Saturday, 25 October 2014

Anwar Sekali Lagi Mahu Direputkan Dalam Penjara


Keinginan pihak pendakwa kes rayuan Anwar Ibrahim mahu menambah tempoh penjara keatasnya dengan alasan hukuman lima tahun yang dijatuhkan sebelum ini tidak memadai, tidak lain menunjukkan hasrat mahu "membunuh"  terus karier politik Ketua Pembangkang itu.

Melalui dokumen pihak pendakwa yang disaksikan sendiri oleh sebuah portal berita, alasan memohon tambahan hukuman itu ialah kerana berpendapat penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan itu tidak memadai dari segi kepentingan awam dan memberi teladan kepada orangramai.

Memandangkan Seksyen 377B Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan rotan, maka pihak pendakwa yang diketuai oleh Shafee Abdullah dilaporkan akan memohon hukuman lebih berat dalam perbicaraan pada 28 dan 29 Oktober ini.

Jika hukuman penjara lima tahun sebelum ini dikekalkan pun sudah menyebabkan Anwar kehilangan hak  bertanding dalam pilihanraya sekurang-kurangnya selama 10 tahun, memohon hukuman penjara lebih lama tentulah maksudnya untuk memanjangkan lagi tempoh beliau tidak boleh aktif dalam politik.

Dengan Anwar berusia 67 tahun ketika ini, jika hukuman penjara lima tahun dikekalkan, bermakna beliau hanya boleh bertanding semula dalam pilihanraya ketika usianya  nanti 77 tahun.  Ini kerana peraturan menetapkan hanya selepas lima tahun keluar penjara barulah seseorang itu dibolehkan bertanding semula.

Jika pendakwa berjaya menambah kepada 10 tahun pula, had boleh bertanding turut meningkat ketika usianya menjangkau usia 82 dan jika menjadi 15 tahun, bertambah lagi kepada usianya 87 tahun.

Dalam usia sebegitu, sukar dijangka sama ada Anwar masih mampu dah bertenaga lagi untuk terus berjuang.

Secara mata kasar dan mudah difahami oleh sesiapa saja, tindakan pihak pendakwa memohon tambahan hukuman ini adalah semata-mata untuk "membunuh"  terus karier politik Anwar.

Kiranya Mahkamah Rayuan sebelum ini menjatuhkan hukuman lima tahun penjara semata-mata untuk menghalang Anwar bertanding di DUN Kajang dan menjadi Menteri Besar Selangor, tindakan pihak pendakwa di Mahkamah Persekutuan kali ini pula bertujuan untuk membiarkan karier dan masa depannya mereput dalam penjara.

Memandangkan Shafee yang dikenali mempunyai hubungan yang rapat dengan Najib dan turut berada di kediaman Perdana Menteri pada malam ketika Saiful mengadu kepada Najib dirinya diliwat oleh Anwar, pemilihannya mengetuai pendakwaan di Mahkamah Persekutuan tidaklah sukar difahami maksud serta tujuannya.

Dengan terdedahnya dokumen bahawa pendakwa akan memohon hukuman lebih berat, Anwar bukan saja perlu berhujah untuk membuktikannya tidak bersalah tetapi juga mengelakkan usia dan kariernya reput dalam penjara.

Satu-satunya jalan yang boleh memendekkan hukuman yang diterima Anwar ialah jika PR berjaya menewaskan BN dalam pilihanraya umum akan datang atau mungkin melalui cara lain yang tidak terjangka oleh manusia.  Ahli-ahli agama selalu menyebut, manusia merancang, Tuhan juga merancang tetapi perancangan Tuhanlah yang terbaik sekali.

Selepas dipecat pada 1998, Anwar disabitkan hukuman penjara selama enam tahun atas dakwaan menyalahgunakan kuasa dan selama sembilan tahun lagi atas dakwaan meliwat Azizan Abu Bakar. Kedua-dua hukuman itu tidak dijalankan secara serentak tetapi secara berturutan.

Ia bermaksud Anwar akan menjalani hukuman penjara selama 15 tahun dan ditambah lima tahun lagi larangan bertanding dalam pilihanraya menjadikan tempoh berehatnya adalah selama 20 tahun. Ketika mula dijatuhkan hukuman penjara pada 1999, beliau sudah berusia 52 tahun dan jika semua mengikut apa yang dirancangkan, Anwar hanya boleh bertanding semula dalam pilihanraya ketika berusia 72 tahun.

Ketika itu, memenjarakan Anwar juga bertujuan membiarkannya  tua dan reput dalam penjara.

Tetapi semua itu hanyalah perancangan manusia bernama Mahathir. Siapa sangka apabila beliau bersara secara mengejut dan kemudian Pak Lah menjadi Perdana Menteri pada 2003, Anwar kemudian bebas pada 2004 setelah Mahkamah Persekutuan menggugurkan sabitan kesalahan meliwat yang dijatuhkan kepadanya pada tahun 2000.

Najib juga boleh merancang tapi jangan lupa Tuhan juga ada perancanganNya. Sama-sama kita saksikan nanti. ( SH 25/10/2014)

9 comments:

  1. saudara anuar, akhirilah umurmu didalam kedaan baik....biarkan ALLAH menjadi hakim.....reda akan ketentuannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doa dari pencacai UMNO.

      Tahu dia pasai ketentuan Allah. Tetapi agaknya dia tidak tahu bahawa seb3lum ketentuan Allah te4laksana, manusia wajib berusaha. Mamat ni nak suruh Anwar jadi m3njadi manusia kufur menunggu takdir yang diagak atau dirancang ol3h Najib tanpa berikhtiar. Mamat ni mazhab muktazilah kot.

      Mamat ini lupa. Najib dan manusia tidak sekali-kali boleh menjadi Allah yang men3ntukan segala-galanya. Ingat setiap pe4buatan baik dan jahat itu paeti akan diberi balasan setimpal. No keahlian UMNO tak laku besok di Padwng Mahsyar dimana setiap pe4buatan anak adam akan dihisab dan dibalas dengan seadil-adilnya.

      Delete
  2. Benar adanya dr Anwar, Najib and the gang merancang, tetapi Allah-lah maha perancang...takbir.ALllah bersama manusia yang sabar.DS AI- anda seorang hebat dan penyabar-InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Rancangan rosmah !!!

    ReplyDelete
  4. Kalau dipandang sepintas lalu, kehadiran Anwar Ibrahim dalam dunia politik Malaysia sememangnya amat membimbangkan musuh politiknya dari kalangan pemimpin UMNO Baru.

    Namun, jika Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana kes liwat II atau pun akta hasutan....orang yang paling hina dan rugi adalah ahli dan pemimpin UMNO Baru kerana tanpa Anwar fokas rakyt 1Malaysia akan tertumpu pada pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional.

    Sudah bersediakan Najib menghadapi rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan layanan kerajaan Barisan Nasional dalam menguruskan ekonomi rakyat dan juga hal-hal yang berkaitan dengan keadilan serta keselamatan hak asasi manusia.....?

    Kekecewaan rakyat untuk melihat keadilan yang tulen ditegakkan dan juga penyokong tegar Anwar Ibrahim yang berdendam akan menjadi pekara seumpama itu sebagai alasan untuk menentang secara konsisten terhadap kepimpinan UMNO Baru yang menyelinap dalam BN. Siapa yang susah dan hina ketika itu ?

    Sama ada benar atau tidak ramalan saya, tanpa Anwar Ibrahim, Malaysia akan menjadi lebih huru-hara dan kucar-kucir kerana NGO, pasukan khas (SB) dan UG dalam PAS terpaksa melakukan provokasi demi provokasi terhadap rakyat yang mengkritik dan juga pemimpin parti pembangkang atas nama agama, bangsa melayu dan raja melayu bagi mencipta isu baru.

    ReplyDelete
  5. Bertaubatlah para pemuja PELIWAT. Sesungguhnya Allah SWT telah membutakan hati dan fikiran penyokong2 PELIWAT yg bernama B.rader A.nwar B.in I.brahim ini...

    ReplyDelete
  6. Perkataan "mereput" tidak sesuai...ia menunjukkan kehinaan anda padanya...

    ReplyDelete
  7. Biar dia buang masa dalam penjara dari dia buang masa orang lain di luar penjara demi cita cita peribadinya.

    ReplyDelete
  8. Anon 22:12, Kawe SOKONG pandangan Demo 1001%

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...