Tuesday, 24 September 2013
Giliran Menteri Meletakkan Kesalahan Pada Rakyat
Kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa menteri dan pemimpin kerajaan kebalakangan ini benar-benar meresahkan rakyat. Ia bukan saja menimbulkan kesangsian tentang kecerdikan, kewibawaan dan tahap intelektual mereka yang diamanahkan dengan kuasa dan tanggungjawab itu tetapi seolah-olah semuanya sedang sepakat untuk meletakkan segala kesalahan dan beban kehidupan kepada rakyat.
Kadangkala pula, selain semua kesalahan cuba dilonggokkan kepada rakyat, pemimpin juga cuba memperbodohkan rakyat dengan memaksa menerima hujah separuh masak yang mereka lontarkan itu.
Dalam isu kenaikan harga minyak, selain kerajaan berhujah bahawa subsidi yang dikurangkan itu akan diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya, di ketika yang lain Najib dan Ahmad Maslan juga berkata, kerajaan sebenarnya tidak menaikkan harga minyak tetapi hanya mengurangkan subsidinya sahaja.
Mungkin benar dan mungkin tidak, subsidi minyak yang dikurangkan itu akan ditumpukan kepada golongan rakyat yang menerimanya tetapi haruslah diingat bahawa kesan segera daripada kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter itu telah pun ditanggung oleh rakyat sebelum keselesaan yang dijanjikan melalui penstrukturan subsidi baru itu benar-benar menjadi kenyataan.
Rakyat seperti disusahkan dahulu sebelum bantuan yang dijanjikan itu tiba.
Najib melalui tv dan semalam Ahmad Maslan bercakap di Parlimen bahawa kerajaan sebenarnya tidak menaikkan harga minyak tetapi hanya mengurangkan subsidinya saja. Apa beza tidak menaikkan harga tetapi memotong subsidi? Adakah harga sebelum subsidi dipotong sama dengan selepasnya?
Tolonglah jangan cuba perbodoh dan mengelirukan rakyat. Kalau harganya naik kerana subsidi dikurangkan, bermakna harganya sudah naiklah. Yang penting ialah sama ada duit yang dikeluarkan oleh rakyat bertambah atau tidak untuk membeli minyak dengan kuantiti yang sama. Apa yang susah sangat sampai Najib berkerut-kerut dahi mempertahankan bahawa harga minyak sebenarnya tidak naik tapi hanya subsidi yang dikurangkan.
Semalam Menteri Kesihatan, S Subramaniam pula berkata, oleh kerana jumlah pengidap kencing manis di kalangan rakyat adalah tinggi dan untuk mengurangkannya, maka harga pasaran gula akan dinaikkan. Senang benar nampaknya jadi menteri kalau macam ini.
Sekali lagi kenyataan seorang menteri menimbulkan keresahan rakyat dan kesalahan rakyat cuba dicari untuk melakukan sesuatu perkara yang akhirnya menyusahkan rakyat juga. Kenyataan beliau itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak dan rata-rata mereka mengejek dan memperlekeh kecerdikan serta tahap pemikiran menteri tersebut.
Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin turut menyindir dalam Twitternya dengan menulis, "kalau naikkan harga gula dapat kurangkan diabetes, apakah naikkan harga kereta dan minyak boleh kurangkan accident?"
Semalam juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hassan Malek meminta pengguna jalanraya memberi laluan kepada kenderaan VIP ketika kesesakan lalulintas atas alasan bahawa mereka itu mempunyai tugas penting yang menunggunya, selain dakwanya, sikap itu juga merupakan budaya rakyat negara ini yang seharusnya sentiasa diamalkan.
Kenapa tiba-tiba sekarang seorang menteri meminta rakyat memberi penghormatan dan laluan kepada golongan VIP sedangkan rakyat yang sedang terperangkap dalam kesesakan juga sudah cukup sengsara deritanya? Bukankah lebih baik dan disanjung tinggi jika golongan VIP juga sanggup bersama-samad dengan rakyat biasa mengharungi kesesakan jalanraya tanpa sebarang keistimewaan?
Atau kalau tidak mahu terperangkap dalam kesesakan, keluar awal dan rancang perjalanan dengan baik. Bukankah terlihat angkuh dan sombong jika seorang pemimpin atau VIP diberi keistimewaan begitu. Lagi pula, bukanlah sikap pengguna jalanraya begitu buruk sehingga permintaan sebegini dibuat. Ini kerana mereka biasanya tiada halangan untuk memberi laluan jika melibatkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau golongan diraja tertentu lantaran memahami desakan tugas dan selalu berkejar dengan masa.
Apa yang berlaku, ada menteri biasa pun turut menggunakan pengiring dan tidak sanggup bersesak bersama-sama dengan rakyat kebanyakan. Inilah yang menimbulkan rasa meluat rakyat. Tambahan pula bila Hassan Malek yang membuat permintaan secara terbuka mengenainya, seperti semuanya diminta rakyat mengalah selepas mereka dibebankan dengan pelbagai perkara sebelum ini.
Dengan Hassan Malek membuat permintaan sebegini dan sebelum ini meminta rakyat mengalih kepada makan ikan dan daging berikutan kenaikan harga ayam sedangkan sebenarnya harga ikan dan daging jauh lebih mahal, ada yang bertanya, "dari gua mana datangnya menteri yang dipilih Najib ini?"
Dan jika diimbas serta dihitung beberapa kenyataan menteri-menteri sebelum ini, kita sebenarnya memang harus berasa gusar dengan kualiti mereka yang dipilih dan diamanahkan tanggungjawab itu. Mereka seolah-olah bercakap tanpa ada perasaan dan meluahkan sesuatu perkara itu ikut sedap mulut saja.
Bila mempertikaikan undang-undang, disuruh pindah ke negara lain; mempertikaikan sistem pilihanraya, diminta duduk dalam hutan; apabila merungut harga sayur mahal, diminta tanam sayar sendiri; harga rumah mahal diminta jangan beli rumah dan kalau tidak suka dengan sistem pendidikan negara, bolehlah mencari pendidikan di negara lain.
Rakyat seolah-olah tidak boleh mengeluh, merungut atau meluahkan perasaan lagi, sebalik diminta redha dan menerima saja apa yang dilakukan oleh pemimpin dengan seadanya.
Kenyataan terbaru yang terus mengelirukan mengenai kenaikan harga minyak, cuba menaikan harga gula dengan alasan kencing manis dan meminta pengguna jalanraya memberi laluan kepada golongan VIP adalah kesinambungan cerita-cerita selepas pilihahraya yang cuba meletakkan beban kesalahan kepada rakyat atas kegagalan pemimpin itu sendiri menjalankan tugas dan memberi kesejahteraan yang sewajarnya kepada rakyat.
Jika sebelum pilihanraya dulu, kejadian sebegini tidak berlaku tetapi kini ianya seakan menjadi-jadi. Satu demi satu kesalahan rakyat cuba dicari dan diselesaikan dengan meletakkan bebannya kepada rakyat juga.
Agaknya selepas menang pilihanraya memang resamnya begitu. Ketika hampir pilihanraya semula nanti, pelbagai janji dan harapan ditaburkan lagi untuk menutup semua kelemahan itu. Begitulah agaknya dan kita akan terus dihadapkan dengan perlakuan menteri-menteri yang menjengkelkan ini sepanjang masa. (SH 24/09/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Satu artikel yang menarik!
ReplyDeleteApakah pemimpin kerajaan selangor, penang dan kelantan tidak sebegitu?
Apakah rakyat tidak harus ditegur atas dasar mendidik?
Kalaumereka tu sama tahap dengan kebodohan menteri-menteri Umno, surelah hari-hari Utusan Malaysia dok caci depa kat muka depan sejak dari tamat PRU13 dulukan, bro kluangman.
DeleteUdah-udah le bro kluangman dengan Umno. Dari zaman blog JeffOoi dulu lagi dok pertahan Umno, dari mat saman kati dok balun PAS kemudian masuk PKR dan sekarang masuk DAP pulak, Umno yang bro dok pertahan bukannya semakin baik...semakin terok ade le.....
..........................................
Tuan,
Kalau kita perhatikan sejak lepas PRU13 ni, memang kerajaan nak perkenakan rakyat sahaja untuk menutup kesilapan mereka dan ketidakupayaan mereka untuk memerintah/melaksanakan mandat PRU13.
Mula-mula dinaikkan minyak petrol Ron95/diesel kononnya nak mengurangkan defisit dan hutang negara. La....cerita defisit dan hutang negara ni bukan cerita baru.Cerita defisit ni dah basi, cerita yang berterusan sejak 15 tahun dulu. Dah tahu defisit, mengapa pi belanja wang negara sebab nak menang PRU13 macam la duit mak bapak sendiri. Tak heranla kalau terpaksa naikkan Ron95/diesel bagi menampung duit negara yang dibazirkan itu.
Begitu juga cerita hutang negara. Separuh dari hutang negara hari ini sekitar RM 200 Billion lebih dibuat oleh Najib dalam masa 5 tahun dia menjadi PM. Separuh lagi dibuat dalam masa 51 tahun oleh PM-PM dari Tunku hingga kepada Paklah. Sebelum kita cerita lebih lanjut, kita rakyat nak tahu kemana Najib bazirkan duit-duit tersebut?....sebabnya yang kena bayar adalah kita rakyat BUKAN NAJIB ATAU UMNO!
Apakah jadi dengan gagasan besar Najib: ETP dll, pelan besou yang menelan belanja TRILLION RINGGIT TU? Sekarang ni kita tak dengar apa-apa berita tentang pelan besou ini. Masa bentang dulu semua cantik dan wangi.....takkan tak boleh menyumbang kepada pendapatan kerajaan walaupun sedikit kerana kita tau ia pelan jangka panjang. Kat Malaysia ni biasala....kalau sesuatu yang digembar gembur hebat tu.....bila dah tak dengar berita tu maknya ...........( isi sendiri tempat kosong).
Ini membawa saya kepada cerita nak naikkan harga gula, walaupun setakat ini kita rasa depa dok test market je.
Pada saya ini ada kaitan dengan prestasi FGVH dan Felda. Kita tahu harga saham FGVH dah jatuh dari harga apungan. Banyak komen-komen mereka yang mengkritik pengapungan saham tersebut menjadi kenyataan. Jadi kemungkinan pendapatan akan merosot dan boleh menjadi liabiliti politik nanti.
Kita juga tahun Felda/FGVH ada memileki kilang gula. Apakah kenaikan harga gula ini ada kaitan dengan usaha untuk menaikkan keuntungan Felda/FGVH? Sebab seperti kenaikan Ron95/disel tempohari, tidak ada perkembangan kritikal dipasaran dunia yang memberi tekanan kepada harga kita dengar. Sebab tak ada tekananlah kot cerita DIBETES INI DISOGOK KEPADA KITA KOT....
Senang sungguh depa buat kerja, tak payah pening kepala. Humban dan letakkan sahaja kepada rakyat.......biar rakyat yang pikul beban.....
bat8
( oponen kluangman kat blog screenshot jeff ooi dulu-dulu)
Pemimpin UMNO salahkan rakyat? Pemimpin Pembangkang lagi hebat, terus ugut?
DeleteJika semalam Pemuda PAS Selangor mengkritik kekurangan penajaan sukan bola sepak negeri oleh syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI), hari ini menteri besar sendiri mahu pertubuhan itu membuat pilihan di antara "masjid atau bola".Cabaran itu dilontarkan Tan Sri Khalid Ibrahim sewaktu mengulas dakwaan kekurangan penajaan MBI menyebabkan beberapa pemain bintang dalam pasukan Selangor dipancing pasukan lain.
"Saya dapati jumlah peruntukan yang diberikan, kalau rakan-rakan Pemuda PAS berminat (hendak tahu), tiap-tiap tahun kita mempunyai peruntukan untuk membiayai bola sepak melebihi pembinaan satu masjid.
"Bererti tiap-tiap tahun kita guna melebihi RM7 juta. Maknanya, adakah (Pemuda) PAS berminat untuk kita buat masjid atau pun menggalakkan bola sepak?
"Jadi kita kena buat pilihan," katanya kepada Malaysiakini tengah hari ini.
Bro,
DeleteKhalid ugut ek? Bagi le contoh yang lebih bermutu sesuai dengan orang parti kerajaan yang tak pernah kalah PRU sejak merdeka.
Bandingkan dengan ugutan yang dibuat Umno pulak terutama sepanjang kempen PRU13 ,khusus mengugut orang melayu kat kampong-kampong. Undi pembankang melayu akan merempat. Kalau pembangkang menang negara akan bengkrap.....( yang hebatnya Umno je, tu pasai jenayah bertambah, hutang negara antara yang tertinggi di Asia, 10 juta orang melayu dari jumlah 19 juta berpendapatan RM 1,500 atau kurang sebulan...banyak lagi kalau nak list)
Dan bagi sdra, ugutan Khalid Ibrahim mengenai penajaan pasukan bolasepak selangor sebagai UGUTAN MAHA DASYHAT PEMBANGKANG berbanding dengan ugutan-ugutan yang dibuat oleh Umno Baru kepada orang melayu sejak zaman Matahir yang menyebabkab lebih separuh orang melayu merempat dengan pendapatan RM 1,500 atau kurang sebulan- Aku angkat bendera putih la cam ni....
Jika inilah hujah hebat kita fahamlah dimana duduk perkara bila Hassan Maalek, Menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna suruh rakyat makan ikan apabila harga ayam naik baru-baru ini. Dia memang tak tahu betoi yang harga ikan yang baik setaraf dengan standard ayam tu harga sekilo berganda-ganda dari harga ayam.
Betul cakap 'Anonymous25 September 2013 13:09'. Kluangman betul tidak tahu berfikir ke atau cuma tidak mahu mengaku. Umno sekarang penuh menteri yang cuma berani bercakap besar dan bukan-bukan kerana berada di atas awan. Kita tunggu mereka turn ke tanah dan dengar apa kata mereka di masa itu. Harap-haraplah secepat mungkin.
DeleteArtikel yang terbaik. Selepas harga minyak naik. bukan sahaja barang makanan naik tapi barang pertanian turut naik dengan mendadak sekali contohnya racun paraquat dari RM70 setong sekarang RM140 setong. Racun Roundup dari RM 155 kepada RM235 setong. Menderitalah orang kampong yang tanam getah dan kelapa sawit sedangkan harga komoditi tersebut tidak naik.
ReplyDeletebetui harga barang naik,mana menteri yang memberi jaminan harga barang tak akan naik akibat kenaikan 2 kupang harga petrol..mana menteri tu ......... pi siasat..dan ambil tindakan
DeleteAda menteri biasa yang baru dilantik pergi kenduri kahwin kat Taman Perumahan pun menggunakan kereta rasmi kerajaan, pada hari Ahad pulak tu. Dah tu parking kereta rasmi betul2 kat pintu gerbang pengantin! Konon nak bagi tau semua orang yang dia tu menteri! Perasan betul, dia ingat kereta rasmi kerajaan tu mak bapak dia punya. Yang lucunya menteri inilah yang selalu keluarkan statement2 merapu dan TOLOL!
ReplyDeletenak kata apa itu lah menteri-menteri pilihan yang bijaksana najib. teringat kata-kata orang tua, pemimpin yang kurang berakal akan hanya memilih orang2 kepercayaannya dari kalangan orang yang tidak berakal. Ini bagi mempastikan kebijakan dirinya tidak teratasi dari orang-orangnya...
ReplyDeleteMARI LAH BERAMAI RAMAI KITA DOAKAN PADA YANG PEMINPIN PEMINPIN YANG TELAH ATAUPUN MAHU MENGKHIANATI RAKYAT SERTA NEGARA INI.YA ALLAH YA TUHAN KU KAU TURUN KAN BALA AZAP SERTA BENCANA YANG AMAT DASHAT KEPADA SEMUA MENTERI MENTERI,BINI BINI SERTA ANAK ANAK MEREKA,DAN JUGA ORANG ORANG YANG BERSENGTONGKOL DENGAN MEREKA DAN JUGA TIDAK DILUPAKAN PADA KAKITANGAN KERAJAAN YANG MANJALANKA KEGIATAN JAHAT MEREKA SEHINGGA MENZALIMI RAKYAT NEGARA INI.YA ALLAH YA TUHAN KAMI KAMI HAMBA YANG LEMAH YANG TELAH DIPESENDAKAN OLEH PIHAK PEMERINTAH PADA MU KAMI POHON AGAR DAPAT TABUR KAN DOA KAMI KEATAS KESEMUA PENGKHIANAT PENGKHIANAT INI BAIK YANG BARU INI MAU PUN YANG TELAH BERSARA .PADA MU JUA KAMI POHON AGAR JANGAN SEKALI SEKALI ADA LAGI KETERUNAN INI DIBIAK KAN DIMUKA BUMI INI AGAR IA TIDAK DIJADIKAN SEBAGAI PENJAHANAM MASA DI NEGARA INI.TABURKAN DOA KAMI YA ALLAH.AMIN
ReplyDeletemereka itu ...summom...bukmom...ummyom dan mangkuk hayun
ReplyDeleteko maen sental yer...ko cmporkn ayt quran dgn kple mangkuk hyun ko..kang mkn nasi ko mkn tahi kmbing
DeleteBunyi penghujung kalimah tu ialah n (huruf bertanwin) bukan m (huruf mim). Sila rujuk Al Quran!
Deleteilmu putar belit yg diwarisi dari penjajah ini sudahpun lama disedari oleh rakyat. hanya 47% saja yg masih terhegeh-hegeh mengundi golongan penyamun tarbus ini. nak cakap banyak pun malas, menyakit hati sahaja. pegi mampos la umno laknat
ReplyDeleteJaman pilem p.romli pun udah bilang jangan lawan tapi suruh lawan. Kan dah susah. PRU14 jangan bagi can pada BN dan UMNO bagi can pada PR dan PKR barulah tahu jantan betinanya. Sekarang ni semuanya pondan bapok dan kedi yang tak guna. Pompuan pun tak selera, sebab bukan lelaki atau jantan yang gagah.
ReplyDeletePR dan PKR masih belum terlambat untuk merebut bola PRU14 dari pasukan BN dan UMNO. Tapi jaga2 sebab kesebelasan pasukan bola PRU14 dari BN dan UMNO suka tayang badan jangan sampai tergoda dengan rupa wanita jadian dan tiruan ini sebab pinggang ke atas wanita tapi pinggang ke bawah jantan pulak ...tut..tut...
ReplyDelete