Friday 26 June 2015

Sekali Lagi Najib Perlekehkan Muhyiddin


Sudah sah kini pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan pada 2016 ditangguhkan selama 18 bulan bagi memberi laluan agar pilihanraya umum ke 14 diadakan terlebih dahulu. 

Ini bermakna, pilihanraya umum dan pemilihan UMNO kemungkinannya akan diadakan pada tahun 2018 nanti.

Dengan keputusan ini bermakna Najib terus mengulangi kebiasaan yang dilakukan Tun Abdullah Badawi ketika menjadi Presiden UMNO yang sentiasa menangguhkan pemilihan UMNO sehingga pilihanraya diadakan kononnya untuk mengurangkan perpecahan sesama ahli parti.

Najib seolah-olah selesa dengan amalan tersebut dan tidak menunjukkan keberanian walaupun sedikit pun untuk keluar daripada kepompong tersebut.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Najib Razak mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO pada petang Jumaat.

Mengumumkan bahawa penangguhan itu dilakukan berdasarkan Fasal 10.16 perlembagaan, Najib juga berkata, ia bagi memberi peluang kepada UMNO untuk terus berkhidmat kepada rakyat serta bertujuan mengukuhkan parti.

Secara umumnya apabila UMNO kian lemah dengan pelbagai isu kebelakangan ini, ramai yang mengharapkan agar pemilihan UMNO 2016 tidak ditangguhkan kerana pemimpin-pemimpin baru yang berpotensi dijangka dapat ditampilkan daripada proses pemilihan itu bagi menggantikan pemimpin sedia ada.

Ramai yang percaya, melalui pemilihan parti yang mampu melahirkan pemimpin-pemimpin baru itu, UMNO akan tampil dengan lebih segar dan mantap menghadapi pilihanraya selepas itu.

Dalam hal ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri pada tahun 2014 yang lalu turut menyuarakan perkara yang sama demi kekukuhan dan masa depan yang lebih baik bagi parti.

Muhyiddin juga menolak pemilihan UMNO sebelum pilihanraya umum akan menyumbang kepada perpecahan kerana yakin ahli-ahli parti sudah cukup matang untuk menghadapinya.

Tetapi dengan Najib tetap menangguhkan pemilihan sehingga pilihanraya umum diadakan, bukan saja peluang melahirkan bakat-bakat baru akan tersekat, tetapi juga memberi isyarat bahawa pandangan Muhyiddin selaku orang nombor dua dalam parti dan kerajaan hanya dipandang sepi saja.

Najib ternyata tidak mahu menerima idea tersebut walaupun ia sebenarnya dikongsi bersama di kalangan sebahagian besar ahli di peringkat akar umbi.

Dengan tetap mengadakan pilihanraya terlebih dahulu sebelum pemilihan UMNO, ia hanya menunjukkan keinginan Najib untuk mengepung pimpinan UMNO sedia ada dengan hanya mencalonkan mereka yang setia dan dipercayainya saja sebagai calon dalam pilihanraya nanti.

Setelah memilih mereka yang setia dan dipercayainya sebagai calon pilihanraya dan bergelar YB kemudiannya, tentulah lebih mudah seseorang itu memenangi atau mengekalkan jawatannya dalam UMNO selepas itu.

Secara tidak langsung, sehingga tarikh pilihanraya umum akan datang, tidak ada sesiapa daripada kalangan pemimpin UMNO atau mereka yang berhajat mahu menjadi wakil rakyat yang berani menunjukkan penentangan mahu pun berbeza pendirian dengan Najib.

Akhirnya, lebih ramai yang memilih untuk menjadi "pak angguk" atau "yes man"  saja dengan harapan nama mereka tidak tercicir sebagai calon pilihanraya, meski bagaimana sekali pun besar atau banyaknya isu yang meresahkan rakyat sedang berlaku dalam negara.

Lebih ketara nawaitu Najib itu ialah bila mana pengumuman penangguhan pemilihan ini dilakukan teramat-amat awal iaitu dalam mesyuarat MT yang diadakan pada hari ini.

Dengan memperlekeh pandangan Muhyiddin agar pemilihan UMNO tidak ditangguhkan, sebenarnya sudah dua kali Najib bersikap sama terhadap timbalannya itu. 

Dalam video ucapan Muhyiddin di Janda Baik yang tersebar luas sebelum ini, beliau turut mencadangkan kepada Najib agar memecat semua Ahli Lembaga Pengarah  1MDB serta memberi laluan kepada pihak polis menjalankan siasatan bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan tidak bersikap melindungi sesiapa dalam isu yang meresahkan rakyat itu.

Tapi lihatlah apa sikap Najib terhadap pandangan Muhyiddin itu. Langsung tidak laku walau satu sen pun kepadanya. 

Dengan ini, Muhyiddin seharusnya semakin menyedari siapa dirinya di sisi Najib sekarang ini. (SH 26/06/2015)

16 comments:

  1. Strategi memanjangkan talian hayat. Bijak bijak bijak. Jom minum Astagen dulu.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. I am democratic elected leader tapi tangguh pemilihan. Kalau tujuan penangguhan untuk berkhidmat kepada rakyat rasanya rakyat Msia dah tinggal 2 orang, Jib dengan Ros

    ReplyDelete
  4. nak lawan tak ada kekuatan ikut saja la din oi

    ReplyDelete
  5. well done think tank baru najib.....kurangkan fitnah tingkatkan amanah suburkan sunnah....kelak kamu tidak akan musnah....pintu tobat sentiasa terbuka.....tobatlah

    ReplyDelete
  6. nak tanya sikit laa, sejak zaman sapa pemilihan umno (baru) ni suka di tangguh-tangguh? zaman tun razak ada tak? zaman hussein onn ada tak? agak2nya najib ni belajar dari sapa? jika bapak kencing berdiri, anak akan kencing berlari, cucu akan kencing menari...

    ReplyDelete
  7. Itu Najib manyak bijak lor rr , Wa ingat lia PM Malaysia paling bijak maa aa .

    I LOVE PM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini kali lu betul... dia...sudah bijak, telo sudah ada dan membesar,tink tank cifu lkw sudak dapat power...welcome najib...farewell uncle lim ks....kita olang cina sudak jatuh cinta sama najib....pm,puasa jgn lupa

      Delete
  8. I Love PM. (Postpone Minister).

    Baguslah Najib sambunglah khidmat anda selagi terdaya dan memperdaya.

    Semakin anda menunda-nunda semakin banyak taik akan keluar di sana-sini.

    Bila taik banyak keluar, berbaulah seluruh negara dan mana-mana penyokong totok UMNO akan merasai keharuman taik-taik itu.

    ReplyDelete
  9. Bulan puasa macam ni pun penulis masih nak melaga-lagakan orang. Syaitan dirantai tapi yang manusia gantikan kerja mereka. Bertaubatlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alooooooo bro, Alhamdulillah lu tak buta, ini pak budin batu ronson no 1. lu tengok dia punya article..ngam punya kasi responden bikin umpat.fitnah,maki, kutuk sesame sendiri.......tapi tak pe, pak budin kebal sama itu api nelaka
      HILUP BUDEN

      Delete
  10. Setuju sangat dengan pak budin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x setuju ...ini lah politk.....najib dah kata'' by hook or by crook I must win''...bogey worrior

      Delete
  11. Mengapa ditangguhkan pemilihan ini? Ini menunjukkan ketidakmatangan politik pemim UMNO khasnya Presiden UMNO. Manakah keberanian Panglima Bugis? Sepatutnya pemilihan tetap diadakan untuk mengeluarkan pemimpin2 yang dah nyanyok dan tak boleh lagi memberikan idea yang baik. Mari ramai-ramai orang2 UMNO untuk menyatakan pendirian masing2 supaya UMNO tidak hancur seluruhnya.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyaa...bikin kacauu berapa vt baya luu...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...