Friday, 16 August 2013

Kerajaan Perpaduan - Siapa Bohong?


Isu kerajaan perpaduan antara BN dengan PKR yang telah timbul sejak hampir seminggu lalu sehingga menyebabkan ada yang deman sejuk, demam panas, migrain dan sebagainya, akhirnya mendapat jawapan daripada Pejabat Perdana Menteri yang menafikan wujud sebarang usaha ke arah itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pejabat Perdana Menteri menyatakan, usaha ke arah pembentukan kerajaan perpaduan ini tidak mungkin dilakukan ketika ini kerana Anwar dan Pakatan Rakyat masih menolak keputusan pilihanraya umum yang lalu.

Kenyataan itu juga menyebut, andaian bahawa wujudanya usaha ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan itu hanyalah rekaan dan imaginasi penulis beberapa portal berita tertentu sahaja.

Sebelum ini, Najib dilaporkan sedang mengusahakan pembentukan kerajaan perpaduan dengan PKR dengan menawarkan kepada Anwar jawatan Timbalan Perdana Menteri dan lima jawatan menteri kabinet. Dilaporkan bahawa bekas Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla menjadi orang tengah kepada usaha itu.

Kemudiannya, Anwar mengesahkannya kepada Asia Sentinel bahawa beliau dihubungi oleh Najib melalui perantara untuk pembentukan kerajaan perpaduan itu tetapi telah menolaknya sebelum sempat ia menjadi kenyataan atas alasan isu-isu perkauman yang berterusan dimainkan oleh UMNO menjadi antara penghalangnya.

Terbaru The Edge Review pula mendetailkan lagi mengenai usaha pembentukan itu dengan menyebut nama Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution sebagai orang kanan daripada UMNO dan PKR yang sedangkan merundingkan beberapa aspek teknikal bagi memungkinkan idea kerajaan perpaduan itu menjadi kenyataan.

Najib dikatakan memilih PKR untuk berbaik-baik dan menguatkan lagi kerajaannya bukan saja kerana PKR sebuah parti berbilang kaum yang boleh menampung kelompongan wakil Cina dan India dalam kerajaan tetapi juga dikatakan sebagai langkah membuka gelanggang baru untuk keluar dari pengaruh dan bayang-bayang Mahathir yang sehingga kini masih mahu menunjukkan pengaruhnya dalam UMNO dan kerajaan.

Bagaimanapun isu kerajaan perpaduan ini menimbulkan rasa kurang senang di kedua-dua belah pihak. Di dalam PKR sendiri ramai yang tidak setuju atas alasan penentangan terhadap UMNO selama ini ialah berkaitan isu pokok seperti rasuah, penyelewengan, pembaziran dan sebagainya yang tidak boleh dikompromi sama-sekali.

Dalam masa yang sama, Anwar juga mula dikecam secara diam-diam kerana bersetuju berunding dengan UMNO mengenai kerajaan perpaduan itu kerana ia dianggap mengkhianati Pas dan DAP yang selama ini begitu setia dengan Anwar sejak beliau dipecat daripada UMNO dN kerajaan.

Di dalam UMNO pula, ramai yang turut tidak setuju dengan kerajaan perpaduan ini kerana merasakan Anwar bukanlah musuh politik yang boleh ditukar menjadi kawan. Ramai yang kecewa dan sakit hati jika Anwar yang dimusuhi dan diserang selama bertahun-tahun ini tiba-tiba bertukar menjadi rakan kepada Najib serta sebahagian daripada anggota kerajaan.

Secara diam-diam, sudah ada kedengaran suara-suara yang mengecam dan memaki-hamun Najib jika benar beliau mahu berbaik-baik dengan Anwar. Malah, ada yang mencadangkan agar Najib ditentang bagi jawatan Presiden UMNO pada pemilihan 19 Oktober depan bagi menghalang usaha ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan itu daripada menjadi kenyataan.

Walaupun Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan menafikan perkara itu hari ini, persoalan yang masih bermain-main di fikiran ramai orang ialah kenapa penafian ini begitu lewat dikeluarkan? Kenapa setelah hampir seminggu berita megenainya berlegar-legar di ruang atmosfera politik negara, baru ia mahu dinafikan oleh Najib?

Dalam dunia langit terbuka dan semuanya serba pantas sekarang serta mengetahui berita tidak perlu lagi menunggu terbitnya akhbar pada keesokan harinya, tindakan Pejabat Perdana Menteri yang terlalu lewat menafikan perkara ini tetap menyundang persoalan yang sukar dirungkaikan.

Sepatutnya jika benar usaha mewujudkan kerajaan perpaduan ini tidak benar dan laporan Asia Sentinel serta The Edge Review adalah palsu, tidak perlulah Pejabat Najib menunggu sehingga hampir seminggu untuk menjelaskan duduk perkara sebenarnya. Lagi pula, Najib juga mempunyai laman Facebook dan Twitter, yang kononnya antara paling aktif di kalangan pemimpin dunia, bukankah bila-bila masa beliau boleh menaip sendiri melalui telefon pintar yang dimilikinya?

Atau mungkinkah usaha mewujudkan kerajaan perpaduan ini sebenarnya memang wujud dan ia hanya terhalang kerana respon ahli dan pemimpin UMNO yang tidak begitu memberangsangkan terhadap idea itu?

Apakah Najib sebenarnya ingin meninjau-ninjau sambutan ahli dan pemimpin UMNO terlebih dahulu, jika sambutannya okey, ia bolehlah diteruskan tetapi jika tidak, barulah dikeluarkan penafian dan menolaknya.

Timbul juga persoalan bila penjelasan Najib menyebut rundingan ke arah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku sehingga Anwar dan PR menerima keputusan pilihanraya lalu serta tidak lagi mempertikaikannya. Adakah ini bermakna, ia hanya tidak mungkin berlaku sekarang tetapi boleh berlaku selepas ini jika Anwar sudah akur dengan keputusan pilihanraya lalu?

Hakikatnya, penjelasan Najib turut menimbulkan beberapa persoalan dan keresahan yang berterusan.

Oleh kerana Anwar yang mula-mula membangkitkan mengenai kerajaan perpaduan ini dan Najib pula hanya menafikannya setelah hampir seminggu ia muncul, adalah penting untuk Anwar sekali lagi menjelaskan kedudukan sebenarnya. Beliau perlu menyatakan sama ada ia pernah dibincangkan atau tidak, secara langsung atau melalui wakil atau turut menafikan sebagaimana yang dilakukan oleh Pejabat Perdana Menteri itu.

Zahid Hamidi dan Saifuddin Nasuition yang disebut sebagai dua pemimpin kanan UMNO dan PKR yang sedang menjayakan usaha itu juga perlu tampil menjelaskannya kepada umum.

Hanya setelah semua itu diterangkan dengan seterang-terangnya, barulah kita tahu siapa yang berbohong dan siapa yang bercakap benar dalam isu ini. (SH 16/06/2013)

6 comments:

  1. Najib kelihatan semakin lemah dan harus( wajib) ditendang keluar dari puchok pimpinan UMNO.

    ReplyDelete
  2. Bukan hanya Najib...lebih penting pengaruh Mahathir Mohamad dan legasinya dalam UMNO harus ditamatkan seberapa segera jika UMNO Mahu kembalikan kepercayaan majoriti Melayu kepada parti tersebut sebagaimana yang berlaku di era 70 dan 80an dulu. Tidak dinafikan kebencian ramai Melayu terhadap UMNO disebabkan dasar dasar yang diperkenalkan Mahathir. Usia UMNO BN boleh dilanjutkan hanya dengan penyingkiran Mahathir.

    ReplyDelete
  3. Tuan,

    "Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pejabat Perdana Menteri menyatakan, usaha ke arah pembentukan kerajaan perpaduan ini tidak mungkin dilakukan ketika ini kerana Anwar dan Pakatan Rakyat masih menolak keputusan pilihanraya umum yang lalu"

    Saya amat pasti saya tidak terkejut dengan kenyataan diatas yang dikeluar seperti biasa sejak 5 tahun kebelakangan ini selalu ketinggalan keretapi iaitu selalu terlalu lewat sehingga sesuatu isu itu sudah menjadi tidak terkawal baru terhegeh-hegeh nak jawab!INILAH TRADEMARK PENTADBIRAN NAJIB!

    As always, sudah le terlewat, statemen pun tahap haprak sehingga budak-budak tadika pun tak percaya dengan statemen tersebut!INI SATU LAGI CIRI PENTADBIRAN NAJIB!Contoth-contohnya terlalu banyak sejak Najib jadi orang NO.1 ni....

    Point yang saya ingin sampaikan ialah adalah lebih baik Najib menumpukan tenaga dan resources kerajaan untuk menangani pelbagai isu yang sedang menekan negara dan rakyat kini seperti jenayah, pemulihan ekonomi negara, kenaikan barang keperluan yang tidak terkawal dsb dari bermain politik 25 jam sehari, 365 hari setahun - satu permainan yang dia memang terok( severely handicapped) dan sering terperangkap dengan jerat sendiri setiap kali dia cuba menjerat lawan politiknya!Setiap blunder politik najib yang kita nampak perlu dibayar dengan kos yang tinggi dipihak rakyat, kadang-kadang melibatkan kewangan kerajaan berjuta-juta!

    Isu diatas? Pun akan menjerat Najib dengan perangkap yang dia cuba pasang untuk memerangkap Anwar!

    Elok Najib tumpukan seluruh tenaga dan jentera parti dan kerajaan untuk menyempurnakan mandat PRU 13. Dulu dok sebok pasal tak ada mandat, bila dah dapat mandat dok sebok bermain politik peribadi 25 jam seha
    ri semalam, 30 hari sebulan pulak! Kita masih menunggu pendetailan dalam bentuk polisi dan tindakan kepada janji-janji politik yang terkandung di dalam menifesto BN dalam PRU 13 yang lalu. Ini sepatutnya menjadi prioriti najib sekarang......bukan mengabaikan mandat yang diberi dan yang ditagih dari rakyat macam ceti mintak hutang!

    bat8

    ReplyDelete
  4. Hari ini Malaysia masih sibuk dengan politik dan terkini Kerajaan Perpaduan(g) dah hilang sebab pelakon Pakatan Rakyat sudah bertukar kumpulan. Dan dengan nada sahaja DSAI mengatakan ade percaturan! Tanpa pengetahuan PAS dan DAP! Mustahil dn jangan cuba DSAI..
    Tetapi ini kepada mereka yang tidak menerima hakikat nasi sudah menjadi bubur. Finished and over and done with, BN memerintah dan Pakatan Pembangkang.
    Tetapi pada PAS dan ahli-ahlinya (yang telah menerima keputusan PRU 5 Mei, lalu, jasad mereka sahaja di Malaya namun ingatan telah jauh dari tanah air ini;
    Kami semua berada di Dataran Rabaa Adawiayah di mana lebih 700 nyawa sudah terkorban dan ribu-ribuan cedera akibat USD1.55 billion Fatah al - Sisi menjalankan jarum Obama dan Israel.
    Apakah tujuan dan harapan DSAI dan Najib lebih penting?
    Tidak sekali-kali! Kerana keadaan di Mesir lambat aun akan melewati kita juga apabila Amerika dan kuncu-kuncu mereka dapat memecah-belahkan Ummah!
    Di masa tidak ade lagi `wa' tasimu bi hablillah'
    Adakah Najib perduli mayat bertimbun-timbun di Mesir?
    Fikirlah sendiri! Mereka DSAI dan Najib tidak lagi penting kepada kami orang PAS! Kerana kedua-dua tidak ade guna.
    Lebih baik TDM yang mengatakan Al-Sisi membuat kerja musuh Islam!
    Semoga Allah menjahanamkan al - Sisi dan membinasakan Kerajaan Arab yang meingikut telunjuk Yahudi dan Nasaraa Obama dan sekutunya.
    Obama murtad itu tidak wajar diberi layanan baik kerana dia yang bertanggung jawab membiayai ketenteraan Mesir agar mengahala peralatan mereka kepada ummat Ikhwanul Muslimin!
    Hari ini Israel dan Obama laknatullah ketawa kerana berjaya membunuh orang Islam tanpa mereka pemainkan peranan, hanya dengan USD 1.55 billion, cukup tentera dan polis Mesir menggila!
    Harap ummat Islam di Malaysia sedar di mana `wa'tasimu" Najib dan DSAI dalam hal sebigini!
    Chap Ayam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini masalahnya, bila u buat jihad disana , u rasa org lain tk buat apa2. jgn sampai pahala jihad hapus kerana ujud sikit ujub dihati.

      jgn ingat anwar tk tau dn tk buat apa2. kot2 najib yg berkuasa la patut lebih ke depan dlm membantu umat tempat lain.

      kami yg tk peluang bantu ini, sentiasa berdoa qunut nazilah at least utk smeua umat yg dizalimi.

      kita sama2 bantu atas kemampuan masing2.

      Delete
  5. poorah PAS kononnya sibuk di mesir.. Islam dihina di sini pun tidak di bela..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...