Monday 4 May 2015

Tugas Penting Pengundi Rompin


Hari ini merupakan hari terakhir kempen pilihanraya kecil Rompin. Esok, 5hb Mei adalah hari pengundian untuk memilih Ahli Parlimen baru kawasan itu bagi menggantikan Allahyarham Jamaluddin Jarjis yang meninggal dunia dalam nahas helikopter di Semenyih, bulan lalu.

Pada pilihanraya umum 2013 lalu, BN menang dengan majoriti 15,114 mengalahkan Pas. Dalam pilihanraya kecil ini, calon BN, Hasan Ariffin juga berhadapan dengan Pas yang meletakkan Nazri Ahmad sebagai calonnya.

Di atas kertas, memang terlihat harapan BN mengekalkan kerusi Rompin amat cerah. Pas juga barangkali tidak bermimpi mampu membuat kejutan dalam pilihanraya kecil ini, tambahan pula calon BN adalah orang lama yang bukan asing lagi bagi pengundi Rompin. Hasan sebelum ini pernah menjadi Adun, Exco dan Timbalan Menteri Besar Pahang.

Tetapi pilihanraya kecil Rompin ini diadakan ketika suhu politik nasional baru mula menggelegak berikutan serangan dan kritikan bertali arus daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad terhadap Najib Razak.

Dengan pelbagai isu yang sudah sekian lama melingkari kepimpinan Najib serta penolakan yang kian ketara di mana-mana, Tun Mahathir dengan tegas mahukan Perdaha Menteri ditukar untuk menyelamatkan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.

Ditambah dengan isu GST yang semakin hari semakin membengkak dalam hati rakyat, penolakan terhadap BN semakin jelas jadinya. Isunya bukan sangat kerana rakyat menolak sistem cukai baru itu, tetapi lebih disebabkan kegagalan kerajaan menangani isu-isu remeh di sebalik perlaksanaannya.

Sementara kerajaan sebelum ini mengatakan GST akan menurunkan harga barang kerana kadarnya lebih rendah berbanding SST, hakikatnya semua itu tidak menjadi kenyataan. Hampir semua pembelian meningkat harganya, termasuk teh tarik di kebanyakan kedai dinaikkan sebanyak 10 sen dan ditambah dengan GST lagi, propa kononnya akan berlaku penurunan harga nyata palsu belaka.

Lebih dari itu, yang paling menyenakkan perut rakyat ialah kegagalan kerajaan sehingga kini menyelesaikan isu 30 sen dan 60 sen cukai GST pada kad prabayar telefon yang menjadi kegunaan utama golongan muda, suri rumah dan mereka yang berpendapatan rendah. Ia memperlihatkan kerajaan amat lemah dan tiada lagi kekuatan.

Oleh yang demikian, pilihanraya kecil Rompin ini ada nilainya yang tersendiri kepada masa depan rakyat. Ia bukan saja untuk pengundi Rompin, tetapi bagi seluruh negara.

Barangkali ternampak mustahil untuk mengharapkan Pas menang dan menewaskan BN. Selain majoriti pada pilihanraya 2013 lalu agak tinggi, Rompin juga memang merupakan kubu kuat BN.

Pengundi bolehlah terus memberi kemenangan kepada BN di Rompin tetapi dalam masa yang sama, mesej mesti dihantar kepada kerajaan iaitu dengan cara mengurangkan sedikit majoriti kemenangannya. Daripada 15,114 majoriti pada 2013 lalu, ia mungkin boleh dikurangkan kepada sekitar 13 ribu atau 12 ribu majoriti undi saja.

Melihat kepada sejarah BN yang pernah menang dengan majoriti hanya 10, 679 pada pilihanraya 2008 lalu, tentulah tidak mustahil bagi pengundi Rompin untuk memberi mesej kepada Najib dan kerajaan dengan cara mengurangkan sedikit majoriti kemenangan BN.

Pentingnya pengundi Rompin menghantar mesej itu ialah untuk memberitahui kerajaan mengenai realiti dan beban yang dihadapi rakyat.  Mesej melalui pengurangan majoriti itu bermakna rakyat tidak gembira dengan GST, rakyat tidak suka dengan pembaziran dan pemborosan, rakyat menolak kepimpinan yang lemah serta mahu isu-isu berkaitan 1MDB, Sirul dijawab serta dijelaskan dengan sebaiknya.

Jika tiada mesej, Najib dan kerajaan tidak akan memahaminya dan menganggap rakyat sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang dilakukannya, termasuk berbelanja mewah, melakukan pemborosan dan membeli jet sekali pun.

Jika tiada mesej melalui pengurangan majoriti juga, ia akan menyebabkan teguran dan kritikan Tun Mahathir selama ini tidak bermakna lagi. Tun Mahathir mungkin  akan berehat di rumah saja selepas ini. Najib tentu saja akan mendabik dada mengatakan beliau terus disokong oleh rakyat di sebalik pelbagai karenah dan onar yang dilakukannya jika majoriti BN terus bertambah di Rompin ini.

Jangan bimbang wahai pengundi Rompin,  mesej pengurangan majoriti ini dijamin tiada GST!! ( SH 04/05/2015)

8 comments:

  1. Pernahkah Tuan Shahbuddin sampai ke Rompin? Kebanyakkan penduduk Rompin adalah berasal dari "Kerajaan Langit Ayah Pin", terutama Leban Condong (tempat asal Hassan Ariffin bakal MP BN) juga asalnya ajaran "Kerajaan Langit Ayah Pin". Rata-rata metaliti pengundi di sini memang mudah untuk dirasuah dan dijinakkan walau dengan sebuku roti RM0.80 Gardenia, apalagi kalau dijanjikan bulan dan bintang oleh pihak parti politik yang bertanding. Manakala penduduk di Felda atau peneroka kebanyakkan dari mereka adalah anak-anak dari saki baki peneroka Felda yang berhampiran seperti Bukit Goh, Bkt Kuantan, Keratong dan sebagainya (Generasi ke-2) dan metaliti mereka juga amat terkongkong dengan kebodohan ibu bapa (generasi 1) dari Felda asal yang amat mudah ditipu dan diperolokkan oleh kerajaan korupsi yang memerintah sekarang. Bandar Rompin adalah umpama "Dragon Gate" dalam filem Kung Fu Cina kerana wujudnya bandar ini adalah atas laluan utama antara Pekan dan Mersing (antara dua jajahan Pahang - Johor). Metaliti pengundi di kawasan ini adalah terlalu rendah dan terlalu jumud untuk melihat di luar jendela politik negara. Kebanyakkan mereka sudah merasa selesa dengan apa yang ada pada hari ini waima para peneroka Felda yang ditindas dengan kerakusan FGV sekalipun. Oleh itu jangan mengharapkan sesuatu perubahan kerana penduduk Rompin adalah "spare tyre" bagi Najib setelah biasa menang atas majoriti hanya 247 undi sahaja di Pekan (itupun undi hantu dari Kem Tentera Udara Bkt Iban - Muazam Shah). Untuk mengharapkan sesuatu perubahan metaliti rakyat di situ perlukan masa sekurang-kurangnya 22 tahun akan datang setelah stesen TV boleh digunakan sebagai medium yang adil untuk kebaikan rakyat. Selamat berlabuh ke "Dragon Gate".

    ReplyDelete
  2. Assalamualaykum Tuan

    Bukan keajaiban jika PAS boleh mengurangkan majoriti BN, apalagi memenangi PRK Rompin. Dengan gerak kerja dan jentera yang lemah, tiada kesatuan antara rakan PR dan kebebalan Haji Hadi, hanya ada satu sebab jika PAS mendapat kelebihan kali ini - rakyat mulai sedar kejahatan Regim dan menggunakan PRK petunjuk kemarahan mereka.

    1MDB, jet peribadi, majlis kahwin anak PM dan banyak lagi isu yang rancak dibual di kota tidak banyak memberi kesan kepada penduduk luar bandar seperti Rompin. Dalam keadaan taraf hidup yang makin rendah, ditambah beban cukai berlapis-lapis GST, rakyat peringkat manapon merasai bebanannya. Tidak hairanlah PAS hanya memainkan isu GST ketika berkempen. Malah geng ustaz tidak berani mengutarakan hudud yang mereka juarai kerana ia seperti memasang perangkap dan menjerat diri sendiri.

    Jika asas 1Crony adalah kuat lagi benar, maka Rompin akan kekal kubu BN. Setelah beberapa kali gagal menawan Rompin PAS boleh melupakannya. Jelas selera pengundi Rompin berbeza. Dan PAS bukan pilihan mereka. Mungkin pengundi mahu memberi peluang kepada PKR atau PasMa pada PRU14.

    ReplyDelete
  3. Dulu Sales tax dan service tax hanya dibayar oleh mereka yg "mewah". Sekarang GST, semua kena termasuk PEMINTA SEDEKAH dan DYMM Sultan.

    ReplyDelete
  4. Golongan ibu bapa yang ramai ahli keluarga cukup terbeban dengan GST ini apatah lagi yang berpendapatan rendah. Kerajaan kelihatan begitu terdesak sehingga sanggup bebankan rakyat sedangkan kebocoran duit negara terus berlaku dari dulu hingga sekarang. Khazanah negara tidak bertambah, derita rakyat tetap bertambah.

    ReplyDelete
  5. Monkey Shooter5 May 2015 at 02:23

    Semua itu tak mengapa terutama geng RELA, janji dapat sepasang uniform celoreng hijau macam katak puru sakit tu dah sangat berbaloi untuk mengundi BN/UMNO di PRK Rompin (N044). Kerana barangan material yang tak sampai harga RM100, sanggup gadai maruah untuk susahkan keluarga dan rakyat setempat dan sanggup kerugian ribu-ribu ringgit setahun kelak bagi membayar GST dan kemewahan Iblis Betina - Rosmah yg rakus mengikis harta rakyat. Sekiranya BN/UMNO dapat mengekalkan kemenangan mereka di Rompin maka amat benarlah pepatah dahulu menyebut bahawa "10 jong berlabuh, anjing tetap bercawat ekor jua", terutama mok cik dan pok cik FELDA yang cukup berkarat buih untuk ditolong dan disedarkan dari mimpi. Kadangkala "orang asal" jauh lebih bijaksana dari mereka ini.

    ReplyDelete
  6. mentaliti penduduk felda dan rakyat sabah sarawak adalah sama. case closed

    ReplyDelete
  7. Assalamu alaikum wr wb.

    saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH BALAPATI yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH BALAPATI dan dengan senang hati MBAH BALAPATI mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH BALAPATI DI (085 392 332 888 )





    JANGAN SIA-SIAKAN KESEMPATAN ANDA..PERGUNAKANLAH SEMAKSIMAL MUNGKIN..!!!












































    ReplyDelete
  8. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...