Wednesday 16 April 2014

Respon Berita Tidak Tepat, Mana Pegawai, Penasihat Dan Con-Setan Najib?


Untuk menunjukkan kerajaan pimpinannya sentiasa bertanggungjawab dalam misi pencarian pesawat MH370 yang masih hilang dan beliau pula tidaklah seteruk yang disangka, Perdana Menteri, Najib Razak segera menyelar Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang didakwa mengeluarkan kenyataan mampu menyelesaikan kemelut itu hanya dalam satu saat.

Kata Najib, kenyataan Anwar yang disiarkan dalam majalah Southern Weekly itu langsung tidak masuk akal dan memperbodohkan pertimbangan akal budi rakyat negara ini.

"Maka kalau ada yang mendakwa konon kalau dia diberi kuasa, dia boleh cari pesawat MH370 yang hilang itu, ia memanglah tidak masuk akal sama-sekali, malah boleh dikatakan memperbodohkan pertimbangan akal budi rakyat secara keseluruhannya," ujar Najib di perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan, semalam.

Secara logiknya, akal waras sesiapa pun tidak mempercayai Anwar boleh mengeluarkan kenyataan seangkuh itu memandangkan beliau bukanlah pemimpin taraf hingusan yang boleh memberi kenyataan tanpa berfikr panjang terlebih dahulu, kecualilah jika beliau sudah benar-benar hilang akal.

Ini kerana apalah yang boleh dilakukan dalam tempoh satu saat, meneguk segelas air pun memerlukan tempoh masa lebih lama daripada itu.

Selain itu, ada yang menpertahankan Anwar bahawa ungkapan satu saat itu sebenarnya hanyalah kiasan untuk menunjukkan hanya tempoh singkat diperlukannya menyelesaikan krisis kehilangan pesawat yang sudah lama berlarutan itu.

Setelah diselar Najib, lantas Anwar segera bingkas dan membidas balik kenyataan Perdana Menteri itu dengan mengatakan bahawa Perdana Menteri telah memberi respon berdasarkan terjemahan yang salah serta mengelirukan. Terjemahan kenyataan Anwar daripada majalah itu dipercayai dilakukan oleh Bernama.

Menurut Anwar, beliau tidak pernah mengatakan mampu menyelesaikan isu kehilangan pesawat itu dalam satu saat, sebaliknya apa yang dinyatakannya dan terkandung dalam teks asal yang diterjemahkan daripada bahawa Cina ialah bahawa beliau hanya memerlukan satu saat untuk membuat keputusan yang memastikan penguatkuasaan yang dilakukan menjamin keselamatan negara.

Jelasnya lagi, terjemahan teks asal dengan apa yang disiarkan media berbeza sama-sekali.

Jika hanya untuk membuat keputusan, memang logiklah hanya satu saat diperlukan. Bukankah kerja pemimpin membuat keputusan setelah mendapat pelbagai pandangan dan nasihat daripada pihak-pihak yang berkaitan?

Selain Anwar mendakwa Najib memutar-belit dan menipu dengan menyalah-tafsirkan kenyataan sebenarnya, beliau seterusnya mengatakan Perdana Menteri masih tidak berani menjawab beberapa persoalan pokok yang menjadi perbualan ramai di sebalik misteri kehilangan pesawat itu.

Persoalan yang berbangkit ialah bagaimana seorang Perdana Menteri boleh memberi respon terhadap berita yang diterjemahkan secara tidak tepat yang akhirnya memalukan dirinya sendiri?

Sebagai seorang yang berakal waras juga, tidak terfikirkah beliau bahawa amat mustahil, bukan saja Anwar, malah sesiapa juga pun, untuk mengatakan mempunyai kebolehan yang luar biasa untuk menyelesaikan isu sebesar kehilangan pesawat itu hanya dalam satu saat?

Jika beliau terfikir kenyataan itu tidak logik, kenapakah tidak diminta pegawai dan penasihatnya memeriksa dulu kebenarannya? Di manakah sebenarnya pegawai, penasihat, con-setan atau con-sultan yang berlambak di sekeliling Perdana Menteri?

Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin pernah mendedahkan di blognya bahawa Najib mempunyai 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang akhbar, wartawan kanan dan eksekutif televiseyen untuk menasihatinya berkaitan media sedangkan Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun hanya mempunyai 3 orang pegawai media saja.

Dalam masa yang sama, sepanjang pentadbiran Najib juga dilaporkan bahawa kerajaan telah membelanjakaan sejumlah RM7.2 bilion untuk membayar pelbagai jenis perkhidmatan con-sultan atau con-setan, yang dipercayainya antaranya termasuk kepada Apco yang memberi khidmat perundingan media.

Di manakah mereka ini dalam memberi nasihat dan menunjukkan mana satu kenyataan yang boleh diberi respon dan mana pula yang perlu diabaikan saja?

Adakah dalam pertimbangan Najib, menyelar kenyataan Anwar itu, walaupun berdasarkan terjemahan yang tidak tepat, dapat membuktikan beliau seorang pemimpin yang hebat?

Dengan keghairahan yang berlebihan untuk menjawab apa saja yang dibangkitkan oleh Anwar tanpa memeriksa ia benar atau salah terjemah dan mengabaikan perkara-perkara pokok yang sepatutnya dalam krisis kehilangan MH370 ini, ia sebenarnya lebih mendedahkan kelemahan Najib sendiri, walaupun dengan gahnya beliau dikelilingi oleh pegawai dan penasihat yang berlambak jumlahnya serta con-setan yang berguni ongkos bayarannya. (SH 16/04/2014)

4 comments:

  1. Apa bedzanya menyelesaikan kehilangan MH 370 dalam masa satu saat, dan membuat keputusan menyelesaikan masaalah dalam masa satu saat yang pasti menjanjikan penyelesaian masaalah ?.

    Mungkin betul Anuar boilh menyelesaikan masaalah pencarian MH 370 atau membuat keputusan untok mendapatkan semual MH 370 dalam masa satu saat sahaja .

    Mungkin dengan mengunakan khidmat Bomo 1 Malaysia yang dikenali.

    Mungkin juga Anauar memang mengahtahwi akan kehilangan MH 370 dan akan mendapatkanya, sekira diminta.

    Najib kenalah minta Anuar carikanlah kot !.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib boleh buat yang lebih bermanafaat dari minta Anwar carikan iaitu melantik Anwar mengetuai operasi mencari MH 370 yang melibatkan 26 negara dengan memberi full power.

      2 manafaat bagi Najib. Pertama dia tak perlu takut ditanya setiap masa dan memeningkan kepala dengan pelbagai permainan politik kuasa besar. Kedua, dia ada kambing hitam untuk dilepaskan segala akibat buruk akibat kegagalan kerajaan mena ggani isu ini.

      Jika Anwar berjaya, Najib juga yang nampak hebat dan bijak sebab dia yang lantik.

      Delete
  2. Semua rakyat tahu yang najib ni memang pengecut orangnya.Perlu ramai orang berada kelilingnya kerana dia memang pengecut.Cakap banyak tin kosong, ajak berdebat dengan Anwar tak mahu pula.Mengapalah rakyat malaysia yang bodoh melantik manusia banggang cap kangkong jadi PM.

    ReplyDelete
  3. Semenjak hari pertama Najib memegang jawatan sebagai perdana menteri Malaysia hingga kehari ini, sudah jelas bahawa Najib lebih banyak mempamerkan kebodohan dari kepandaiannya.

    Paling bebal apabila dia menggunakan sayur kangkong dan harga ayam sebagai tajuk harga barang turun. Amat memalukan apabila orang luar negara turut menyindir Malaysia mempunyai perdana menteri taraf kangkong tapi bagi ahli UMNO Baru melihat ianya satu pujian.

    Terdapat dua faktor yang menyebabkan Najib ambil kesempatan mengutuk Anwar konnya mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu dalam sesaat.

    Pertama wartawan Bernama tak faham bahasa akhbar China, Southern Weekly dan diterjemahkan pula ikut suka wartawan saja lalu penasihat ciplak jadikan skrip. Kedua, sifat UMNO Baru sejak dulu, kini dan selamanya memang suka membuat fitnah dan mengadu-dombakan fakta jadi auta. Kalau tak tipu bukan UMNO Baru namanya.....

    Semua orang tahu kelemahan dan ketakutan Najib. Maka amat payah untuk rakyat mempercayai kata-kata Najib bahawa Anwar boleh menyelesaikan masaalah MH370 dalam sesaat.

    Sebenarnya ahli UMNO Baru terlepas pandang bahawa apabila diantara ahli nya mahu diangkat menjadi pemimpin negara maka orang itu perlu ada sikap tegas, cepat dan berani ketika menghadapi cabaran getir seperti yang dimaksudkan oleh Anwar bahawa dia akan mengambil masa satu saat untuk “membuat keputusan” berkaitan tindakan yang perlu diambil demi keselamatan rakyat...... bukannya menyelesaikan masaalah MH370 dalam masa sesaat.

    Itu sebabnya Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty amat takut dengan Anwar Ibrahim...kerana beliau adalah pemimpin melayu yang hebat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...