Wednesday, 8 October 2014
Sebagaimana Dulu Mahathir Menegur KJ, Ada Baiknya Rosmah Juga Ditegur Sama
Semua orang mengetahui bahawa bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sudah hampir dua bulan menarik balik sokongannya kepada Najib Razak yang memimpin negara sejak 2009 lalu.
Seiring dengan penarikan balik sokongan itu, Mahathir juga bertekad meneruskan tegurannya daripada semasa ke semasa mengenai apa-apa yang dirasakannya tidak betul yang dilakukan oleh Najib selaku Perdana Menteri.
Beliau pernah menegur dasar Najib yang dianggapnya merosakkan ekonomi dan kewangan negara, hubungan kaum yang semakin renggang, tindakan tidak bijak menghapuskan beberapa akta seperti ISA dan Ordinan Darurat serta terlalu lembut dengan negara jiran.
Kemudian beliau juga menegur mengenai dana pelaburan 1MDB yang seolah-olah berlagak seperti golongan kaya tetapi sebenarnya menyebabkan hutang negara terus meningkat.
Yang terbaru iaitu semalam pula, beliau menegur mengenai amalan yang dilakukan Najib sebelum PRU 13 dengan memberikan wang kepada berjuta rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak menghargai layanan, meningkatkan hutang negara, mendengar nasihat konsultan dan lain-lain lagi tetapi keputusan pilihanraya tetap lebih buruk berbanding PRU 12.
Apa yang dilakukan oleh Mahathir terhadap Najib ini menyamai dengan apa yang pernah dilakukannya kepada Abdullah Badawi dahulu.
Jika dulu, Abdullah Badawi yang merupakan pilihannya diminta mengundurkan diri, kini Najib yang dulu disokongnya, turut ditarik sokongannya.
Walaupun sudah beberapa teguran dan kritikan dilakukan oleh Mahathir terhadap Najib, tetapi sehingga ini beliau belum pernah lagi menyentuh mengenai pembaziran, pemborosan dan campurtangan yang melibatkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.
Berbanding serangannya kepada Abdullah Badawi dulu di mana Khairy Jamaluddin sebagai menantu yang dianggap memainkan peranan utama mencatur dan campurtangan sehingga merosakkkan pentadbiran negara, menjadi sasaran utamanya namun Rosmah belum lagi menjadi kritikannya walaupun penglibatan dan campurtangan isteri Perdana Menteri itu turut menjadi bualan ramai sejak dulu lagi.
Bukan saja campurtangan dan penglibatan Rosmah hampir sama dengan apa yang pernah dilakukan Khairy Jamaluddin dulu, bahkan tidak dinafikan juga prestasi buruk BN dalam PRU 13 adalah disebabkan penolakan terhadap karenah dan sensasi yang banyak ditimbulkannya.
Selain pemborosan, pembaziran, bergaya mewah dan dakwaan campurtangan, luarbiasanya Rosmah ialah keghairahannya terhadap penggunaan jet kerajaan walaupun beliau secara sendirian atau bersama ahli-ahli Bakti saja sebenarnya tidak layak menggunakan kemudahan itu.
Beliau hanya layak menaiki jet kerajaan itu jika mengiringi Najib selaku Perdana Menteri saja. Tetapi kerapkali Rosmah dibenarkan menggunakan kemudahan mewah itu meskipun Perdana Menteri tidak ikut serta.
Beberapa kali juga isu penggunaan jet oleh Rosmah dan kosnya dibangkitkan di Parlimen, kali terakhir pada Mac lalu di mana penerbangan jet kerajaan yang membawa isteri Perdana Menteri ke Qatar bersama rombongannya diberitahu telah menelan kos lebih RM400 ribu.
Namun dalam sidang Parlimen kali ini, ketika ditanyakan kos membawa Rosmah ke Padang, Indonesia, dengan menggunakan jet kerajaan untuk menerima anugerah tertinggi Minangkabau bersama rombongannya yang turut disertai menteri kabinet, kerajaan mengambil keputusan tidak mahu mendedahkannya.
Shahidan Kassim yang menjawab bagi pihak kerajaan apabila ditanya oleh wakil DAP, Anthony Loke, enggan mendedahkan kosnya, sebaliknya hanya berkata, ia adalah atas urusan kerajaan dan penerbangan itu dalam anggaran yang bersesuaian dengan kosnya.
Selain Anthony Loke yang kesal dengan sikap terbaru kerajaan ini kerana ianya melibatkan dana awan yang seharusnya perlu diketahui oleh semua rakyat, wakil Pas Mahfuz Omar juga menyelar sikap kerajaan itu kerana adalah jelas penggunaan jet kerajaan oleh Rosmah itu bersifat untuk kepentingan peribadi.
Kenapakah dulu boleh diberitahu kepada rakyat jumlah kosnya dan sekarang mahu disembunyikan pula?
Apakah juga mulai sekarang semua perbelanjaan kerajaan yang melibatkan Rosmah akan turut disembunyikan juga?
Dalam hubungan ini, terlanjur Mahathir sudah menarik balik sokongannya dan menegur satu demi satu kepincangan Najib dalam mengurus negara, ada baiknya beliau turut sama menegur karenah Rosmah ini di samping meneruskan teguran-teguran yang lain mengenai Perdana Menteri.
Ini kerana, di mata rakyat dan di hati ahli UMNO, masalah yang ditimbulkan oleh Rosmah lebih kurang saja dengan apa yang dilakukan oleh Khairy Jamaluddin dulu. Mungkin bentuknya saja berbeza tetapi kesan kerosakannya kepada negara adalah sama. (SH 08/10/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Khairi ke rosmah ke...yg penting jatuhkan BN baru msia selamat.
ReplyDeleteKutty patut menyalak salahlaku umngok dan bukannya menyalak pasal PM selepas dia semuanya tidak betul.Jangan salahkan kaum lain yang kaya tanpa subsidi sedangkan melayu kaya dari politik.
ReplyDeleteSerba tak kena politik Malaysia ni.. Dgn BN nyer berperangai mcm lanun, dgn perangai Madeynya yg lidah berbelit2, bpusing2 x ingat mati...dgn PR yg dah kurang bpakat dek perangai segelintir PAS -ulamak-UG- haisshhh...nampak jauh perubahan utk negaraku tercinta ni..
ReplyDeleteBangsa melayu kalau nak maju bukan dengan subsidi atau kaya dari kuasa politik.mana2 ngok umngok dan kutty seharusnya menyalak salahlaku dan bukannya kepincangan PR atau sekadar memfitnah PR.Yang memerintah negara sekarang Umngok bukan PR...takan media massa buta masaalah negeri selain negeri PR...apakah sayangkan duit rakyat utk diri sendiri daripada membantu mereka yang lebih memerlukan bantuan.
ReplyDeleteSudah tentunya Tun Mahathir takut mahu menegur Rosmah. Cuba fikir sekiranya Tun Mahathir cuba menegut dan Rosmah menjawab menggunakan saluran Media Prima TV3 secara langsung dan mengatakan........Walaupun usia aku (Rosmah) 63 tahun dan 3 tahun tua dari Najib tetapi masih ada rambut walaupun tak lebat tapi Tun walaupun wang berjuta masih tak mampu ikhtiar nak tumbuhkan rambut Tun Siti Hasmah, bagaimana? Tak ke malu satu Malaysia dibuatnya?
ReplyDeleteAllloooo, Tun M tak main Bini orang lah..
ReplyDeleteNak Tegus.. Kena Tegur lah Laki dia Yang Lembek, lemah Longali tuuh.
Kan Tun M dah Kata Tak sokong suami nya PM Najib Boddoh tuuu.. maka laki bini penyusah rakyat nieh Dia Tak sokong laaahh
Ader Paham???
Khairy Jamaluddin menatang Batok sekor lagi Biawak Hidup yg melayu kena Tanggung..
Orang suruh jaga Kementerian Sukan, bagi sukan naik balik..
Dia sibok Nak BerZombie.. zombie.. memang Khairy Nieh Celaka Menyushakan.
Terasa lucu bila saudara Shahbudin mencadangkan agar Mahathir menegur perangai Rosmah Mansor.
ReplyDeleteAda diantara Ahli Majlis Tertinggi UMNO Baru telah terhutang budi kepada Najib dan Rosmah dan akan mempertahankan maruah beliau berdua sehingga ketitisan darah yang terakhir.
Sebagai buktinya, Putrajaya enggan mendedahkan kos spesifik pesawat rasmi negara yang membawa isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor ke Padang, Indonesia untuk menerima anugerah tertinggi Minangkabau
Mana mungkin Mahathir boleh menegur perangai Rosmah tanpa bantuan ahli majlis tertinggi ?
Mahathir sudah jadi quran buruk..
Inilah bahana yg rakyat terpaksa tanggung apabila pemimpin2 dilihat hidup mewah. Pegawai2 kerajaan juga ingin hidup mewah dantidak sepadan dgn pendapatan yg dperolehi maka berlakulah penyelewengan dan rasuah. Kedua2nya adalah bertentangan dgn yg sarankan ole Islam.Rakyat sekarang sudah dapat menilai sejauh mana kemampuan seseorang pemimpin dan pegawai kerajaan dgn pendapatan masing2. Di sinilah bermulanya penentangan terhadap kerajaan apabila kerajaan gagal mengambil tindakan terutamanya kpd pemimpin2 politik dan pegawai kerajaan sahaja yg dilihat teranianya.
ReplyDeleteKutty mana berani tegur Kakmah, tokmoh kakmah lagi kuat dari tokmoh kutty
ReplyDeleteDaripada buang masa tegur kak mah bagus tegur anak sendiri.walau tak minum masa oktoberfest, janganlah melibatkan diri dengan bisnes arak san miguel.
ReplyDeleteTuan Shah,
ReplyDeleteNak suruh PENYAMUN tegoq dan betoikan PEROMPAK??? Kah! Kah! Kah! Buang karan saja tuan. Sampai ke kiamat pun tak kan ada kesan. Macam bapak ketam ajaq ibu ketam jalan betoi saja. Kah! Kah! Kah! Yang depa tau dan masing2 dok pikiaq macam mana nak rembat lebih banyak lagi. Laa depa dok lawan tanda pangkah (X) kat tempat tempat lubuk duit. Dok berebut sama depa. Tok sah buang masa dok harap sangat laa PENYAMUN boleh perbetoi PEROMPAK...lebih baik kita rakyat marhaen kat bawah ni cari jalan berkas dan humban depa dalam lubang jamban. Lawak betoi la tuan dok mengharap bpk ketam boleh ajaq ibu ketam jalan betoi.