Saturday 24 August 2013

Sirul Dan Azilah Bebas Tapi Najib Semakin Tidak Bebas Dari Persepsi Altantuya


Mahkamah Rayuan semalam membebaskan dua anggota UTK, Sirul Azhar dan Azilah Hadri daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Sharibu yang sebelum ini mencetuskan pelbagai kontroversi dan polemik dalam negara. Ia bukan saja berkaitan pembelian kapal selam yang juga terpalit dengan pelbagai dakwaan rasuah serta komisen tetapi juga turut dikaitkan dengan Najib Razak kerana tertuduh utama yang dikaitkan dengan kes itu, Abdul Razak Baginda adalah merupakan rakan karibnya manakala Azilah dan Sirul pula adalah anggota polis pengiringnya.

Razak telah dibebas daripada tuduhan yang sama beberapa tahun lalu dan kini giliran dua anggota UTK yang didakwa meletupkan Altantuya dengan bahan letupan C4 pula dibebaskan. Sementara pembebasan Razak tidak dirayu oleh pihak pendakwaan, kes kedua-dua anggota polis ini difahamkan akan dirayu ke Mahkamah Persekutuan pula.

Dengan pembebasan Sirul dan Azilah serta Razak sebelum ini, persoalan yang bermain-main di layar fikiran rakyat ialah siapakah sebenarnya yang membunuh dan mengarahkan pembunuhan wanita Mongolia itu?

Di laman-laman sosial Facebook dan Twitter, isu ini menjadi paling hangat semalam dengan pelbagai pihak tampil sama ada meluahkan kemarahan, sindiran dan pelbagai tafsiran mengenai keputusan Mahkamah Rayuan itu. Walaupun Altantuya bukan warga Malaysia, rakyat kita tampaknya begitu prihatin dalam soal keadilan sejagat, lebih-lebih lagi kes pembunuhan melibatkan beliau merupakan kes yang dianggap berprofil tinggi.

Sementara ada pihak yang gembira dan menitiskan airmata kerana pembebasan Azilah dan Sirul itu, ramai juga pihak yang meluahkan rasa kecewa dan dukacita dengan keputusan itu. Bapa Altantuya yang tentu paling kecewa menuntut kerajaan Mongolia supaya campurtangan dalam hal ini.

Beberapa pihak lain seperti pembangkang, termasuk juga bekas Menteri Kehakiman Zaid Ibrahim turut melahirkan rasa kecewanya. Beberapa pemimpinnya turut mengulas mengenai keputusan itu tetapi kebanyakannya terlihat cenderung melihat aspek kegagalan pihak pendakwa memanggil DSP Musa Safri, pegawai khas Najib yang merupakan orang atasan kepada Sirul dan Azilah sebagai saksi di mahkamah.

Pelbagai kecaman dan kata-kata pedih turut dilemparkan kepada Peguam Negara, Gani Patail, malah ada yang menuduh beliau sengaja tidak memanggil DSP Musa sebagai saksi untuk menjadikan perbicaraan kelihatan cacat dan lemah.

Atas semua aspek yang ditimbulkan itu, nama Najib tentunya terkait sama. Daripada menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika Altantuya dibunuh dan kini menjadi Perdana Menteri, pelbagai persepsi cuba ditimbulkan untuk melibatkan adanya peranan serta pengaruh Najib dalam pembebasan kedua-dua anggota polis itu serta juga Razak Baginda sebelumnya.

Di pelbagai lapisan rakyat juga, mereka turut bercakap isu dengan nada yang sama. Pelbagai cerita dan andaian kedengaran di mana-mana, baik di rumah-rumah, pejabat, kedai kopi mahupun lobi hotel yang mengulas isu pembebasan Azilah dan Sirul serta kaitannya dengan kedudukan Najib.

Secara umumnya, persepsi yang cuba ditimbulkan berkaitan pembebasan Azilah dan Sirul tambah menenggelamkan lagi keyakinan rakyat terhadapnya.

Dalam masa yang sama, dengan pembebasan Azilah dan Sirul juga, saman sivil yang dikemukakan oleh bapa Altantuya yang tertangguh sebelum ini akan diteruskan selepas ini. Peguam Karpal Singh dilaporkan akan berusaha untuk memastikan saman sivil bernilai RM100 juta yang turut melibatkan Najib dan kerajaan Malaysia, akan menghasilkan keputusan yang menggembirakan.

Malah Karpal juga bertegas akan berusaha melakukan sapina terhadap Najib dan DSP Musa Safri bagi memberi keterangan dalam kes saman sivil ini.

Sekali ini, nama Najib akan terus dikaitkan dengan Altantuya untuk tempoh yang tidak tahu bila titik akhirnya.

Ini bermakna untuk tempoh beberapa tahun ini, di samping kes rayuan Azilah dan Sirul yang akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan, kes saman sivil bapa Altantuya bernilai RM100 juta serta kemungkinan Najib sendiri akan disapina untuk memberi keterangan dan pelbagai lapisan rakyat pula akan terus bercakap mengenai kes pembunuhan itu serta kaitannya dengan beliau, Najib sebenarnya semakin terperangkap dalam pesepsi dan dan andaian yang berbagai-bagai berkaitan pembunuhan Altantuya ini.

Selagi orang ramai bercakap mengenai pembunuhan Altantuya, selagi itulah nama Najib akan dikaitkan dan sukar dipisahkan, bahkan dengan bebasnya Azilah dan Sirul, Najib didapati semakin tidak bebas daripada persepsi yang mungkin akan lebih menyakitkan hari-hari mendatang bagi dirinya dan juga UMNO yang sedang dipimpinnya.

Razak Baginda sudah bebas, Azilah dan Sirul juga sudah bebas tetapi pembebasan mereka itu sama-sekali tidak membebaskan Najib. Beliau mungkin terpaksa memikul beban ini untuk selama-lamanya.(SH 24/08/2013)

21 comments:

  1. Jawapannya senang, mungkin Najib. Di luar negara biasanya nama BAPAK akan digunakan sebagai panggilan utama. NAJIB RAZAK sebagai Mr Razak / Najib bila berada di luar negara. Kebetulan bila balik dalam Malaysia ada orang nama sama iaitu Razak Baginda. Dia ni kambing hitam jew. Sebab itu bebas tanpa bukti.Sekarang terbukti lagi Sirul dan Azilah bebas. Najib nak lari mana lagi lepas ni?

    ReplyDelete
  2. Sdr Shahbudin,

    Semua rakyat Malaysia pasti tentunya kematian Altantuya bukan disebabkan magic David Copperfield. Ini kes bunuh paling pelik dan ajaib. Beberapa nama yang seharusnya dipanggil sebagai saksi tidak pula dipanggil. Apakah peguam negara susah nyanyuk atau mata rabun kerana RM?. Jka beginilah cara peguam negara menguruskan kes, kacau bilau perjalanan kes di mahkamah. Orang yang tidak bersalah boleh didapati bersalah, yang bersalah boleh terlepas.

    Semua orang tahu Altantuya mati kerana C4. Malah Sirul & Hazilah sebelumnya mengakui mereka melakukannya dengan arahan seseorang. Hari ini Sirul & Hazilah dilepas tetapi Altantuya tidak mungkin dihidupkan kembali. Murahnya sebuah nyawa di negara Malaysia ini. Cuba jenguk kembali kes Mona Fandi suatu kerika dulu. Bandingkan cara dua kes ini dikendalikan.

    Bagi saya selagi Gani Patail dikekalkan sebagai peguam negara, Malaysia akan semakin caca marba dan berkemungkinan besar ramai yang tidak berdosa akan menjadi mangsa mainan ahli sang penguasa dan para kroni mereka dihari hari berikutnya. AWAS rakyat Malaysia...tidak mustahil perkara ini boleh berlaku ke atas sesiapa saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah halnya bila berlakunya; undang-undang sarang labah-labah, mahkamah rimba, hakim/pendakwa beruk (tak boleh buka mulut luas nanti terjatuh makanan yang tersimpan dalam mulut tu)

      Delete
  3. Tuah Shahbudin,

    Ada saranan perlunya RCI bebas dibentuk ekuran terlepasnya Azilah dan Sirul dari tuduhan membunuh Altantuya. Rentetan kejadian ini sejak awal dulu lagi jelas membicarakan tentang penglibatan Razak Baginda, Azilah, Sirul dan beberapa nama VIP lagi yang ada kaitan dengan Najib Razak. Pmbebasan Azilah & Sirul menimbulkan persoalan " siapa yang sebenarnya membunuh dan terlibat ".
    Nampaknya polis Malaysia dan siasatan yang dijalankan gagal mempertemukan siapa pembunuh Altantuya sebenarnya walau pun petunjuk kearah itu sudah jelas. Namun nama nama yang dikatakan terbabit tidak timbul sebagai saksi dalam perbicaraan. Kebanyakan rakyat Malaysia termasuk saya sendiri amat curiga dengan cara kes ini dikendalikan.

    Memandangkan polis telah gagal menjalankan siasatan terhadap satu kes yang cukup mudah, maka kewibawaan polis dan pihak pendakwaan dipertikaikan banyak pihak. Altantuya adalah warga asing dan kematian beliau (diletupkan dengan C4) berlaku disebuah negara yang dikatakan negara Islam dengan pemimpin utamanya juga seorang Islam. Amat malang kerana sebuah negara yang dianggap islamik gagal menjamin keadilan dan ini banyak menjejaskan nama Malaysia dimata dunia. Negara luar mentertawakan Malaysia.

    Untuk itu saranan perlunya RCI bebas dibentuk bagi mencari penyelesaian dan kebenaran amat amat dialukan selain untuk memulihkan kembali martabat Malaysia dimata dunia. Jika pemerintah sekarang mengutamakan kebenaran dan maruah negara dimata dunia, maka RCI bebas wajib dibentuk segera agar tangan tangan ghaib yang terlindung selama ini boleh kelihatan jelas. Kalau dalam kes mata lebam Anwar Ibrahim dulu sebuah RCI boleh dibentuk, saya tidak nampak kenapa dalam kes yang lebih serius yang melibatkan pembunuhan warga asing serta hubungan antara 2 buah negara, ianya tidak boleh dibentuk. Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib tidak perlu lagi berdolak dalih mencari alsan kenapa RCI ini tidak boleh dibentuk. Jika ini gagal dilakukan persepsi ramai bahawa Najib yang terlibat dalam pembunuhan ini tidak dapat dielakkan. Apakah Najib langsung tidak mahu mencuci cela dan tanggapan negatif ramai terhadap beliau sedangkan inilah caranya untuk beliau lakukan. Pepatah ada berkata..BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH. Apakah Najib benar benar bersalah. Terpuklang kepada beliau untuk menjawabnya. Rakyat akan terus memerhati perkembangan kes ini dan rakyat tentunya tidak mahu seorang PM yang dikatakan terpalit dengan pembunuhan. Boleh membawa sial kepada negara..begitu kata seorang sahabat tionghua saya.

    ReplyDelete
  4. Biasala tu terlepas alasan teknikal kan...peliwat pun boleh terlepas, ni kan mahkamah dunia

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sgt2...

      Delete
    2. Kes ini...mangsa dah sah dia mati...kes liwat yg hangat tu mangsa belum tentu sah diliwat.... lain sgt kondisi pertimbangan mahkamahnya...

      Delete
  5. This case was choreograph very well including bungkus muka keduadua suspects. Tak pernah kita tengok pesalah2 kes polis bungkus muka macam kes ni. Polis pun bersekongkol beri peluang pesalah bungkus elok tak?

    ReplyDelete
  6. Kes ni macam cerita kartun. Benda yang mustahil berlaku boleh dan malah telah berlaku. Dalam versi asal ada watak Musa Safri tapi dalam versi kartun ni watak ini dilenyapkan ketika perbicaraan berlangsung.

    Tup tap tup tap..nama watak Musa Safri ni timbul balik semasa kes mahkamah rayuan. Dalam mahkamah tinggi..semua orang rabun, tak nampak watak Musa Safri tapi watak yang menghilang lama ini boleh timbul pula dalam mahkamah rayuan.

    Hebat betul mahkamah, polis, peguam negara dan para hakim negara kita. MALAYSIA BOLEH. Patut la SPRM senang senang diperlekehkan oleh Taib Mahmud.

    ReplyDelete
  7. ........ Ulasan ku mudah je... Dah aku agak sejak dibicarakan awal lagi dua ni ekor ni pasti akan dibebaskan akhirnya walau dgn cara pelik. Biasalah... Malaysia kan negara serba boleh.

    ReplyDelete
  8. bagus artikel yg kritis menarik tentu najib jibby panas bontot...apa nak takut kalau tak salah kenpa sorok DSP musa safri? pelik

    ReplyDelete
  9. Mengikut pandangan orang ramai mengenai dua anggota polis yang membunuh Altantuya patut dijatuhkan digantung sampai mati, ada yang berpendapat patut dikenakan penjara seumur, dan ada juga yang berpandangan bahawa mereka patut dibebaskan. Semuanya boleh digunapakai dalam perundangan ‘Malaysia Boleh’yang telah diubah suai oleh Tun Mahathir.

    Cuma yang mana satu pilihan kita dan apakah pilihan kita itu mempunyai persaman dengan citarasa pemerintah ?

    Pembebasan pembunuh upahan itu telah menambah lagi bilangan penjenayah di Malaysia dari 260,000 menjadikan 260,002 orang seperti yang dimaklumkan oleh pemimpin kita, Zahid Hamidi. Jumlah ini jika jadi ukuruan ianya telah melebihi dari anggota polis 112,538 dan angkatan tentera seramai 124,000 orang. Jika berlaku rusuhan maka kita perlu memanggil PBB bagi menangani masaalah tersebut.

    Kita tunggu riaksi orang ini yang cuba memperbodohkan kita, apakah beliau akan melolong lagi berkaitan dengan undang-undang drakonian, Ordinan Darurat (EO) agar dihidupkan semula bagi menangani masalah jenayah berat atau beliau sudah ada auta baru...?

    Sebenarnya kita hanya fokas pada perundangan saja. Sedangkan pembebasan dua anggota polis sebagai pembunuh upahan itu sudah jadi percaturan yang melibatkan gulungan bangsawan, peguam negara, pengagihan kuasa dalam perhimpunan agong UMNO Baru, penjawat awam, rasuah dan barua. Masaalah semakin berbelit.

    Dan dalam masa yang sama tidak timbul lagi soal siapa jadi kambing hitam, tapi slogan baru 'Endless Possibilities' yang akan memain kan peranan untuk memperbodoh dan menipu kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni...pembunuh Altantuya tidak diketahuan oleh umum, yang pasti pembuhun ada diantara berjuta2 rakyat Malaysia. Bagi saya Allah yang maha megetahui pembunuhnya serta malaikat maut yang mencabut nyawa Altantuya dan diakhirat nanti jelmalah pembunuh, tunggulah balasan Allah.

      Delete
  10. Hangpa nak heran apa kalau penjenayah ramai di Malaysia ni. KEpimpinan melalui teladan. Pemimpin kencing berdiri, rakyat pun kencing berlari. Kalau pemimpin jadi ibu ketam, nak ajar rakyat berjalan betul macam mana.

    Kisah Musa Safri dan proton saga langsung tak timbul dalam perbicaraan tu. Alih alih hakim di mahkamah rayuan tau pula pasal tu sedangkan perbicaraan bertahun sebelum tu di mahkamah tinggi...haram tak keluar langsung nama Musa Safri tu. Pelik dan ajaib. Ghani patail yang dikatak bijak pandai dan pintar tu pun tak mahu timbulkan soal tu. Pasukan pendakwa ni "pelakun drama" agaknya, terpaksa membaca skrip.

    Kalau kes lain..benda yang tak mungkin ada dalam lubang jubur pun depa boleh jumpa. Cekap sungguh polis dan penyiasat kat Malaysia ni. Entah esok lusa ada pula benda baru terjumpa dalam bontot Saiful. Tahniah kerajaan Malaysia pimpinan UMNO BN kerana amat cemerlang, gemilang dan terbilang.

    ReplyDelete
  11. http://kahwindithailandnarathiwat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. Bila mahkamah bebaskan anwar ibrahim xde sapa pun dari ruangan ini yang pertikai..semua mempertahankan kononnya yang dibebaskan tu x bersalah..kenapa bila keputusan yang ini terlalu banyak spekulasi dangkal??..banyak yang tidak berilmu memberi komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar dibebaskan adalah patut dan wajar. Sebab tak ada 4 saksi dibawah seksyen 43, Qanun Jinayah Syar'iyah sejajar dgn Firman Allah dlm surah An-Nur ayat ke 4, dan sipenuduh termasuk awak boleh dikenakan hukuman had qazaf (sebat) 80 kali sebat. Oleh sebab hukuman ini dihalang dilaksanakan seperti yang Allah perintah, tunggulah hukuman yg lebih berat di akhirat nanti. Bukan takat tu jer mat oiii. Yg mengundi pemerintah yg tak mau kpd hukum islam pun akan dapat sahamnya di akhirat nanti.

      Bagi kes Altantuya bagi saya amat mudah sbb pendakwa tak kemuka saksi yg sepatutnya atau menyembunyikan saksi adalah satu kesalahan di bawah 114G Akta Keterangan kalau tak silap saya. Kenapa disembunyikan saksi itu...takut terdedah siapa yang pelakunya yang sebenar atau siapa yang bagi arahan BUNUH?????. Ini yg buat orang ramai TERKILAN...ada faham....

      Delete
  13. selg parti politik tu yg berkuasa dinegara ini....tubuh ler apa nama SURUHANJAYA... semuanya x lut dgn undang2...percaya ler,

    ReplyDelete
  14. sekarang...semua kambing hitam dah lepas bebas...

    tinggal lagik SI PENGEMBALA KAMBING la yg akan terima

    AKIBATnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kembala kambing & kambing2 hitamnya tunggu ajerlah hukuman pasti dari Allah kalau tak bertaubat sblm mati....

      Delete
  15. Xda sapa bunuh la....xda sapa mati...altantuya bunuh diri ja..sbb mtk keja kat 7e xdpt...so dia sedih...baru la lepas tue dia ajak ahjib kongkek...tp ahjib kan suci..warak..zuhud...bwh sket ja level nabi...lagi bersedih la altantuya..dia terus la p amik C4 kat bukit aman...jalan kaki p shah alam..bunuh diri kat sana....sekian..tamat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...