Selepas itu, kedua-dua pihak akan menutup hujah penggulungan masing-masing sebelum lima hakim membuat keputusannya.
Walaupun semalam Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan untuk melanjutkan perbicaraan sehingga Khamis, berbanding ketetapan awal hanya dua hari iaitu 28 dan 29 Oktober saja tetapi berdasarkan perkembangan yang berlaku tidak mustahil ia berlarutan sehingga Jumaat atau disambung lagi pada minggu hadapan.
Dalam hujahan awal semalam, pihak peguambela Anwar membangkitkan isu kredebiliti Saiful yang diragui. Saiful didapati bukan saja menemui pegawai polis bernama Mohd Rodwan dua hari sebelum mendakwa diliwat dan membuat laporan polis, bahkan gambarnya menghidangkan teh dengan wajah selamba kepada tetamu Anwar sehari selepas kejadian liwat yang didakwa berlaku itu turut juga didedahkan.
Selain itu, meskipun mendakwa diliwat secara paksa dan mendatangkan kesakitan kepadanya, perbuatan Saiful membawa gel pelincir dan menyapu di bahagian sulitnya juga ditimbulkan untuk meragui kredebilitinya.
Beberapa isu lain seperti seluar dalam yang tidak dipakai tetapi ada kesan air mani, tumpahan air mani di karpet, kaitan pertuduhan dengan konspirasi politik turut juga dibangkitkan dalam mahkamah semalam.
Dalam masa yang sama, dapatan dari pemeriksaan di Pusrawi yang mengatakan tiada penembusan pada bahagian sulitnya ketika Saiful mendapatkan rawatan tetapi doktor yang memeriksanya tidak dipanggil sebagai saksi, dibangkitkan sama dalam mahkamah semalam.
Jika semalam isu kredebiliti Saiful dibangkitkan, pada hari kedua iaitu hari ini isu sampel DNA Anwar pula dipertikaikan kesahihannya. Selain DNA Anwar didakwa diambil secara tidak sah iaitu melalui botol air mineral, berus gigi dan tuala "good morning" ketika Ketua Pembangkang itu ditahan di penjara, peguambela juga membangkitkan tiada bukti kukuh menunjukkan ia digunakan oleh Anwar.
Oleh itu, pihak peguambela berhujah kemungkinan ia bukanlah DNA Anwar yang sebenar-benarnya.
Isu lain yang ditimbulkan hari ini ialah mengenai sampel DNA yang hanya disimpan dalam laci dan bukan dalam peti sejuk serta mungkin terdedah kepada pencemaran atau kerosakan.
Sehingga ini, ramai yang melihat bukan saja hujahan peguambela Anwar kemas dan teratur tetapi juga dilihat mampu meyakinkan lima hakim yang arif lagi bijaksana itu untuk membuat keputusan membebaskannya.
Sementara menanti pihak pendakwa mengemukakan hujah balasnya pula, di laman sosial pula tersebar surat permintaan pelbagai pihak yang mahukan Anwar diberikan keadilan dan dibebaskan. Antaranya ialah daripada Ketua Ulama Sedunia, Yusuf Al Qardawi, Maulana Ihsan Hendrick, ulama tersohor Afrika Selatan, Datuk Bandar Manila, Joseph Estrada, Profesor Georgetown Universiti di mana anak Najib pernah belajar di universiti berkenaan iaitu John Esposito serta banyak lagi.
Sebelum ini, beberapa negara Barat dan NGO yang berpengaruh di seluruh dunia juga telah pun menyatakan sokongan kepada Anwar serta menuntut beliau dibebaskan.
Sejauh mana semua ini mendatangkan impak kepada keputusan mahkamah masih lagi menjadi persoalan tetapi adalah jelas sorotan dunia makin meluas kepada apa yang berlaku di negara kita sekarang.
Di luar Istana Kehakiman pula, ribuan penyokong Anwar terus berhimpun dan menyatakan solidariti kepada Ketua Pembangkang itu. Kumpulan penyokong Saiful dengan memakai T-Shirt khas turut juga berhimpun sejak dua hari lalu sehingga menimbulkan persoalan siapakah yang menaja dan membiayai mereka itu?
Tidak seperti Anwar yang mendapat sokongan parti dan rakan-rakan gabungan dalam PR, Saiful hanyalah rakyat biasa yang sebenarnya tiada keperluan langsung untuk mengeluarkan wang daripada poketnya sendiri bagi menghimpunkan orangramai dan menunjukkan adanya penyokong yang ramai bersamanya.
Jika ditaja pula, siapakah penajanya dan apakah kepentingan mereka dalam kes ini?
Penyokong Anwar bagaimanapun terus bertambah pada hari ini berbanding semalam dan dijangka terus bertambah menjelang hari keputusan diumumkan nanti. (SH 29/10/2014)
samada DSAI menang atau kalah .. rakyat tetap akan berperasangka dgn kehakiman dan perundangan negara.
ReplyDeletejilat licin pak budin sblm tuannya kembali ke sg buloh..beribu tu penyokong kat luar mahkamah..naper tak campur setan iblis skali..mesti puluh ribu..
ReplyDeleteWa atak ingat lea aa ,itu Aluar bebas selupa , kena hukum pon selupa ,lua-lua UMNO salah maa aa .
ReplyDeleteCourt yg bicarakan kes liwat ini adalah pemuja bontot Saiful, semata mata mahu pertahankan bontot Saiful, pertahanan terakhir UMNO BN. Hanif yg mrpkan suspek utama pembunuhan Norita terselamat krn kehadiran DNA dari mani Y milik org tak dikenali. Tapi dlm kes bontot saiful ini, kehadiran DNA mani Y tdk pula membenarkan suspek, Anwar Ibrahim dibebaskan. Sebab tu aku yakin mahkamah yg bicarakan kes bontot saiful ini adalah pemuja dan pengkagum bontot saiful. Muga Allah melaknat segera pihak pihak yabg bersubahah menutup kebenaran dari ditegakkan.
ReplyDeleteSemoga keputusan mahkamah dpt dibuat dgn cepat....aku dh tk larat melihat pemimpin pkr terutamanya mencela dan memaki malaysia di luar negara.....apa cer khalid ibrahim?bila nk dakwa dia pulak.....pandai buat road tour tabur fitnah geng pkr ni....
ReplyDelete