Monday, 6 October 2014

Nota Kepada Ahmad Maslan: Pada 2009 Najib Bukannya Turunkan Harga Minyak, Tapi Perkenal Ron 95


Dalam mempertahankan keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen lagi baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan menyatakan bahawa Najib Razak juga adalah satu-satunya Perdana Menteri yang berani menurunkan harga minyak sebanyak 90 sen pada tahun 2009.

"Apabila berkaitan dengan penurunan adakah sesiapa tampil berterima kasih kerana beliau berbuat demikian? Ada tak? Atau mereka buat-buat tak ingat?," tanya beliau dalam laman makro twitternya.

Tindakan Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO mempertahan dan memuji Perdana Menteri ini dipercayai berikutan meningkatnya serangan dan kecaman terhadap Najib mengenai kenaikan harga minyak kali ini memandangkan kenaikan itu dilakukan hanya tiga hari menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.

Sudah tentunya kenaikan itu telah dan akan menyebabkan meningkatnya harga barangan pengguna di pasaran dan menambahkan lagi sengetnya beban bahu rakyat di musim perayaan ini.

Memanglah diakui bahawa sebaik Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009, beliau kemudian bertindak menurunkan harga minyak sebanyak 90 sen pada September tahun yang sama.

Beliau menurunkan harga minyak itu berikutan mantan Perdana Menteri, Abdullah Badawi sebelum itu telah menaikkan harga minyak secara mendadak sebanyak 30 sen pada 2006 dan kemudian 78 sen pada 2008.

Kenaikan paling tinggi yang dilakukan oleh Abdullah Badawi yang menyebabkan harga petrol menjadi RM2.70 seliter itu kemudian menjadi antara punca penolakan rakyat terhadap kepimpinannya yang akhirnya menyebabkan beliau bersetuju mengadakan peralihan kuasa kepada Najib Razak.

Jika Ahmad Maslan terlupa, ingin diingatkan bahawa Najib menurunkan harga petrol sebanyak 90 sen ketika itu ialah dengan memperkenalkan minyak Ron 95 yang lebih rendah kualitinya dan diperkenalkan Ron 97 yang terus dikekalkan pada harga biasa.

Hakikatnya, pada 2009 itu Najib bukan pun menurunkan harga minyak, cuma menawarkan minyak lain yang berkualiti rendah saja iaitu Ron 95 dengan harga pengenalan RM1.80 seliter.

Apakah dengan memberi kualiti minyak yang lebih rendah dengan harga yang murah, ia boleh dianggap penurunan dan kita juga perlu memberi pujian melangit terhadap Najib?

Untuk makluman Ahmad Maslan yang didapati merupakan pemimpin UMNO yang paling kerap memuji Perdana Menteri sejak merdeka pada 1957, setelah memperkenalkan Ron 95 dengan harga RM1.80 pada 2009 itu, Najib juga sudah menaikkannya sebanyak 50 sen hanya dalam tempoh 5 tahun.

Kalau ada pun ucapan terima kasih kepada Najib kerana menurunkan harga minyak, nilainya cuma tinggal 40 sen saja lagi.

Oleh itu, sementara kebanyakan menteri lain kekal berdiam diri, biarlah Ahmad Maslan saja yang terus unggul tampil memuji-muji kelemahan Najib ini. ( SH 06/10/2014)

12 comments:

  1. Satu hari nanti apabila ahmad mazlan bukan lagi jadi menteri dan dia imbas kembali kata2nya maka barulah dia sedar bertapa tak ada otaknya dia

    ReplyDelete
  2. Kalau penarikan subsidi dan perlaksanaan gst sekadar untuk tabung beli undi rakyat dengan brim tidak payahlah menteri berlagak pintar tetapi sebenarnya bodoh dimata rakyat.hutang dan ringgit keluar berbilion2...mana tanggungjawab menteri atau sekadar mengharap elaun, komisen, hutang peribadi lesap dan kuasa keatas rakyat sahaja?

    ReplyDelete
  3. Saya percaya bahawa Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan terpaksa melakukan penerangan tanpa mengira ia berfakta atau auta saja asalkan dapat mempertahankan tindakan Menteri Kewangan menarik subsidii petrol RM0.20 dikala rakyat akan menghadapi perayaan hariraya haji.

    Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa Ahmad Maslan mengeluarkan kenyataan seumpama itu tanpa mempedulikan kesan sama ada pada dirinya, kerajaan Barisan Nasional atau UMNO Baru... ?

    Sebenarnya bukan Ahmad Maslan saja yang keluarkan kenyataan yang bercanggah dan dikategori sebagai bangang....malah Najib dan ramai menteri yang lain melakukan pekara yang sama.

    Bagi pandangan saya, Kalau setakat kutukan atau kritikan tidak akan menjejaskan kulit Ahmad Maslan malah kenyataan yang dilihat bodoh itu telah berjaya mempermainkan emosi rakyat yang akhirnya rakyat terpaksa mengalah kerana berurusan dengan menteri yang bodoh. Tak gitu ?

    Apakah apabila kita kata Ahmad Maslan menteri bodoh.... maka dia akan letak jawatan, atau Najib akan pecat dia ? Jawapannya tidak. Kedudukannya bertambah kukuh kerana bila kebodohan Najib dapat dikelirukan dengan kebodohan Ahmad Maslan berserta dengan menteri-menteri yang lain maka Najib akan dilihat lebih cerdik sedikit dari menterinya.

    Dan mereka akan lakukan apa saja sebagai mempermain-mainkan kritikan rakyat disamping melakukan perang saraf keatas Pakatan Rakyat kerana pilihanraya ke 14 masih jauh lagi.

    Ini adalah salah satu agenda yang dimainkan oleh pemimpin yang benar-benar bodoh dan bangang dalam isu rakyat, ekonomi dan keselamatan negara.

    Selagi semua ahli UMNO Baru merasa selesa dengan pemimpin yang mereka pilih.... penyokong, ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat khasnya PKR dan DAP mempunyai tugas berat untuk menyakinkan rakyat bahawa Barisan Nasional perlu ditumbangkan dalam apa jua pilihanraya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. re , ahli dan penyokong Pakatan Rakyat kahsnya PKR dan DAP mempunyi tugas yang berat untuk menyakinkan rakyat.

      Itulah masaalah yang dihadapi olih PR ,( menyakinkan rakyat) yang sahinga sekarang tidak berjaya. Walaupon UMNO (BN) tidaklah sebaik yang diharapkan ,tetapi rakyat yang berpandangan jauh, msaih memilih UMNO (BN) kerana PR dilihat tidak berkemampuan untuk menjadi alternative government .

      Salahkah UMNO ?, atau PR yang lemah.


      Delete
    2. tebing tinggi 21:20

      Sebenarnya UMNO Baru tidaklah kuat mana dan PR pun tidak selemah yang disangkakan cuma rakyat suka terima rasuah yang diberikan oleh Najib.

      Hanya kerana mereka akan sanggup gadai masa depan anak cucu mereka dengan beban hutang negara.

      Itu sebabnya Ahmad Maslan begitu yakin Barisan Nasional akan sentiasa menang dalam pilihanraya.

      PKR dan DAP cuma perlu menyakinkan pada rakyat bahawa makan rasuah memang sedap tapi demi hutang yang dibuat oleh kerajaan BN rakyat kena bayar lebih.......itu saja.

      Kalau sudah diberi penerangan masih tak sedar juga...jangan merunggut bayar saja apa yang telah ditentukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Siapa peduli lagi ?

      Saudara tebing tinggi pakai kereta guna petrol RON97 atau RON95 Atau saudara tiada lesen memandu ?

      Delete
    3. Kerajaan umno buat hutang taik, kerajaan PR yang langsaikan semua.Sebab melayu otak macam taik.contohnya di Kedah, hutang negeri selesai di bayar, tapi kerajaan umno nak buat hutang semula.sebab rakyat kena rasuah siang malam adalah rakyat didikan umno, jenis makan taik macam tebing tinggi.

      Delete
  4. Sampai bila mahu kekal sebagai timbalan. Mahu juga merasa menteri penuh. Di sini yang di nilai ialah berapa bagus kamu membodek bukan berapa bagus kamu buat kerja.

    ReplyDelete
  5. Ini Ahmad CGPA 3.85 memang sangat2 memalukan... kebodohan nya sudah sampai ke tahap Goblok dan Gemblong.

    ReplyDelete
  6. tebing tinggi.....

    Tak ramai manusia yang suka dimaki dan dihina sebab pendapat bodoh. Kalau mereka ini suka dimaki dan dihina bermakna mereka ini memang tidak ada maruah diri dan kepercayaan kepada Tuhan. Aku rasa kamu memang tergolong dalam spesis makhluk gila tersebut.

    ReplyDelete
  7. Ini Ahmad CGPA 3.85????..biar betul....ini mesti dapat soklan bocor ni..

    kah kah kah kah kah

    ReplyDelete
  8. Tebing tinggi pun lebih kurang Ahmad Maslan jugak. Cuma beza Ahmad Maslan jadi macai berpangkat menteri. Tebing tinggi macai bertaraf bawahan, so dia pun cuba bagi fakta yg seakan2 fakta Ahmad Maslan dgn diversified punca masalah kpd context yg lain. Kesian dia ni..

    ReplyDelete
  9. Terlalu banyak menteri2 yg berotak kartun. Mereka tak terasa ke yg rakyak sedang menilai tahap pemikiran mereka...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...