Sunday 12 October 2014

Hukuman Sekadar Menjaga Air Muka Presiden, Buang Masa Saja Buat Rayuan


Dua Adun Pas Selangor, Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang menandatangani akuan bersumpah menyokong Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor, baru-baru ini akhirnya digantung keahlian mereka selama setahun berkuat-kuasa serta-merta.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka diberi tempoh selama 15 hari untuk merayu kepada Majlis Syura Ulama jika tidak bersetuju atau merasakan hukuman itu terlalu berat.

Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Pas Pusat yang dipengerusikan oleh Presidennya, Haji Hadi Awang hari ini.

Dan sebagaimana yang dilaporkan media, Shaari dan Hasnul belum lagi memutuskan sama ada mahu membuat rayuan atau sebaliknya, tetapi mahu menunggu surat rasmi mengenai hukuman itu terlebih dahulu.

Hukuman penggantungan keahlian kepada kedua-dua Adun ini sebenarnya sudah dijangka oleh banyak pihak memandangkan isu mengenai mereka begitu hangat diperdebatkan dalam Muktamar Pas baru-baru ini.

Tidak saja perwakilan yang membahas dan memperkatakannya, malah Presiden Pas, Haji Hadi Awang sendiri secara terbuka dan keadaan marah menuduh mereka itu dibeli melalui broker serta menggelarnya sebagai barua.

Bagaimanapun segala dakwaan Haji Hadi itu tidak pernah dibuktikan sehingga ini dan Shaari sendiri, selain menafikannya, turut mencabar agar tuduhan itu disertakan bukti jika benar beliau telah dibeli untuk memberi sokongan kepada Dr Wan Azizah.

Seiring dengan itu, pelbagai pihak dalam Pas yang menyokong Haji Hadi juga turut menyerang kedua-dua Adun berkenaan dengan pelbagai hujah dan gelaran walaupun hakikatnya Shaari dan Hasnul bertindak atas semangat PR yang mana Pas masih lagi bersama dan merupakan sebahagian gabungan itu.

Dengan yang demikian, memanglah agak mustahil kedua-dua Adun itu akan dilepaskan begitu saja. Kalau dilepaskan begitu saja, tentulah memalu dan menjatuhkan air muka Presiden Pas yang telah membuat serangan terbuka itu. Hukuman gantung keahlian setahun ini tidak lebih untuk menutup malu dan menjaga air muka Haji Hadi saja.

Oleh kerana hanya untuk menutup malu dan menjaga air muka saja, itulah sebabnya hukuman gantung untuk tempoh yang lebih lama seperti sehingga pilihanraya umum akan datang atau pecat keahlian terus tidak diambil.

Kiranya benar dakwaan bahawa kedua-dua Adun berkenaan sudah dibeli untuk menyokong Dr Wan Azizah, sudah tentulah ia merupakan kesalahan yang serius dari segi perjuangan Islam dan sewajarnya hukuman pecat keahlian diambil.

Hukumah pecat keahlian bukan saja dianggap terlalu berat tetapi juga akan menyebabkan kerugian berterusan kepada Pas kerana menyebabkan kehilangan dua wakilnya dalam DUN Selangor.

Memandangkan hukuman gantung keahlian selama setahun ini hanyalah untuk menutup malu dan menjaga air muka Haji Hadi saja, tidak perlulah juga bagi Shaari dan Hasnul untuk mengemukakan sebarang rayuan kepada Majlis Syura bagi meringankan hukuman itu.

Bukan saja Majlis Syura dipercayai tidak akan melayan sebarang rayuan kerana kecondongannya yang jelas kepada kumpulan tertentu dalam parti itu, tidak mengemukakan rayuan juga membuktikan Shaari dan Hasnul tetap berpegang teguh kepada prinsip perjuangan yang dipegang sebelum ini.

Tindakan mereka memberi sokongan terbuka bukan saja menyebabkan Khalid Ibrahim segera berundur dan sedar dirinya sudah kehilangan majoriti, malah memastikan kerajaan negeri kekal dibawah PR walaupun yang terpilih akhirnya sebagai Menteri Besar ialah Azmin Ali dan bukannya Dr Wan Azizah.

Lagi pula, tempoh setahun bukannya lama. Tugas dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat tidak terjejas apa-apa pun dalam tempoh penggantungan itu, cuma tidak boleh mewakili parti saja.

Bagaimanapun, jika dua Adun ini dianggap melanggar disiplin parti, elok juga Pas mengambil tindakan segera terhadap bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini begitu rapat dan kerap mengikuti rombongan Perdana Menteri, Najib Razak ke luar negara.

Selain menunjukkan keakrabannya dengan Najib dan UMNO secara terbuka yang seolah-olah mencabar Pas, Nasharuddin juga beberapa kali menyarankan agar Pas keluar daripada PR serta meninggalkan PKR dan DAP.

Begitu juga dengan beberapa pemimpin Pas yang bertanding secara bertindih dalam PRU 13 lalu yang mana perbuatan itu secara jelas bertentangan dengan semangat PR yang didokong oleh Pas sendiri.

Kalau Shaari dan Hasnul yang ingin mempertahankan PR segera diambil tindakan, apakah pula istimewanya mereka yang melanggar semangat kebersamaan dan berkali-kali meminta Pas keluar daripada PR? ( SH 12/10/2014)

17 comments:

  1. PAS... Semakin Lemah wjud lah PASMa..

    Pas Rosmah ker

    Angan Mat Sabu Mahhh Mahhhh

    Jadilah PasMah

    ReplyDelete
  2. Tulislah dengan jujur dan adil.. JANGAN ada sikap kecenderungan..?
    Kelak kamu tidak boleh lari dr tanggungjawab terhadap kesannya....
    Megapa TGHH saja yg perlu menjelaskan..?
    Kenapa tidak pertikaikan PKR wajib membuktikan tuduhan2 yg dibuat kpd TKI...
    Apa dah jadi dgn Pesta Arak...?
    Khuatiri nanti Allah turunkan Azab dan Bala d atas segala Kemungkaran dan Kebatilan yg sedang berlaku... Nauzubillah..

    ReplyDelete
  3. Jikalau sudah di beli untuk menyokong Wan Azizah, kenapa Majlis Ulama dan Hadi tak lapur SPRM? 'Pembelian' tu adalah perbuatan jenayah di sisi undang-undang Malaysia. Apakah PAS mengalakkan jenayah dengan tidak membuat lapuran pada SPRM?

    ReplyDelete
  4. Apa pasat tatak kasi pecat ?, itu Peneng manyak babut lea aa ,balu klitik sahaja sutak kasi pecat maa aa .

    ReplyDelete
  5. Buat Saja Nasharuddin Ketot jadi Pesiden PAS. Sudah Tentu PAS terus Jadi UMNO Baru Kedua (sama dengan Menteri Kewangan Kedua...)

    ReplyDelete
  6. Masaalah PAS ialah ramai ustaz2 yg setahun jagong rasa dirinya saperti ulamak besar pada hal mereka amat cetek ilmu hikmah dalam agama. Ramai dikalangan ustaz2 PAS yg pandai tetapi tidak bijaksana. Bijaksana = bijak disana (akhirat). Ulamak yg penuh dengan fikir dunia. Mereka lupa berpuak itu haram disisi agama. Merasa diri lebih baik dari orang lain
    Ulamak sebenar ialah yg saperti padi. Makin tua makin menunduk. Nak jadi ulamak tetapi tidak ada sifat ulamak.

    ReplyDelete
  7. Pas telah tergelincir ke blkg kembali menjadi parti kampong bukan parti nasional, parti politik yg x boleh dipercayai lg berbohong & memandang serong trhdp org yg x serupa dgn mereka & memandang rendah pd kebolehan wanita. Dlm p/raya letak calon bertindih sbb mereka x hormat org lain, x hormat perjanjian.

    Sekian lama Umno BN menekan Pas, tp Pas juga, jika berkuasa, akan menekan org krn mereka x hormat pd org lain (org yg mereka gelar sekular, sosialis, komunis, perempuan, org x berserban, x berjanggut, x bertudung lingkup, x Islam, x kampong, x itu & x ini pd kaca mata mereka). Bila di tampuk kuasa, mereka pasti akan menekan org lain dgn kefahaman & pemikiran sempit mereka.

    Org yg mereka kata sekular sebenarnya lebih mampu mentadbir negara & merancang kemajuan ekonomi & kesejahteraan semua org termasuklah kebajikan org mcm TGHH sendiri.

    Adakah org yg berpegang pd janji & boleh berfikir dlm kontek yg lebih luas spt Shaari & Hasnul dihormati oleh kepimpinan Pas skg?

    Seakan hanya Umno sj yg benar2 faham Pas & dapat layan Pas sewajarnya. PKR, Dap, dll akan pening dibuatnya. Sbb tu Ust Nasha duduk di riba Umno x pulak dikutuk sbg barua kena beli di muktamar.

    ReplyDelete
  8. Apa pun keputusan yang di ambil PAS akan tudak betul di mata Shahbudin... jika di buang parti sudah di Agak atau PAS semakin Mundur... Jika dibebaskan... PAS berlakon atau U turn...digantung sekadar menjaga muka Presiden. ... Apa sebenarnya yang kau mahu.... Bila kali teakhir kamu di kedudukan sebagai Ketua Parti dan terpaksa menanggung derita perancangan orang lain... Tulislah sesuatu adil bagi semua pihak

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn lupa..si budin ni dulu UMNO,org mcm ni lah yang yahudi suka..memecah belahkan parti Islam.yg dia nampak PAS aje yg tak betul,PKR dan DAP yg ada agenda tersembunyi tu dia tak belasah pulak..

      Delete
    2. Mentaliti org kampung....mentaliti camni la yg Ulamak UG suka..

      Delete
    3. Orangkampung 12:28

      Kamu tak payah cerita Shahbudin dahulu UMNO ke atau DAP ke, kerana beliau telah sambut seruan Rasulullah supaya "hijrah". Masalahnya DAP dan PKR tak pernah jual agama untuk mendapat sokongan rakyat. Ramai Melayu sokong sebab dia pinjam nama Islam dan ramai Melayu marah sebab dia (Adi Awe) mencemarkan nama Islam dengan perangai flip-flop dan U-turn serta bahasa-bahasa kesat yang Islam tak ajar dan amalkan. Presiden DAP dan PKR perangai begitu kah?

      Delete
  9. Yang dimaksudkan tulis dengan adil tu macam mana Labu.... Adakah perlu ditulis bahawa TGHH sdslah pemimpin ulsmak ysng msksum, seringkali teguh pada janji, tidak pernah cakao berbelit, yang sabotaj calun pKR dikota damansara.adalah syaitan berbulu ayam buksn mensntu presiden so din ayam....yang tyduh calun PJR bukit besi jyal pol kuda bukanlah presiden PAS yang suci murni serta teroelihara dari dosa ,sebaliknya tang menuduh itu adalah syaitan bertopengkan manusia.

    Jika inilah yang dimaksudkan tulisan yang adil engkau pegi mampos lagi baik dari hidup tak mampu berfikir

    ReplyDelete
  10. Ada yg wala' bila tgk hj hadi mcm tgk tuhan.. Tiada cacat cela.. Maksum.. Tindakan dia semua betul..tidak tgk pada hakikat sebenar, dia seorg manusia yg melakukan kesilapan..tambahan pula dia adalah ahli politik..sungguh terdedah dgn kesilapan.. Ingat.. Politik adalah persepsi..dan sekarang persepsi rakyat kepada dia dan parti amat mendukacitakan..isunya sekarang.. How to fix it? Pas kena pikir2 kan lah.. Kena cepat sbb kalo bg rakyat pkkirkan.. Next pru, nampak gayanya..sayonara!!}

    ReplyDelete
  11. Ramai yang keliru dengan pendirian PAS dalam Pakatan Rakyat. PAS kata akan teruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat sebagai sistem dua parti yang lebih kukuh, lebih baik berbanding pakatan BN.

    Mempertahankan kedudukan Khalid Ibrahim yang bukan lagi ahli PKR dan membenarkan 4 exco mereka bekerja sama dengan Khalid sebagai ADUN Bebas dikatakan penyelamat.

    2 ADUN yang memberi sokongan pada Wan Azizah yang mewakli Pakatan Rakyat bagi menggantikan Khalid Ibrahim dikatakan Barua, pengkhianat dan dihukum gantung keahlian 1 tahun.

    Sebenarnya parti PAS tidak layak diberi lebih banyak kerusi kuasa dalam mana-mana negeri..... ulamak mereka akan mabok laut diatas darat.

    ReplyDelete
  12. Fasal apa tak pecat shj 2 Adun tu? Kan lebai Nik Amar cakap, kalau dia ada kuasa dia akan pecat. Bagitu juga lebai P/jaya Trengganu( Saiful bahri) cakap hendak pecat 2 Adun tu.

    Gantung2 tak bertali ni...drama shj lahh. Betullah telaan Budin, nak jaga air muka lebai Hadi...pakar mencarut Pas. I

    2 Adun tu patut buat rayuan kepada Majlis Syura dan tanya mengapa Hadi tidak diambil tindakan tatatertib kerana bertindak melawan keputusan J/K Kerja Pas. Hentam cukup2 supaya Majlis Syura menambah hukoman dari gantung ahli kepada pecat.

    ReplyDelete
  13. Parti yang paling lemah dalam PR ialah fail (pas).umno punyai satu saja tujuan iaitu memecahbelahkan PR.Pas dalam angan2 nak bersatu dengan umno iaitu angkah kangkung (kawen umno).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Annuar musa dah bersuara, ajak pas kawen umngok.ini barulah langkah kangkung.sedialah dipatuk ular dilubang dan tempat yang sama.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...