Sunday 11 August 2013

Pembaziran Kementerian Pendidikan, Sekolah 12 Murid Punya 12 Guru


Usaha kerajaan memperkasa sistem pendidikan dan memberi peluang kepada rakyat menimba ilmu pengetahuan melalui pembinaan sekolah-sekolah rendah di kawasan pedalaman memanglah sesuatu yang seharusnya dihargai kerana ia akhirnya akan berupaya meningkatkan kadar celik huruf serta meningkatkan taraf hidup di kalangan rakyatnya.

Langkah ini lebih memberi makna terutamanya di Sabah dan Sarawak di mana begitu banyak sekali sekolah-sekolah dibina di kawasan pedalaman untuk membolehkan mereka yang terpisah dengan arus pembangunan negara agar dapat sama-sama mendapat peluang menimba ilmu sebagaimana mereka yang tinggal dibandar-bandar dan akhirnya mampu lahir sebagai insan yang berpendidikan tinggi.

Seiring dengan pembinaan sekolah-sekolah itu, Kementerian Pendidikan juga turut menempatkan guru-guru dari Semenanjung untuk mengejar di kedua-dua negeri tersebut.

Dalam penempatan guru-guru ijazah lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) pada 1 Julai lalu, daripada lebih 3,000 yang menamatkan pengajian mereka, kira-kira 1,200 orang daripada mereka ditempatkan di Sarawak saja, manakala selebihnya di Sabah dan lain-lain negeri yang didapati memerlukan penambahan tenaga pengajar.

Ini dipercayai bukan saja menunjukkan iltizam kerajaan yang tinggi untuk terus membangunkan negeri Sarawak, bahkan mungkin sebagai "imbuhan balas budi" kepada negeri Sarawak yang menyumbang sebahagian besar kerusi kepada kemenangan BN dalam pilihanraya umum lalu.

Namun, di sebalik usaha mahu memberi pendidikan kepada penduduk Sarawak melalui penempatan guru-guru ini, Kementerian Pendidikan yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin terlihat tidak cerdik dalam susun-atur penempatan guru-guru tersebut sehingga berlaku banyak sekali pembaziran tenaga guru-guru kerananya.

Guru-guru lepasan IPG ini seperti sengaja mahu didera dengan menghantar mereka mengajar di sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman Sarawak sedangkan keperluan tenaga pengajar berbanding dengan jumlah murid tidaklah begitu memerlukan guru tambahan lagi.

Banyak guru-guru ini dihantar ke sekolah yang sebenarnya sudah mencukupi tenaga pengajarnya, malah sesetengahnya guru-guru yang sedia apa pun sudah melebihi jumlah yang sepatutnya.

Lebih pelik, ada sebuah sekolah rendah di daerah Miri yang hanya mempunyai 12 orang murid tetapi jumlah gurunya juga seramai 12 orang. Dalam ertikata lain, sekolah ini sudah boleh disenaraikan dalam World Book of Records kerana mempunyai nisbah satu guru bagi satu murid.

Walaupun sebelum ini, sekolah tersebut dikira sudah mempunyai jumlah guru yang mencukupi memandangkan jumlah muridnya yang terlalu sedikit kerana terletak jauh di pedalaman tetapi dalam penempatan guru-guru pada 1 Julai lalu, Kementerian Pendidikan menghantar tiga orang lagi guru lepasan IPG ke sekolah tersebut.

Dengan jumlah guru seramai 12 orang untuk 12 murid, semua guru mengajar di sekolah tersebut berada dalam keadaan yang cukup santai dan langsung tiada tekanan, bahkan boleh memancing ikan, menangkap burung dan melakukan lain-lain aktiviti sampingan di waktu mengajar. Dalam masa yang sama, ilmu-ilmu mengajar yang dipelajari selama menuntut di IPG juga tidak sempat dilaksanakan kerana apalah sangat yang ilmu yang perlu dicurahkan dengan murid seramai itu.

Ini berikutan, dalam keadaan satu kelas hanya mempunyai seorang atau dua orang murid saja, kebanyakan guru-gurunya hanya mengajar satu atau dua jam sahaja dalam sehari. Murid-muridnya pula ada yang balik ke rumah seawal pukul 10 pagi dan jika rajin akan datang semula ke sekolah menjelang tengahari tetapi biasanya terus balik ke rumah setelah belajar selama satu atau dua jam.

Guru-guru pula, tidak mampu berbuat apa-apa kerana rumah murid-murid hanya di sekeliling sekolah saja dan mereka boleh datang dan pergi sesuka hati.

Persoalannya ialah kenapakah Kementerian Pendidikan meletakkan guru-guru dalam kadar yang berlebihan daripada yang sepatutnya di negeri Sarawak ini? Pernahkah pegawai-pegawainya turun padang ke sekolah-sekolah pedalaman itu?

Bukankah lebih baik guru-guru tersebut diletakkan di beberapa sekolah di Semenanjung yang masih banyak kekurangan tenaga pengajar, selain setiap kelas mempunyai purata 40 orang muridnya daripada terus-menerus melakukan pembaziran, bukan saja wang ringgit tetapi juga kemahiran tenaga pengajar, dengan kekal meletakkan guru yang berlebihan di negeri Sarawak itu?

Apakah ini menandakan Kementerian Pendidikan tidak cekap dalam mengatur sumber manusianya atau adakah pembaziran ini di dalam pengetahuan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan atau sebaliknya.

Pernahkah juga beliau cuba mengambil tahu kedudukan guru-guru di kawasan pedalaman seperti ini?

Kiranya perkara ini di dalam pengetahuan Muhyiddin dan beliau tidak pernah berusaha memperbetulkannya, rasanya amatlah malang negara mempunyai pemimpin seperti beliau kerana perkara ini adalah suatu pembaziran yang nyata dan tidak sepatutnya berlaku. (SH 11/08/2013)


4 comments:

  1. 12 guru untuk 12 murid bukan pembaziran mengikut takrif UMNO. kalau 24 guru untuk 12 murid, baru dikatakan pembaziran.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  2. Pada mata kasar penilai.... Ianya seperti pembaziran tenaga kerja tapi jika ditanya pada menteri pelajaran dan timbalannya, mereka tidak akan bersetuju dikatakan pembaziran tapi mereka akan bersetuju jika 12 murid ada 12 guru mempunyai nilai 'SERAMPANG BANYAK MATA'.

    Persoalan nya, apakah orang politik dari UMNO Baru begitu prihatin terhadap pembelajaran rakyat sedangkan mereka amat takut pada orang yang pandai ?

    Sehinggakan pengasas parti itu tanpa rasa segan silu memberitahu orang ramai bahawa pemimpin UMNO Baru tidak terima orang pandai jadi ahli parti kecuali orang bodoh yang mudah diperbodohkan dan sanggup jadi barua.

    Pilihanraya yang lalu telah memberitahu kita bahawa guru bukan saja mengajar disekolah tapi mereka juga diarahkan jadi barua mengusung pelbagai propaganda UMNO Baru kesekeliling kampong menghasut pengundi agar menyokong kerajaan Barisan Nasional.

    Cerita pemimpin UMNO Lama sehingga kepada UMNO Baru menzalimi kumpulan akademik ini cerita lama yang tidak mampu dihalang oleh sesiapa malah terpaksa bersekongkol dengan mereka demi sesuap nasi.....tak gitu ?

    "RASUAH AMALAN SIAPA.....?"

    ReplyDelete
  3. Bodoh punya UMNO lah...tu lah kerja bangsat orang UMNO...memang otak udan
    g

    ReplyDelete
  4. apa yg salahnya...kalau mau buat satu kelas, gabunglahkan..maksudnya adakah matlamat pdp tercapai... Ini kerana setiap kelas atau tahap itu mempunyai sukatan tertentu dgn peruntukan masa mengikut pekeliling kementerian pelajaran. Jumlah matapelajaran dan masa pdp tiada bezanya dgn sekolah ramai murid..di mana ia perlu dijalankan secara wajib walaupun 12org murid..biarlah 1murid 1 kelas..adakah oleh kerana murid sikit maka gabung kelas dan biarkan seorang guru sampaikan semuanya..alamatnya guru boleh jadi gila...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...