Monday 28 April 2014

Feri Karam, PM Korea Letak Jawatan Tapi MH370 Hilang, PM Malaysia Sibuk 'Berselfie'


Ada dua kejadian malang sedang menimpa dunia ketika ini. Satu, mengenai kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia membawa 239 penumpang yang masih misteri sehingga kini sejak 8 Mac lalu manakala yang kedua ialah tragedi feri karam di Korea Selatan pada 16 April lalu yang dipercayai mengorbankan hampir 300 nyawa.

Dalam kejadian feri karam itu, sehingga ini seramai 180 orang sudah disahkan meninggal dunia dan hanya selepas 11 hari daripada kejadian itu, Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-won mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya bagi memikul tanggungjawab atas kritikan terhadap kerajaan mengenai tragedi itu.

Perkara terbaik untuk saya lakukan ialah memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan, katanya tanpa ragu-ragu.

Tetapi dalam kes kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki minggu keenam sehingga ini, di sebalik pelbagai kritikan dari dalam dan luar negara terhadap cara kerajaan menguruskan tragedi itu, langsung tidak terlibat ada mana-mana pemimpin negara yang sedia memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan.

Baik Perdana Menteri, Najib Razak ataupun pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein - kedua-duanya langsung tidak menunjukkan moral yang tinggi sebagai pemimpin atas kejadian itu. Bukan saja tidak menunjukkan keinginan untuk memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan, malah seboleh-bolehnya cuba melindungi dan mempertahankan lagi kedudukan yang disandang sekarang.

Perdana Menteri khususnya seolah-olah tidak terkesan dengan kehilangan pesawat yang membawa 239 nyawa yang sekaligus menyebabkan beribu-ribu yang lain yang sedang menangis ketika ini dengan terus menunjukkan wajah seolah-olah tiada apa yang perlu dikesali dan dipertanggungjawabkan daripadanya.

Ketika kenyataan Najib bahawa MH370 telah berakhir di Lautan Hindi dan MAS pula menghantar pesanan ringkas memaklumkan tiada penumpang yang selamat tapi tidak dapat disertakan dengan apa-apa bukti sehingga menimbulkan kemarahan keluarga dan waris mangsa, bukan saja perkataan maaf jauh panggang daripada api, bahkan kenyataan Perdana Menteri itu pula yang cuba dipertahankan sebagai tidak bermaksudkan pesawat itu telah terhempas dan penumpangnya meninggal dunia.

Ini dapat dibayangkan bahawa andainya nanti MH370 tidak terhempas sebagaimana yang ditafsirkan sebelum ini dengan pencarian dilakukan di Lautan Hindi dan usul takziah juga sudah dibentangkan di Parlimen, tindakan mahu memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan turut mustahil dilakukan.

Jelas bahawa prinsip moral dan konsep pertanggungjawaban antara Perdana Menteri Korea Selatan dengan Perdana Menteri Malaysia begitu jauh beza dan jaraknya.

Lebih dari itu, penyerlahan "wajah tidak berdosa" Najib ini juga dapat dilihat ketika beliau giat "berselfie" dengan pemimpin-pemimpin dunia yang ditemuinya. Minggu lalu beliau "berselfie" dengan Perdana Menteri Turki, Tayyib Erdogan dan semalam pula kelihatan cukup berseri-seri dapat "berselfie" dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Gambar beliau "berselfie" itu, terutamanya dengan Barack Obama menjadi viral dan perbualan di media sosial ketika ini.

Walaupun "berselfie" adalah hobi kebanyakan orang ketika ini tetapi ada pula yang menyifatkan kegilaan terhadapnya sebagai tanda-tanda mengalami gangguan jiwa iaitu kerana mengharapkan puji-pujian, untuk menarik perhatian dan untuk menunjukkan sikap 'humble' yang sebenarnya tiada dalam diri seseorang itu.

Sama ada Najib mengalami salah satu gangguan itu atau sebaliknya, tiada siapa yang dapat memastikannya dengan tepat tetapi dalam beliau ghairah "berselfie" itu, janganlah sampai terlupa akan tragedi malang MH370 itu sehingga bukan saja waris keluarga mahukan ketelusan kerajaan, malah Obama sendiri mengharapkan perkara yang sama.

Namun lebih afdal jika dapat mencontohi sikap terpuji seperti Perdana Menteri Korea Selatan itu dan kurang-kurangkanlah "berselfie". (SH 28/04/2014)

12 comments:

  1. Tuan,

    Mana sama jawatan PM Malaysia dengan jawatan PM Korea Selatan. Jawatan PM Malaysia sama taraf dengan jawatan sultan zaman dulu. Negeri dia punya. Semua benda dalam negeri dia punya.tanggungjawab semua orang lain kena pikoi. Dia tang yang seronok je.

    Dalam dunia ni hanya jawatan PM Malaysia dan Zimbabwe je yang paling istimewa. Jawatan PM atau Presiden negara-negara lain l3bih kurang jawatan peon je. Semua beban dia kena pikoi dan kena pikul setiap benda yang berlaku dalam negara.

    Jadi sapo nak lepaih jawatan PM kat Malaysia ni......

    ReplyDelete
  2. Meletak jawatan , apabila belaku musibah yang dipertangongjawabkan adalah normal dan menjadi budaya mereka ,terutama di Korea dan Jepun.

    Di Malaysia ni , pemimpin yang dah didapati bersalah olih mahkamah, kerana berkelakuan sumbang pon masih merangkul kapada jawatan yang dipegang dan terhegeh-hegeh mencari pengaroh luar pulak untok melepaskan diri. Dimana kekuatan diri sebagai pemimpin yang telah disebut-sebut bakal meneraju negara adalah amat dipersoalkan ,dimana maruah negara harus jadi gadian bagi meluputkan keburukan peribadi.

    Kalau benang dikata benang'
    jangan pulak disangkakan tali,

    mengapa mencari pengaroh orang'
    dimana letaknya kekuatan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni edit ni..
      http://4.bp.blogspot.com/-IqaFWdSbiH8/U15V06cUDZI/AAAAAAAArus/KiyLYgiE1-8/s1600/IMG-20140428-WA008-778774.jpg

      Delete
  3. Alahai Kesihan Benor Kau nie Shahbudin Anak Lelaki Husin Malang...

    Kesihan Mok Kau mengandung 9 Bulan, Dah susah Nak Beranakkan Kau.. Bila Besor sebar dakyah macam nie..

    Memang Sial Majal lah Mak Kau yang dah Mampos, Babapk Kau Lagi malang...

    Aper kena mengena nyer isu Flight 370 dgn ferry karam tu mangkok hanyyung..

    Sia2 Benor Allah bagi kau nie akal.. Lembu dan Binatang Lain sepatutnyer menuntu drp Allha supaya cepatlah kau nie mampos, kerana sebar dakyah .....

    Kalau tak pon anaok bini kau pon sengal dan bebal cam kau jugok ler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekau yg menulih ni ado kedudukan ko disisi Allah???akal kau ni den ghaso lotak colah jubo kot.kalau baco artikel sedaro shahbudin tu,dio nk cerito an pasal ketinggian peribadi seseorang.
      Yang kau bangang bona ni apo hal???ekau lg bangang dari kobau lombu...

      Delete
    2. Mnusia ada plbgai feel dan pnykit mental.
      Salah satu tnda pnykit mental ialah mnulis atau komen d luar dr artikel yg sebenar.
      tanda kdua ialah dia tak suka org tulis yg betul dia anggap dia yg betul.
      Tanda ke3 ..dia tulis syiok sendiri dan mahu fikir kesannya pada org lain....

      Delete
  4. Alahai anon 7:54.....ape ke bodoh benor ko ni.....ko sekolah takat darjah berape? x pon ko dh mabuk dek duit brim..
    kaitan dua2 tu, semuanya melibatkan nyawa. tp biasala.....dh kenyang dek kentut najib, semua mabuk.malaih aku nk kabor panjang2

    ReplyDelete
  5. Anon 07:54 tolonglah berhujah dengan baik, tak perlulah sampai melibatkan yang tidak berkaitan, bagaimana kalau ayat yg sama org lain tujukan kepada kita?

    Ini bukan soal peristiwa yg berbeza tetapi soal tanggungjawabnyg perlu dipikul oleh pemimpin terhadap sesuatu peristiwa.

    Sikap pemimpin malaysia malah majoriti sikap pemimpin dunia berbeza dengan pemimpin seperti korea, jepun dan taiwan...tuntutan budaya yang tidak sama. Yang terbaik elok kita mengkaji sikap Khalifah Islam dan apakata Al Quran dan Hadis dalam isu seperti ini?

    Di Malaysia, kalau berdasarkan peristiwa atau sesuatu yg signifikan - sewajarnya sudah ramai yang letak jawatan secara terhormat.

    ReplyDelete
  6. Seorang pemimpin yang bermaruah perlu sentiasa tahu bila waktunya beliau harus berundur tanpa perlu didesak atau ditekan. Jika sudah majoriti rakyat atau pengikut sudah memberi isyarat jelas agar berundur atau meletak jawatan, beliau perlu lakukan. Cuma pemimpin yang haloba, tamak kuasa dan berkepentingan duri akan terus pertahankan kedudukannya walau banyak kegagalan dan penyelewengan berlaku diera pentadbirannya

    Apa pun tanggapan orang ramai ekoran perletakan jawatan presiden Korea Selatan berhubung tragedi feri karam yang melibatkan ratusan nyawa melayang, langkah yang diambil presiden itu membuktikan beliau sama sekali bukan individu yang mabuk kuasa walau pun beliau bukan individu yang bertanggung jawab terus dengan tragedi berkenaan. Malah saya yakin jika presiden yang sama ini adalah PM Malaysia, langkah yang sama akan diambil beliau terkait tragedi MH370 yang hilang, Kelang Gate Scandal, Isu kerugian PERWAJA. Isu NFC dan beberapa isu besar lain.

    Dan kalaulah PM Malaysia sekarang ini seorang PM Korea, saya yakin telah lama dia tidak berada ditempatnya sekarang justru kes kes dan isu yang disebut tadi.

    ReplyDelete
  7. Ramainya penasihat ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasihat menasihati itu suruhan ugama. Surah Al Asr - orang yang saling nasihat menasihati adalah orang yang tidak berada didalam kerugian.

      Mencarut memaki orang lain itu bukan sifat orang Islam dan adalah termasuk didalam orang yang rugi didalam kehidupan dunia dan akhirat. Apatah lagi bagi pejuang-p3juang yang mengaku berjuang untuk m3mpertahankan Islam tidak s3kali-kali memaki orang.

      Delete
  8. PM haramjadah mana tau malu.Muka tebal kulit babi,tak terkesan apa-apa pun.Syok sendiri,tengok2 satu hari tetiba dah duduk dalam lokap.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...