Apakah yang dapat disimpulkan daripada mesyuarat MT UMNO semalam di sebalik beberapa penjelasan yang diucapkan Najib Razak kepada media sebaik saja mesyuarat itu berakhir?
Adakah semuanya sudah beres dan keakraban kembali seperti sedia kala apabila Najib berkata semua ahli MT memberi sokongan penuh kepada beliau dan timbalannya, Muhyiddin Yassin?
Apakah hubungan Najib dengan Muhyiddin sudah pulih dan mereka benar-benar tiada masalah lagi hanya dengan adanya pertemuan hati ke hati pada sebelah pagi sebelum mesyuarat semalam?
Kenapa ketika bercakap dengan media wajah Najib tidak begitu ceria manakala Muhyiddin kelihatan masam mencuka?
Semua orang sedar sebelum mesyuarat MT semalam banyak tembakan telah ditujukan kepada Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO terutama berkaitan isu 1MDB, Tabung Haji dan kesannya kepada sokongan rakyat.
Muhyiddin, Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Hishammuddin, Khairy Jamaluddin dan beberapa pemimpin peringkat bahagian tampil satu demi satu meluahkan kebimbangan mereka tentang kedudukan semasa UMNO.
Shafie Apdal paling ketara tingkahnya, selepas melahirkan kebimbangan mengenai 1MDB yang tidak ditangani secara telus, kemudian pergi menunaikan umrah dan tidak hadir beberapa program parti dalam dua tiga hari ini, dari Mekah pula beliau mengeluarkan kenyataan lagi agar UMNO dijadikan parti akar umbi dan bukannya eksklusif kepada golongan tertentu saja.
Pemuda-pemuda UMNO negeri sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan yang senada dan seolah-olah kecewa dengan beberapa isu yang dilihat tidak telus serta tidak diurus dengan baik sehingga memberi kesan kepada keputusan pilihanraya di Rompin dan Permatang Pauh.
Daripada apa yang diluahkan Najib selepas mesyuarat semalam, jelas bahawa perbincangan berjalan dengan agak panas dan tegang. Wajah Najib ketika bercakap dengan media adalah gambaran beliau tidak cukup gembira, tambahan pula Muhyiddin yang berada di sebelahnya langsung tidak menampakkan wajah senyum.
Hari semalam jugalah Najib akhirnya mengakui dan mungkin baru menyedari beliau sebenarnya ada timbalan yang boleh membantu dan sepatutnya selalu diajak berbincang.
"Saya berjumpa dari hati ke hati dengan Muhyiddin pada pagi tadi dan saya memberi pengakuan kita akan selalu bincang untuk memastikan kepimpinan UMNO di peringkat pucuk pimpinan berada dalam keadaan selesa dan kukuh supaya tidak ada sesiapa boleh memecah belahkan kita," kata Najib.
Gambaran daripada kenyataan ini tidak diragui lagi membuktikan Najib tidak pernah atau jarang mengajak Muhyiddin berbincang sebelum ini. Ia diperkukuhkan lagi apabila Najib memberi pengakuan "kita akan selalu bincang" yang memberi erti selama ini mereka tidak pernah berbincang sama sekali.
Adakah Najib selama ini mentadbir seorang diri atau beliau sebenarnya ada rakan bincang yang lain selain Muhyiddin?
Apakah kerana Tun Mahathir sudah beberapa kali menyebut Muhyiddin sebagai bakal Perdana Menteri, maka Najib baru menyedari beliau sedang disaingi dan kini cuba "mengepung" timbalannya itu?
Mungkinkah kerana tidak pernah diajak berbincang itu menyebabkan Muhyiddin mengatakan beliau tidak tahu nak jawab apa mengenai 1MDB setiap kali rakyat meminta penjelasan daripadanya dan ia akhirnya menjadi sebab utama kekalahan BN di Permatang Pauh?
Selain itu, kenapa pula Najib memberitahui beliau ada perbincangan hati ke hati dengan Muhyiddin pada pagi sebelum mesyuarat MT kali ini?
Jika beliau selalu mengadakan perbincangan dengan Muhyiddin atau setiap kali sebelum mesyuarat bulanan MT, pertemuan dengan timbalannya itu sentiasa diadakan, tentulah tidak perlu diberitahu adanya pertemuan hati ke hati ini?
Dengan baru sekarang mengaku mengadakan pertemuan hati ke hati dengan timbalannya, bukankah ia bermakna mereka tidak pernah berbincang sebelum ini?
Lebih dari itu, bukankah apabila ada perbincangan hati ke hati, bermakna memang ada perkara yang terbuku di hati?
Buat pertama kali juga Najib cuba menerima pandangan beberapa ahli MT yang menawarkan kepakaran dan pengetahuan mereka untuk menyelesaikan masalah berkaitan 1MDB.
Kenapa hanya setelah enam tahun dan hutangnya sudah mencanak melebihi RM42 bilion baru Najib mahu berbuat demikian? Mengapa tidak bersikap telus sejak awal penubuhan 1MDB lagi?
Hakikat ini menunjukkan syarikat itu memang menghadapi masalah besar dan Najib nampaknya sudah tidak berupaya lagi merungkai kekusutannya. Patutlah banyak pertanyaan Tun Mahathir tidak mampu dijawabnya?
Secara langsung hampir benarlah dakwaan pelbagai pihak termasuk Tun Mahathir terhadap 1MDB selama ini!
Dilihat daripada ketegangan beberapa hari sebelum mesyuarat MT kali ini, Najib mungkin kelihatan berjaya merumuskan sokongan tetap diberikan oleh ahli-ahli MT kepadanya dan juga Muhyiddin serta semuanya kelihatan beres, walaupun hakikatnya cuma di permukaan saja.
Soalnya berapa lamakah sokongan itu mampu dipertahankan, terutama jika terbongkar lagi isu-isu lain seperti Tabung Haji yang dikaitkan dengan 1MDB tempohari? (12/05/2015)
"“Beberapa anggota MT telah menawarkan pengalaman dan pengetahuan mereka untuk membantu (saya) menyelesaikan masalah 1MDB," kata Najib dalam laporan Malaysiakini.
ReplyDeleteMaknanya lebih kurang macam 'mereka dah tak berapa yakin saya boleh selesaikan sendiri'....huhuhu. Betul tak, Din?
nak tolong dia selesaikan buat hapa? suruh dia bertanggungjawab sajalah...suruh dia pulangkan mana yg patut pd kjaan dan bumiputera. suruh dia paksa jho low riza dan rosmah bayarkan hutang2 tu semua dan tidak menggunakan wang rakyat walau satu sen pun lagi utk selamatkan 1mdb.
DeleteBetul. Kita kena tlg dia. Kesian kat dia.....
DeleteTLG BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEMUA ISU INI.PAHAM ?
Betul. Kita kena tlg dia. Kesian kat dia.....
DeleteTLG BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEMUA ISU INI.PAHAM ?
Saya bimbang ahli MKT yang tampil untuk membantu tu datang nak nolong rembat sama-sama heh he he....tlg bagi idea mana lagi institusi yang belum dikebas. Ali baba dan 40 penyamun.
DeletePenyamun sembab berduka hati sebab belum dapat jadi chief...Chief Lanun sekarang doge...tah mahu turun...
This comment has been removed by a blog administrator.
DeleteKesimpulannya mudah......
ReplyDeletebeliau membelakangkan kan kabinetnya sendiri sampai lupa ada timbalan.
sbb terlalu percaya penasihat luar.
rupanya beliau sendiri tak yakin dgn bangsa melayu ye.......
tipu lah selagi mampu....
sampai Allah turun kan bala nnt baru nak sedar....
dah biasa jumpa mcm ni....
Kesimpulannya mudah......
ReplyDeletebeliau membelakangkan kan kabinetnya sendiri sampai lupa ada timbalan.
sbb terlalu percaya penasihat luar.
rupanya beliau sendiri tak yakin dgn bangsa melayu ye.......
tipu lah selagi mampu....
sampai Allah turun kan bala nnt baru nak sedar....
dah biasa jumpa mcm ni....
Mereka tetap tidak aman walaupun berjaya mengamankan DS Anwar ke Sg Buluh.
ReplyDeleteBukan citer nuar lah !
DeleteBukan citer nuar lah !
DeleteSuka kah kita d TIPU ? Saya bagi contoh .....
ReplyDeletesbb susah nak bawak balik msia....
duit ada d spore.....
bank spore kata takde.....
d situ berapa kali tipu ?
JADI....
dlm hal sirul......
apakah beliau berkata BENAR ?
banyak lagi isu tu......
sabar....masa yg akan menentukannya
sbb janji Allah itu PASTI !
Sekian.
Sebenarnya Najib tu hanya budak suruhan sahaja. Yang jadi PM sebenarnya adalah Rosmah Mansor. Bila setiap kali Najib mahu bangun dari tidurnya dan mencuba membuka mulut, maka akan diberi amaran keras oleh Rosmah yang berbunyinya begini......"Ingat Najib kes Altantunya! Kalau tidak habis satu dunia tahu cerita awak tu". Habis bagaimana setiap perkara yang melibatkan pentadbiran Najib boleh berbincang dengan Muhyideen, sekiranya ada mastermind lagi di belakang beliau?
ReplyDeleteHahahaha......jgn mcm tu........
Deletetapi mungkin jugak kan ?
sbb tu dia payah nak jawab....fobia beb !
Hahahaha......jgn mcm tu........
Deletetapi mungkin jugak kan ?
sbb tu dia payah nak jawab....fobia beb !
ekau ni mandaiii jer...yang suruh bunuh Tuya tu Kak Ros la! Dia marah bebeno bile dapat tahu melalui SD Balasubramaniam akan hakikat yang Tuya tu Najib dulu yang jumpa dan balun sebelum Monggol tu diamanahkan kepada Razak Baginda....
DeleteSebab tu dalam satu kenyataan akhbar TDM ada menyebut "...semua orang sayang isteri, tetapi jika isteri terlibat dalam perbuatan yang sungguh dahsyat, kita tak boleh terima lagi...."sekarang ada faham maksud berkias tu.....
Suka kah kita d TIPU ? Saya bagi contoh .....
ReplyDeletesbb susah nak bawak balik msia....
duit ada d spore.....
bank spore kata takde.....
d situ berapa kali tipu ?
JADI....
dlm hal sirul......
apakah beliau berkata BENAR ?
banyak lagi isu tu......
sabar....masa yg akan menentukannya
sbb janji Allah itu PASTI !
Sekian.
Satu perkataan. WAYANG
ReplyDeleteInilah 'pemimpin' UMNO Baru. Inilah satu-satunya kemahiran yang tinggal pada mereka. Dan rakyat, khususnya bangsa Melayu memang gemar dengan wayang. Tambah lagi adegan canda-candu, teriak-tangis dan senda-ria. Yang wajib lima sanggup ditangguh, dijamak haram.
Memang itu kaedah UMNO Baru mendidik. Tengok sahaja rangkaian-rangkaian TV milik mereka, dari satu drama ke satu drama. Tak cukup drama Melayu, ada Hindi, Kantonis, Tamil, English, Korea, Mandarin. Lepas drama, hiburan pula. Payah betul nak ketemu rancangan berbentuk ilmiah.
Pemimpin UMNO Baru tidak bodoh seperti disangka. Mereka tahu bila rakyat dilalaikan dengan hiburan Melayu akan lemah berfikir. Bila lemah berfikir Melayu bukan sahaja menjadi produk bodoh, malah mudah dikawal mindanya.
Inilah yang UMNO Baru mahukan. Dengan seorang Anwar Ibrahim pon UMNO Baru tak mampu berdepan, sehingga bergegar tiang seri mereka, apatah lagi beribu-ribu Anwar. Justeru selagi Melayu bodoh UMNO Baru pasti selamat.
UMNO Baru dah bukan lagi pejuang nasib Melayu. Yang ada bertenggek di kerusi kuasa rata-rata bukan Melayu Malaysia tulen. Mereka berbangga pula melaung dirinya Bugis, Minang, Jawa, Banjar dan sebagainya.
Dan sekarang ada pula 'Melayu' versi India Muslim, Pakistan, Arab dan Cina. Definasi Melayu telah diperluaskan UMNO Baru sehinggakan parti itu bukan lagi hak bangsa Melayu.
Di mana Orang Pulau? Mana Orang Laut? Orang Asli? Mereka inilah pemilik asal Tanah Melayu. Mereka ini yang sepatutnya menjadi Raja, Tuan dan Pemerintah. Melayu dari pecahan ini yang sebenarnya layak di kerusi kuasa. Bukan Melayu pendatang!
Jika Melayu asli mahukan keadilan buat nenek moyang mereka dan mengembalikan hak mereka maka Melayu harus menyahkan golongan 'lebih Melayu dari Melayu' ini dari berada di kerusi kuasa bangsa Melayu. InshaAllah tidak akan ada lagi selepas ini pegangan kepentingan Melayu asli dan Bumiputera dinoda, tanah rizab Melayu asli dan Bumiputera diperkosa, harta Melayu asli dan Bumiputera disamun di depan mata.
Pening la kau ni... apa masalah dengan Bugis, Minang, Jawa, Banjar? Tu rumpun Melayu jugak kan? Dahlah bangsa kita ni kecik, nak dikecikkan lagi dengan sub-etniknya? Pergi cari ketum la...bagi tambah pening lagi kepala kau tu.
Deletebukan ke sebelum ni dia selalu bincang ngan rosmah dari hati ke hati...kahkahkah...muhyiddin sdh kena main ngan najib..dia buat muka kesian..najib pun layu di pusara
ReplyDeletePokok dah nak tumbang di ajak abg din tumbang bersama.
ReplyDeleteselama ni semua menganggap abd din tak penting dan di curigai,itulah sebabnya najib menggunakan punahsihat2 dlm membuat keputusan tanpa ada perbincangan dgn abg din.
jadi pandai2lah abg din bermain layang2 dlm keadaan ribut yg penting layang2 tetapi naik keangkasa dgn gagah tanpa tergugat dgn ribut.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete