Sunday, 12 January 2014

Mana Satu Pilihan Najib - Kembalikan ISA, Beri Mahathir Kuasa, Rombak Kabinet Atau Undur Diri?


Cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad agar Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA dikembalikan bagi menangani kumpulan ekstrem yang mungkin menggugat kestabilan negara, bukan saja mengundang pro dan kontra terhadap keperluan akta tersebut, sebaliknya turut menyeret idea agar beliau dikembalikan dalam kabinet bagi membantu kepimpinan Najib Razak yang dianggap terlalu lemah ketika ini.

Bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin yang melontarkan idea tersebut di blognya berkata, pengalaman lebih 20 tahun Mahathir dalam memimpin negara dan mengendalikan soal keselamatan dengan jayanya, tidak seharusnya dibazirkan begitu saja oleh Najib.

Katanya, cadangan ini bukannya untuk mengembalikan Mahathir kepada kedudukan kerusi Perdana Menteri tetapi perlu diberkan kuasa dalam kabinet untuk membantu Perdana Menteri dan kerajaan dalam menangani isu keselamatan, perkauman, agama dah ekonomi yang kian meruncing sekarang ini.

Sebelum ini Mahathir telah mencadangkan agar ISA dikembalikan semula bagi menangani pelbagai isu berkaitan keselamatan, perkauman dan agama yang timbul satu persatu sejak kebelakangan ini. Cadangan itu telah mendapat sokongan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Kumpulan konservatif yang masih merupakan majoriti dalam UMNO juga jelas berdiri teguh di belakang Mahathir berkaitan ISA ini dan mereka merasakan salah sebab lemahnya Najib ialah kerana tindakannya menghapuskan ISA pada 2011 dahulu.

Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun dengan pantas menolak keperluan untuk menghidupkan semula ISA ini. Walaupun sebelum ini beliau agak bertegas dan tidak bersetuju dengan cadangan Najib mahu menghapuskan Akta Hasutan dan Ordinan Darurat, dalam konteks ISA ini Zahid nampaknya memilih untuk berdiri di belakang transformasi Najib.

Sama ada pendirian itu kerana beliau benar-benar tidak setuju ISA dikembalikan atau kerana ketika ini pemilihan UMNO sudah berlalu dan tidak perlu lagi menunjuk-nunjuk sikap tegas, hanya beliaulah yang mengetahui isi hatinya yang sebenar.

Pihak pembangkang dan rakyat yang menyanjung hak asasi serta kebebasan bersuara sememangnya bersetuju apabila Najib bertindak menghapuskan ISA, namun tindakan itu tidak memberi impak besar daripada segi sokongan kepada kerajaan, terutama golongan terpelajar, pengundi muda, pengundi bandar dan seumpamanya.

Hakikat inilah yang menyebabkan golongan konservatif dalam UMNO merasakan tindakan Najib menghapuskan ISA adalah suatu pertimbangan yang salah kerana sementara sokongan rakyat tidak bertambah, kerajaan menjadi semakin tidak bertaring dalam menguruskan isu-isu kritikal.

Sementara cadangan Mahathir agar ISA dikembalikan terus mencetuskan reaksi yang berbagai dan mungkin menyebabkan sokongan terhadap kepimpinan Najib kian merosot, cadangan Zainuddin Maidin agar Mahathir diberikan kuasa dalam kabinet untuk membantu Najib dan kerajaan, jelas merupakan satu lagi terjahan yang bakal menyebabkan kedudukan Perdana Menteri semakin terhimpit ke dinding.

Sebagai bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Zainudin Maidin yang lebih dikenali sebagai Zam seperti sedang mengiringi bekas Ketua Pengarang NST, Kadir Jasin yang sudah sekian lama bersikap lantang dan kritikal terhadap kepimpinan Najib.

Dengan idea Zam tersebut, bukan saja mengesahkan Najib sebagai Perdana Menteri yang paling lemah tetapi juga membuktikan seluruh anggota kabinet seolah-olah sudah lumpuh dan tidak mampu lagi menyumbang sebarang kebaikan kepada negara. Ia secara tidak langsung juga membenarkan segala gelaran yang diberikan kepada sesetengah menteri seperti cap ayam, cap sardin dan sebagainya.

Di sebalik cadangan mengenai ISA, apa pilihan Najib sebenarnya?

Mahukah beliau mengembalikan semula ISA sedangkan ia umpama menguburkan program transformasinya sendiri? Atau beliau terus kekal agar ISA dihapuskan dan dalam masa yang sama rela sokongan terhadapnya, terutama daripada golongan konservatif semakin berkurangan?

Atau mungkinkah beliau bersetuju dengan cadangan Zainuddin untuk memberi tempat dan kuasa semula kepada Mahathir walaupun ianya bermakna beliau secara sedar mengakui kelemahan dan ketidak-upayaan anggota kabinetnya dalam mengurus negara selama ini sehingga Mahathir yang sudah lebih 10 tahun bersara perlu dibawa semula dalam kerajaan?

Pilihan lain yang boleh dibuat oleh Najib ialah segera merombak kabinetnya dengan mengeluarkan menteri-menteri cap ayam dan cap sardin serta menggantikannya dengan pemimpin lain yang lebih berwibawa dan berkelayakan. Pilihan ini mungkin mampu memberi nafas baru dari segi persepsi rakyat terhadap kepimpinannya dan mengelakkan kritikan yang berterusan.

Tetapi jika Najib merasakan idea Mahathir mengenai ISA dan kemudian disusuli dengan cadangan perlunya bekas Perdana Menteri itu dikembalikan dalam kabinet sebagai usaha tersusun mahu melemah dan kemudian menyingkirkannya daripada kerusi empuk Perdana Menteri, beliau mungkin boleh memilih jalan yang paling selamat iaitu mengundurkan diri secara baik dan terhormat.

Dengan trend majoriti rakyat tidak berpihak kepadanya, sokongan UMNO pula berpecah-pecah serta pelbagai isu yang kian menghimpit, adalah tidak berbaloi untuk Najib terus berlaga angin dengan Mahathir dan kumpulan yang ingin menyingkirkannya kerana kemungkinan beliau kecundang adalah lebih besar berbanding meraih kemenangan. Lagi pula, sejarah politik Najib dalam UMNO bukanlah berasaskan pertandingan dan persaingan, tetapi kerana diberi laluan dan kemenangan percuma yang sebahagian faktornya ialah kerana darah Tun Razak mengalir dalam tubuhnya.

Oleh itu, berundur diri mungkin pilihan terbaik bagi Najib dan membiarkan saja segala kekusutan yang sedang berlaku dalam negara ini diuruskan oleh pemimpin lain pula. (SH 12/01/2014)

4 comments:

  1. Cuba kita renung kembali cadangan Zainuddin Maidin....agar Tun Dr Mahathir Mohamad dikembalikan semula ke Putrajaya untuk membantu kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) menangani isu perkauman, agama dan ekonomi yang meruncing.... tapi beliau tidak pula merujuk kepada pelapis sebagai pengganti Najib yang telah disediakan oleh ahli UMNO Baru dalam perhimpunang agong mereka yang lalu.. apa maknanya ?

    Cadangan memanggil orang tua itu sebagai pengganti Najib dan Rosmah sebenarnya memperingatkan kepada kita selaku ahli, penyokong dan pencacai UMNO Baru bahawa Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi, Shafie Afdal, Hishamuddin Hussein adalah pemimpin yang tidak mempunyai kewibawaan menjaga kedaulatan UMNO Baru sebagai parti yang dominan dalam Barisan Nasional.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoi zam, sampai bila nak jadi " anjing suruhan" dan menyalak untuk alkutty.

      Delete
  2. Sesuatu yg agak malang jika Najib kembalikan Mahathir dalam kabinet beliau..Apa yg lihat bahawa Najib tak ada pilihan pimpinan lain selain dari kuda tua yg sudah lama pencen. Justeru itu nampak sangat pemimpin dari pemuda tak ada yg berkelayakkan. ...

    ReplyDelete
  3. Zam banghal buat lawak bodoh. Ha ha. Ada hati nak buat "come back" dalam politik wal hal orang Melayu UMNO dah sedar jenis " kemelayuan " Zam tu.

    Kalau Keling Mendeliat tak sokong Keling Mendeliar Pandit Kutty...bukan namanya keturunan Mendeliar. Kumpulan Melayu cerdik yang masih tersisa dalam UMNO sedar dan pham sangat perangai pemimpin spesis Kerala ni.

    Kalau Pandit Kutty minta Zam selam dalam kolam kumbahan pun...pasti Zam lakukan demi survival.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...