Monday 15 June 2015

Nazri Aziz Silap Besar, Jawatan Kabinetnya Kini Terancam


Tindakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz mengkritik Tuanku Mahkota Johor dengan cara yang dianggap kasar lantaran terlalu ghairah ingin mempertahankan Najib Razak yang sedang diserang dari pelbagai sudut, kini semakin hampir mengundang malang kepada dirinya.

Beliau bukan saja bakal berhadapan dengan siasatan pihak polis, bahkan juga mulai menerima kecaman yang semakin meluas daripada pelbagai pihak.

Pemimpin politik, NGO dan rakyat biasa, tidak saja daripada Johor tetapi nampaknya di seluruh negara turut mengecam tindakan Nazri yang dianggap tidak sopan terhadap teguran baik daripada golongan diraja itu.

Difahamkan juga suatu perhimpunan mengecam tindakan Nazri sambil menyatakan sokongan terhadap TMJ akan turut diadakan petang esok di hadapan Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Dengan ini, tentulah Nazri akan menerima kesan penolakan yang lebih meluas daripada pelbagai lapisan masyarakat, tambahan pula beberapa kenyataan dan tindakannya sebelum ini turut membuatkan beliau merupakan antara menteri yang memang menjadi sasaran kebencian ramai.

Sebenarnya sebelum Nazri, seorang lagi pemimpin UMNO iaitu Tajuddin Abdul Rahman, turut mengulas kritikan TMJ mengenai ketidakhadiran Najib dalam forum Nothing2Hide pada 5 Jun lalu, tetapi ia masih dibuat dalam nada yang sopan.

Lantaran itu, reaksi Tajuddin yang mengatakan kritikan TMJ itu hanya menunjukkan seorang saja kerabat diraja yang dilihat tidak menyokong Najib berbanding kerabat  lain yang mungkin memberi sokongan, ia sebaliknya tidak mengundang respon yang berterusan.

Berbeza dengan Nazri,  selain mengingatkan TMJ agar menjauhi politik, perkataan "belasah" yang digunakannya dilihat kasar, keterlaluan dan mempunyai ciri-ciri sombong yang nyata. Perkataan itu, jika diucapkan oleh seorang pemimpin terhadap rakyat marhaen paling miskin sekali pun akan dianggap  jelek dan sombong, apatah lagi kiranya ditujukan kepada TMJ yang merupakan bakal Sultan negeri Johor.

Sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dilantik oleh Najib dan terdengar pula ura-ura rombakan kabinet bakal diadakan tidak lama lagi, ia mungkin antara sebab yang mendorong Nazri bertindak "lebih lajak dari laju" dan berlebih-lebihan dalam menunjukkan sokongannya terhadap Najib.

Tetapi dengan tindakan terbaru TMJ mempertahankan kritikannya terhadap Najib bahawa ia hanya berupa ingatannya kepada pemimpin mengenai tanggungjawab mereka berkhidmat kepada rakyat dan tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletakkan jawatan mereka, episod ini dilihat tidak akan berakhir begitu saja.

Sambil TMJ mempertahankan tindakannya itu, rakyat di luar juga menyanjung tinggi sikapnya yang memperlihatkan ciri-ciri prihatin terhadap rakyat.

Sebelum mempertahankan tindakan itu, TMJ juga sudah memberi isyarat "marilah" terhadap Nazri yang dikeluarkan dalam bentuk rakaman video.

Pertelingkahan Nazri dengan TMJ ini tidak dapat tidak pastinya menambahkan lagi pening dan tumbuhnya lebih banyak uban di kepala Najib yang sudah sedia berserabut dalam mendepani serangan serta kritikan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Jika Nazri sebagai salah seorang anggota kabinetnya sekadar berbalah dengan individu ternama lain, barangkali tidak sukar untuk Najib mempertahankannya tetapi bertelingkah dengan kerabat diraja yang bakal mewarisi takhta Sultan Johor bukan sesuatu yang mudah menanganinya.

TMJ nampaknya tetap dengan pendiriannya mempertahankan kritikannya terhadap Najib sambil menyerang balas tindakan Nazri sebagai perbuatan yang sombong dan angkuh oleh seorang pemimpin yang dipilih rakyat.

Apakah Nazri akan membalas lagi kenyataan TMJ itu atau beliau akan berdiam diri berikutan siasatan polis sudah pun dimulakan terhadapnya?

Apa pun reaksi Nazri selepas ini - berdiam diri, membalas lagi atau menunggu hasil siasatan polis terhadapnya, tetapi di sisi Najib, beliau dilihat telah membawa kerosakan dan masalah kepada imej parti dan kerajaan yang sedang dipimpinnya. 

Jika tidak Najib, mungkin Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin terpaksa memohon untuk mengadap kepada Istana Johor sebagai langkah penyelesaian seterusnya.

Berbalah dengan Istana Johor, menjadikan dirinya kecaman ramai dan meletakkan kerajaan sebagai bahan cemuhan kerana mempunyai menteri yang dilihat angkuh dan sombong, kedudukan dan nilai diri Nazri sebagai sahabat lama kepada Najib juga makin berkurangan kerana dianggap lebih menyusah daripada menguntungkan.

Dengan itu, hayat politik Nazri mungkin akan berakhir dalam rombakan kabinet selepas Hari Raya nanti kerana Najib tidak mungkin mahu menyimpan terlalu banyak beban dan masalah dalam kerajaan pimpinannya yang sedia rapuh sekarang ini.

Tidak mustahil juga jika Najib  menggugurkannya lebih awal dan dalam waktu yang terdekat ini.  (SH 15/06/2015)

32 comments:

  1. Syukur kehadrat ilahi diatas segala galanya.Allah sedang membalas terhadap keangkuhan dan kesombongan yang telah dilakukan nya.Terima kasih Allah.

    ReplyDelete
  2. Bagi saya, ini perkara lazim bila jawab menjawab di media. TMJ cakap di sosial media, Dato' Nazri respon pd TMJ, TMJ respon pd Dato' Nazri. Tapi tak ada orang yg jadi mangsa atau menderita akibat darinya, lagipun semua yg terlibat hidup senang lenang tanpa bantuan kita. Biarkanlah ia berlalu, kita orang biasa tak perlu marah sapa-sapa atau masuk belah sapa-sapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alooo bro, bajk lu masuk dlm guni dan terjun sungai

      Delete
    2. Anon 19:27

      Kamu ni spesis babi mana yang nak suruh orang supaya tak perlu buat itu dan ini? Lebih baik lu pergi cabut bulu puki mak lu dari sibuk nak jadi pendamai di media sosial orang lain. Sila cabut bulu butuh bapak lu sekali ye....(aku cukup benci orang sebegini).

      Delete
    3. Anon 19:27 spesis babi hutan, anon 20:56 spesis babi mana pulak?

      Delete
    4. Aaa pasat mau malah-malah lea aa ,semua olang atak mulut ,semua olang bolih cekap maa aa .

      Semua olang atak mulut ,tapi tatak semua olang boli suap ,itu lag manyak susah maa aa.

      Cali makan lagi baik loor rr.

      Delete
    5. bagus kasi umngok gaduh dengan sultan, senang nak hasut rakyat johor jangan pangkah parti babi negara.

      Delete
    6. Anon 19.27..baik ko dgn lanun bugis g dayung sampan sampai berakhir di lautan hindi..lagi baik la...

      Delete
  3. Nazri oh Nazri.
    Terlajak perahu boleh ditarik.
    Terlajak kata apo nak dikato.
    Buku sudah bertemu dengan ruas.
    Adalah dijangka, inilah Menteri Pelancongan
    yang tidak boleh melancong ke Johor.
    Kah... kah... kah...

    ReplyDelete
  4. orang biasa tetap susah jugak
    barang pun mahal harganya
    kalau boleh komen orang bersedialah untuk dikomen
    apa masalahnya
    Allah pun orang komen inikan manusia makhluk ciptaan Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini haprak dari mana pun tak tahulah. sampai kata Allah pon orang komen. kaji kejadian kamu.

      Delete
  5. Lepas ni Nazri nak pergi Johor TMJ kasi deport balik Padang Rengas.. mulut bacul sangat

    ReplyDelete
  6. Sejarah Perjanjian Persekutuan Negeri Johor Bersama Persekutuan Tanah Melayu...Almarhum Sultan Abu Bakar telah menandatanganiPerjanjian Setia 1885 antara Kerajaan Johor dgn Kerajaan British...dan pada tahun 1946 Johor menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melyu dgn kenakan beberapa syarat termasuk Islam agama negeri, air & tanah negeri Johor hak mutlak kerajaan johor tidak boleh dicuit tanpa kebenaran kerajaan negeri, askar timbalan setia negeri tidak boleh di buabrkan, perlembagaan negeri johor tak boleh di usik, serta kuasa kerajaan negeri johor terletak atas tangan sultan. Sekiranya mana2 syarat tersebut di langgar, maka terkeluarlah Johor dari Malaysia...Nazri kena baca balik undang2 tubuh neger2 di malaysia ni...

    ReplyDelete
  7. Ini menteri bukan setakat mengamal budaya samseng seperti mana yg ketahui tetapi semakin riak dani semakin takbur

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini orang, brapa lama mau tongkat itu langit....dia tara ingat itu mati kaa.....itu piraaun pun mati juga .....macaa ..sikit ada ingat itu tuhan Allah laa sebelun gone forever/tumorro never come.........i'll tinkin] of uuuuuuuuuuu....................uuuuu

      Delete
  8. Keangkuhan Nazri bukan nya perkara baru dia sudah beberapa kali menyelar Tun M dengan penuh kebiadapan tanpa sedikit pun merasa bersalah. Tapi sekarang ini sibiadap ini tersalah memilih orang untuk dijadikan musuh dan kita nak tengok berapa lama lagi sisombong bodoh ini hendak terus menunjukkan kebiadapan dan keangkuhan nya.

    ReplyDelete
  9. Komen TMJ tempoh hari ditujukan kpd Najib. Terserah kpd Najib. Nak jawab atau tidak. Najib tak jawab dan tak komen apa-apa.

    Kenapa pulak Nazri yang sibuk-sibuk marahkan TMJ sehingga mengluarkan perkataan-perkataan yg kesat dan nampak biadap. Tak patut sekali seorang pemimpin Melayu kata nak belasah TMJ.

    Salah ke dan tak boleh ke Raja2 dan keluarga menegur para pemimpin negeri/negara demi kepentingan rakyat jelata?

    Apakah maksud ungkapan 'Raja berjiwa rakyat' yg selalu kita laung-laungkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. en mus, ini lah specles digelar kaki; pembodek,p'ampu,p'jilat dan berapa banyak pe ...lagi........peeergh.!!!!!

      Delete
    2. Sdr Tuhan Bayar Cash
      Ada baiknya saudara tidak mencela seseorang dan menghina nya melalui ungkapan rasis. Nyatakan apa yang saudara tak puas hati dan nyatakan sebab musababnya. Itu lebih baik dari mengeluarkan kata2 yang tidak enak didengar. Harap.aaf kerana menegur.

      Delete
    3. ..kan Nazri dikenali sebagai 'doberman' yang mesti dipunyai olih mana2 PM...itulah kerjanya. Menyalak kat sapa yang usik tuan dia..tak kan tuan Mus tak tahu perangai Nazri ni...

      Delete
  10. Huha huha nasib ko la nazri nak jd macaipun tgok la tempat.sultan-sultanpun ko nak redah sama.sultan dmsia ni kan tak tahu ceritonya.silap haribulan jd dorhake ekau.buruk padahnyo tu.baik ko pegi mengadap mintak ampun .ado ko sultan buat berkato mcm kawan-kawan parti politik lawan.silap bosa la cam gitu .sultan ni nak menogoe ado caro adat dio.bkn main bantai ckp mcm kwn-kwn kito.keno ado ampun tuanku beribu-ribu ampun n seterusnyo itu.ekou tu main sorang ikut sodap mulut ajo.malu la jd org melayu.org bangsa lainpun tahu hormat raja melayu kita.walaupun sultan sekarang bkn berkuasa mcm dulu-dulu tp kena la hormat juga mereka itu.apalg djohor itu dlihat kekuasaan ekonominya agak baik.bkn tak bleh menegur raja-raja ini.merekapun manusia yg buat kesilapan juga.cumanya hati-hati sj la.jgn kail panjang sejengkal lautan hendak dduga.blum jd pm lg sudah gaya gitu

    ReplyDelete
  11. maaf tuan. saya petik tulisan tuan dari blog lain tanpa menyatakan sumbernya. saya tak tahu itu artikel dari blog tuan. sekarang saya sudah buat pembetulan di blog saya maaf sekali lagi

    penburukonline.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. TUHAN BAYAR CASH15 June 2015 at 23:04

    MUNGKIN ATAS ARAHAN NAJIB,SIASATAN PDRM TERHADAP NAZRI DIBATALKAN....WAYANG SAJA....SETIAP ORANG YANG MENJADI KETUA AHLI PEMBANGKANG DI MALAYSIA PERNAH DIPENJARAKAN SAMADA DI KEM KAMUNTING ATAU PENJARA.DARI NIK AZIZ, LIM GUAN ENG SAMPAI ANWAR......KALAU TUN MAMAK KERALA NI NAK JADI PEMBANGKANG LAWAN NAJIB PUN KENA MASUK PENJARA JUGA...AMACAM NAJIB ? ADA BRANI KAH SUMBAT TUN MAMAK NI MASUK? ...AKU RASA KALAU MAMAK NI MASUK SATU TAHUN GERENTI GOLLLLL.......BAGI DIA RASABALIK PERBUATANNYA MENYUMBAT ORANG YANG MEMBANGKANGNYA DULU...INGAT LAGI KERUGIAN BANK NEGARA BERBILION WAKTU TUN M??...SEMUA TUN M NAK BUAT BISING PSEKARANG PASAL NAK ANAKNYA JADI PM...SEMUA ORANGPUN TAHU....POOORAH LAH KELING KERALA JADI MELAYU....BAIK LU NBALIK KERALA....PERGI PAKISTAN PUN TAK PA TAPILU BUKAN ORI SANA....TUHAN BAYAR CASH TAU!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah diungkit-ungkit tentang kaum dan keturunan. Kalau berdasar kpd sejarah penduduk asal bumi kita ini ialah Orang2 Asli sprt Jakun, Senoi, dll. Justeru, nampak gaya sdra mungkin keturunan org asal di sini?

      Delete
  13. Kamus dalam pimpinan UMNO baru :

    1. Belasah
    2. Haramjadah

    kah kah kah ..

    ReplyDelete
  14. najib sibuk nak rombak kabinet ??? bukankah dia sepatut kena rombak dulu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih lagi belum sedar.....YA ALLAH...berilah mereka ini hidayah dan taufiq.........jangan anggap doa raayat yg dizalimi mendatangkan kesejahteraan kepada kamu.......ASTAQFIRULLAH....

      Delete
  15. Waktu susah, sokong raja melayu.
    Bila senang, maki, hina dan derhaka pada raja melayu.

    Inilah jenis melayu yang ada dalam UMNO Baru.

    ReplyDelete
  16. Nazri memang dikenali sebagai Menteri yang sombong and angkuh dan celupar dalam percakapannya...apa nak heran.

    Hanya rakyat sekarang tompang semangkuk dengan TMJ...dulu nak belasah Nazri tak dapat atau tak berkesan...sekarang ada leverage sikit...

    ReplyDelete
  17. Apabila seorang 'subordinate' ditegur oleh orang lebih atas (boss), orang yang subordinate itulah yang sepatutnya menjawab bukan orang lain yagn berlagak hero menjawab bagi pihak orang itu. Inilah yang dikatakan kebih sudu dari kuah bila beranggapan yang boss kecilnya lebih besar dari Big Boss.

    ReplyDelete
  18. ini lg satu pemimpin gila harta benda !!
    di gelar raja d bumi tmpt lahirnya
    rumah mcm istana bini muda melentik lentik lg .. mmemang selera gajah anak beranak dia org ni

    jom terjah lg >>
    CLICK HERE !!

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum....
    Saya hanya sebagai perantara untuk menyampaikan tentang ritual gaib ABAH SALEH, Saya sengaja menulis sedikit kesaksian untuk berbagi, barangkali ada teman-teman yang sedang kesulitan masalah ekonomi/keuangan ataupun punya masalah hutang piutang.Permasalahan akan di tuntas ABAH SALEH dengan ilmu gaip yang kasat mata.!!
    Pertama-tama Saya mengucapkan terima kasih banyak kepada ABAH SALEH yang telah membantu kehidupan keluarga saya, Dulunya saya cuma kerja jadi tukang ojek , penghasilan saya Hanya pas pasan untuk mengecukupi kehidupan keluarga saya..Alhamdulillah sekarang sejak saya bergabung jadi member (ABAH SALEH), Saya sudah berkali kali menang togel dan ini kemenangan saya yg Ke 3X nya kemarin di kasih angka ritual 4D,Syukur Alhamdulillah angka yg diberikan aki tembus lagi, Impian saya selama ini sudah jadi kenyataan kehidupan keluarga saya pun jauh lebih baik dari pada sebelumnya...
    Buat bapak/ibu yang ingin mendapatkan REJEKI melalui jalan TOGEL..
    Jika anda benar2 serius tertarik untuk mendapatkan angka hasil ritual MBAH SALEH Silahkan HUBUNGI Langsung MBAH SALEH DI NOMOR HP : 085-247-111-647

    ABAH SALEH atau biasa juga dipanggil MBAH SALEH tidak pernah mengobral janji manis…Fakta & Kenyataanlah yang berbicara......
    Beliau hanya melayani yg serius & bersedia membantu mahar untuk biaya membeli alat ritual & sesajen ritual.

    Anda Akan Berhasil Sukses Jika Anda Berani Mengambil Keputusan Untuk Mengikuti Ritual ABAH SALEH...!!!

    =**Untuk Info Lebih Jelas Cara Pengambilan Angka Ritual Silahkan KLIK DISINI**=
    sekian terima kasih,wassalam...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...