Tuesday 7 October 2014

Tamrin Ghafar Keluar Pas?


Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka, Tamrin Tun Ghafar dikhabarkan akan meninggalkan parti Pas yang disertainya lebih setahun lalu, tidak lama lagi.

Desas-desus telah bertiup kencang sejak semalam mengatakan beliau akan membuat pengumuman mengenainya pada minggu hadapan atau selewat-lewatnya dua minggu daripada sekarang.

Adalah dipercayai Tamrin berbuat demikian berikutan kecewa dengan sikap pemimpin tertentu dalam parti itu yang sejak akhir-akhir ini menambahkan lagi kekusutan dalam PR, terutamanya berhubung isu pertukaran Menteri Besar Selangor.

Sikap permimpin tertentu dalam Pas yang seolah-olah melihat rakan sendiri iaitu PKR dan DAP sebagai musuh berbanding UMNO sedangkan perjuangan PR ialah untuk menggantikan BN mentadbir negara ini dikhabarkan menyebabkan beliau merasakan berada di dalam Pas bagaikan tidak memberi banyak erti kepada perjuangannya.

Lantaran itu, Tamrin yang juga anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba memutuskan pilihan terbaik baginya ialah meninggalkan Pas yang disertainya sebelum PRU 13 lalu.

Dikatakan juga, meskipun memutuskan meninggalkan Pas tetapi Tamrin tidak akan menyertai PKR mahupun DAP, malah tidak juga akan kembali semula menyertai UMNO.

Beliau dikhabarkan akan menjadi individu bebas yang tidak terikat kepada mana-mana parti lagi selepas ini.

Bagaimanapun Tamrin sehingga ini tidak dapat dihubungi untuk mengulas sejauh mana benarnya desas-desus beliau akan meninggalkan Pas ini. Telefon bimbitnya tidak dijawab walaupun dihubungi beberapa kali, malah pesanan SMS dan Whatsapp yang dihantar kepadanya juga tidak dibalas.

Sejak menyertai Pas sebelum pilihanraya umum lalu, Tamrin adalah antara penceramah yang aktif berkempen ke seluruh negara bagi memastikan PR memperolehi kemenangan dan mampu menewaskan BN. Dalam banyak pilihanraya kecil juga, penglibatannya hampir tidak pernah terkecuali.

Namun, sejak tercetusnya isu pertukaran Menteri Besar Selangor yang telah menimbulkan kekalutan selama beberapa bulan sehingga akhirnya Sultan Selangor memilih Azmin Ali menggantikan Khalid Ibrahim, Tamrin berpendirian sama dengan kumpulan progresif dan profesional dalam Pas yang mahukan parti itu berpegang pada janji dan muafakat dalam PR.

Tindakan Pas yang berdolak-dalik, berubah pendirian dan akhirnya turut mencalonkan Adunnya sendiri dipercayai adalah antara punca berpanjangannya kemelut itu di Selangor sehingga meretakkan hubungan antara kumpulan ulama dengan profesional dalam parti itu.

Walaupun Pas, terutamanya kumpulan ulama mungkin mengatakan keputusan Tamrin ini tidak menjejaskan perjuangan parti itu tetapi haruslah disedari bahawa kekecewaan terhadap sikap Pas itu turut juga dikongsi oleh banyak kelompok lain dalam masyarakat sejak kebelakangan ini seperti kakitangan kerajaan, swasta, guru-guru, pekerja profesional dan sebagainya.

Semua mereka ini mempunyai jiwa Islam dan ingin melihat kemenangan Islam tetapi sikap yang ditunjukkan dalam kemelut di Selangor yang seolah-olah Pas mula "bermain mata" dengan UMNO bukan saja menyebabkan ada yang sudah tidak mahu lagi menyokong Pas, bahkan ramai juga yang enggan mengundi calon Pas dalam pilihanraya umum akan datang.

Selain Tamrin, antara pemimpin UMNO yang telah menyertai Pas sebelum ini ialah bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Mohd Taib dan tokoh korporat daripada Pulau Pinang, Abdul Rahman Maidin.

Adakah mereka ini juga bakal mengikuti jejak Tamrin selepas ini? (SH 07/10/2014)

16 comments:

  1. Sikalang manyak olang mau cali peluang lea a , bukan mau berjuang maa a .!.

    Itu juang betut punya olang eaa ,lia mesti tunggu ,kasi pecat antar layuan ,tatak kasi tuboh lain punya pati lea aa.

    ReplyDelete
  2. Saya pun tak faham apa yang gerakan kononnya pejuang Islam di seluruh dunia ini, macam tak faham apa itu "strategi" dalam perjuangan. Apa itu permuafakatan dalam perjuangan.

    Yang ekstrimnya atau yang bodohnya mereka ini suka sangat kecoh pasal masalah mazhab, kecoh pasal wanita tak bertudung, kecoh pasal barangan buatan Amerika (walhal mereka sendiri pakai barangan Amerika seperti Facebook, Blog, Whatsup dll), kecoh pasal nama Tuhan, kecoh pasal wartawan Barat.

    Sepatutnya gerakan Islam ini mestilah terkehadapan dalam bidang Sains, Teknologi, Matematik dsb. Ini tidak, bab Kemanusiaan pun gagal. Sampai tidak ada perasaan kemanusiaan dalam pergaulan.

    Mereka golongan ini kalau ditegur sedkit terus melenting.

    Ini fakta. Lihatlah apa yang mereka seperi ISIS buat, bunuh orang tak berdosa, pancung kepala orang. Kalau ada berani pergilah ke sempadan negara Israel atau pergi ke sempadan US. Ini tidak, macam tikus bodoh, main sorok-sorok nak culik orang.

    Kalau Nabi Muhammad hidup sekarang, beliau pun geleng kepala melihat telatah puak konon Jihadist. Jauh dari cara Nabi dan Rasul-rasul terdahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu tersilap maklumat tentang ISIS.

      Delete
  3. Kalau Tamrin kecewa, apatah lagi pada aku ni penyokong tegar Pas & PR. Impak kes MB Selangor terlampau kuat. Ramai yg kecewa mengharapkan Pas sbg wadah perubahan yg menggantikan umno tp syg, apabila mereka terpengaruh dgn org berkepentingan di plaza perangsang, menjadikan kepercayaan terhadap pas musnah. Hanya secebis kepercayaan kepada segelintir puak progresif professional dlm pas tp terlampau sedikit utk bergantung harap disebabkan badan agung spt MSU tampak begitu dominan utk mengemudi Pas. Pas sememangnya kalah dari segi persepsi dan utk menang for next PRU,mereka mesti berbuat sesuatu. DAP n PKR tampak move on dgn terlantiknya azmin ali, tp Pas masih lagi dgn kenyataan2 berbaur ketidak puasan hati terhadap kekalahan di P. Kubor n kes pemecatan Ahli Majlis yg x professional. Tambah pulak dgn kenyataan misleading dari the UG gang yg tidak berkesudahan untuk memecahkan PR. Persoalannya ke manakah arah sebenar Pas? Aku pasti ramai tokoh2 Pas yg progresif akan keluar setidak pun akan deactivated diri mereka selagi tiada perubahan berlaku. Sayanglah. Di kala umnobn kelihatan dibenci dgn tindakan menaikkan harga minyak, org ramai turut membenci pas selaku sekutu PR yg mungkir janji. Something has to be done.. Pas need to change! The president indeed!

    ReplyDelete
  4. Pas ini jika berjumpa dengan umno mereka minta kena patuk ular kalu kedua ditempat yang sama.Bila berjumpa dengan PR iaitu pkr dan dap mereka mahu memecahbelahkan gabungan PR.terang lagi bersuluh parti yang mereka hendak kahwin iaitu parti sedang berkuasa dalam negara umno menolak mentah2 hudud.Sedangkan PKR dan DAP yang belum lagi berjaya menguasai kepimpinan negara diajak membuang masa dengan sikap pas yang tidak membantu semasa pas diperlukankan, sedangkan perjuangan asal ialah menjatuhkan umno.cakap pun tak guna, biar masa mrnentukan sama ada pas for all atau pas untuk barua umno/sombong bila ada sedikit kuasa

    ReplyDelete
  5. Tamrin, mat taib, raman maidin..ni semua dah putus darah..
    Keluar atau masuk.. Dah tak ada nilai

    Buang masa bercakap tentang mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putus darah haid ke? Dah menapous ke depa tu? Komen mcm x der otak

      Delete
    2. Apa nilainya Hj Hadi, Nik Abduh dan Nasrudin Tantawi. Hanya orang yg tak de nilai shj, menjadi pengikut mereka.

      Nik Abduh dng kenyataan bodohnya..konspirasi dunia nk jatuhkan Hadi dan sekarang 'sekutu yahudi pula masuk Pas'. Nik Abduh ni, kepala dia betul ke? atau ada 'wire' tercabut mana2.

      Delete
  6. Bila orang yg bergelar ulamak dlm Pas sendiri terang-terang mungkir janji dan mengkhianati kawan, maka mereka tak boleh dipercayai, apa lagi dibuat ketua. Ilmu akhirat yg kononnya ada pada mereka masih menjadi tanda tanya (?) dan sembahyang serta ritual lain yg mereka kerjakan itu hanya utk diri sendiri dan tidak memanfaatkan orang ramai, ditambah pula dgn kecetekan pengetahuan mereka ttg ilmu dunia dan ilmu profesional, apa yg boleh diharap pada mereka dlm pembangunan masyarakat dan negara? Nak harap jadi kompas moral pun tak boleh atas perbuatan dan sikap yg diperlihatkan.

    Mereka hanya boleh cuba menakutkan orang dgn ucapan yg berapi-api, ugut dan gertak orang dgn dosa dan pahala, neraka dan syurga, benda dan perkiraan yg mereka sendiri tak pasti selagi belum mati. Riak dan ghairah merendahkan orang lain, sedangkan orang lain tak berkelakuan spt mereka. Sungguh mengecewakan, saya tak heran kalau Tamrin atau sapa-sapa lagi nak keluar.

    ReplyDelete
  7. TGHH tak kisah pun sesiapa nk keluar pas. Ini satu cara pembersihan parti katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi pun bukan kesah sangat samada PAS lingkup atau tidak. Yang dia kesah, janji menantu Din Ayam ada jawatan diPerangsang.

      Aku tengok dng Hadi dgn sikap tak kisahnya akan melingkupkan PAS.

      Delete
    2. Betul tu, memang bersih sungguh kali ini PAS. Bukan setakat bersih kat Selangor di PRU 14 nanti, malah akan "clear" di Kelate sekali. Selalunya perkara yang tak diduga pastinya akan berlaku. PRU13, ramai yang sangkakan Perak, Trengganu dan Kedah akan kekal atau diperintah PAS semula, tapi apa sudah jadi? Sebaliknya pemimpin low class PAS akan dibersihkan oleh rakyat......

      Delete
  8. Pas hanya didominasi olih puak2 UG yg gilakan kuasa & jawatan. Didalam muktamarnya baru2 ini, golongan yg menggelar diri sebagai ulama begitu seronok mencerca & menghina golongan yg tidak sependapat dengan mereka walaupun duduk didalam satu party. Laungan takbir yg selama ini menjadi penyeri didalam setiap ceramahnya telah diganti kepada jeritan boo... semasa golongan yg lebih sederhana berpidato... Sungguh memalukan ahli sebuah party yang menggunakan nama Islam tetapi berkeperibadian yg lebih teruk daripda sebuah party sosial yg mempejuangkan kebebasan. Mereka bermuktamar seolah2 utk menunjuk sikap marah kepada rakan2 di PR. Seolah2 mereka2 ini adalah ahli2 pewaris wali yg tidak pernah melakukan kesilapan. Menghina & mencabar rakan2 ahli party sendiri & rakan PR yg tidak sehaluan dgn pemimpinnya yg bercakap seolah2 Ayatollah Khomeini pemimpin agong Iran.

    ReplyDelete
  9. PAS akan lebih tersusun dan teratur bila haji hadi dikeluarkan. Dia telah menjadikan PAS partinya sendiri. Ulamak yg setahun dua dalam Pas rasakan mereka adalah ulamak besar...puuii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas mempunyai ulamok yg suka jatuhkan hukum keatas orang lain. Mereka merasa seolah2 meteka maksum. Dapat saja gelaran ustaz dah rasa macam ulamak besar.

      Delete
  10. PAS geng UG ni lepas satu satu hal dibuatnya. Terbaru ... kalau ahli PAS saja menjadi pengundi (x termasuk kita-kita yang x dihormati PAS UG) pun belum tentu boleh menang PRU. Sebab? Sama sendri pun bercakaran.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...