Sunday 6 April 2014

Ibrahim Ali Kata UMNO Dan Pas Sama-Sama 'Biol', Pulak Dah...


Tanpa angin dan tanpa ribut, tiba-tiba saja Presiden Perkasa, Ibrahim Ali meluahkan kemarahannya kepada UMNO dan Pas yang disifatkannya gagal dalam memperjuangkan nasib Melayu dan Bumiputera, sebaliknya asyik bertelagah sesama sendiri sehingga matlamat perjuangan itu menjadi terabai.

"Pemimpin kita banyak yang 'biol', patut dihantar ke Tanjung Rambutan. Apa yang bergaduh pun saya tak faham. Kereta besar, rumah besar, hidup mewah, mahu apa lagi?

"Semua ada, nak apa lagi? Yang kita tuntut sikit saja - kesatuan ummah dan memupuk silaturrahim. Kalau ini tidak dijaga, Melayu akan hancur," katanya dalam sebuah majlis di Puchong.

Dengan latar belakang politiknya sebelum ini, kalau Ibrahim Ali meluahkan kemarahan kepada Pas, ia tidaklah menghairankan kerana setelah berjaya meminjam logo Pas dalam pilihanraya 2008 dan kemudian "mengencing" parti itu dengan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil Bebas tetapi condong kepada UMNO dan BN, beliau mungkin sudah berkerat rotan dan berpatah arang dengan Pas.

Beliau kemudian menubuhkan Perkasa untuk memperjuangkan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera tetapi langkahnya seringkali bersifat melampau sehingga tidak disenangi oleh banyak pihak. Dalam masa yang sama, kecondongannya kepada UMNO, BN dan kerajaan juga amat terserlah.

Tetapi setelah hampir diketepikan dalam pilihanraya 2013 lalu dan dikatakan hanya setelah adanya campurtangan Mahathir Mohamad yang menyaksikan calon UMNO di Pasir Mas tidak mengemukakan borang pencalonannya, barulah beliau menjadi calon Bebas yang disokong oleh UMNO dan BN dalam pilihanraya umum lalu.

Beliau bagaimanaoun tewas kepada calon Pas, Nik Abdul Nik Abdul Aziz dan sejak kekalahannya dalam pilihanraya umum lalu itu, beliau mulai agak kritikal terhadap UMNO, kerajaan dan Najib Razak meskipun sebelumnya Perkasa memperolehi banyak manfaat dan menerima bantuan kewangan untuk program-programnya daripada kerajaan.

Dalam beberapa isu, terlihat Ibrahim Ali dan Perkasa memuntahkan banyak serangannya terhadap Najib, UMNO dan kerajaan. Tetapi bila ada pilihanraya kecil, beliau selalunya berpatah balik menyokong Najib dan kerajaan serta menghalakan serangannya kepada pembangkang pula.

Sebab itu, ramai yang berkata, lebih-lebih lagi yang mengenali Ibrahim Ali, serangannya kepada Najib, UMNO dan kerajaan hanyalah "main-main" dan untuk menarik perhatian saja. Hati, cinta dan kasihnya tetap kepada kerajaan yang sedang berkuasa.

Cuma, bila kali ini beliau meluahkan kemarahannya kepada UMNO dan Pas sekaligus dengan menuduh kedua-dua parti itu dipimpin oleh pemimpin yang 'biol', maksud muntahan perasaannya itu menjadi pelbagai. Dengan karektor politiknya, tiada yang pelik jika beliau mendakwa Haji Hadi dan lain-lain pemimpin Pas sebagai 'biol' tetapi tentulah agak pelik bila dalam masa yang sama, beliau juga mengatakan Najib, Muhyiddin dan lain-lain pemimpin UMNO turut sama 'biol' sedangkan pemimpin itulah yang sering dipertahan dan ditemuinya sebelum ini.

Kenapa baru sekarang disedari mereka itu 'biol' oleh beliau? Tidakkah beliau sedar bahawa UMNO pernah menganiaya dan menyingkirkannya sebagai pemimpin sebelum ini?

Walaupun bersandarkan kekecewaannya terhadap nasib Melayu dan Bumiputera yang masih terabai, serangan 'biol' ini tentulah lebih ditujukan kepada Najib dan lain-lain pemimpin UMNO kerana merekalah yang sedang berkuasa dan mempunyai lebih peranan untuk dimainkan.

Ada pula seorang rakan lama Ibrahim Ali bertanya, adakah sikapnya yang bertukar-tukar wadah perjuangan sehingga dicatat sebagai pemimpin Melayu yang paling banyak bertukar parti - daripada Berjasa, UMNO, Semangat 46, UMNO kembali, meminjam logo Pas, Bebas dan kini Perkasa - lebih 'biol' dari segala 'biol' kerana ia juga tidak menampakkan keinginan untuk memperjuangkan Melayu tetapi lebih kepada survival peribadi? (SH 06/04/2014)

16 comments:

  1. Tuan,

    Berahim Ali berjuang unuk orang melayu dan Islam?.....saya pasti kalau kita bagitau kat burung-burung belatuk kat Kelantan pun, burung- burung belatuk ini akan ketawa terbahak-bahak kerana ia adalah satu lawak bodoh. Apatah lagi kat rakyat Kelantan.

    Yang Berahim Ali boleh tipu hanyalah melayu-melayu luar kelantan dan pseudo-melayu seperti mamak-mamak yang mempunyai agenda mahu hijack perkara 153 iaitu hak keistimewaan orang melayu dan bumiputra yang termaktub didalam perlembagaan persekutuan.

    Mamak-mamak ni pun bukannya percaya kepada Berahim Ali tetapi sekadar menggunakan Berahim Ali sebagai front je.

    Perjuangan Berahim Ali hanyalah perjuangan untuk tembolok di je. Semua orang dia kencingataih kepala depan-depan.

    bat8

    - aku tahu sebab aku jiran sekampong Berahim Ali!

    ReplyDelete
  2. sulaimen akhlaken6 April 2014 at 15:07

    Berahim katak ni ramai org dh tau camner sifat dn perangainya.dia melalak dn melompat utk temboloknya sndiri.mngaku pejuang melayu tapi sifat dn perangai lahabau dn gedebe mngalahkan 'siam perut ijo'.biarkanlah dia terus melalak2 dn melompat2...penat nnti berenti la dia.

    ReplyDelete
  3. Sdr Shahbudin,

    Di Pasir Mas sendiri majoriti Melayu menolak Ibrahim, bagaimana Ibrahim nak menyatukan Melayu. Bukan sekadar Melayu PAS menolak Ibrahim malah Melayu UMNO di tempat beliau sendiri juga menolak Ibrahim. Ibrahim sebenarnya tidak lagi dikehendaki oleh majoriti Melayu baik UMNO mahu pun PAS. Kekalahan Ibrahim dalam GE13 lepas menzahirkan situasi ini. Maka Ibrahim bukanlah orang yang paling layak bercakap soal Melayu bersatu.

    ReplyDelete
  4. tuan ,

    sebodoh2 Ibrahim ali , Dr Mahathir dapat ditipunya hidup2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibrahim Ali akan sokong siapa saja yang mampu membayar khidmatnya. Maka Mahathir melalui orang ketiga mengambil kesempatan menaja dan peralatkan Ibrahim Ali bagi melaksanakan agenda provokasi khasnya isu perkauman agar semua melayu bersatu dan terima keturunan mamak jadi pemimpin.

      Dalam masa yang sama Ibrahim Ali pula menganjingkan ahli PERKASA keluarkan kenyataan akbar mengutuk dan buat laporan polis 1 Malaysia bila ada individu yang cuba menggangu pemimpin atau kroni UMNO baru.





      Delete
  5. Kluangman tgh buat show......lambat buat komen........

    ReplyDelete
  6. Pemimpin umno dan pas biol - kita setuju atau tidak.

    Jika kita pentingkan ugama, bangsa dan negara fakta itu yg perlu dibahas untuk menyatakan pendapat masing2...

    Kenapa perlu tumpu kpd siapa kata? Ibrahim ali atau ali ibrahim atau shahbudin dot com yg memberi pandangan tidak penting..kalau kita mahu org lain menghormati pandangan kita, apa perlu memperlekehkan pandangan org lain?

    Menggelar ibrahim ali dng pelbagai gelaran adakah mnepati akhlk Islam dan membeti sumbanan kpd kemajuan uama, bangsa dan negara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Steady le skit kalau nak bela berahim ali tu. Sekurang2nya bagi le hujah2nya.....apa hujahnya?

      Delete
    2. Kluangman dah pandai, dia tulis: "Jika kita pentingkan ugama, bangsa dan negara fakta itu yg perlu dibahas untuk menyatakan pendapat masing2...". Pandai pon. Sejak bila adanya perbahasan yang menyatakan pendapat masing2 untuk semua orang dan boleh didengar oleh rakyat. Pemimpin yang memerintah takut dan tidak mahu.

      Kluangman tulis lagi: 'Kenapa perlu tumpu kpd siapa kata? Ibrahim ali atau ali ibrahim atau shahbudin dot com yg memberi pandangan tidak penting..kalau kita mahu org lain menghormati pandangan kita, apa perlu memperlekehkan pandangan org lain?'. Pandai pon kluangman. Siapa yang selalu meperlekehkan pendapat? Rasa2 saya pemimpin yang memerintah yang tidak mahu dan tidak pernah mendengar pendapat orang lain. Nak bagi statement utk MH370 kat dewan Parlimen pun kena bahagi dua...satu parti pemerintah dan satu lagi utk pembangkang.....mana sekolah depa belajar....Bila memerintah utk semua rakyak Malaysia bukan rakyat parti tau!!!

      Kluangman tulis lagi: 'Menggelar ibrahim ali dng pelbagai gelaran adakah mnepati akhlk Islam dan membeti sumbanan kpd kemajuan uama, bangsa dan negara?'. Serupa dengan anda juga, suka mengelar orang dengan berbagai nama gelaran kalau orang lain beri pendapat.

      So, kluangman jangan jadi hipokrit ler. Cakap kau jer yang betul orang lain tak betul.

      Delete
  7. Bangsa dihina ,ugama diperlekehkan ,masih tidak memberi kesan kapada orang Melayu .
    Melayu sekarang sudah tidak sensitif kapada ugama dan bangsa , dakyah politik Malaysian Malaysia telah mengatasi segala-galanya .

    Lemah betul minda Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sulaimen akhlaken7 April 2014 at 11:08

      Tebing tinggi,

      Dr 1957 yg memerintah malaysia kebanyakkannya melayu.menteri2,mufti2,ketua2 jabatan dll semuannya melayu.knapa minda melayu msh lemah mcm ko?sbbnya pemimpin2 parti yg ko sanjung dn bela tu yg mnjahanamkan melayu dn islam.parti syaitan yg dikenali tu yg mmbodohkn melayu islam,memiskinkn melayu islam,merompak khazanah negara,mngkayakn bngsa lain dgn alibaba dll.tolonglah tebing tinggi.adakah mata dn matahati ko buta?adakah telinga ko pekak?ko mnyalak marahkn bngsa lain sedangkn pemimpin yg ko puja dn bela stiap saat mnjahanamkn melayu islam dn tanahair trcinta kita....

      Delete
    2. Sulaimen

      Apa yang saudara perkatakan itulah masaalahnya ( Melayu sentiasa berpikir dia lebih baik dari Melayu yang lain ), saudara adalah contoh yang baik akan masaalah.

      Delete
  8. Yang biol adalah pengikut-pengikut beliau..Perkasa baik untuk orang melayu tapi cari lah pemimpin lain dari Ibrahim Ali ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beghaim Katak???kalau dio lalu dopan den....den pijak kepalo ee sampai lunyai....tak pun den bagi penampa buayo mcm beghaim mat zin tu....

      Delete
  9. biarkan sahaja katak ni dgn perjuangannya. akhirnya dia pasti akan mati beragan.

    ReplyDelete
  10. Lebih 50 tahun Malaysia di bawah kuasa dan Perdana Menteri DAP..sebab itu Melayu kekal mundur brrbanding kaum lain. PM Malaysia srkarang pun dari part DAP dan seorang Cina. Tak pelik lah Melayu kekal layu. Kan kan kan ???. Berbillion RM lesap dalam kes PERWAJA, PKFZ, PEMBELIAN SCORPEEN, SKANDAL BMF dan segala mak nenek lagi tentulah di magic kan David Coperfield DAP. Kan kan kan ???. Jadi adakah Melayu patut puji dan bangga PM PM dan menteri menteri parti DAP yang berkuasa dan memerintah sampai hari ini ???. No wonder 48% saja rakyat Malaysia pilih DAP dalam GE13 lepas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...