Tuesday 2 June 2015

Sepupu Pun Sudah Goyang Maa...


Tanggapan umum dalam UMNO selama ini ialah Hishammuddin Hussein selaku Naib Presiden UMNO dan Menteri Pertahanan adalah orang yang sanggup sehidup semati dengan Najib Razak, bahkan jika ingin meninggalkannya pun, beliau mungkin yang terakhir sekali berbuat demikian.

Ia bukan saja disebabkan hubungan darah sepupu antara keduanya, tetapi yang lebih penting ialah Najib Razak juga dikatakan memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan Hishammuddin mengekalkan jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan 2013 lalu.

Ketika itu, Najib bukan saja dikhabarkan memberitahu beberapa pihak mengenai keinginannya agar Hishammuddin terus memegang jawatan Naib Presiden UMNO, bahkan campurtangannya juga dikatakan menjadikan semua 11 Bahagian UMNO di Pahang tidak memberi undi kepada Mukhriz Mahathir yang merupakan pesaing terdekatnya dalam pemilihan tersebut.

Akhirnya, dalam pemilihan itu, Hishammuddin yang pada mulanya diramal tewas kepada Mukhriz yang baru dilantik sebagai Menteri Besar Kedah, berjaya memenanginya dengan undi tipis di tempat ketiga. Tempat pertama Naib Presiden UMNO dimenangi oleh Ahmad Zahid Hamidi dan tempat kedua oleh Shafie Apdal.

Sejak Najib menjadi Perdana Menteri, Hishammuddin dianggap penyokong paling kanan kepadanya. Banyak cakap-cakap juga menyebut Najib sedang merencanakan untuk meletakkan sepupunya itu sebagai penggantinya apabila bersara nanti dengan mengenepikan Muhyiddin yang menjadi orang nombor dua serta Zahid atau Shafie yang berkedudukan lebih kanan dalam UMNO.

Namun, kemelut berpanjangan mengenai 1MDB yang menyaksikan sokongan rakyat kepada Najib makin merosot hari demi hari dan berpaut kepadanya tidak lagi menjamin masa depan yang cerah, nampaknya turut membuatkan pendirian Hishammuddin juga goyang dibuatnya.

Dalam reaksinya mengenai laporan yang mengatakan Najib memberi kata dua kepada anggota kabinetnya sama ada mahu bersamanya atau mengundurkan diri jika tidak bersetuju dengan pelan hala tuju yang dibentangkan mengenai 1MDB, Hishammuddin jelas tidak lagi bersama atau senada lagi dengan abang sepupunya itu.

Menulis di twitter miliknya, Hishammuddin bukan saja tidak menyatakan sokongannya terhadap pelan pemulihan 1MDB itu, bahkan telah meletakkan tiga syarat mengenai sokongannya.

Katanya, beliau bersetuju dengan kata dua itu tetapi dengan syarat dilaksanakan tiga perkara iaitu, rasionalisasi, akauntabiliti sekiranya berlaku kesalahan dan ketelusan bagi kedua-dua perkara itu.

Ramai yang bertanya, apa sudah jadi dengan Hishammuddin sekarang, sudah berani letak syarat bagai kepada Perdana Menteri?  Apakah beliau sudah tidak ingin bersama dengan Najib lagi?

Sementara ramai menteri lain menyembunyikan reaksi mereka dan lebih gemar bersikap tunggu dan lihat terhadap kata dua Najib itu, Hishammuddin sebaliknya bersikap amat terbuka dan ini benar-benar mengundang banyak spekulasi dan perbualan ramai mengenainya.

Tetapi pendirian beliau itu mendapat sokongan daripada ramai pengikutnya  di Twitter dan mereka memuji ketegasan serta pendirian yang ditunjukkannya.

Apakah Hishammuddin kini melihat Najib sebagai pohon yang hampir tumbang dan beliau perlu menunjukkan pendirian yang sealiran dengan kehendak rakyat dan tidak lagi totok kepada sepupunya itu bagi mengelakkan masa depannya turut berkubur sama?

Mungkinkah pendirian berbeza dan mempamer unsur ketegasan itu kerana Hishammuddin sudah dapat membaca mood sebenar di kalangan ahli UMNO dan juga rakyat ketika ini?

Sebelum ini, hanya Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal yang dilihat jelas berbeza pendirian dengan Najib dalam isu 1MDB ini. Kedua-dua mereka bukan saja mengeluarkan beberapa kenyataan yang menunjukkan pendirian masing-masing, bahkan juga tidak hadir dalam beberapa perjumpaan antara Najib dengan kepimpinan UMNO sebelum ini.

Adakah tiga syarat Hishammuddin ini merupakan tanda-tanda beliau akan meninggalkan Najib tidak lama lagi? Berbanding pertalian darah dan jasa Najib kepada, apakah Hishammuddin akhirnya melihat kepentingan masa depannya lebih utama daripada segala-galanya?

Selepas Hishammuddin yang berdarah sepupu pun sudah goyang pendiriannya, siapa lagi akan berbuat demikian selepas ini? ( SH 02/06/2015 )

Ketika menteri lain berdiam diri atau menyembunyikan pendirian mereka berhubung kata dua Najib, Hishammuddin sebaliknya menunjukkan sikap terbuka dan beraninya...

11 comments:

  1. While the country burns....

    ReplyDelete
  2. Kapal UMNO dh nak karam sumer nya...

    ReplyDelete
  3. Kami penyokong Umno sgt terkesan dgn pemerintahan Najib n rosmah.. Kalau dulu bleh kempen cerita kedai kopi utk umno kini perrtahankan diri dari penyokong pembangkang pun dah tak boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALHAMDULILLAH,...kalau saudara peneroka felda sembang hal kebenaran kepada macik/pacik felda umno totok.....laa ni raayat dizalimi....berdoa kepada ALLAH.....HANCURKAN KEZALIMAN...

      Delete
  4. sokongan tentulah bersyarat bahawa tiadanya salahlaku atau lembik dan lembab di pihak yang memimpin. Sokongan hendaklah kearah amar makruf nahimunkar bukan sokongan membuta tuli dan kearah memporak peranda kan Negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JANGAN pandang rendah peranan seorang isteri......syabas puan seri hisam...hidayah ALLAH jangan dipersia..anda mendapat guru yg baik...................alhamdulillah

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. ASS..WR.WB.SAYA IBU RITA TKI HONGKONG INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA MBAH GENEP,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN MBAH SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN MBAH GENEP,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: (((085-110-369-888))) MBAH GENEP JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL MBAH GENEP SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI..
    • لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالله

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...