Thursday 4 June 2015

Sejak Bila Hishammuddin Pandai Jadi "Batu Ronson" Antara PM Dengan TPM?


Dalam usaha menafikan berita mengenai perletakan jawatannya, Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein menyifatkan perkara itu hanyalah sebagai "spin negatif"  atau putar belit pihak tertentu yang ingin melaga-lagakan hubungan dengan sepupunya, Najib Razak.

Katanya, tidak timbul isu mengenai perletakan jawatannya  jika ingin dikaitkan dengan isu 1MDB kerana Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang turut mengkritik syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan itu pun tidak meletakkan jawatan juga.

Selebihnya, beliau yang juga Naib Presiden UMNO melihat perkara itu sebagai usaha pihak tertentu yang ingin meretakkan hubungan kekeluargaannya dengan Perdana Menteri, sambil menambah mereka tidak akan berjaya berbuat demikian.

Saya rasa terdapat "spin negatif" dalam perkara ini dan saya masih di sini mempengerusikan mesyuarat kementerian saya, tambahnya lagi.

Isu mengenai perletakan jawatan Hishammuddin itu timbul berikutan reaksinya di laman makro twiter berhubung kata dua yang diberikan Najib kepada anggota kabinetnya berkaitan pelan hala tuju 1MDB sama ada mahu kekal bersamanya atau mengundurkan diri.

Beliau menulis "Setuju dgn syarat 1)Rationalisasi 1MDB 2) Akauntabiliti sekiranya  ada salah 3)Ketelusan 1) & 2) diatas."

Ia kemudian segera ditafsir bukan saja berkaitan sokongan bersyaratnya kepada Najib tetapi juga menggambarkan kesediaannya meletakkan jawatan sebagaimana kata dua yang diberikan Najib itu.

Dalam hal ini, Hishammuddin nampaknya hanya menafikan kemungkinannya meletakkan jawatan saja tetapi tidak menyentuh sama sekali mengenai sokongan bersyaratnya sebagaimana yang ditulisnya di twiter itu.

Kalau ini mahu dianggap sebagai "spin negatif", ia sebenarnya berpunca dan ditimbulkan oleh Hishammuddin sendiri. Ia bukan saja berkaitan kewajaran meletakkan syarat terhadap sokongannya kepada Perdana Menteri, tetapi apakah pendiriannya jika syarat itu tidak dipenuhi oleh Najib?

Masihkah mahu kekal dalam kabinet atau mengundurkan diri jika syarat itu tidak dilayan oleh abang sepupunya?

Jadi, siapa yang "spin negatif" dan siapa yang memulakan unsu-unsur "spin negatif" tersebut?

Yang lebih menarik, di ketika bercakap mengenai perletakan jawatan yang hanya dikaitkan dengan dirinya, Hishammuddin juga, mungkin secara sedar dan disengajakan,  telah mengheret nama Muhyiddin sekali dalam isu itu.

Jika Hishammuddin menyedari isu perletakan jawatannya hanyalah suatu bentuk "spin negatif", tidakkah beliau sedar isu perletakan jawatan Muhyiddin juga adalah "spin negatif"  oleh pihak yang lain dan Timbalan Perdana Menteri tidak pernah sama sekali bercakap atau menulis di Twitter mengenainya?

Kenapa dalam menolak "spin negatif", beliau menggunakan isu yang berbentuk "spin negatif" juga sebagai hujahnya?

Apakah melalui kemelut 1MDB dan pendirian Muhyiddin yang berbeza itu, Hishammuddin sebenarnya mahukan Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan harapan agar  abang sepupunya memberikan jawatan itu kepada beliau sebagai adik sepupunya?

Tidakkah dengan membangkitkan mengenai perletakan jawatan Muhyiddin, beliaulah sebenarnya yang cuba melaga-lagakan Perdana Menteri dengan Timbalan Perdana Menteri? Jika tidak, untuk apa diheret sekali mengenai perletakan jawatan Muhyiddin yang juga merupakan "spin negatif" dan khabar angin semata-mata?

Soalan "cepumasnya" pula, sejak bila Hishammuddin dah pandai jadi "batu ronson" ini? (SH 04/06/2015)

Berdasarkan reaksi di twitter ini, siapakah yang memulakan "spin negatif" itu?

13 comments:

  1. Najib jorannnya, hishamuddin jadi umpan...muhyiddin buat bodo je...

    Yang lebih afdhal, shafie pun belum juga nak letak jawatan...

    Sendiri liat nak undur...anak buah pun ikut le...

    ReplyDelete
  2. tungging punggung ke langit lah... kalau dia orang nak letak jawatan. (istilah perkara yang tak akan terjadi...perkataan masa kecil2 dulu)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoi ibu halimah memang celaka

      kalau nak berniaga buat blog sendirilah

      Delete
  4. Bila hishamudin ni BIJAK ? Seingat saya.... TAK PERNAH melainkan ampu bodek saja.

    ReplyDelete
  5. Bila hishamudin ni BIJAK ? Seingat saya.... TAK PERNAH melainkan ampu bodek saja.

    ReplyDelete
  6. Bila hishamudin ni BIJAK ? Seingat saya.... TAK PERNAH melainkan ampu bodek saja.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. Asik2 ibu Halimah ni..dok buat semak blog org je
    . Aduhaiii...

    ReplyDelete
  9. Skrg ni ramai yg terpaksa akur bahawa wang adalah raja...klu nk lwn mesti guna kuasa wang juga...kita x de sumber wang yg bnyk...oleh itu kene tunggu GE 14...itupun x pasti lagi...sbbsbb

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...