Bermula dengan serangan terhadap aspek kepimpinan, Tun Mahathir kini benar-benar menyerang sasaran yang melibatkan peribadi dan maruah Najib, terutama berkaitan pembunuhan Altantuya, 1MDB dan kekayaan keluarganya.
Mahathir juga bukan lagi mahukan apa-apa jawapan dan penjelasan daripada Najib. Beliau sudah menunggu untuk sekian lama menanti jawapan daripada Najib tetapi tiada apa-apa yang diperolehinya. Perjumpaan senyap juga sudah tertutup, kata Tun Mahathir.
Ketika beliau menulis surat menegur dan mengumumkan penarikan balik sokongannya, bukan jawapan atau penjelasan yang dibalas Najib, sebaliknya beliau menghantar seseorang menemui Tun Mahathir agar menarik balik isi hati yang diluahkan melalui surat itu.
Ia jelas menunjukkan bahawa Najib tidak mahu memberi penjelasan dan tidak juga mahu berubah. Pendiriannya ialah Tun Mahathirlah yang harus berundur dan menarik balik suratnya.
Ini tentu saja mengecewakan Mahathir sedangkan apa yang dilakukannya hanyalah untuk menyelamatkan masa depan negara ini. Lalu, Tun Mahathir kini secara terbuka mengkritik, menarik balik sokongan dan terus menyerangnya.
Apa yang dimahukannya sekarang hanyalah satu - Najib mesti berundur dan segera meletakkan jawatan kerana dianggap terlalu banyak skandal berkaitan dirinya.
Dalam memberi tekanan kepada Najib agar berundur itu, Tun Mahathir seolah-olah berpegang kepada isu Sirul yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya dan skandal kewangan melibatkan 1MDB sebagai senjata utamanya.
Dari hari ke sehari, ternampak dan memberi keyakinan kepada umum bahawa Tun Mahathir seperti mempunyai sesuatu bukti yang cukup kukuh untuk terus menekan dan menyingkirkan Najib menggunakan isu Altantuya.
Kata-kata dan ungkapan yang dilafazkannya kebelakangan ini jelas cukup spesifik dan tepat mengenai tengah-tengah dahi Najib. Beliau juga mula membongkar satu demi satu perkara yang tidak pernah diketahui ramai sebelum ini seperti Sirul yang rupa-rupanya pernah menjadi bodyguardnya sebelum ini.
Kata-kata Tun Mahathir yang berbunyi "ketika Sirul bekerja dengan saya, tidak pernah pula dia membunuh sesiapa" adalah jelas mempunyai makna yang mendalam dan boleh difahami oleh sesiapa pun bahawa ianya sedang ditujukan kepada Najib.
Walaupun Tun Mahathir dikhabarkan akan meneruskan lagi serangannya dan Najib pula, menurut Shahrir Samad, Pengerusi BNBBC, akan memberikan jawapan dan penjelasannya dalam waktu terdekat, tetapi ada baiknya pada ketika ini jika bekas Perdana Menteri itu melangkah lebih ke depan dengan beliau sendiri membuat laporan polis dan menyerahkan bukti-bukti yang mungkin yang dimilikinya berkaitan pembunuhan Altantuya dan 1MDB untuk dilakukan siasatan segera.
Sebagai bekas Perdana Menteri yang disanjung rakyat, tindakan dan keberanian Tun Mahathir sendiri membuat laporan polis akan menunjukkan kesungguhan dan ketulenan apa yang dilakukannya sekarang.
Rakyat juga akan lebih meyakini, melalui kesanggupan Tun Mahathir membuat laporan polis itu, ia benar-benar bertunjangkan untuk menegakkan keadilan dan menyelamatkan negara. Sekaligus, beliau akan lebih disanjung rakyat.
Lagi pula, terutama berkaitan Sirul, Tun Mahathir ada berkata, selain Najib mengatakan ianya merepek, tetapi sebarang siasatan tidak pernah dijalankan.
Sebelum ini hanya pemimpin UMNO Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan ada membuat laporan polis mengenai 1MDB. Tetapi belum ada sesiapa tampil membuat laporan polis mengenai Altantuya.
Dengan Tun Mahathir sedia membuat laporan polis, pihak berkuasa tentunya tiada alasan lagi untuk berdolak-dalik tidak melakukan penyiasatan atau mengatakan kes tersebut sudah ditutup dan tidak perlu dibuka semula.
Mungkin ribuan atau puluh ribuan rakyat juga sedia bersama-sama mengiringinya dalam membuat laporan polis itu. (SH 06/04/2015)
Tidak perlulah nak melaga-lagakan orang tua itu dengan Najib. Setiap pemimpin mempunyai kelebihan sendiri. Najib yang bersikap lebih mesra alam tidak perlu mendengar semua kata-kata orang tua itu. Nak semua orang menjadi seorang pemimpin kuku besi seperti beliau ke? Dulu ada ISA, sekarang mana ada. Sekarang lebih kepada era Media Sosial, dan pembangkang menggunakan platform tersebut untuk menanamkan kebencian orang ramai kepada kerajaan. Sedangkan kerajaan melakukan yang terbaik untuk pembangunan negara. Nak rampas Putrajaya konon, mempergunakan rakyat untuk kepentingan sendiri.
ReplyDeleteAnon 15:35
DeleteTiada siapa yang melaga-lagakan pemimpin tertinggi UMNO Baru itu. Apa yang berlaku adalah mereka sedanh melaksanakan adat istiadat lanun berbincang dengan lanun berkaitan hal kuasa dan harta rampasan.
Perlu diingat dan difahami bahawa tindakan Mahathir itu lebih kepada untuk menyelamatkan UMNO Baru dari mengalami kekalahan dalam pilihanraya akan.
Ini dapat dibuktikan dalam setiap.kenyataan Mahathir berkaitan dengan Najib tidak ada menyebut perkataan demi kepentingan rakyat tapi lebih kepada kepentingan parti UMNO Baru dan kuasa.
Adalah malang jika ada pemimpin PKR atau DAP secara sukarela bergandingan dengan Mahathir untuk jatuhkan Najib.
Kesannya nanti UMNO Baru bersatu dan bertambah kuat sedang kan pihak Pakatan Rakyat pula akan diburu dengan akta hasutan dan tak lama lagi akan digunakan akta Pota (Akta Pencegahan Keganasan)
Lihat sejarah Mahathir jatuhkan Pak Lah....apa Pakatan Rakyat dari kejatuhan itu ?
Biarkan Mahathir jatuhkan Najib. Tugas pembangkang adalah menentang Mahathir dan orang yang bakal ganti Najib.....dan GST boleh disifarkan.
ANON 15:35
DeleteAdakah maksud pendekatan MESRA ALAM yang dibawakan oleh Najib itu ialah selepas sontot, tipu komisen lalu di bawa ke Puncak Alam di dalam persekitaran alam sekitar hutan rimba lalu diletupkan? kah kah kah hebat pengampu Najib yang sekor ini.......
Saya tak nak cakap apa-apa lagi dah kerana DS Najib tunggu masa saja. Kalau beliau pencen esok pun tidak mengapa kerana beliau kaya raya dan sudah ada segala-galanya. Boleh beribadah sepenuh masa, tulis buku serta dijemput berucap selepas ini.
ReplyDeleteSaya sendiri, macam kebanyakan orang juga, kena kerja sepanjang hayat cari makan dan nak bayar sewa rumah dan ansuran kereta. Sebab itu saya tak suka GST dan saya berdoa agar ia dimansuhkan segera, insyaallah.
The sorry state of the country these days could have been avoided if only (and I repeat if only) Malaysia possess institutions which are known and respected for doing what is right for the nation - and not others such as individuals, political parties, etc. Alas, when Tun stepped out of the PM post, he left behind monuments such as KLCC, KLIA and the likes and not such institutions. But, perhaps it is not too late for Tun and others who truly love the country to do the right thing for dear Najib is just a symptom and not the real and actual source of the problems? Food for thought - and actions?
ReplyDeletePengunduran Najib hanya perlu melalui proses tekanan politik dan jika Najib mahu stau pun, dia perlu bersandarkan kepada kekuatan dan sokongan politik.
ReplyDeleteJika Mahathir disaran buat laporan polis, Najib juga boleh berbuat demikian ke atas Mahathir - kelebihan kepada Najib sebagai Ketua Kerajaan tetapi dari segi politik tekanan akan bertambah ke atasnya. Atau wajar Najib saman Mahathir seperti yang dia lakukan ke atas harakah dan Malaysia Kini.
Keadaan terletak kepada cerita dan hakikat sebenar, jika Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan yang besar dan nyata, saranan Mahathir akhirnya dimamah usia kerana Pembangkang tidak serius mahu Najib berundur.
Tetapi apabila Mahathir begitu lantang minta Najib berundur, sudah tentu di tangannya ada sesuatu yang sukar dijangkakan.
# Jika Najib mahu stay...
ReplyDeleteSaya ramalkan Najib diturunkan atau tidak, BN tetap akan memenangi PRU 14 dan terus memerintah untuk satu penggal lagi. Ini adalah kerana PR sudah hilang kekuatan akibat pergeseran PAS-DAP-PKR ekoran isu HUDUD dll.
ReplyDeleteNamun begitu apabila keadaan ekonomi menjadi bertambah gawat, kehidupan rakyat makin bertambah susah, rakyat akan bangun bnerdemonstrasi secara besar-besaran dan menggulingkan pemerintah.
Saya tak minat pada politik. Cuma apa yang saya lihat Najib sangat lemah sebagai pemimpin. Malaysia memerlukan pemimpin lain. Tak kira daripada BN atau PR.
ReplyDeleteIni bukan isu BN boleh terus menang atau kalah. Apa yang saya nampak Najib sudah hilang fokus. Baggage beliau terlalu banyak.
Eloklah dengar nasihat Tun Dr Mahathir. Tun jujur dan tahu apa yang sedang berlaku.
kalau pasai hudud matde bukan main lagi cerita tiada keadilan
ReplyDeletetapi pasai tokya hanya diungkit bila tak sehaluan
pasai pa tak mau banyak cakap masa kes ni tengah panas diperkatakan
dari dulu lagi. masa tu pm dollah kan senang sikit
jenis suka simpan buat tekan kawan yang melawan
Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI
ReplyDeleteSaya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI
buat cam tun abdullah jer laaaa, gentle. psl dia tak nak umno berpecah, dia undur diri bkn buang pemimpin atau mana2 rakyat yg menegur beliau. respect ngan org yg berilmu camtu.
ReplyDeletePemimpin datang dan pergi tp parti skali jatuh mmg sokongan rakyat akn pergi terus.
Klu x percaya, najib bubar parlimen dan buat pilihanraya baru secepat mungkin.
ramai melayu yg x berparti jelak dgn umno skrg ni....x percaya? sahutlah cabaran aku ni...
Tak payah cakap banyak, tunggu sahaja pru 14, habis cerita.
Delete