpulan progresif Pas yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini nampaknya semakin hampir menjadi kenyataan. 

Tidak saja PasMa dengan penuh yakin mengumumkan penubuhan parti baru itu akan direalisasikan tidak lama lagi bersama beberapa NGO dan bakal menjadi pengganti kepada Pas dalam Pakatan Rakyat, bahkan kumpulan progresif itu sendiri sudah ada jenamanya sendiri yang dinamakan G18 yang sekaligus menggambarkan iltizam untuk terus mara ke hadapan dengan wadah baru dan tidak mahu lagi menoleh ke belakang bersama kenangan silam.

Kumpulan G18 ini turut mempunyai jawatankuasa penajanya yang diketuai oleh Mohamad Sabu manakala timbalannya pula ialah Salahuddin Ayub yang ditawarkan oleh Pas menduduki kerusi Ahli Jawatankuasa lantikan bersama Mahfuz Omar dan Mohd Taufek Abdul Ghani, dua hari lalu.

Maka, tidak syak lagi tawaran yang dibuat kepada Salahuddin itu ada maksudnya yang terselindung.

Dalam perkembangan yang sama, PasMa akan terus kekal sebagai NGO yang bersama-sama mendukung perjuangan Pakatan Rakyat bagi mencapai hasrat mengambil alih pentadbiran negara ini daripada BN.

Sumber yang dekat dengan kumpulan progresif juga memberitahu, parti baru itu sebenarnya sudah pun ada melalui pengambilalihan sebuah parti yang sudah lama ditubuhkan tetapi selama ini tidak aktif. Ia  hanya menunggu masa untuk diumumkan saja lagi.

Kemungkinan juga parti yang diambil alih itu akan menjalani proses pertukaran nama bagi menyesuaikannya dengan perjuangan Islam yang progresif, moden dan inklusif yang mahu dibawanya nanti.

Bagi kumpulan progresif ini, penubuhan sebuah parti baru tidak dapat dielakkan lagi berikutan Pas pro ulama sekarang lebih condong untuk mempertahankan Najib Razak serta mempunyai kecenderungan mahu bekerjasama dengan UMNO berbanding menumbangkan BN.

Beberapa kenyataan Presiden Pas, Haji Hadi Awang seperti Najib wajar terus dikekalkan sehingga habis tempohnya kerana telah dipilih melalui sistem yang sah dan "UMNO tidaklah seburuk Firaun", jelas menggambarkan pendirian berbeza parti itu ketika ini.

Demi meneruskan perjuangan menukar kerajaan BN bersama Pakatan Rakyat, kumpulan progresif tidak melihat ada pilihan lain selain mencari wadah baru, tambahan pula keseluruhan mereka sudah "disapu licin" daripada menduduki kepimpinan tertinggi Pas baru-baru ini.

Sesetengah yang lain seperti bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Rani Osman, mereka juga sudah "ditanam" ketika pemilihan di peringkat kawasan lagi.

Serentak dengan keyakinan yang membuak-buak daripada kumpulan progresif terhadap parti baru itu sehingga anak bekas Presiden Pas, Faiz Fadzil juga mengatakan jika arwah ayahnya, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor masih hidup ketika ini, pasti  beliau turut menyokong penubuhannya,  Haji Hadi Awang secara tiba-tiba mengeluarkan surat terbuka mengingatkan agar jangan sesiapa meninggalkan Pas.

Beliau seterusnya memberi ingatan bahawa berdasarkan sejarah, sudah ramai pemimpin tertingginya yang meninggalkan Pas untuk menyertai parti atau pertubuhan lain, akhirnya akan tenggelam begitu saja.

Tanpa menyebut nama atau ditujukan kepada sesiapa tetapi tentulah difahami ia ditujukan khusus kepada kumpulan progresif G18 dan PasMa, beliau juga menyeru mereka yang terbabit supaya istiqamah dalam perjuangan dengan mengambil contoh apa yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dahulu.

Soalnya, kenapa Haji Hadi berasa sangat perlu mengeluarkan surat terbuka dan mengingatkan tentang timbul dan tenggelam kepada kumpulan progresif itu?

Bukankah mereka sudah ditenggelamkan oleh kumpulan ulama dalam pemilihan baru-baru ini?

Dan mereka menubuhkan parti Islam baru yang sesuai dengan kehendak rakyat serta bersandarkan aspirasi berbilang kaum masyarakat di negara ini adalah untuk menjadikan diri mereka terus timbul dalam persada politik negara ini.

Memilih untuk timbul bersama Pakatan Rakyat adalah pilihan yang jauh lebih baik daripada tenggelam dalam mempertahankan Najib dan UMNO.

Haji Hadi juga tidak harus selama-lamanya bersandar kepada sejarah dalam menghukum sesuatu yang belum berlaku kerana sejarah sentiasa mencipta perkara-perkara yang baru dan bukannya statik mengikut acuan sebelumnya.

Mana tahu sejarah kali ini mencatitkan bahawa mereka yang meninggalkan Pas akan terus timbul dan hidup, manakala yang kekal bersamanya pula akan tenggelam.

Atau barangkali Haji Hadi memberikan ingatan itu kerana jauh di sudut hatinya sudah mula terselit rasa bimbang tentang masa depan yang suram akibat ketiadaan kumpulan progresif dalam Pas nanti? (SH 23/06/2015)

49 comments:

  1. betul. seperti aku tulis, Tak kan dah menggelupur kot ..?

    tak kan la suara jebon2 ni mereka yang kuat siku dan lutut takut sangat ..? Tak kan dah menggelupur kot ..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah menggelupur pun. Si Hadi dapat perasan impak kuat yang akan parti baru ini terhadap parti ug hadi .

      Jadi teluk Hadi dah kecut macam si hangpimana itu.

      Macam kata omputih, let the show begin !!



      Delete
    2. Asal kalah saja buat parti baru. Itu saja yg dia orang tahu. Dulu bukan main. Bai'ahlah dan mcm2. Tak habis2 nak berpecah. Tak habis2 nak bekerjasama dgn DAP.

      Dulu janji syurga. Kali ni nak janji apa pulak?

      Dah gila ker?

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Bagi geng siku dan lutut aje buat kerja parti Pas, selesai masalah, TGHA dan Mursyidul Am boleh rehat dan buat ceramah agama.

    Pasma dan G18 biar depa bergabung buat parti baru, satu lg pilihan bagi rakyat Malaysia dalam pilihanraya depan.

    ReplyDelete
  3. Suruh pengikut Pro Ulama PAS mengusung serban dan kitab untuk mengenyangkan dan menyelesaikan permasalahan rakyat. Selama ini golongan liberal yang bermati-matian membuat kerja dan membangunkan parti PAS lantas dimatikan karier mereka ini dalam Muktamar 61 yang lepas. Mari kita lihat geng kitab dan serban macam mana mereka akan berkerja selepas ini untuk membangunkan parti dan membela nasib 1 juta ahli yang akan kenyang dan sendawa dengan air serban dan air rendaman kitab dari pemimpin Ulama PAS. Ini lah masanya kita berpeluang kembali ke era 60-an di mana PAS hanya dikenali sebagai sebuah parti kampungan dan dianggotai oleh lebai-lebai kampung sahaja........Bagus juga dapat kembali ke zaman silam dan berjalan undur ke belakang di dalam dunia yang sentiasa bergerak dan berlari ke hadapan ini ye?

    ReplyDelete
  4. Kumpulan progresif ,

    Wa manyak bimbang itu labelled ,lea aa , macam mana itu tentang punya olang pangil progresif ,tatak tentang punya mundur ?. Wa manyak helan nea aa .

    Kasi tentang UMNO progresif ,tatak tentang punya mundur .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini Cina celup apani? Masih ada Cina yang berbahasa Melayu sebegini? Karut betul........

      Delete
  5. Sdr Shahbudin,

    Hakikatnya UMNO BN bijak dalam berpolitik. Pakar perang saraf UMNO BN kini berhasil menyingkirkan kelompok pimpinan dalam PAS yang paling digeruni mereka. Media massa UMNO BN tidak segan segan mempromosi kumpulan Hadi dan Team Ulama menjelang pemilihan pucuk pimpinan PAS yang telah berlalu baru baru ini. Dan hasilnya UMNO mendapat apa yang mereka mahu iaitu barisan kepimpinan yang mudah dilembutkan leher dengan janji janji bulan bintang dengan hanya memainkan isu dan sentimen hudud. Tidakkah anih dalam situasi rasuah berleluasa dan wang negara bocor entah ke mana, tiba tiba UMNO BN menjadi rindu kepada Islam dan mulai menyayangi barisan Ulama dalam PAS sedangkan selama berkuasa lebih 50 tahun, tidak pula UMNO BN menampakkan azam dan tekad mereka untuk meletakkan Islam ditempat pertama.

    Pimpinan PAS sendiri yang sering menyebut bahawa PAS tidak mungkin akan jatuh ke lubang yang sama untuk kedua kali. Tapi nampaknya apa yang disebut sebut itu memakan diri. Sedar atau tidak memang PAS sudah terjerumus ke dalam lubang yang sama untuk kedua kali kerana kurang cerdiknya pimpinan yang ada yang gagal mengawal emosi bila sentimen hudud dijadikan umpan oleh UMNO BN. PAS yang mahu perlihatkan bahawa mereka lebih Islam gagal untuk membaca niat sebenar musuh politik mereka.

    Strategi serampang tiga mata UMNO BN telah berjaya menentukan corak pimpinan mana yang mereka mahu untuk terajui PAS. Helah UMNO BN berhasil menyingkirkan kelompok barisan pimpinan progresif fslam PAS yang paling digeruni mereka. Dan dalam waktu yang sama UMÑO BN berjaya menghuruharakan komponen komponen parti dalam Pakatan Rakyat.

    Jarum saraf UMNO dalam PAS kian mendapat ruang lebih luas tanpa disedari pucuk pimpinan PAS. Jarum inilah yang mencucuk cucuk secara halus dan perlahan sehingga mendapat kepercayaan Presiden PAS dan MSU parti berkenaan. Dan hari demi hari kelibat jarum ini makin terserlah. Tidak hairanlah bila Zuhdi mula menyarankan agar PAS dan persatuan persatuan seperti ANAK harus lebih diplomasi dan bersikap lembut kepada pemerintah (UMNO BN) hinggakan ada cadangan untuk menubuhkan satu alternatif lain kepada ANAK yg telah diketahui umum amat berjasa kepada peneroka malah kepada PAS sendiri. Jarum inilah juga yang telah meracuni dan menusuk kelompok Ulama dalam PAS agar memusuhi dan mencurigai kelompok pimpinan progresif atau profesional.

    Kemenangan Hadi dan Team Ulama dlm pemilihan parti PAS yang lalu amat dirai musuh politik mereka malah mendapat pujian pertubuhan mesra UMNO BN seperti PERKASA. Tidakkah ini situasi yang cukup pelik dan anih. Tahniah buat UMNO BN yang berjaya mencorakkan hala tuju parti PAS yang pastinya selepas ini lebih mudah untuk dikendalikan berbanding sebelumnya ketika ramai kelompok progresif berada dalam saf kepimpinan pusat PAS.

    Inilah padahnya bila Pak Serban dan Pak Lebai merasa terlalu bijak dalam semua perkara hinggakan siku dan lutut pun boleh diguna untuk mencorak masa depan PAS.


    ReplyDelete
    Replies
    1. But, what Umno wants and which Umno gets currently as far as Pas is concerned has led to a situation where "senjata makan tuan". Pas without the progressives are useless to Umno leaders who want nothing but havoc for Pas and hence Pakatan Rakyat due to the continuing friction between ustaz group and the progressives. (They love to point out to Malaysians that the country would never be at peace when Pakatan takes over the federal government due to the conflict taking place within Pakatan - which to objective observers is pretty much the fault of their proxy i.e. ustaz group leaders and followers.) Syabas Mat Sabu and Co.! May Allah swt bless all of you on the path you have taken... It should have been taken years ago when Kedah was under Azizan... But, better late than never.

      Delete
  6. sesungguhnya ALLAH SWT telah mencampak kedalam hati tuang haji hadi dan geng UGnya perasaan takut,gelisah,gundah gulana,keluh kesah dan berbagai lagi dek kerana mulut yang ada didalamnya sekeping lidah yang tidak 'BERTULANG' biarlah dia,ulama dan penyokong yang wala' terjun dengan serban dan jubah2nya.aku bukan daripada sebahagian dari mereka2 ini.kita tunggu selepas aidilfitri........!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed! And to think that for some years now until recent days, it was the rest of us who had to feel that way due to the various unreasonable remarks and acts coming from Hadi and the geng. Hence, it is time for Hadi and the geng to have the table to be turned against them for once. And, one more thing, Hadi in recent days has argued that Mat Sabu and Co. shall only go to oblivion once they leave Pas behind. This is based upon what happened before with Hamim, Berjasa, etc. Though it is true that elements of the past are always around in the present and future of whatever one is talking about, the present and the future are never exactly like the past. And, with the right intention plus the internet and social media networks, Mat Sabu and Co. insyaAllah shall make all the difference in the nation's political landscape in the coming years. Pas of the present shall instead go back to its past with hardly anyone finding them to be of any relevance anymore.

      Delete
    2. haiya...

      lu ata masuk itu bakui...

      belakang lu kasi angkat senili ka?

      Delete
  7. apa pun kolompok baru nak di tubuhkan kalau bukan perintah dari Allah
    diutamakan tidak ada maknanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah Allah beritahu dan perintah tahun ni WAJIB laksana hudud walau tak.kira apa pun berlaku?. Adakah Allah perintah tawan Putrajaya tak penting asalkan hudud boleh dijalankan?. Adakah hanya kerana ada keperluan menangguh hudud itu adalah satu dosa besar dan pasti dihumban ke neraka?. Adakah hanya kerana tubuhkan parti slternatif lain selain PAS itu hukumnya haram di sisi Allah walau pun hasratnya murni dan lebih diyakini berkesan dari apa yg mam pu PAS lakukan?

      Delete
    2. Tak payahlah dok perasan hanya PAS saja parti yang diperintah dan dikehendaki Allah. Geli aku dengan orang jenis perasan hanya dia Allah kehendaki. Kalau harap serban saja besar tapi akal kontot nak berpolitik, sampai kiamat pun belum tentu menang. Politik guna akal bukan guna emosi dan sentimen. Bila emosi dan sentimen mendahului akal, senanglah musuh nak mencatur arah. PAS lebih baik tukar jadi badan dan gerakan dakwah spt tabligh saja. Itu lbh sesuai krn bagi PAS..mrenang Putrajaya tak penting. Pertaruh deposit masuk election, kemudian cakap kemenangan tak penting. Gila babi ke apa orang yg bercakap begini?

      Delete
    3. Haha..we were cheated islamically..lmfao..

      Delete
  8. Saja sokong 100% kenyatann TGHH , beristiqamah dalam parti. Dulu menang tak keluar cerita2 yang bukan2. Bila kalah macam2 keluar. Fahamilah pengundi2 tidak memilih kerana mereka boleh agak inilah perangai yang kononnya bergelar professional.

    Kena ingat perwakilan bukan macam UMNO yang ada kepentingan. Mereka semuanya professional dalam pemilihan. Yang tidak profissional ialah yang kononnya bergelar golongan professional yang tak boleh terima kekalahan. Sebab itu lah Mat Sabu hanya berapa kali menang itupun di Kelantan. Fikir fikir lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Ghazali, kenapa perlu istiqamah kepada wadah yang diragui keberkatannya. Apakah menfitnah, memungkiri janji, hipokrit bila berjemaah dan keinginan menyertai golongan yg diketahui umum sebagai perasuah serta tidak amanah menjaga harta rakyat sebagai istiqamah. Nampaknya saudara melihat dunia menggunakan siku dan lutut. Inilah tarbiah golongan UG yg kononnya ingin mencari keredaan tuhan tapi hati penuh dengan hasrat untuk mencari laba dunia.

      Delete
    2. istiqamah laaa sangat.....pemilihan pun lebih kotor dari UMNO...siap ada senarai cai lagi....pemilihan apa itu???

      Emm...lepas ni kita tengok sapa yang tenggelam...kelantan pun belum tentu dapat...semua keluarga aku tak akan undi PAS di kelantan lagih...adios PAS...PAS for Siku Lutut

      Delete
    3. eleh...

      kalu geng kunun progresif ari tu menang tak timbul pun pemilihan lebih kotor dari amno...

      tak timbul pun wadah diragui keberkatan...

      ini semua stail dee eh pee nih...

      bila menang lihat lah dunia akulah yang terbaik...

      bila kalah semua orang tak betul kecuali aku...

      pee rah!

      progresif kunun...

      Delete
  9. Yang dikejar belum tentu dapat, yang dikendong dah berciciran. Kerana menagih janji tak pasti musuh, sahabat dan kawan yg membantu selama ini sanggup dibuang. Baru guruh berdentum dilangit, entah hujan entah tidak, air dalam tempayan dah habis dicurahkan. Umpamanya anjing dengan bebayang di air, tulang dimulut tenggelam hilang.
    Cerdik dan pandainya Ulama PAS.

    NO MORE PAS FOR ALL. NOW PAS ONLY FOR SERBAN AND LEBAI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesungguh hidayah pemberian Allah....kita yang ingin pemberian perlu istiqfar...inshallah kamu akan perolehi...Allah maha Alrahman dan Alrahim.....bertapa indahnya bila hidup dalam keimanan.....jangan siakan

      Delete
    2. Haha..dah dapat apa yg didambakan..boleh la cakap Allah itu baik dan kepalabutuh bagai..lanciow la melayu..

      Delete
  10. Hina lah org atau parti seberapa byk yg korg mau.. apa, ulama pun hina n membaruakan org??? Cerca lah ulama itu dan buat repot polis!! TETAPI xperlu jaja cerita tambahan dgn menghina sunnah RASUL spt serban dan usung kitab!! Siapa yg buat komen mghina sunnah RASULULLAH S.AW., smoga ALLAH mengampuninya walaupun sudah d tegaskan dlm byk dalil quran hadis ttg azab yg d terima golongan yg mnghina sunnah rasul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudia mai..akai cai dok di siku..petik saja nama nabi dan Allah.. sumer dia nak monopoli. Tangkap saja Allah dan kurung dalam rumah. Sudah tentu Allah bersama engkau..

      Cai dpt tangkap Allah, mmg berani pelik..

      Delete
  11. Cetek akal perjuangan ! ISLAM itu HEBAT.

    ReplyDelete
  12. Cetek akal perjuangan ! ISLAM itu HEBAT.

    ReplyDelete
  13. Cetek akal perjuangan ! ISLAM itu HEBAT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya si munafik yang sedang perhebatkan untuk menjahanamkan agama Allah ini......''Allahhumma izza islam wal muslimin''

      Delete
  14. TGHH baru tersadar dari mimpi, siapa yang mengerakan DHPP dulu, siapa penceramah yang boleh memenuhkan uncang jidah dalam setiap ceramah.....Pas boleh menuju ke arah lebih extreme macam yang berlaku di timur tengah sekarang, kalau pun tak seperti IS bila ditadbir oleh satu kelompok saja. Ini disebabkan ahli yang memberi pandangan berbeza walaupun baik dikira sebangai musuh/ penentang...Apakah Pas telah terlalu tua sebab semacam nyanyuk apabila berumur 61 tahun?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila nyawa di pehujung halkum maka iblis perhebat peranannya untuk menyesat manusia.....serupa macam pas, apabila siratulrahim telah musnah maka puak puak munafik akan perhebatkan untuk memusnahkan agama ALLAH....walaupun kamu dari warisan ulul.........'' iman tak dapat warisi dari bapa yang bertakwa''

      Delete
  15. Haji Hadi sebenarnya merestui tindakan kelompok penyokongnya melebelkan org itu dan org ini dgn pelbagai gelaran. Ini terbukti apabila dia sendiri membaruakan 2 ADUN di Selangor dan senyap menikus apabila pelbagai gelaran buruk disebarkan dilaman sosial terhadap org yg membangunkan parti atas alasan durhaka perjuangan atau bughah politik.Puak mat serban gagal mengenalpasti antara keperluan dan kemahuan. Hadi seorang sarjana siasah politik Islam takan tdk dpt membaca peristiwa Saiddina Ali menangguhkan hudud terhadap desakan kerabat bani Umaiyyah bersabit pembunuhan Khalifah Uthman. Desakan sedemikian lah punca perpecahan umat Islam membawa kpd beberapa siri perang saudara yg memakan korban yg besar dikalangan muslim.Bagi Ali keamanan lebih utama ketika itu dr menjalankan hudud terhadap pembunuh Khalifah Uthman. Sekarang Hadi baru bersuara apabila kumpulan yg dibenci dan memang dibencipun ingin mencari wadah baru. Dulu kenapa tak bersuara menghalang konspirasi.menyapu dan membuang semua kumpulan prolib dlm parti. Kata PAS hanya meneriman ahli bermazhab ASWJ sahaja, tp yg pergi julang dan guna struktur politik Syiah melalui proksi MSU apa halnya. Ingat, Haji Hadi kini menjadi cemuhan ahli dan penyokong PAS atas sifat kejahilan politik bukan atas kapasiti ulamak. Nampaknya Haji Hadi terkena penyakit yg pernah hinggap seniman P Ramlee, masa muda dijulang bukan main; kini masa tua penolakan terhadap idaea dan gagasannya sudah ketara.

    ReplyDelete
  16. Problem with the so called ulamak? They truly believe themselves as 'ulamaks', well versed in everything and Syurga bound. In fact as far as religious knowledge concern is no where near the level of the so called prolib. Even the highly regarded Azli Taliban did not know arabic, he said Khola instead of qola for "kata". just listen to his video. And still you want to regard them as ulamak? Well, not for me..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow!!!could differentiate bet kho and q ,well salute you....nyamok diseberang laut Nampak,gajah depam mata blurr...probably azli tu lidah melayu....bak kata singh jaga dlm filem seniman bujang lapok '' apa la lu orang melayu..lu punya rezeki lu makan, dia punya rezeki dia makan.....lu orang makan samaa''......do you regards imam ghazali as ulamak?..

      Delete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Pas akan disisihkan olih golongan muda. Pas akan kembali pada asal hanya bercakap atas nada ugama. Slogan pas for all berjaya kerana golongan progressive dln pas

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenalilah si munafik......sesungguhnya simunafik menjadi kayu pembakar si kafir..................siksaan Allah itu amat pedih..astaqfirullah.

      Delete
    2. Bila agama dipolitikkan. Bila agama digunakan untuk kepentingan diri sendiri maka inilah yang jadi.

      Cerminlah diri sendiri. Nabi pun tak suruh umat dia buat sampai jadi begini. Lebih baik pergi cari kayu api daripada meminta minta begini.

      Delete
  21. edisi bongkar ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

    ReplyDelete
  22. Hadi Awang ternyata bukan calon yg tepat untuk memimpin sebuah parti siasah atau politik melainkan PAS beranggapan mereka adalah sebuah pertubuhan atau gerakan dakwah Islamiah. Bila pemimpin PAS sendiri menyatakan bahawa matlamat memenangi Putrajaya tidak penting, cukup jelas menunjukkan arah tuju dan matlamat PAS bukanlah memenangi pilihanraya. Sikap pimpinan PAS kebelakangan ini khususnya Presiden dan MSU parti berkenaan yang sering flip flop dan lambat membuat keputusan keatas sesuatu perkara penting membayangkan lagi bahawa pimpinan PAS hari ini bukanlah golongan yang bijak berstrategi sesuai dgn real politik semasa. Kebanyakan pimpinan ketika lebih layak menerajui badan dakwah atau berkait hal2 yg lebih berunsur keagamaan. Sikap jumud amat ketara sekali dikalangan mereka dan jika ini terus dikekalkan, PAS akan keksl sebagsi sebuah parti yang statik dan sekadar mencukupkan kuota musim pilihanraya.

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  25. ALHAMDULILLAH RAMADHAN INI PENUH BERKAH

    Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu halimah seorang TKI DI Bruney pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet, mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran toto magnum angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor 085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...