Friday 18 April 2014

Najib Perlu Segera Jauhi Species Seperti Zulkifli Noordin


Bekas Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin rupanya bukanlah seorang yang mahu mengakui kesilapan serta mudah mengungkapkan kata-kata maaf atas keterlanjuran perbuataannya. Setelah tindakannya menulis di twitter sesuatu yang tidak wajar mengenai kematian Karpal Singh dan ditegur oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, beliau nampaknya bukan saja tidak mahu mengalah, malah seolah-olah beliau tidak pernah melakukan kesilapan sebelum ini.

Di ketika semua pihak, termasuk Najib sendiri menunjukkan sikap terpuji dan merasakan kehilangan atas pemergian Karpal Singh dalam kemalangan jalanraya, Zulkifli terus angkuh dengan menempelak pula KJ yang bertindak betul menegur dan menyuruhnya diam akibat kenyataannya yang keterlaluan itu.

Sebaik kematian Karpal Singh, Zulkifli menulis di twitter yang memberi gambaran seolah-olah Allah sengaja mematikan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu untuk memberi laluan kepada Pas melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Ini berikutan Karpal sebelum ini menentang perlaksaan hukum itu dengan keras sambil memberi amaran "langkah mayat saya dulu" jika mahu hukum Islam itu dilaksanakan.

Komen Zulkifli yang dianggap keterlaluan, tidak sesuai dengan suasana keluarga Karpal yang sedang dalam kesedihan dan cuba mempolitikkan kematian tokoh DAP itu, bukan saja dikecam oleh banyak pihak, termasuk menteri dan komponen BN sendiri, tetapi KJ adalah yang paling awal dan lantang mengkritik bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu itu.

KJ tidak saja mendesaknya agar diam tetapi juga mengeluarkan kenyataan bahawa beliau malu dengan sikap yang ditunjukkan oleh Zulkifli itu, lebih-lebih lagi beliau pernah menjadi calon BN di Shah Alam dalam pilihanraya lalu dan seterusnya menyatakan tidak seharusnya dipilih sebagai calon lagi dalam mana-mana pilihanraya selepas ini.

Reaksi KJ yang keras tetapi bertepatan dengan sesiapa saja yang berfikiran waras itu telah mengundang rasa kurang senang Zulkifli dengan membalas di twitternya bahawa beliau sebenarnya malas melayan menantu Pak Lah itu tetapi semata-mata kerana kasihan kepada Perdana Menteri, Najib Razak saja.

Sambil itu, beliau juga menyindir KJ dengan mengingatkannya agar tidak menjadi Anwar Ibrahim kedua dalam keghairahannya bermain politik.

Barangkali kerana merasakan beliau sudah mampu berdiri sendiri dan tidak perlu dikaitkan lagi dengan Pak Lah, KJ lantas mengingatkan Zulkifli agar menjadi anak jantan dan terus merujuk kepada namanya saja.

Walaupun ada yang menyebut apa perlunya dua orang pemimpin Melayu bertelagah hanya kerana Karpal Singh, tetapi dalam isu ini ternampak kebenaran lebih berpihak kepada KJ. Tegurannya kepada Zulkifli adalah wajar dan tidak semua perkara harus dikaitkan dengan perkiraan untung rugi politik.

Sesiapa pun boleh berbeza pendapat dengan Karpal semasa hidupnya tetapi setelah kematiannya, apa yang harus dikenang ialah jasa dan sumbangannya. Lihatlah bagaimana Mahathir, Pak Lah, Najib, Samy Vellu dan lain-lain pemimpin memberi reaksi dan menunjukkan jiwa besar atas pemergian Karpal walaupun semasa hayatnya sering bertelagah dan berbeza pendapat.

Walaupun penentangan Karpal terhadap hudup tiada kaitan secara langsung dengan Zulkifli dan komennya lebih sebagai "batu ronson" semata-mata, hakikatnya Zulkifli tidak dapat membezakan antara menghormati orang hidup dengan orang yang sudah meninggal dunia.

Sudahlah beliau tidak mahu mengakui kesilapan dan meminta maaf atas keterlanjuran kata-katanya itu, beliau juga nampaknya cuba menyerang orang yang cuba menegurnya sambil cuba berselindung di belakang Najib seolah-olah memohon simpati dan perlindungan.

Kasihan Najib konon! Kalau kasihan Najib beliau tidak akan memberi reaksi tidak sewajarnya mengenai kematian Karpal. Ini kerana Najib sendiri menzahirkan simpati dan merasa kehilangannya. Reaksi beliau itu lebih untuk "membunuh" Najib.

Sebenarnya Zulkifli perlu mengasihani dirinya sendiri. Ini kerana jelas bahawa pemikiran dan tingkah lakunya tidak selari dengan majoriti rakyat negara ini lagi. Pemikiran kunonya mengenai politik, perkauman, perpaduan dan menghargai manusia lain sudah menjadi dinosaur yang tidak sesuai lagi dengan manusia yang berakal dan bertamaddun.

Jika Najib dan BN ingin mencapai keputusan lebih baik dalam pilihanraya umum akan datang, species seperti beliau perlulah dijauhi. Membiarkan diri berdampingan dengannya akan mengecilkan lagi sokongan dan undi rakyat keseluruhannya.

Najib perlu mengkaji, undi siapakah yang perlu diraihnya dalam pilihanraya akan datang dan apakah manusia yang berfikiran seperti Zulkifli boleh menambahkan undi BN secara keseluruhannya atau persaraannya secara total jauh lebih baik lagi?

Jika Najib dapat menjauhkan dirinya dengan semua yang sejenis dengan Zulkifli yang kini begitu ghairah menonjolkan diri melalui media dengan pelbagai reaksi berbentuk provokasi, perkauman, memecah-belah perpaduan dan seumpama dengannya, lebih menguntungkan lagi.

Fikirkan dengan mendalam sebelum terlambat. (SH 18/04/2014)

47 comments:

  1. Zul Nordin tu dah terlebih makan duit haram...tu sebab perangai macam haramjadah

    ReplyDelete
  2. Pemilik blog ini juga perlu menjauhi diri dari specis yg celik biji mata sahaja kerjanya maki dan haramjadahkan orang lain dengan sewenangnya.
    Fikirkan dengan mendalam sebelum terlambat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM pun mengharam jadahkan pakcik dan makcik felda kau tak bising pu.Buat bodoh lembu je kerja kau.

      Delete
    2. Kalau PM haramjadahkan pakcik makcik felda itu kau tanya idola kau kj..itu kan boss dia.

      Semoga blog ini terpelihara dari puak pemaki.

      Delete
  3. Orang spt inilah yg memalukan bangsa & agama islam...

    ReplyDelete
  4. kasihan hanya kepada seseorang yang hendak dibodek ? tapi tidak pula kasihan pada diri dan agama.kalau sudah ditakdirkan otak sampah banggang kalau sentiasa berusaha memperbaiki diri sekurang-kurangnya mengelakan diri menjadi seorang manusia berperangai yang kurang ajar.

    ReplyDelete
  5. Aku ingatkan admin ni cerdik dan ada sifat orang melayu....rupa nyer pemuja Kera Jalang..
    Hadoi...patut ler negara makin hancur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang sdra nak bagaitau dan hujahkan. Siapa kera jalang....m3ngapa dipanggil kera jalang. Negara makin hancur? Apa tanda-tanda yang menyebabkannya?

      Paling membinggungkan betul ke blog yang sdra masuk ni?

      Delete
  6. Di mana besarnya kesilapan zul? Sehingga kj memilih untuk menegurnya dengan cara yg lebih biadap kecualilah ungkapan zul itu dituju kepadanya atau kepada bapa mertuanya!

    Apa yg kj 'bengang' sangat untuk mempertahankan karpal. Apakah kj bermaksud karpal itu banyak berjasa kpd negara semasa hidupnya.

    Karpal sudah mati wajar kita hormat atas pemergiannya bagi menunjukkan kebesaran Allah mengatasi segalanya, tetapi apa yg dilakukan didunia yg membawa kerosakan terutama kepada umat Islam tidak salah diulang sebut. Di dalam Al Quran sendiri kejahatan abu jahal disebut betulang kali. Tujuannya untuk apa?

    Saranan admin supaya PM menjauhi specis zul (lebih kemelayuan) sebenarnya kurang tepat jika dalam masa yg specis seperti kj (liberal dan menguntungkan bukan Melayu) turut didimpan dan dipelihara?

    Next pru14 minta kj bertanding di shah alam untuk tahu tanah tinggi atau rendah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biaq betul bro ..."Sehingga kj memilih untuk menegurnya dengan cara yg lebih biadap kecualilah ungkapan zul itu dituju kepadanya atau kepada bapa mertuanya!"

      Hakikatnya apa yang diucapkan oleh si Zul itu tidak patut diucapkan kepada sesiapapun. Si Zul pun tahu dia silap, apabila dikritik hebat di media sosial, dia buat u turn. Kita bersangka baik dengan Zul bila dia buat u turn. Lagi elok dia minta maaf.

      Yang menjadi tanda tanya sekarang ni, si zul dah buat u turn, sdra masih lagi nak pertahankan komen asal si sul tu ke? Kalau soal nak gaduh urusan dalaman parti rasanya disini bukan forumnya. Forum lebih tempat mungkin blog MP Langkawi kot...

      Delete
    2. Bertanding menentang nurul izzah lebih tepat - sama2 kontroversi dan dan sama2 liberal.

      Delete
    3. Apa kerosakan yang dibuat Karpal terhadap Islam di Malaysia?

      Delete
    4. Kau nak tunggu mak bapak kau kena sembeleh dng kapir baru kau nak sedar dan insaf.
      Lekanya umat Islam ketika musuh sudahpun mengatur strategi dan bersiap sedia.
      Jika 13mei berulang - apa persediaan kau buat untuk melindungi diri sendiri, keluarga, jiran dan masyarakat? Boleh kau lindungi mereka sekadar kau ada setakat seluar dalam.

      Delete
    5. Bodoh. Aku tanya apa kerosakan yang dibuat Karpal terhadap Islam. Engkau jawab Kafir nak sembelih mak ayah aku. Soalnya macam mana dan apa kaitan Karpal dengan orang Kafir nak sembelih orang Islam?

      Delete
    6. {\rtf1\ansi\ansicpg1252
      {\fonttbl\f0\fnil\fcharset0 ArialMT;}
      {\colortbl;\red255\green255\blue255;\red34\green34\blue34;\red255\green255\blue255;}
      \deftab720
      \pard\pardeftab720\partightenfactor0

      \f0\fs26 \cf2 \cb3 \expnd0\expndtw0\kerning0
      \outl0\strokewidth0 \strokec2 13 Mei? Engkau jangan perlekehkan bangsa Melayu. Orang Melayu tak sebodoh itu nak percayakan cerita 13 Mei, parang terbang segala bagai semua. Apa engkau ingat orang Melayu ni jenis kena jentik sikit dah angkat parang potong kepala orang ke apa?}

      Delete
    7. Aku ingat cerdik rupanya kena panggil bodoh baru pandai - apa kejadahnya karpal sebok nak halang perlaksanaan hudud di kelantan? Di kelantan itu di perintah oleh pas - melayu dan Islam.

      Kau ni ugama apa rasa bangga dan seronok hukum Allah diperlekehkan?

      Delete
    8. Nak tau kenapa Karpal tak bersetuju (baca betul-betul, TAK SETUJU) hudud dilaksanakan? Sebab Perlembagaan kita terang-terang meletakkan Malaysia sebuah negara sekular. Sebagai seorang peguam yang namanya dipetik beribu kali dalam jurnal undang-undang, Karpal sememangnya seorang tokoh yang mempertahankan keluhuran perlembagaan negara. Tunku Abdul Rahman ketika hayatnya juga begitu. Begitu juga dengan Zaid Ibrahim. Zaid Ibrahim (seorang Islam) sendiri pernah menulis surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar membatalkan niat mereka untuk melaksanakan hudud di negeri tersebut. Malahan beliau lebih ekstrim. Beliau menyaman (YA, SAMAN) kerajaan Kelantan. Baru-baru ini, Speaker DUN Terengganu (Islam juga) menolak usul hudud untuk dibincangkan dalam dewan. Persoalannya, kenapa hanya Karpal seorang dihukum? Pembesar di negara kita, mengaku Islam yang jauh lebih ekstrim daripada Karpal, kenapa tidak dipersalahkan mereka?

      P/s: Yang bertanya soalan bodoh. Tapi baguslah. Sekurang-kurang sudah mendapat pencerahan daripada hidup diperbodohkan sepanjang masa.

      Delete
    9. Saya tahu lepas ni ada yang akan pertikaikan fakta Malaysia sebuah negara sekular memandangkan agama rasmi negara ialah Islam. Harus diingatkan, model perlembagaan negara mirip kepada negara Komanwel yang lain memandangkan Malaysia merupakan bekas jajahan British dan perlembagaan negara dirangka oleh Suruhanjaya Reid yang dianggotai oleh wakil-wakil dari negara Komanwel juga. Negara England sendiri meletakkan agama Kristian Anglican sebagai agama negara tersebut, tetapi masih mengisytiharkan negara tersebut sebagai SEKULAR. Brunei, walaupun merupakan negara Komanwel baru mengumumkan bahawa negara tersebut aka mengamalkan hudud. Apa perlunya Brunei menghebohkan kepada dunia tentang undang-undang yang dilaksanakan di negara tersebut? Jawapannya, sebab Brunei nak beritahu kepada dunia bahawa Brunei ialah negara Islam. Seperti juga di Malaysia, sekiranya Malaysia sebuah negara Islam, maka tiada keperluan untuk membawa isu penggubalan hudud di parlimen. Kerana sekiranya Malaysia sebuah negara Islam, maksudnya Malaysia telah lama mengamalkan hudud. Soalnya, adakah Malaysia pernah mengamalkan hudud? Tidak bukan?

      Delete
    10. Nak tambah sikit. Semua undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan akan terbatal dengan sendiri. Sekiranya Kelantan hendak melaksanakan hudud, maka Parlimen perlu bersetuju dengan Kelantan. Setakat Karpal seorang yang membantah contohnya, adakah hudud tidak dapat diteruskan. Tentunya tidak. Sebab undi ahli parlimen lain juga menjadi penentu. Berdasarkan komposisi Parlimen sekarang, adakah hudud dapat dijalankan? Sekiranya ada yang bantah di Parlimen, kita tidak boleh marah kerana itulah keistimewaan (privilege) mereka sebagai ahli parlimen. Jadi satu-satunya cara untuk melaksanakan hudud ialah kita perlu yakinkan dan fahamkan semua ahli parlimen tentang kebaikan hudud. Kalau setakat mencerca dan memaki hamun mereka tidak guna. Sampai bila-bila pun mereka akan menolak hudud. Salah satunya ialah hapuskan persepsi bukan Islam bahawa pemimpin Melayu Islam sukakan korupsi dan ketirisan. Hanya tukar kerajaan sahaja dapat menghapuskan persepsi ini kerana kerajaan Melayu sekarang memang seriously hopeless

      Delete
    11. Orang bahalol sahaja keliru dengan hujah sendiri yg berjela-jela.
      Tafsiran perlembagaan bukan yes or no di tangan karpal, PAS akan bentangkan di parlimen untuk perbahasan dan hanya parlimen yg mempunyai bidangkuasa untuk menolak atau meluluskan.
      Yang kau percaya cakap karpal, cakapan di luar parlimen menunjukkan kau dungu, sama rosak dng karpal.

      Delete
    12. Orang bahalol ialah orang yang malas membaca, tiada maklumat tapi suka perlekehkan lain tanpa hujah yang konstruktif. Nampak sangat ko ni bodoh. Yang mentafsir perlembagaan bukan parlimen, tapi mahkamah persekutuan. Setiap undang- undang yang bercanggah dengan parlimen walaupun dipersetujui dalam parlimen akan terbatal secara sendiri. Fakta asas pun tak tahu. Ko lah yang rosak sebenarnya. Nak bercakap dengan orang yang belajar undang-undang. Memang silap orang la ko ni

      Delete
  7. Melihat pada perangai Zulkifli Nordin menghina mendiang Karpal Singh, seolah-olah dia akan dapat sokongan dari bangsa melayu masa kini yang difikirkannya amat membenci Karpal kerana menentang perlaksanan hukum hudud.

    Orang Melayu yang malas membaca memang mudah diperbodohkan, tapi bukan semua yang akan ikut jadi bodoh kerana masih ada sebahagian yang sentiasa rajin membaca dari pelbagai sumber dalam menilai berita yang dipaparkan dalam masyarakat khasnya isu agama, kaum dan ekonomi.

    Memang benar mendiang Karpal Singh menentang perlaksanaan hukum hudud yang dicadangkan oleh parti PAS. Tapi bantahan beliau berasaskan fakta kerana dalam perlembagaan negara tidak mencatitkan agama rasmi negara adalah islam maka penganutnya boleh menggunakan peraturan dan undang-undang islam. Negara Malaysia menggunakan sistem sekular.

    Lihat sendiri apa yang dilakukan oleh kerajaan BN berkaitan dengan kes liwat I dan II Anwar Ibrahim orang melayu beragama islam sepatutnya kes itu dibicarakan dalam mahkamah syariah tapi diuruskan dalam mahkamah civil kerana mereka tidak mahu berterus terrang bahawa mereka mengamalkan sistem sekular.

    Tapi demi kepentingan politik peribadi, Malaysia sebagai Negara Islam hanya disebut secara terbuka oleh Mahathir pada 29/09/01 ketika berada di Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan ke-30 Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

    Untuk terus mengelirukan orang melayu, Najib pula ketika menjawab pertanyaan dari wartawan pada 18/07/07 mengatakan bahawa Malaysia bukan negara sekular tetapi merupakan sebuah negara Islam dengan takrifnya yang tersendiri.

    Kononnya Malaysia tidak pernah berpegang kepada sekularisme tetapi didorong oleh asas Islam kerana perlembagaan jelas menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi.

    Tapi perundangan merujuk pada satu nota yang disediakan oleh Colonial Office bertarikh 23/03/1957 semasa London Conference Talks yang berbunyi,

    Para anggota delegasi Parti Perikatan menekankan bahawa mereka tidak ada niat untuk mewujudkan negara Muslim tetapi bahawasanya Malaya akan menjadi Negara Sekular”. Ini adalah niat asal yang begitu jelas dan nyata oleh ahli-ahli UMNO, MCA dan MIC.

    Dari sudut ekonomi pula, biarpun dengan adanya Bank Islam, pajak gadai Islam (ar-Rahn), universiti Islam namun sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia adalah sistem ekonomi Kapitalis di mana riba menjadi tunjang kepada banyak aktiviti perdagangan, khususnya perbankan.

    Judi dan arak dibenarkan dengan hanya memberikan satu tauliah yang dipanggil ‘lesen’. Hak umum rakyat yang wajib disediakan secara percuma oleh pemerintah seperti pendidikan, kesihatan, petrol, air, jalanraya dan lain-lain dikenakan bayaran sesuka hati oleh pemerintah yang kita kenali sebagai kerajaan haramjadah.

    Oleh kerana itu orang-orang seperti Zulkifli Nordin dan seangkatan yang menjadikan kematian Karpal Singh sebagai memudahkan parti PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah satu penipuan yang nyata.

    Dan sikap UMNO Baru yang beriya-iya mahu menyokong usul hukum hudud yang akan di bawa oleh PAS ke parlimen juga adalah retorik yang akan memperbodohkan pemimpin PAS dan ahli-ahlinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Melayu dengan Melayu bergadoh pasal Sing , tak pulak Cina dan India bergadoh pasal Melayu .

      Ketika mangkatnya Almarhom Sultan iskandar Johor , ramai koncho-koncho anti-establishment menghina dan mempersenda ,tak pulak puak-puak "ini" bertegang leher mempertahankanya .
      Pelik Melayu sekarang , ' lebih sudu dari kuah ' .

      Delete
    2. Terbaaeekk...

      Tak perlu tambahan kata-kata untuk melayu yg merasakan diri mereka cukup sempurna kalau mempertahankan hak bukan melayu - kj & najib styles.

      Delete
    3. Tebing tinggi. Jangan jadi bodoh. Dalam parlimen MCA hina Islam, wakil rakyat DAP yang bertekak dengan MCA. Lim Guan Eng masuk penjara sebab bela gadis Melayu yang dirogol pemimpin UMNO. Karpal Singh sendiri pernah membela Halimatussadiah Kamarudin yang dipecat daripada perkhidmatan awam sebab memakai niqab. Karpal juga membela anak-anak Melayu di Singapura yang dipaksa untuk melucutkan tudung sekiranya hendak bersekolah. Kalau maklumat tak ada, duduk diam-diam je. Melayu dah banyak diperbodohkan. Kita tak perlukan orang yang bodoh untuk memperbodohkan Melayu lagi

      Delete
    4. Tebing Tinggi,

      Tindakan individu-individu yang mempersendakan Al Marhum Sultan Iskandar Johor bukan hanya berlaku kepada baginda seorang sahaja. Perkara sama juga berlaku kepada Al Marhum Tunku Abdul Rahman, PM pertama dan bapa kemerdekaan kita!

      Bagi sesiapa yang waras fikiran, perbuatan ini melambangkan kerendahan moral sang pelaku. Individu yang rosak jiwanya. Semua masyarakat dan ugama termasuk ugama Islam tidak dapat menerima perbuatan ini sebagai satu perbuatan yang buruk dan tidak boleh diterima.

      Tetapi manusia-manusia begini wujud dimana-mana samada kita suka atau tidak. Tindakan yang paling munasabah bila berhadapan dengan manusia sebegini ialah jangan ambik peduli. Kita tahu dimana kedudukan moralnya.

      Amat malang jika kerana wujudnya segelintir manusia-manusia sebegini, ada pula yang menggunakan alasan perbuatan yang salah disisi moral sejagat ini sebagai alasan untuk melakukan juga atas tujuan tertentu yang hanya pelakunya sahaja yang tahu.

      Jadi, apakah beza antara keduanya? Akal yang waras akan jawab 2 x 5 je.....

      Delete
  8. Zul Nordin memang manusia bangsat.Dulu dia kata Mahadet ni raja,polis, hakim dan semuanya dia.Dulu dia nak bela perempuan melayu murtad.Tapi dia gagal sebab dia memang manusia sifat Dajjal.

    ReplyDelete
  9. Bila pul zul buat uturn dan minta maaf? Ada bukti?
    Kj yg patut minta maaf sebab mempertikaikan najib mencalonkan zul sebagai wakil bn. Menyedari kesilapannya dia membuat pembetulan, membantah jika dicalonkan di masa hadapan.
    Siapa kj? Jadi menteri pun ehsan atas muka kesian..berlagak pula nak buat bantahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Follow twitter dia le. Len kali kalau tak tahu dok dendiam.....kalau bertanya nak tahu kan kita org melayu ada sopan santunnya.

      MP Langkawi pun telah minta maaf kepada keluarga mendiang karpal singh. Itulah sewajarnya sebagai seorang Islam. Semua orang buat silap tetapi orang yang tinggi akhlak dan peribadi aka minta maaf bila menyedari kesilapanya. Tahniah YB!

      Delete
    2. Setakat yg aku follow...zul tidak minta maaf sebaliknya dia tibai kj kaw kaw sampai lembek.

      Delete
    3. Kalau sdra follow sdra akan terbaca yang si zul dah sebut keunggulan m3ndiang sebagai seorang p3guam.

      Walaubagaimanapun kita harus memuji sikap ahli parlimen langkawi yang m3minta maaf dalam isu ini. Saya percaya berita itu bukan ditulis beliau sendiri tetapi ol3h pembantu-pembantu beliau. Kita sanjung sikap beliau yang mulia itu dengan m3ngambil tanggungjawab. Inilah sikap terpuji dan lambang kepada peribadi mulia seorang Islam.

      Isu ini senang sahaja. Ia adalah isu moral. Juga kita patut meraikan nasihat YB Dato Sabri Cheek.

      Delete
    4. Itu bukan minta maaf, zul menyatakan sudut pandangan mendiang sebagai peguam - umum pun tahu karpal terbaik sebagai peguam.
      Jangan memandai kata zul minta maaf dng tafsiran sendiri.

      Delete
    5. Sdra ni ada masaalah kefahaman apabila membaca ke? Ada saya kata zul minta maaf. Saya kata zul buat u turn. Maknanya dia tidak lagi m3neruskan atau terus menyerang karpal singh yang t3lah tiada.

      Maknanya lagi, dia sekarang telah menyertai manusia-manusia normal lain termasuk p3mimpin-pemimpin politik baik ( BN dan PR) mengenang sumbangan-sumbangan mendiang.

      Rasanya sdra masih belum bersedia untuk BERBINCANG di forum inilah jika masih mempunyai masaalah kefahaman. Mungkin sdra bol3h mengasah bakat sdra di blog MiM atau WZWH. Ini adalah pandangan ikhlas saya. Apabila kita berbicara di forum yang agak perdana, membawa idea partisan dengan tujuan untuk mengajak orang lain ke arah idea kita- kesilapan begini akan memberi gambaran n3gatif terhadap k3lompok sendiri BUKAN POSITIF SEPERTI YANG KITA MAHU.

      Delete
    6. Zul tidak pernah buat uturn, tidak pernah menyerang karpal dan memuji karpal dari sudut guaman. Statement zul yg menyatakan Allah sengaja mematikan karpal bagi memudahkan pas membentangkan hudud adalah umum dan realiti... apakah Allah 'tidak semgaja' mematikan karpal??? Terpaksalah saya tanya saolan kurang cerdik.

      Bagaimana keputusan kerajaan dap yg memberi penghormatan negeti kpd mendiang, bagaimana seorang penjenayah yg belum diampunkan layak diberi status iu. Jika karpal masih hidup kputusan dap yg tidak bermoral itu pasti ditentangnya atas dasar prinsip.
      Keputusan dap negeri nyata akan mendapat pertikaian berterusan yang menjejaskan reputasi karpal itu sendiri

      Delete
    7. Hello bro...apa gaduh2...karpal sendiri menghina diriya, dia minta org melayu dan Islam langkah mayatnya.

      Jika selain dari itu, aku masih anggap tidaklah sekurang ajar karpal itu sendiri.

      Tutup kes.

      JURI JENAZAH

      Delete
    8. Inilah jenis orang tak faham apa-apa tapi nak komen. Cuba kita berfikir sejenak kalau kerajaan Thai atau Myanmar nak tegakkan undang-undang berasaskan ajaran Buddha. Lepas tu muncul pejuang Islam mirip Karpal yang suruh langkah mayat dia dulu kalau nak tegakkan undang-undang Buddha. Adakah pejuang itu turut menghina diri sendiri? Fikir dulu sebelum komen. Jangan cuba berlagak pandai lepas membodohkan diri sendiri

      Delete
    9. Anon 15:42
      Zul bertanding dia kalah
      KJ bertanding dia menang
      kalaupun KJ dapat jadi menteri sebab ihsan Najib takpa lah pun bukan macam Zul yg kalah tangan kosong Dan dapat telur saja

      Delete
  10. ramai bebeno yang mengarah najib itu dan ini, patutlah ds pm semakin hari semakin pening. singh punya pusing, dah mati pun buat orang lain pening.

    ReplyDelete
  11. janganlah semata-mata niat hendak membodek pok jib dengan menghina orang yang telah meninggal dunia.

    ReplyDelete
  12. Bangang Punya Shahbuddin... Nampak Sangat Pembangkang Sokong Si Sial Pukimak Kau Khairi Jamaluddin..

    Cai 2 Pembangkang yang Tak Tahu apa Karpal Buat Mengenai Islam.. Nie Konfirm Red Bean Army atau Baru Bangun Dari LIWAT yang berpanjangan.

    Blog Shabuddin nie.. Tak Paya Pakai Otak Kalua Nak Komen..

    Komen yang betul cara nyer sebigini ajer.. Tak Payah Pakai Otak Pon

    Macai Peliwat2 Peliwat Tegar..

    Bukannyer Cerdik Fikir Liwat sajer Liwat Liwat mana Nak nampak yang betul dengan Yang Liwat..

    Fikiran Cai Hanya Meliwat..

    Apa sajer yang menghalang LIWAT mereka akan bangkang...

    1 LIWAT 1 SAAT 4 CM PARTI KEMUT KELILING..jangan Tak Liwat dan Jangan Tak Keeemut.. OK.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang bangang? Orang yang menegur Zul yang menyakiti hati orang lain atau orang yang mempertahankan perbuatan Zul yang Nabi sendiri tak ajar?

      Delete
    2. "Cai 2 Pembangkang yang Tak Tahu apa Karpal Buat Mengenai Islam.."

      Sebagai seorang yang tahu "apa karpal buat mengenai Islam" - sepatutnya sdra jelaskan dengan jelas supaya yang tak tahu menjadi tahu dan menjadi pencerahan. Begitulah caranya orang yang tahu mengajar orang tak tahu. Kata bijak pandai - sampaikanlah walau satu perkataan. Itulah sifat seorang yang berpegetahuan

      Kami yang tak tahu menunggu pelajaran aka disekolahkan oleh tuan yang budiman lagi berpegetahuan...

      Delete
    3. betul lah baru bangun...

      Delete
  13. Apa yang Zul cakap tu betul, tapi kena tempat dan waktu. Kalau baca balik tweet pertama dia dah menyinggung perasaan ahli keluarga Karpal yang sedang bersedih. Patutnya tweet pertama tu ucaplah takziah dulu. Kalau aku bukan Islam dan Karpal tu ahli keluarga aku pun marah.

    Lepas ni confirm ada yang kata Karpal pernah menyinggung perasaan orang Islam. Padahal dia cuma buat kenyataan berdasarkan kapasitinya sebagai seorang pengamal undang-undang je kot.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, tak kena pada tempat

      Delete
  14. Itulah segelintir orang Islam di negara kita. Nak berhujah tak pandai, maklumat tak ada, bila bukan Islam jentik sikit dah melenting.

    Arwah Ahmad Deedat dengan Dr. Zakir Naik boleh je berdebat dengan agamawan daripada agama lain. Boleh je patahkan hujah lawan yang menghina Islam. Siap ajak musyrikin peluk agama Islam lagi.

    Kalau nak harapkan keyboard warrior yang berhujah seolah-olah dirinya sahaja pejuang Islam, sampai bila-bila pun orang Kafir akan perkecilkan Islam

    ReplyDelete
  15. ooo ini yg anak maslan cakap blue waves tu ye..komen tapi tarak fakta ..pooodah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...