Monday 29 June 2015

Giliran Muhyiddin Tidur Tak Lena


Walaupun Perdana Menteri, Najib Razak masih dibelenggu dengan isu 1MDB yang nyata telah menghakis sokongan rakyat terhadapnya, tindakannya lebih awal mengumumkan penangguhan pemilihan UMNO 2016 selama 18 bulan sekurang-kurangnya dapat membuatkannya tidur dengan lebih lena selepas ini.

Dengan menangguhkan tarikh pemilihan itu yang didakwa mendapat sokongan akar umbi, Najib secara tersiratnya memberi isyarat bahawa tidak ada sebab beliau harus berundur atau mengalah kepada tekanan yang mahukannya meletakkan jawatan.

Tidurnya bersama Rosmah Mansor pasti lebih lena sambil dibuai mimpi indah yang mengasyikkan.

Berkenaan isu 1MDB, selain masih menunggu laporan audit dan hasil pendengaran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, beberapa perkara yang berlaku kebelakangan ini juga membuatkan Najib mempunyai helah untuk mengelirukan rakyat berkaitan syarikat pelaburan yang bermasalah dan sarat dengan hutang itu.

Penangkapan Xavier Justo di Thailand atas dakwaan menjual maklumat dan email yang sudah diuli berkenaan urusniaga 1MDB dengan PetroSaudi telah dijadikan senjata paling ampuh untuk mengelirukan rakyat seolah-olah semua keburukan berkaitan syarikat pelaburan itu, termasuk yang ditimbulkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, tiada asasnya lagi.

Hakikatnya, kaitan penangkapan Justo hanyalah berkaitan urusniaga dengan PetroSaudi saja, itu pun belum dapat dipastikan sejauh mana berubahnya maklumat yang sudah diuli itu memandangkan siasatan masih dijalankan, tetapi ia tidak mengubah sama sekali hutangnya berjumlah RM42 bilion, pembelian IPP dengan harga tinggi, bayaran faedah antara RM2.4 hingga RM2.7 bilion setahun dan sebagainya lagi.

Namun, isu penangkapan itu telah juga diuli untuk lebih menyucikan Najib berbanding keadaansebenar syarikat pelaburan itu yang umpama "bala" kepada rakyat negara ini.

Mengambil kesempatan daripada penangkapan Justo juga, Najib cuba mencantikkan lagi nama 1MDB dengan menggunakan hujah sumbangannya kepada pembangunan masjid Kampung Baru berjumlah RM20 juta kononnya syarikat itu turut memainkan peranan kepada pembangunan Islam di negara ini.

Selain sumbangan RM20 juta itu terlalu kecil berbanding hutangnya RM42 bilion, fakta yang cuba diketepikan ialah apa saja konteks pembangunan dan peningkatan syiar Islam memang menjadi tanggungjawab kerajaan tiada kira sama ada wujud 1MDB atau sebaliknya.

Selama ini beratus masjid dan surau dibina atau dibaik pulih walaupun sebelum wujudnya 1MDB lagi.

Ternampak di sini bahawa usaha mengelirukan rakyat agar menerima 1MDB sebagai sesuatu yang baik sedang dan akan terus diusahakan, manakala fakta-fakta kebenaran mengenainya akan cuba  diselubungkan.

Kejayaan mengumpul sokongan daripada pimpinan UMNO bahagian-bahagian dan kemudian menangguhkan pemilihan UMNO selama 18 bulan dan membiarkan rakyat dalam kekeliruan, sambil tidur dengan lena, Najib kini boleh memberi tumpuan khusus kepada pilihanraya umum ke 14 akan datang.

Kecuali Tun Mahathir mempunyai senjata lain yang lebih tajam, Najib dengan ini agak selesa untuk bertahan sekurang-kurangnya sehingga tarikh pilihanraya akan datang diumumkan.

Sebaliknya, yang mungkin sering terganggu dan tidur tidak lena sekarang ialah Muhyiddin Yassin yang sebenarnya sudah terlepas peluang untuk mengambil alih tempat Najib berikutan sikap terlalu berhati-hati dan tidak cukup beraninya selama ini.

Bersama serangan Tun Mahathir terhadap Najib, momentum sebenar bagi Muhyiddin untuk menyingkirkan Najib ialah sebaik tersebarnya video ucapannya di Janda Baik beberapa bulan lalu.

Ketika itu, selain UMNO agak berbelah bagi berkenaan penyelesaian kerajaan terhadap 1MDB, rakyat juga amat mengharapkan ada sesuatu yang drastik dapat dilakukan oleh Muhyiddin.

Tetapi oleh kerana peluang untuk bertindak dan melangkah lebih berani itu telah dilepaskan begitu saja, momentum untuk Muhyiddin sebenarnya telah pun berakhir sekarang ini.

Pengumuman Najib menangguhkan pemilihan sehingga selepas pilihanraya umum membuatkan Muhyiddin dan anggota kabinet lain yang selama ini kritikal mengenai 1MDB tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa akur kepada apa saja langkah Najib sehinggalah tarikh pilihanraya umum nanti.

Najib juga pastinya akan menggunakan pilihanraya umum nanti untuk memilih penyokong dan mereka yang setia kepada saja sebagai calon pilihanraya bagi memudahkan menghadapi pemilihan UMNO selepas itu.

Muhyiddin pula, sementara tidurnya tidak berapa lena ketika ini, harapannya hanya akan bersinar semula jika keputusan pilihanraya ke 14 nanti jauh lebih buruk daripada kemenangan 133 dalam pilihanraya 2013 lalu.

Mungkin beliau perlu banyak berdoa agar kemenangan tipis dengan perbezaan satu atau dua kerusi saja yang mampu dicapai BN dalam pilihanraya ke 14 akan datang ini.

Ini kerana jika BN kecundang kepada Pakatan Rakyat pula, hanya kerusi Presiden UMNO tanpa jawatan Perdana Menteri yang tinggal untuknya. (SH 296/2015)

20 comments:

  1. Kalau masih banyak lagi taik telinga dalam telinga pakcik-makcik, abang-adik di kampung-kampung dan di mana sahaja buat tak tahu saja kerja Najib dan tipu daya Najib, maka akhirnya Malaysia ini akan menuju kehancuran macam Greece sekarang ini.

    Saya nak salahkan Najib buat apa??? Yang peliknya masih lagi ada yang terhegeh-hegeh undi Najib/UMNO/BN walaupun empunya diri kais pagi makan pagi kais petang makan petang dan hadapi GS.

    Apalah nasibnya begitu canggih kebodohan mana-mana umat Melayu yang masih lagi meng...iaaaa...kan kerakusan pimpinan Melayu Bugis ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku setuju.... untuk macik pacik felda dan sukusakatnya, masih kau ingat nama ini..MAZLAN ALIMAN.. unsung hero, pembela peneroka felda... pru13 di cemuh malah dihalau oleh peneroka dari berkempen dikawasan felda...jenetik kebodohan umat melayu memang tak dapat di hakis....wasallam dan selamat bertaubat..

      Delete
    2. dah mmg negeli pasiur berdegung 1malaya nie bakal tergolek dog; dan kita bakal menanggung utang yg ditinggalkan oleh malaun2 tu semua!! korang tengok la nnti!!!

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Penulis batu api. Dalam bulan puasa pun sanggup melaga-lagakan sesama pemimpin Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Time, TV3, media-media ni menulis setiap hari 24-7, beritanya disiar 5-6 kali sehari. Tiada langsung fitnah apalagi bersifat batu api. Kehkehkeh

      Delete
    2. Artikel yang tak konstruktif yang memang terang2 nampak nak memporak-perandakan sesama pemimpin. Eloklah Tuan Shahbudin daripada memikirkan untuk menanam niat yang sinister kepada tatapan pembaca blognya, apa kata jika beriktikaf di masjid, solat, berzikir, bertadarus serta muhasabah kelemahan diri kita sebagai hamba Nya.

      Delete
    3. akhirulzaman.....fitnah ibarat sambal belacan,adu domba ibarat ulam,khianat ibarat ikan bakar........ingredient pembuka selera makanan melayu.........no lock horn no storey man.....pada pendapat orng tua ni bukan mudin yag tak senang tidoq tapi nua and madet.......najib baling satu teloq kena dua burun.....hang pandai laa cgu bard,..tak sia sia sama n9.....biaq depq tau hang sapa.....terutama nurizzah

      Delete
    4. eeeeeee kata shah ini nala punya batu ronson

      Delete
  3. marila sama-sama kita mengundi dap..semoga melayu akan lebih makmur dan islam akan terbela nasibnya di bawah lim kit sian dan guan enggang

    ReplyDelete
  4. Nak diikutkan sesiapa sahaja boleh menjadi PM pada PRU yg akan datang termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dikala Najib yang tampak sudah tidak layak dimana hampir keseluruhan rakyat Malaysia di ketuai Tun M mahu beliau meletakkan jawatan. Berani atau tak berani ja.

    ReplyDelete
  5. dalam artikel mcm2 cerita tentang Muhyiddin ade. tapi realiti nya beliau sangat tenang dan masih awal lagi nak cakap siapa yg layak atau akan jadi perdana menteri. Basically, tunggu selepas raya bila kabinet baru diumumkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. katakana tidak kepada fitnah, tegakkan keadilan hapus kezaliman bersatu untuk kemajuan,bersiratulrahim untuk keamanan.........suburkan sunnah

      Delete
    2. Suburkan sunnah, Marilah melancap. InsyaAllah hidup kita Allah berkati berkilo.

      Delete
  6. Najib , sila berundur,, ada orang yang lebih layak jadi PM. Kau pergila duduk kondo anak kau kat New York, blh bwk Rosmah pgi shopping bila2 nak. Ambiklaa duit GST ckit untuk bekalan belanja takda hal,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. retreat without justice.....NO WAY.........you eat you pay

      Delete
  7. Lagi berita sensasi ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

    ReplyDelete
  8. Umno pun dah tak boleh harap dan PAS lagi la sebab PAS hilang identiti sebagai parti yang berasaskan Islam apabila membiarkan "budaya kempen kotor dan penuh fitnah" dalam pemilihan parti ...
    MEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI yg penuh dgn akhlak membarua, mentolol dan menjebonkan orang lain. Saya menyeru ahli PAS lepas lah jawatan anda dlm sebarang post dengan DAP di Pulau Pinang dan Selangor sebagai bukti masih bermaruah dan bertelur demi memenuhi kehendak dewan ulama/muktamar.
    KITA MULAKAN DENGAN BOIKOT AKHBAR HARAKAH

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...