Wednesday 24 June 2015

Pakatan Rakyat Baru Direstui Anwar?


Perkembangan terkini dalam blok pembangkang menunjukkan bukan saja sebuah parti Islam baru bakal wujud tidak lagi, bahkan juga akan disusuli dengan penyusunan semula Pakatan Rakyat yang benar-benar beraspirasi mahu menggantikan BN mentadbir negara ini.

Setelah kumpulan progresif Pas yang menggelarkan diri mereka G18 mengadakan beberapa pertemuan, seorang daripada anggotanya, Khalid Samad hari ini mengesahkan mengenai penubuhan sebuah parti Islam baru itu.

Katanya, parti baru itu berkonsepkan untuk semua tanpa mengira kepercayaan dengan teras perjuangannya ialah untuk memerangi rasuah dan menegakkan keadilan kepada rakyat.

Sebelum ini beberapa pemimpin progresif Pas seperti Mohamad Sabu, Nizar Jamaluddin dan lain-lain turut membayangkan perkara yang sama yang sekaligus menunjukkan mereka ini sudah tawar hati dengan trend perjuangan yang dibawa oleh Pas pro ulama sekarang.

Pada malam semalam juga, kumpulan G18 ini turut mengadakan pertemuan dengan pimpinan utama PKR dan DAP di kediaman bekas Setiausaha Agung Pas, Kamaruddin Jaafar yang dipercayai sebagai tanda-tanda awal kepada penyusunan semua Pakatan Rakyat yang dalam keadaan tidak menentu ketika ini.

Antara pemimpin PKR yang hadir dalam pertemuan itu ialah Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tian Chua, Johari Abdul, Saifuddin Nasution dan Shamsul Iskandar manakala daripada DAP pula ialah Lim Kit Siang, Teresa Kok, Liew Chin Tong dan beberapa yang lain.

Dengan adanya pertemuan tersebut serta kehadiran pemimpin utama PKR dan DAP, kebarangkalian paling nyata ialah bukan saja penubuhan sebuah parti Islam baru akan menjadi kenyataan tidak lama lagi tetapi juga penyusunan semua Pakatan Rakyat yang lebih mantap dan kuat.

Adalah dijangkakan sebaik saja parti baru itu disahkan penubuhannya, ia akan terus memohon menyertai Pakatan Rakyat atau PKR dan DAP sendiri yang akan mencadangkan kemasukannya ke dalam gabungan pembangkang.

Ia akhirnya terserah kepada Pas sama ada mahu terus kekal bersama Pakatan Rakyat atau secara sukarela "mencari selipar dan berlaku pergi" meninggalkan gabungan itu.

Jika Pas mahu terus kekal, bermakna Pakatan Rakyat baru ini akan dianggotai oleh empat parti, tetapi kiranya Pas memilih untuk mengundurkan diri ia akan kekal dianggotai oleh tiga parti.

Pertemuan kumpulan G18 dengan pimpinan PKR dan DAP ini diadakan hanya beberapa jam selepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan daripada Penjara Sungai Buloh yang melahirkan keyakinan bahawa gabungan pembangkang akan menjadi lebih kuat setelah melalui penyusunan semulanya.

Sambil menegaskan bahawa Pakatan Rakyat masih berfungsi sama ada di peringkat negeri mahupun Parlimen, Anwar berkata, barisan pembangkang selepas disusun semula dengan kekuatan baru, termasuk sokongan NGO-NGO, akan muncul lebih kuat dan bersatu selepas ini.

Beserta ikrar tidak akan meninggalkan perjuangan ini selagi nyawa dikandung badan, Anwar ternyata tidak sekadar membaca buku dan mengaji Al Quran saja ketika mendekap di penjara.

Sepertimana jangkaan banyak pihak sebelum ini, kehidupan di penjara tanpa tekanan dan gangguan akan membuatkan Anwar lebih bebas berfikir dan merangka strategi yang lebih baik untuk kepentingan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Serentak dengan itu, tidak disangsikan lagi bahawa penubuhan parti Islam baru dan penyusunan semula Pakatan Rakyat yang sedang direncanakan ini adalah dalam pengetahuan dan restu Anwar sepenuhnya.

Di luar atau dari dalam penjara, Anwar nampaknya sentiasa ada untuk politik Malaysia. (SH 24/06/2015)

56 comments:

  1. Pubuhan parti islam baru adalah satu rancangan yg baik.....alternatif kepada PAS. PAS gemilang ketika Allahyarham Ustad Fadzil dan TGNA ...tak kan dapat lagi era tu....selagi peminpin yg ada sekarang mengunakan ugama sebagai flatform berpolitik sepenuhnya....agak susah hendak menawan hati golongan muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nape!!.........orang mude tak suka agama ke?...tengok ceramah ustaz azahar , ramai kaming kaming dengar keee

      Delete
    2. buat buat tak faham ni kan...alehh tak caya tunggu lah PRU 14 hermmm maleh nak cakap banyak

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    5. Ustad Azhar tak banyak berceramah bab politik....tapi umum..

      Delete
    6. yo laaa.....bab umum......jimok,junub.jimok junub

      Delete
  2. Selagi zuhdi dan din ayam ada dlm pas...pas akan terus gemilang dgn dibantu pakar pencakar rimau abduh....ayuh pas...kita kuat bila berseorangan....ramai ahli akar umbi akan undi pas shj lepas ni....pas takkan bertanding jika umno ada di kwasan itu...yaaaaa...aku sokong pas zuhdi....hahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolih ke menang kalau harap undi ahli aje......hmmmmm

      Delete
    2. Lawak siku dan lutut :-))

      Delete
  3. sampai bila yang mengaku muslim akan mempunyai hasad dengki hingga sanggup memutus sirahtulrahim. ......dsi dan tghh ada sejarah tersembunyi, masakan tghh berpatah aral...dsi tentu merestui sesuatu yg mendatangkan political mailage pada nya......politik melayu dengan kepundekirannya........apadaaaaaa melayu!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai buat taik..pandai mengungkit2 pulak.. lanchiow la..

      Delete
    2. Pas for all hancur....Pas makin tersisih daro mayarakat malaysia amnya

      Delete
    3. Hoi ..ayam pun ada satu pati sajalah. Bikin malu saja. Asal kalah saja buka parti baru.

      Gila punya manusia. Lebih baik buka parti pisau tumpul.

      Delete
    4. pati ayam Brands...

      Delete
    5. kau teruskan lah MEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI. Silap haribulan satu hari kau dibarua, ditolol dan dijebonkan mereka

      Delete
  4. Anwar Ibrahim adalah anugerah Allah SWT untuk rakyat Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. alooooo! puak pas anwarists.....masuk parti anuar saja lah kalau dah berpaksi ideology anuar, takuk tak dapat kursi kee

      Delete
    2. Ni satu lagi biul....serban ketat sangat ke woiii! Orang nak tubuhkasn parti Islam yang baru kau suruh orang masuk parti Anwar pulak. Saheh penjilat bontot Hadi ni...tak pun anak murid Hassan Ali....mudah bebeno menggelar orang anwarist la.......

      Delete
    3. Deiiii..berapa byk parti islam daaa. Islam tu satu saja. Para nabi pun tak tubuh parti. Buruk punya kepala. Tak tau malu ker guna agama untuk kepentingan sendiri.

      Delete
    4. Lebih banyak lagi bagus.....biar parti buat kerja masing2 ....rskyat punyai pilihan... Pilih yg terbaik.parti misti mempunyai pemimpin yg bercharisma.

      Delete
    5. Hoi buka rumah urutlah
      Pilihan terbaik untuk parti kau orang

      Delete
  5. Parti baru akan jadi boneka sahaja. Porahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu semasa pkr ditubuhkan pun anggapan begitu tak bertahan lama...tapi sebaliknya bertambah kuat. Rakyat gen Y malaysia sekarang dah matang berpolitik tahu bezakan antara benar dan salah dan nenolak politik rasuah sepenuhnya.

      Delete
    2. In sya Allah tak jadi boneka kut sebab anggota G18 tu orang bijak-bijak belaka dan boleh berfikir dengan rasional. Lagi pun kita bukannya boleh meramal ketentuan Allah.

      Borang keahlian dah keluar ke...bawak 10 untuk saya dan keluarga.

      Delete
    3. Mana nak tahu kalau2 Mat Sabu jadi Perdana Menteri

      Delete
    4. Baru syok. Boleh raba semua muslimah

      Delete
  6. Lawan tetap lawan. ABU!

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. salam anon 0008 ,sori gwa tak tahu lu takleh makan cili,gwa nak Tanya sikit jeee.... sikitjee tau...g18 tu hapa...bukan kah meka meka tu nak gabung ngan ngo ngok membentuk parti islam baru.....dah cukup dana ke....nak suruh dap,pkr sponser...turki,iran bagi duit,kutip dari ahli,...Tanya zaid Ibrahim.....no money no road man..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politik bukan setekat duit sahaja.....tu style umno, pkr......tapi bergantung kepada kesedaran rakyat....kalau policy nya bagus dan pemimpin nya berjiwa rakyat....nescaya rakyat akan terpayut...tanpa apa imbuhan

      Delete
    2. Alhamdulillah.....jika itu nawaitunya maka kumpulan g18 tidak perlu menubuhkan parti baru,cuma memperkasa halatuju......jadilah dedalu.....raayat bukan buta....kecuali macik pacik felda umno totok.....kena tipu pun masih tersengih macam kerang busok

      Delete
    3. Lebih mulia jadi kerang busok daripada menjuburi bontot orang

      Delete
    4. Menjubur bontot monggolia doll boleh pula.

      Delete
    5. Mana boleh. Haram tetap haram. Salah tetap salah. Terlepas di dunia di akhirat kena juga.

      Delete
  9. Kita rakyat Malaysia sepatutnya dalam abad ke21 ini bijak dalam berpolitik.

    Kita umat Islam sepatutnya ikut mesej Quran. Senang dan mudah. Kalau satu puak terang-terang tidak amanah dalam perjuangan jangan kita terima lagi mereka itu.

    Nabi Muhammad bijak dalam hubungan diplomatik dengan bukan Islam. Tapi PAS ..... sudahlah. Serban, janggut tebal, janggut nipis... nampaknya sudah ada ciri-ciri tidak amanah, berkata-kata tidak sepatutnya sebagai "ulamak". Buat perkara yang mudah menguntungkan pihak musuh.

    Jelas sudah PAS selama ini tidak mampu berjuang ikut Quran. Tidak payah nak cakap negara Islam. Bagaimana nak tegak negara Islam, kalau pimpinan tidak tahu, tidak pandai berurusan dengan bukan Islam.

    Usah mimpi syurga, bidadari, mati syahid fsb. Lihatlah telatah pihak Taliban, Boko Haram, ISIS semua mereka ini sebenarnya lari dari Quran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedare, mengaku islam.....dah berapa banyak istiqfar dan tobat tuan telah lakukan?

      Delete
    2. PAS towards TALIBAN. YB siku and lutut is the right person to lead PAS as a future president. GO TALIBAN GO! Today just siku and lutut. But in futures...C4, Car Bomb, Suicide bombers etc. Nothing imposible for that kind of hot-tempered person, one feature of a Taliban leader.

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  10. Kumpulan profesional ni hanya syok sendiri sesama mereka. Tak dapat terima kekalahan. Dorang ingat perwakilan bodoh2 ke. Kalau tak puas hati muktamar akan datang lawan lagi. Rakyat bawahan amat2 payah nak terima parti baru yg tak ada aura. Kalau masuk pilihanraya mau bungkus ma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg kau sibuki apahal??? Lantak dia orang lahhhh nktuboh parti baru!!! Duit dia orang. Samada rakyat terima atau tidak apahal nak sibut. Dengki ke??? Takut ke orang sokong mereka dan bukan Pas???

      Kamu org kuat Hadi..concentrate shjlah untuk memperkukuhkan Pas...peduli apa orang lain...kau pi lah 'wala' ngan hadi tu smpai akhirat...

      Delete
    2. saudara. dah fikir abis apa yang ingin di perkatakan atau ada lagi.....sebab saya malas nak komen....apo yang sedaro kato tu BONAR BELAKO.......ketuo muslimat dari n9? x payah....baik ganyang iso somat yg perabih harto macik-pacik anak yatim felda

      Delete
    3. anon 1648 , yg kau emo sgt apa hal.....period ke? lantak dia nak komen laa....ada gigit endok kau ke?

      Delete
  11. Parti baru akan ikut telunjuk pkr dan dap. Porahhh pegi jahanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..yang hang meroyan fasal apa??? Tk terlibat dan tak kena mengena dgn Pas langsong. Soh orang pi jahanam, nanti orang doakan kau pi jahanam, baru tahu. Ini bulan Ramadhan ni. Doa laknat selalunya berbalik kepada siPelaknat. Sebiji macam ulamak Pas, menjahankam orang kerja dia...lain tak de...

      Delete
    2. bravo...kudos, you all have been stupidised by your foe.....the munafikun and the khafirun due to ego and arrogant.......split you are,greed will be...darkness at end of tunnel....have a troubled journey till the end of days..

      Delete
  12. G18 dah mula meroyan kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg di royankan....itu rustu dari dewa anwarista ka

      Delete
    2. kalau ada species tu memang tak aman......tengok mic, umno,la ni berjangkit kat???????

      Delete
  13. Nampak sangat PAS mahukan hanya Tok, Pak dan Bang Lebai saja menjadi saf kepimpinan mereka. Biarkanlah....

    Justeru, tidak berfaedah mereka yg digelar progresif dan profesional yg telah bulat2 disingkirkan di muktamar itu masih mahu berjuang dalam PAS. They can do nothing in PAS now. Jika mereka masih terus bersama PAS mereka bukan saja sprt melukut di tepi gantang bahkan sudah jadi sampah terbuang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju. Quran ajak ke arah budaya berfikir, berilmu dalam segala bentuk kehidupan samada politik, ekonomi, sains, teknologi dll.

      Kalau Tok, Pak dan Bang Lebai, mereka pandang Quran hanya sebagai hafazan, baca surah pendik panjang dalam solat, doa ketika ceramah kutuk sana kutuk sini, bahlul sana bahlul sini, kufur sana kufur sini, masuk neraka dan yang sewaktu dengannya.

      Tapi mereka lemah sangat dalam strategik sains politik. Quran bukan bawa budaya keimaman (preisthood), tapi budaya saintis dan profesional. Lihat kemajuan saintis Islam zaman dulu contoh Al-Khawrizmi (Algorithm), Al-Jabbar (Algebra), Ibnu Khaldun (Ekonomiks).

      Lihat kononnya "pejuang Islam" zaman ini. Bila sudah tidak profesional dalam perjuangan, mulalah budaya pengecut iaitu budaya bom sana bom sini tidak kita orang tua, kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa.

      Nampaknya budaya "ektremis orang Islam" ini sudah ikut-ikut budaya ekstremis orang Kristian zaman dulu.

      Orang lain nak maju sampai angkasa, mereka-mereka ini nak balik ke zaman pedang dulu.



      Delete
    2. salam sedara bedua. tak payah nak beretorik cerita keagungan islam.....iman tak dapat diwarisi dari bapa yang bertakwa....gwa bagi lu assignment to solve this problem...bagaimana hasil zakat ,baitulmal dan wakaf diagihkan di msia kepada yg berhak......STOP CORRUPTION.

      Delete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. ala..umno berkubur pas berkubur pun malaysia sebenarnya akan jd lebih baih sebab manusia-manusia yg menjahanamkan negara akan berkurangan..RIP UMNO dan PAS

    ReplyDelete
  16. saya AHMAD SANI posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan





    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...