Menulis di blognya NajibRazak.com, berkaitan dakwaan Tun Mahathir, Perdana Menteri berkata, banyak tuduhan yang dilemparkan terhadanya sebagai tidak adil dan mengelirukan.
Beliau antaranya membangkitkan isu pembelian cincin berharga RM24 juta melibatkan isterinya, Rosmah Mansor yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir sebagai "khabar angin jahat" serta turut dinyatakan tidak benar oleh syarikat pengeluarnya.
Lantaran itu, beliau kesal kerana orang seperti Tun Mahathir turut menabur fitnah kepada orangramai.
Najib juga mengulangi ikrar untuk terus bertahan sehingga tempoh penggalnya berakhir dan tidak sesekali akan berundur atas alasan mempunyai mandat yang sah daripada parti dan juga rakyat.
Mengenai GST pula, selain mempertahankan cukai tersebut mampu membina ekonomi yang lebih kuat, Najib juga mengulangi hujah di mana 160 negara di dunia telah melaksanakannya sebelum ini.
Katanya, "Tun Mahathir menentang perlaksanaan GST walaupun semua pakar ekonomi berwibawa percaya asas cukai kita adalah betul untuk dilaksanakan. Perolehan ini akan digunakan untuk kebajikan rakyat, malah cadangan cukai ini mula diutarakan semasa pentadbiran beliau."
Dalam erti kata lain, melalui hujah ini Najib cuba menunjukkan seolah-olah tidak mungkin bekas Perdana Menteri itu yang hanya seorang doktor perubatan "lebih pandai" berbanding pakar ekonomi.
Sebagaimana Najib mula menggunakan blog untuk menjawab dan menyerang balas segala serangan dan kritikan terhadapnya, Tun Mahathir juga menggunakan banyak ruang melalui blog Chedet.cc miliknya untuk melakukan serangan dan menjawab isu-isu yang dibangkitkan terhadap dirinya.
Sejak menarik balik sokongan dan menggesa Perdana Menteri berundur untuk menyelamatkan masa depan UMNO dan BN, Tun Mahathir sudah beberapa kali menggunakan blognya untuk melancarkan serangan kepada Najib.
Najib pula, walaupun dikelilingi oleh media arus perdana untuk publisiti dirinya, sejak akhir-akhir ini mula memilih medium yang sama yang berhujah dengan Tun Mahathir.
Dengan kecenderungan ini, Najib dan Tun Mahathir kini seperti sedang "berperang" dan berbalas jawapan melalui blog masing-masing.
Sebagaimana jawapan dalam 13 perkara oleh Najib sebelum ini yang disifatkan oleh Tun Mahathir "tidak menjawab apa-apa", penjelasan terbaru yang bercampur serangan dan sindiran kali ini pastinya mengundang libasan lagi daripada bekas Perdana Menteri selama 22 tahun ini.
Akhirnya sesi jawab menjawab antara Najib dengan Tun Mahathir ini akan berterusan dan menjadi lebih meriah lagi dari masa ke semasa.
Bilakah akan berakhir semuanya? Apakah "perang" melalui blog ini akan berterusan sehingga PRU 14 akan datang?
Sementara Tun Mahathir sudah menyatakan kesediaan untuk berdebat secara terbuka, bukankah lebih baik jika Najib bersedia menyahutnya?
Menulis dan menjawab di blog, tidak memberi nilai tambah untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada Najib kerana selagi tidak berani berdebat dengan Tun Mahathir, beliau tetap dianggap sebagai "penakut" dan tidak mampu mempertahankan hujahnya secara berdepan.
Berbeza dengan Tun Mahathir, oleh kerana beliau diketepikan oleh media arus perdana, menulis atau menjawab di blog memberi kelebihan yang dinanti-nanti rakyat untuk mendapatkan penjelasan daripadanya.
Berdebat dengan Tun Mahathir - mungkin ini nasihat wajib yang perlu dibisikkan oleh Lim Kok Wing kepada Najib. ( SH 28/05/2015 )
ADA BERAN! Tak daaa...
ReplyDeleteADA..TUNGGU PAHLAWAN BUGIS KETURUNAN ANDI TU PASANG BALIK TELOQ? KAH..KAH..KAH..?
DeletePerdana Menteri tak berani berdebat dengan bekas Perdana Menteri.
ReplyDeletePerdana Menteri tak berani berdepan dengan sidang Parlimen berdialog dengan ahli-ahli Parlimen.
Perdana Menteri seorang pengecut?
Lim Cock Wing sudah berbisik ke telinga Najib...katanya
ReplyDelete"Sekarang ni u diibaratkan sudah tinggal nyawa-nyawa ikan, kalau u debate dengan si tua tu u MAMPOS terus!"
Antara Mahathir, Najib dan Anwar Ibrahim, jelas Anwar adalah jantan sebenar. Kedua2 Mahathir dan Najib terbukti takut untuk berdepan dengan Anwar di mahkamah mahu pun di pentas debat.
ReplyDeleteNamun membandingkan Mahathir dan Najib, tampak jelas Najib seolah tak ada "telor" untuk bersemuka dengan Mahathir di pentas debat walau pun Mahathir bersedia berbuat demikian. Lebih malang ialah Najib adalah "betina" kepada seorang yang bernama Rosmah Mansor.
Cerita cincin permata bernilai puluhan juta terbongkar setelah didedahkan oleh seirang pegawai kastam KLIA kepada Cikgu Bard lalu menjadi rahsia umum. Bukankah cincin berkenaan dihantar ke Malaysia atas nama Rosmah Mansor?. Tidakkah ini bukti Rosmah adalah penggila barangan mewah begini?. Nama PERMATA, yayasan atau program pendidikan kanak2 Malaysia yg dinaungi Rosmah dan mendapatkan peruntukan bajet luar biasa adalah sign bahawa batabg tubuh isteri Najib adalah seorang yang berselera tinggi dan gilakan kehidupan luar biasa. Najib yang bernasalah "telor" ini tak perlulah nak tegakkan benang basah. Pakar mengenal watak lebih dari kenal perangai dan selera wanita jenis ini.
"Antara Mahathir, Najib dan Anwar Ibrahim, jelas Anwar adalah pondan sebenar - itu lah sepatutnya jawapan yang lebih afdhal. Tun bukan nya bacul dan pondan seperti Anwar yang hanya pandai berbelit dalam berbicara. Yang tak kenal Anwar secara lansung lebih baik diam dan sumbut aje mulut anda didalam buntut.
DeleteNajib hanya ada satu jalan keluar dari segala kemelut ini. Ceraikan Rosmah dan buat satu sidang akhbar bahawa selama ini beliau telah dipaksa oleh Rosmah melakukan segala kesalahan yang terjadi. Apabila Rosmah ingin melakukan sesuatu seperti mahukan cincin berlian berjuta, mahukan jet rasmi untuk bershopping, mahu songlap duit MDB melalui Jho Low, BEKAS isteri beliau (yakni Rosmah Mansor akan menggenggam telur Perdana Menteri dengan kuat sambil memberi arahan. Bagi tahu dunia Rosmah Mansor sering mendera beliau dan kini beliau sudah tidak tertanggung lagi segala kesengsaraan. Isytiharkan juga bahawa Rosmahlah yang mengarahkan Altantuya dibunuh kerana jeles sebab Tuya lebih slim dari isteri PM.
ReplyDeleteNajib hendaklah melakunkan watak lewlaki yang paling sengsara dengan tangisan serta air mata berlinangan. Jika Lim Cock Wing tidak mampu mengarahkan drama berat tersebut , lantik Rosham Noor ke sape ke jadi penasihat Khas bertaraf Menteri. Rakyat Malaysia pasti tertipu lagi, bersimpati dan memaafkan keterlanjuran Najib memperisterikan Rosmah yang kejam.. Arahkan semua professor-professor kangkung SeMalaysia tampil ke TV membuat ulasan tentang nasib malang Najib. Minta Rani Kulup, Mamak Tongkang Sri Damansara yang sering keluar TV, Ketrua Tarian Ponggong dan bekas Presiden KITA Kedah tampil membuat kenyataan.
Hamba ni rakyat marhaen, bila dah lihat gelagat pemimpin begini, sy cenderung membandingkan dengan pemimpin hebat yang ada sekrang dan terdahulu.
ReplyDeleteJika begini keadaannya, bodohlah saya jika masih memberi peluang yang sudah banyak terluang kepada pemimpin sebegini. Malaysia,lebih kaya sumber dr singapura sejak merdeka, masih ketinggalan dr aspek pembelaan jagat bangsanya.
Kalau saya tak sedar, saya akan terus sengsara untuk sedarwasa berikutnya.
Nak jawab soalan pun tak reti macam mana nak terus jadi PM
ReplyDeleteTULAH YG DIA BELAJAR KEK NOTINGHAM UNIV DULU..KAH.KAH..KAH..? DIA X FAHAM SOKLAN TAPI BOLEH JAWAB BAIK PUNYA? MUNGKIN DAPAT KEALS ATAS LANGGIT KOT LBH TINGGI DRP FIRST CLASS HONOURS? KAH..KAH..KAH...KALAH CGPA 3.85+++
DeleteBukankah Deepak Jaiskisyan dan Jho Low dah sebut Rosmah Mansor ni macam kakak depa sendiri. Dah kenal hati budi masing2 la tu. Adakah secara kebetulan Deepak ni terlibat dan dikaitkan dengan kes U turn Bala dalam pembunuhan Altantuya dan secara kebetulan juga Jho Low terlibat dalam kes missing duit 1MDB.
ReplyDeleteAdakah hangpa ingat dua2 ni satu kebetulan saja?. Aku cukup yakin bahawa Rosmah memang terlibat memainkan peranan dalam 2 kes besar ini kerana jelas 2 nama ini telah mengakui amat rapat dengan Rosmah dan tidak pula menyebut mereka sangat rapat dengan Najib Razak. Jadi Rosmah tidak dapat tidak adalah perantara yang membuka pintu penglibatan Jho Low dan Deepak dalam 2 isu besar yang melibatkan Najib.
Cerita dan fakta tentang cincin bernilai jutaan juga melibatkan sosok Rosmah Mansor dan bukan Najib. Itu belum cerita2 lain yang membuktikan Rosmah seakan lebih berkuasa berbanding menteri2 lain. Najib tak ubah macam patung mainan kepada Rosmah.
Eleh...pahlawan darah bigis konon. Dengan bini sendiri pun takut dan disiku. Conform PM Najib ni adalah PM paling lembab dan lembik dalam sejarah Malaysia. Tak pasti apakah ni bahana telan nasi kangkang atau apa sehingga Najib masih terus pertahankan bininya walau pun 1 Malaysia nampak apa yang telah dan sedang berlaku.
Kalaulah Tun Mahathir menabur fitnah, kenapa tak ambil tindakan di mahkamah? kenapa sanggup jadi patong sahaja?
ReplyDeleteSemasa Allahyarham Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, dia pun tak pernah suruh rakyat angkat placard " I love U PM" atau " I am 4U". Lebih lebih lagi selepas peristiwa 13 Mei 1969.
Seorang pemimpin yang bijaksana tidak akan meminta minta pujian yang melambung lambung daripada rakyat sebab dia terhutang budi kepada rakyat yang memberikannya kuasa untuk mengurus negara.
Seorang pemimpin yang bijaksana sedar yang dia makan gaji dengan rakyat dan tahu berterima kasih kepada rakyat.
Akantetapi anaknya tidak ada idea tersendiri. Dia menggunakan khidmat LingKup..wing untuk melingkupkan duit rakyat.
DeleteArwah JJ lah mastermind dlm mempromosikan najib dgn mencedok trend pemilihan President Amerika Syarikat tanpa melihat budaya dan adat resam rakyat. Dalam adat malayu org/pemimpin yg angkat bakul sendiri sudah pasti dilihat lekeh dimata rakyat...
Deletenasihat tok wan aku: siakap senohong gelama ikan duri.
ReplyDeletenasihat raayat mesia:x baik bohong,nanti tangan kena gari
anon 1419....funny la you...lingkup...wing......twin brother of lingkup...wang....kah kah
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteHello Miss Vee, you boleh tolong kita orang tak? Boleh tak kalau you tolong blah
ReplyDeleteI say man, Kalau pahlawan Bugis gementar untuk berdebat dengan Tun Mahathir beliau boleh mengajak Keruak Raja Bajau untuk menemaninya.
ReplyDeleteAfter all what is a friend for.???
Ishh.. ishhh... ishhh... korang ni bukan main menyakat dan memprovoke Bijan. Nanti dia naik syeh baru korang tahu. Pernah dengar pasal Jaafar Patola? Itu betul punya Bugis Brassball.. Bijan??? Emmm.. Fishball kut..
ReplyDeleteSebut saja berdebat, bukan saja dengan Tun M, bahkan dengan sesiapa pun dia akan takut terkencing. pm ini adalah penakut 3 bintang gred AAA+++.
ReplyDeletedia ini masih fikir rakyat semua bohoh macam orang dikeliling dia,akan percaya putar belit fakta dengan tujuan menutup kepincangan yang telah berlaku. maaf la, rakyat sekarang sudah pandai dan yang bodoh adalah para menteri kabinet dan kaki ampu pm saja.tunggulah saja masa untuk ditendang keluar kerajaan olih rakyat.