Keputusan pilihanraya kecil Parlimen Rompin sudah pun diketahui. Di luar jangkaan sama sekali, majoriti undi BN merosot dengan teruk berbanding pilihanraya umum 2013 lalu.
Jika dalam pilihanraya umum lalu, majoriti BN ialah 15,114 undi, kini angkanya makin mengecil dengan pencapaian hanya 8,895 undi saja. Keputusan ini memperlihatkan BN kehilangan hampir separuh majoritinya.
Dalam pilihanraya kecil di mana hampir semua menteri, pemimpin negeri, jentera kerajaan, peruntukan dan segala macam kelebihan lainnya dipertaruhkan untuk memikat hati rakyat, tetapi hanya kemenangan sekecil ini yang mampu dicapai, ia tidak lain adalah petanda buruk bagi UMNO dan BN.
Hakikatnya, selain Rompin memang dikenali sebagai kubu kuat BN, ia juga merupakan kawasan Parlimen di negeri yang menjadi tapak politik Perdana Menteri, Najib Razak sendiri.
Kalau di negeri Pahang dan dalam pilihanraya kecil pula, keputusan ini ibarat "kiamat makin dekat" bagi UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.
Ini menandakan penyokong tradisi UMNO iaitu rakyat luar bandar dan peneroka Felda sudah mulai terbuka minda mereka terhadap apa yang berlaku dalam negara. Mereka bukan lagi totok kepada UMNO dan BN.
Sudah tentu UMNO dan BN menyalahkan peratusan turun mengundi yang merosot sebagai punca pencapaian yang kurang memberangsangkan ini, tetapi secara rasionalnya keputusan ini tidak lain adalah tanda penolakan terhadap Najib sebagai Perdana Menteri.
Mungkin sebab lain ialah kerana penolakan rakyat terhadap GST dan masalah berkaitan Felda, terutama harga sahamnya yang juga sudah hilang lebih separuh daripada harga asal ketika disenaraikan di pasaran saham dahulu.
Apa pun, semuanya merupakan beban yang terangkum di bahu Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Ini kerana GST dilaksanakan oleh Najib dan Felda pula terletak di bawah jagaannya.
Isu GST dan Felda yang ditambah dengan beban lain yang membelit Perdana Menteri seperti 1MDB, Sirul, Rosmah serta kehilangan sokongan Tun Mahathir, telah menjadikan Najib semakin tidak diyakini lagi untuk terus memimpin negara ini.
Kalau di Rompin yang merupakan kubu kuat BN sudah menunjukkan penolakan yang ketara, sudah tentulah keputusan di Permatang Pauh pada 7 Mei nanti akan merangsang arus yang lebih hebat lagi.
Melalui keputusan ini yang tidak dapat disangkal lagi sebagai bukti penolakan rakyat terhadap Najib, secara tidak langsung ia adalah "tonik tambahan" kepada perubahan yang sedang digerakkan oleh Tun Mahathir.
Ini adalah petanda bahawa jangkaan Tun Mahathir BN akan kalah dalam pilihanraya akan datang dan Najib perlu disingkirkan untuk menyelamatkannya, semakin menunjukkan tanda-tanda kebenarannya.
Bekas Perdana Menteri itu pasti akan meneruskan serangan pada tahap yang lebih serius lagi selepas ini untuk memaksa Najib berundur demi menyelamatkan UMNO dan BN. Rakyat pula sudah mula menunjukkan kecenderungan untuk bersama-sama Tun Mahathir.
Berdasarkan kebijaksanaan pengundi di Rompin ini, UMNO dan BN sudah tidak boleh diselamatkan lagi jika Najib berdegil mahu terus menghuni Seri Perdana. Rompin sudah menunjukkan tiada masa depan lagi buat UMNO dan BN selagi Najib menjadi Perdana Menteri.
Blog ini semalam menyarankan agar pengundi Rompin bertindak bijak dengan mengurangkan majoriti kemenangan BN bagi memberi mesej kepada Najib bahawa rakyat semakin tidak bersama dengannya dan hanya dengan adanya mesej itu yang disusuli dengan desakan ke arah pengunduran Najib, barulah masa depan parti dapat diselamatkan.
Apa pun, sekalung tahniah kepada pengundi Rompin kerana tidak meminggirkan diri daripada perubahan. (SH 05/05/2015)
Salam tuan;
ReplyDeleteHarap dengan majoriti yg merosot ini dapat membukak minda bapak 1mdb ini berundur secara hormat!..,
This comment has been removed by a blog administrator.
DeleteWah Ibu Irma. Saya udah jumpa MBAH SERO. Ternyata hebat sekali mbah ini. Beliau telahpun menyumbang kpd saya 800 billion US dollar dan 80 ekor buraq. Kini saya ngak perlu lagi mobil mewah atau lamborghini untuk kesana kemari.
DeleteSaya cuma menunggang buraq ke seluruh galaksi bima sakti dgn cuma 5 menit saja sudah sampe. Keren baget mbah sero ni yach. Makashih.
Gamak kepingin pulang Indonesia, gue kasi sewa itu buraq RM50 ja untuk 3 hari. Dgn syarat, pulangkan kembalik ya buraq ku itu.
Woi minah Indon, ko merepek kebender pepagi ni??? Bende2 khurafat ni pun Indon masih percaya. Jenis tinggal dalam hutan lagi gamaknya.
DeleteTuan,
ReplyDeleteTuan jangan ssembang pasal prk Pmtg pauh.Penduduk disitu tak sama mentalitinya dengan dirompin. Apa yang dapat saya rasakan BN akan kena pukulan ko yang teruk di Pmtg. pauh sebab tanpa bn pun rakyat disitu boleh terus maju.
Ha yaa a a ! ,satu undi sutak kila menang maa aa .
DeletePelik....depa tu suka ka gst....harga sahammerudum...yg dok undi bn lg tu pasai apa ya...mmg pelik mentaliti apa yg depa dok pakai tu ya....ramai tu yg dok sokong bn gst...pelik bin ajaib tul lah.....dunia nak kiamat ke....tp dap jgn bg chance pegang kuasa naaaaa....bahaya...
ReplyDeleteapa nak pelik. orang felda kan bodoh2 belaka.
DeleteJanganlah terlalu yakin dgn kemerosotan majoriti BN di PRK Rompin itu, entah-entah bilangan majoriti yg kurang itu disebabkan mereka sedang berkampung di Permatang Pauh. Perlu diingat bahawa Tun M pernah mengatakan mereka adalah syaitan yg dikenali, yg busuknya hingga ke usus.
ReplyDeleteApapun, rakyat marhaen yg paling teruk terpukul oleh dasar2 kerajaan terkini gst! Sejarah telah membuktikan kerajaan yang pekak, bisu dan buta tersungkur akhirnya...
ReplyDeleteTak jugak tuan. Sejarah mcm2. Kerajaan apa sekalipun adil mahupun zalim, kedua2nya tak kekal sekalipun nabi atau rasul sendiri yg memerintah.
DeleteAdil dan zalim silih berganti. Yg adil kejap je memerintah. Yg zalim tentunya begitu lama memerintah. Ini kerana syok membuli dan merembat duit rakyat ialah pada zaman zalim beginilah.
Teruskan pemerintahan zalim. Zalim2 beginipun tetap pilihan rakyat. Penipuanlah adalah yg rakyat suka. Tak kena tipu, takkan rasa bahagia. Bila ditipu berjuta2 kali, akan makin terasa nyaman hidup rakyat. Teruskan menipu. InsyaAllah makin lama pemerintahan BN akan terus bertahan.
The national agenda should not only be about getting Najib to leave his PM post. It should also be about getting back all the rakyat's monies that Najib and his people have abused via 1MDB and other scandals. Najib CANNOT be allowed to leave the PM post without coughing out all these monies back to the rakyat and country.
ReplyDeleteKalaulah PAS tak heboh-heboh kecoh pasal hukum "hudud", mungkin majoriti PAS lebih lagi atau mungkin menang.
ReplyDeleteSatu lagi ..... mentaliti orang veteran Felda dan pak cik makcik (PENYOKONG bn umno) yang entah paham tidak pasal perkara GST ni. Entah faham tidak pasal keborosan abang Jib dan kak Mah.
Buat dek... tutup telinga rapat-rapat tak mau dengar penjelasan PKR, PAS dan DAP. Walhal PR itu rakyat Malaysia juga. Bukannya Kim Jon Il Korea Utara, bukannya Mugabe Zimbabwe yang bercerita.
Tak taulah nak cakap apa penyokong tegar BN UMNO baru ni. Kalau pimpinan Najiob bersih betul-betul tak apa.... ini sudah kecoh satu Malaysia hal Najib ni pun tak faham-faham.
Makcik dan pakcik felda ni tengok iklan tv3 suku sbb tu sokong gst sbb gst menguntungkan rakyat.
DeleteDan depa baca utusan dan BH aje
DeleteKEMENANGAN BN DI SENANKAN RAKYAT SUKA KAN GST KAKAKAKAKA. KERAJAAN PENGKHIANAT LAKHANATULLAH ANAK BANGSA INI KALAU TAK MENIPU MANA SAH.JADI MARI LAH KITA BERDOA BERAMAI RAMAI YA ALLAH YA TUHAN KU LAKHANATLAH HANCURKAN LAH MUSNAHKAN LAH AZAPKAN LAH BENCANAKAN LAH BALAKAN LAH NAJIB DAN SMUA MENTERI MENTERI SERTA ANAK CUCU ,KELUARGA,ZURIAT DAN KETURUNAN MEREKA SEBAGAI MAN A MEREKA MENGKHIANATI RAKYAT MALAYSIA AMIN AMIN AMIN
ReplyDeleteNow, we have another proof why Malaysia is not yet ready for the emergence of a government that is just, credible and able to push the country towards prosperity: there are still a lot of Malaysians who deserve the kind of government that we all have for so many years now! Until and unless a majority of us reject what we currently have, we can merely fantasize that we deserve a better government. As can be understood from what Allah swt has mentioned in Surah Ar Ra'd verse 11, He will only help those who help themselves.
ReplyDeleteI concur
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletekesian ibu irma kena blok. nasihat buat ibu irma di hari jumaat yg mulia ini - bermain nombor ekor adalah haram di sisi Islam. semoga ibu irma bertaubat dan meminta pengampunan dari Allah. harta dunia bukanlah segala-galanya lebih-lebih lagi jika ianya diperolehi secara haram.
ReplyDeletemaafkan saya cuma nasihat ibu irma dan nasihat buat diri saya sendiri. amin
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAssalamu alaikum wr wb.
ReplyDeletesaya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH BALAPATI yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH BALAPATI dan dengan senang hati MBAH BALAPATI mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH BALAPATI DI (085 392 332 888 )
JANGAN SIA-SIAKAN KESEMPATAN ANDA..PERGUNAKANLAH SEMAKSIMAL MUNGKIN..!!!