Hari ini, 11 Mei adalah hari ulangtahun UMNO yang ke 69. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, hari ulangtahunnya kali ini lebih menandakan bermulanya detik pertembungan berbanding mengukuhkan lagi perpaduan.
Perdana Manteri paling lemah dalam sejarah UMNO, Najib Razak bukan saja diserang oleh Tun Mahathir Mohamad dan mahukannya berundur, malah mula dipertikai oleh pimpinan kanan parti sendiri.
Sempena sambutan ulangtahun ini, Najib juga dijadual menemui Ketua-Ketua UMNO Bahagian bagi menjelaskan kedududukan semasa pelbagai isu dalam parti dan negara. Ini adalah perjumpaan pusingan kedua di mana dalam perjumpaan pertama dulu, semuanya berbaju merah dan bersolidariti untuk berdiri teguh bersama Perdana Menteri.
Untuk kali ini, masihkah ada baju merah itu atau masing-masing berpakaian ikut suka hati sendiri?
Beberapa hari sebelum ini, Muhyiddin Yassin bersuara dari Milan, Italy mahukan ketelusan dalam urus tadbir kerajaan dan mengatakan beliau "tak tahu nak jawap apa" mengenai 1MDB apabila berhadapan dengan rakyat.
Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Hishammuddin, Khairy Jamaluddin dan beberapa pimpinan lain tidak segan-segan lagi bersuara mengenai beberapa kelemahan pentadbiran Najib serta mahukan tindakan segera diambil.
Pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji di ketika syarikat ini dipertikai dari segi ketelusan dan sejumlah wang hilang yang tidak dijawab, seolah-olah mula membakar semangat semua pihak untuk terus bersuara.
MCA, MIC dan Gerakan, walaupun parti mereka sendiri banyak masalah, turut bercakap mengenai 1MDB dan seperti mereka juga ingin menunjukkan simpati kepada makcik dan pakcik di kampung-kampung yang menyimpan wang di Tabung Haji.
Persoalannya, benarkan pembelian itu dilakukan secara tidak telus dan adakah ia dimaklumkan dalam kabinet atau sebaliknya?
Di Tawau semalam, selain sekali lagi bermadah Bugis untuk terus mempertahankan jawatannya dan tidak tunduk kepada desakan untuk berundur, Najib juga mengungkit sokongannya kepada Tun Mahathir ketika pertandingan UMNO 1987 dahulu.
Barangkali ramai yang masih ingat, ketika itu Najib hadir di saat-saat akhir memberikan sokongan kepada Mahathir yang berlawan dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Dalam pertandingan itu Tun Mahathir menang dengan majoriti 43 undi.
Apakah sokongan saat akhir itu yang membuatkan Tun Mahathir menang atau Najib sebenarnya berpihak di saat akhir kerana sudah mengetahui Tun Mahathir akan menang?
Selain itu, apakah tiada langsung bantuan daripada Tun Mahathir kepadanya dari segi memberi peluang dan kedudukan selepas itu sehingga Najib perlu bersikap "buruk siku" sebegitu rupa?
Dari segi pendirian, kenyataan Najib di Tawau itu bukan saja menyerlahkan sikapnya untuk mula menyerang dan berlawan dengan Tun Mahathir, tetapi juga tidak tunduk kepada desakan yang mahukannya berundur. Najib hakikatnya sudah memalu gendang untuk berlawan dengan sesiapa saja yang mahi menyingkirkannya.
Tun Mahathir seperti yang ramai sedia maklum mengenai "hati keringnya", beliau tidak pernah berundur atau berganjak daripada sesuatu yang sudah dimulakannya. Sekembalinya dari umrah nanti, Tun Mahathir sudah pun ada program jelajah membalun Najib di Ipoh pada 16 Mei ini.
Beliau juga boleh menjawab apa yang Najib perkatakan mengenai pertandingan 1987 itu di blognya.
Tetapi yang paling ditunggu ialah apakah dalam pertemuan dengan Ketua-Ketua Bahagian UMNO hari ini, ada yang berani bersoal jawab seperti mana mereka mengeluarkan kenyataan sebelum ini?
Kecuali Muhyiddin yang dipercayai masih di Italy dan Shafie sedang menunaikan umrah, adakah Zahid Hamidi, Hishammuddin, Khairy atau lain-lain pemimpin UMNO atau proksi mereka berani melontarkan soalan dan berhujah secara berdepan dengan Najib dalam perjumpaan nanti?
Jika semuanya diam, mereka inilah sebenarnya bapa segala "keyboard warrior" yang hanya berani di media sosial dan alam maya, tetapi macam tikus takut kehilangan beras apabila di alam nyata.
Sama ada perjumpaan hari ini panas atau sebaliknya atau pemimpin UMNO berani bersoal jawab dengan Najib atau tidak, yang pasti Tun Mahathir akan terus menyerang dan mengkritik kerana sokongan akar umbi jelas berpihak kepada apa yang diperkatakan oleh bekas Perdana Menter itu.
Ulangtahun UMNO kali ini lebih diingati sebagai detik pertembungan daripada menginsafi perjuangan. (SH 11/05/2015)
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteIni bukan masaalah berani atau tidak?
ReplyDeleteramai yg jadi ketua bahagian tak ambil peduli akan apa yg akan terjadi
pada negara.
Negara hampir tergadai dan ketua bahagian ini lah yg menyumbang karenah menyebabkan negara terus tergadai dan muflis.
bagi mereka hanya RM sahaja yg penting. Lagi banyak di suap dgn RM lagi cepat mereka akan bertungkus lumus gadai dan mufliskan negara tercinta
Sekiranya mereka orang yg beriman,ada maruah dan harga diri dan patriotik mereka akan bercakap dan berusaha selamatkan negara
Kita tunggu dan lihat.
Mana syed ali gendang kosong?
Mana ketua gangster di p pinang?
Mana ketua bahagian yg beli undi?
Mana mungkin ketua umno baling tak bohong?
Mana ketua pemuda baling ikut tabligh utk menipu?
Tolong cukur janggut dan bersamalah dgn penjual agama untuk dapat sekupang dua.
MEMANG TEPAT SEKALI
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteDalam ucapannya, Najib berkata Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) pada 2014 sudah melepasi sasaran yang ditetapkan di bawah pentadbirannya.
ReplyDelete"Sukacita juga, saya melaporkan pada 2014, berkat usaha yang bersungguh-sungguh, KPI keseluruhan bagi NKRA menjangkau 105%, manakala KPI bagi keseluruhan NKEA pula melebihi sasaran yang dijangka dan berada pada kadar 110%.
"Serentak itu, KPI bagi keseluruhan SRI turut melampaui sasaran yang dihasratkan dan mencecah kadar 120%," katanya.
This comment has been removed by a blog administrator.
DeleteSalaam shah.
ReplyDeleteNampaknya pentadbiran najib semua naik....baguslah MALANGNYA kenapa sokongan turun dan RAKYAT minta letak jawatan ? Sbb terpalit
Pelbagai isu.... Turun je la......basi dah.
Salaam shah.
ReplyDeleteNampaknya pentadbiran najib semua naik....baguslah MALANGNYA kenapa sokongan turun dan RAKYAT minta letak jawatan ? Sbb terpalit
Pelbagai isu.... Turun je la......basi dah.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteRemember Anwar supported Mahathir then against Razaleigh? Najib made a U-turn at the last moment to support Mahathir. Agreed. But who played the role then? It was Anwar - a staunch supporter of Mahathir then who gave Najib a "post" and made him and his team support Mahathir. A political game, indeed.
ReplyDeleteNajib should not bring this matter up now. Mahathir did support him as PM after Abdullah was ousted. But Najib has failed himself as PM and Mahathir who loves the race and nation cannot just keep quiet. As a sincere statesman Mahathir still has a responsibility towards the country. Najib should know his weakness and step down "gracefully". Or, he will be ousted "ungracefully".
To be frank, Najib has now become a liability to the nation. Just accept this fact.
Suruh berhenti sahaja UMNO baru ni ... atau buang ke laut ..... dengar nama pun nak muntah ...
ReplyDeleteItu masalah engkau. Orang lain tak muntah pun. Kalau kau bodoh, jangan ingat orang lain pun bodoh.
Deletesiapa ada dgr cerita bekas yb dari dalam parlimen pecan yg khabarnya sedang hebat membalun duit org..rembat sana sini..sehingga ke Indonesia dia beroperasi....siapa yg terserempak dengan bekas adun dari parlimen pecan ni..pakai topeng agama..lpas tu cerita baik dgn pm..blh tlg lobi projek..cpat2 perambat dgn kayu..penipu kepada segal penipu..menggunakan topeng agama...kawan baik skamongkol????
DeleteMenurut Ahli Parlimen Pulai itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah (gambar kanan) dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negara (EPU) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Abdullah akan turut dipanggil.
ReplyDeleteNajib x belajar dr sejarah melayu melaka....geng2 raja mendeliar yg mengkhianati pemerintahan.....bnyk sgt geng2 dlm kjaan la ni...
ReplyDeleteadenan satem+ adenan yaakob..dear sir..we need to hear your voice...save Malaysia please
ReplyDeletesatu sarang beperang nak jadi ketua sarang
ReplyDeleteKenapa 69 bukan 26 tahun? Kenapa sambut ulang tahun AMNO Dato' Onn dan bukan AMNO BARU ciptaan Madey? Sapa tipu sapa? Walau pun sedar tapi masih buat tak tahu!.. menipu diri sendiri le tu. Kalau diri sendiri pun sanggup di tipu apalagi dengan orang lain. Ini la sikap puak AMNO yang penuh retorik yang melabun nak memimpin orang Melayu kengkonon.. kah kah kah
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteI would like to convey to all workers who work in the land of my mother SITI a TKI IN SAUDI ARAP want to return to indo but no charges had not I dropped out grindstones especially with the state of the husband's salary rose for pregnant eat a lot of debt while my husband happened to open the open facebook aki get a number of people he could help pay off the debt by way toggle with a difficult situation so I 'm trying to connect the battery and the leaked figures given THAILAND 4D numbers turned out to really penetrate 100 % for saudarah and sisters in indo going abroad if have any problems long unpaid debt do not give grindstones that he can help alleviate the problem you contact the battery Wowo in number +6285328880180 - / - 085-328-880-180 please see for yourself the battery does not serve my god sake SMS already proved . Click for more info : CLICK HERE
ReplyDelete