Tuesday, 7 October 2014

Mahathir Kecewa Lagi, Najib Terima Tegurannya Tapi Tidak Tukar Apa-Apa


Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sekali lagi meluahkan kekecewaannya terhadap kepimpinan Najib Razak yang sekadar menerima tegurannya tetapi tidak berbuat apa-apa untuk melakukan perubahan.

Dalam tulisan terbarunya di blog chedet yang bertajuk "Kerajaan terima dengan terbuka teguran Tun M," Mahathir seperti menyindir dengan mengatakan beliau gembira kerana kerajaan menerima dengan terbuka tegurannya.

"Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa," katanya.

Beliau kemudian mengimbas dua senario iaitu peranan penasihat kepada Raja-Raja Melayu yang diperkenalkan British yang sebenarnya lebih berupa arahan yang mesti diterima dan Raja-Raja Melayu yang mempunyai Majlis Penasihatnya sendiri tetapi tidak perlu menerimanya dan jauh sekali melaksana nasihat yang diberi itu.

Kata Mahathir, teguran beliau bukanlah nasihat dan terpulanglah kepada pihak yang ditegur sama ada mahu menerima atau melaksakannya.

"Berasas atau tidak teguran itu hanya akan diketahui apabila ianya diuji dalam pilihanraya. Jika teguran tidak berasas dan dasar atau pendekatan yang ditegur diteruskan juga, maka sudah tentu kemenangan yang besar akan diperolehi."

"Sebaliknya jika prestasi dalam pilihanraya menjadi lebih buruk, maka besar kemungkinan teguran yang dibuat adalah berasas," jelasnya.

Namun tambahnya, dengan pencapaian yang lebih buruk dicapai oleh Najib berbanding Abdullah Badawi, kerajaan sepatutnya mengkaji semula dasar dan amalan yang jelas tidak baik.

"Tetapi tidak, pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa," jelasnya lagi.

Lebih-lebih lagi, tegas Mahathir, dalam pilihanraya ke 13 lalu kerajaan telah memberi wang kepada berjuta rakyat, membelakangkan DEB, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi.

Sepatutnya, dengan segala pendekatan itu, kemenangan yang lebih baik diperolehi oleh Najib, bukannya lebih buruk daripada pilihanraya ke 12.

Sambil menyatakan beliau tidak ingin menjadi seperti Penasihat British tetapi mengingatkan bahawa mereka yang tidak mengambil iktibar daripada pengalaman terdahulu yang meneruskan juga pendekatan lama akan didera sama ada dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk lagi di masa hadapan.

Dengan teguran terbaru ini, jelas menggambarkan bahawa Mahathir masih tidak berpuas hati dengan pentadbiran Najib. Selain mengingatkan mengenai kemungkinan menerima keputusan lebih buruk dalam pilihanraya, beliau juga seolah-olah kecewa dengan pendirian kerajaan terhadap segala tegurannya untuk kebaikan negara di mana ianya hanya diterima dengan terbuka saja tetapi tidak diambil tindakan apa-apa.

Dalam tulisan kali ini, Mahathir juga tidak lagi menyebut nama Najib Razak secara khusus seperti selalunya tetapi hanya merujuk sebagai Perdana Menteri Ke-6, sama seperti rujukannya terhadap Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri Ke-5.

Adakah ini menandakan kebenciannya kepada Najib sudah di tahap maksima?

Apakah dengan sudah menyamakan antara kedua-keduanya itu, beliau juga bakal melakukan tindakan yang sama terhadap Najib tidak lama lagi?

Sebagaimana yang diketahui umum, disebabkan tidak setuju dengan beberapa dasar Abdullah Badawi sebelum ini, terutama mengenai penglibatan "budak-budak tingkat 4" yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin, beliau telah melancarkan serangan secara besar-besaran sehingga akhirnya BN hilang majoriti dua pertiga dan kalah di beberapa negeri dalam pilihanraya umum 2008.

Abdullah kemudiannya terpaksa akur dengan peralhan kuasa kepada Najib pada April 2009. ( SH 07/10/2014)

7 comments:

  1. Mungkin lagi cepat bangsawan monggol turun lagi cepat anak dia naik.apa lagi bisnes yang dia mahu kuasai lepas anak dia naik.Politik + bisnes = untung tanpa rugi

    ReplyDelete
  2. Selama ini majlis tertinggi parti itu sentiasa memberi sokongan pada Mahathir dalam apa jua cadangan dan tindakan yang diambil terhadap seseorang yang beliau benci.

    Itu sebabnya kita lihat Mahathir amat sombong dan bongkak seperti firaun....setiap kata-katanya menjadi satu perintah.

    Kali ini, Mahathir bukan kecewa kerana Najib lemah dan bangang tapi Mahathir kecewa pandangan nya, cadangan nya dan arahan nya sudah tidak dipedulikan lagi oleh Majlis tertinggi UMNO Baru.

    Tanpa sokongan Majlis Tertinggi UMNO Baru, Mahathir tidak akan mampu mengusik sesiapa dalam parti itu dan kedudukan Najib akan kekal sampai hari kiamat.

    Walaupun begitu, Mahathir tidak akan diapa-apakan biarpun lidahnya sentiasa mengkritik, mengkeji terhadap kepimpinan Najib.... tapi mereka akan biarkan Mahathir mati kering dengan idea dan harapannya.

    Sebenarnya kedudukani Mahathir masih belum jelas diantara ingin bersara atau terus bersuara. Sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jelas saudara ni penyokong umno totok belaan Najib.Walaupun ramai rakyat yang bukan penyokong Mahathir,ramai yang benci Najib.Najib pemimpin lemah yang merasuah di sana-sini.Saudara janganlah mengadaikan negara ni dengan tabiat Najib yang memperkosa wang negara macam duit bapak dia sendiri.Negara ini sudah mundur akibat kerosakan yang di buat Najib, dengan menghabiskan wang sana-sini demi kuasanya,. Tapi perlu diingat Najib tak boleh dabik dada, dari teguran Mahathir nyata nyawa Najib sebagai PM Malaysia hanyalah setakat bulan Oktober sahaja, selepas itu diia akan terima nasib yang sama seperti Pak Lah.Malah Paklah lebih baik pemerintahannya berbanding dengan Najib yang banggang dan tak tahu hala tuju negara.Jangan jadi pembodek Najib lagi.Dia telah diwartakan akan tumbang dalam bulan ini juga!

      Delete
  3. Saya tidak nampak ape2 peranan Najib setelah hampir 6 tahun ditampuk kuasa... Kemana hala tuju negara? Hari2 rakyat hanya dihidangkan dengan retorik politics. Dalam senyap dia telah melipat gandakan hutang negara. Walaupun negara mempunyai hasil yang begitu membanggakan, tetapi rakyat tidak nampak kemana hasil2 tersebut mengalir. Kerana rakyat terus dihimpit & dibelenggu dengan kesempitan hidup & sosial yang nampaknya macam tidak dapat dikawal olih pihak kerajaan. Enam tahun berlalu saya langsung tidak nampak ape yang Najib cuba laksanakan utk masa depan negara & rakyat negara ini.

    ReplyDelete
  4. Aku tengok mamak Mahathir, mulut nya berbelit2. Dia tuduh Anwar untuk 'remote control' Mb Sgor. Tapi kaki remote control PM2 dia kepalanya. Tak dpt remote control, mula lah dia main ularnya.

    betul2 dasar ular, mamak Mahathir ni.

    ReplyDelete
  5. Wa manyak sokong itu Mahathir punya cekap , itu atak otak punya cekap loo rr .
    Pakai otak punya olang , cakap manyak lembut maa tapi manyak telang , tatak pakai otak punya olang ,selalu cakap manyak kelas, , jelit-jelit , selalu cekap lain olang boloh , bangang , tapi sendili nampak manyak boloh maa aa ,

    Wa manyak ingat olang tua cekap lea aa, kalau cakap olang bodoh sebenarnya calap sendili bodoh lea aa .

    ReplyDelete
  6. TOLONGLAH...APASAL MAHKLUK ASING MAKIN BANYAK DI BANDAR2 UTAMA...SPT..RAWANG..AMPANG...KOTA DAMANSARA..KL..DLL...SMPI KEDAI2 PUN MRK DAH KONKURE....MAHLUK ASING...BALIK NEGARA KAMU SMULA...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...