Saturday, 3 January 2015

Sudah Sampai Masanya Rosmah Perlu Diberi Kelayakan Guna Jet, Sama Seperti PM Dan TPM


Sejak Najib Razak mengambil alih kepimpinan negara pada 2009, sudah banyak kali isu penggunaan jet kerajaan oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor timbul dan menjadi percakapan ramai.

Suatu ketika dahulu, penggunaan jet itu menjadi pertikaian apabila Rosmah didapati menggunakannya semasa menghadiri suatu program di Dubai bersama beberapa isteri menteri kabinet.

Beberapa penggunaan lain  jet itu oleh Rosmah sama ada untuk kunjungan ke luar negara mahu pun perjalanan dalam negara, sentiasa saja menjadi bualan, pertikaian dan berita hangat di media-media.

Di Parlimen juga, kos perbelanjaan penggunaan jet oleh Rosmah   yang melibatkan ratusan ribu ringgit wang rakyat turut pernah menjadi pertanyaan Ahli-Ahli Parlimen dan mereka mempertikaikan kelayakan isteri Perdana Menteri menggunakan kemudahan eksklusif itu.

Pendek kata, isu penggunaan jet oleh Rosmah sentiasa saja diperkatakan salah atau benarnya meskipun isteri Perdana Menteri dikatakan mendapat kebenaran khas daripada Kabinet atau pun daripada Najib sendiri selaku Perdana Menteri.

Kali ini, penggunaan jet oleh Rosmah kembali hangat apabila Najib yang sedang bercuti dan selepas bermain golf bersama Barack Obama di Hawaii didapati pulang sendirian untuk meninjau suasana banjir dalam negara dan meninggalkan pesawat khas itu di AS.

Ia segera menimbulkan andaian bahawa jet itu adalah untuk kegunaan Rosmah, apatah lagi ia dikesan melalui FlightRadar24 turut berkeliaran di ruang udara Indianapolis, Los Angelas, New York, Dubai dan Bangkok dan dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Berbanding era Mahathir dan Pak Lah, penggunaan jet oleh isteri Perdana Menteri tidak pernah menjadi isu. Ketika itu hanya Perdana Menteri yang menggunakan kemudahan itu sepenuhnya dan isteri mereka tidak pernah menggunakannya secara sendirian.

Tetapi kini isu jet begitu kerap menjadi mainan media berikutan Rosmah terlihat ghairah mahu menggunakan kemudahan itu. Mungkin sudah sampai masanya atas sebab-sebab tertentu seperti keperluan tugas, keselamatan dan memenuhi keinginan seorang yang penting dalam hidup Perdana Menteri, Najib perlu membuat keputusan rasmi dalam mesyuarat kabinet agar isterinya diberi kelayakan khas sepanjang masa menggunakan jet kerajaan itu.

Dengan itu, bermakna dari segi penggunaan jet, Rosmah dinaikkan taraf untuk layak dan bebas menggunakan kemudahan itu, sama seperti kelayakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Jika jet kerajaan yang sedia ada tidak mencukupi, Najib juga boleh menempah sebuah lagi pesawat baru, sesuai dengan penggunaan yang bertambah ini. Lagi pula, kita adalah negara kaya dan hanya lima tahun lagi kita juga akan mencapai status negara maju 2020. Maka, isteri Perdana Menteri juga sudah selayaknya dipertingkatkan statusnya.

Melalui keputusan Kabinet itu, bermakna Rosmah bebas menggunakan jet kerajaan atas urusan rasmi, peribadi atau bercuti tanpa perlu meminta kebenaran khas sebagaimana amalan sekarang atau menggunakannya secara "curi-curi ayam" lagi.

Hanya dengan menaikkan taraf kelayakan isteri Perdana Menteri sebagai pengguna jet kerajaan yang sah dan layak saja dapat mengelakkan ianya daripada terus menjadi isu dan mainan di media-media.

Hanya dengannya juga mampu mengelakkan berulangnya kejadian seperti di Hawaii baru-baru ini di mana Najib terpaksa pulang sendirian menggunakan pesawat komersial untuk meninjau keadaan banjir di dalam negara sementara isteri dan keluarganya pula meneruskan percutian di AS.

Sebagai kerajaan yang sedang berkuasa, sudah sampai masanya Najib berfikir di luar kotak, bukan saja untuk kemudahan isterinya ke sana ke mari dengan jet kerajaan dan sebagai tanda kasih sayang kepada isterinya, malah juga untuk mengelakkannya dan para pemimpin kerajaan yang lain menghabiskan banyak masa bersoal jawab di Parlimen atau dengan media mengenainya.

Pihak pembangkang dan orangramai juga tidak boleh mempertikaikannya lagi kerana kebenaran itu sudah diberikan secara sah oleh kerajaan. Media turut tidak perlu bising-bising setiap kali Rosmah bergentayangan di udara dengan jet yang dibiayai oleh wang rakyat itu.

Yang tidak setuju dan mahu membantahnya juga tidak perlu buang banyak masa lagi bercakap mengenainya,  tunggu saja melalui peti undi dan tukar kerajaan yang ada. ( SH 03/01/2015 )

5 comments:

  1. Heh he....podih bang podih...ekau nak kono lotup C4 gamaknyo....

    ReplyDelete
  2. Biarlah dia guna sementara masih lagi isteri PM.. Disebalik kejayaan seorang lelaki berdiri belakangnya seorang bernama isteri dan kejatuhan seorang lelaki juga disebabkan seorang bernama isteri juga. Belajarlah dari kesilapan pemimpin dunia yang lain seperti Hosni Mubarak dan Ferdinand Marcus atau ramai lagi yang telah menjadi nota kaki sejarah.Seseorang yang berilmu tinggi sepatutnya bersama sama nya adalah akhlak yang tinggi dan bukannya berlawanan sifatnya.
    Kita sebagai rakyat biasa, tengok, catat, rakam dan keluarkannya semasa PRU 14 nanti. Jadikan pasangan sejoli ini sebagai himpunan nota kaki sejarah sebagai antara pemimpin dunia yang disingkirkan oleh rakyat kerana sikap boros mereka.

    ReplyDelete
  3. Apa ALASAN kali ini yang akan di beri olih Menteri, selepas ini mengenai, ROUND THE WORLD IN 20 DAYS olih Rosmah memakai KAPAL TERBANG RESMI MALAYSIA, PERDANA1?

    KECOH
    kerajaan benarkan rosmah wakili negara
    guna pesawat rasmi kerajaan
    selamat menonton

    https://www.facebook.com/video.php?v=1570799423132073

    ReplyDelete
  4. 1Malaysia.. Rakyat diketepikan..Rosmah diutamaka .. Rambut singa afrika

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...