Sunday, 19 October 2014

Layakkah Lensa Menyindir Anwar dan PR?


Setelah dikecam banyak pihak ekoran tulisan sepucuk suratnya yang meminta Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim agar bersara dan berhenti memperalatkan rakyat, NGO Lensa Anak Muda Malaysia atau Lensa akhirnya membuat U turn dengan mengatakan ianya hanyalah sarkastik atau sindiran semata-mata.

Menurut koordinatornya, Ekhsan Bukharee, kenyataan itu untuk menyedarkan PR mengenai persepsi golongan muda di luar PR serta mengajak anak muda berfikir semula mengenai Anwar dan sistem kehakiman negara.

Tidak dipastikan sama ada idea bahawa surat itu hanya sarkastik semata-mata memang tujuannya yang asal atau idea yang datang kemudian setelah menerima pelbagai kecaman dan serangan.

Tetapi jika dilihat bagaimana surat itu ditulis serta berdasarkan ayat dan bahasa yang digunakan, ia tiada mirip langsung suatu bentuk sindiran kepada Anwar dan PR. Sama ada Anwar atau sesiapa pun yang membaca surat itu pastinya juga tidak rasa tersindir dengan surat tersebut.

Apakah jika ramai yang memuji kandungan itu, Lensa tetap mengatakan ia sindiran juga?

Adakah hanya setelah dikecam dan dianggap tidak sewajarnya Lensa menulis surat itu, barulah ia dikata sindiran?

Lagi pula, siapa Lensa dalam PR untuk membuat sindiran itu? Sudah berapa banyak pengalaman mereka dalam politik? Sudah berapa timba peluh dan darah mereka keluar dalam perjuangan politik negara ini?

Untuk memberi sindiran juga, sudah berapa banyak garam yang mereka telah makan selama ini?

Mahu atau tidak mahu, hakikatnya Lensa hanyalah NGO yang agak baru dalam percaturan politik negara ini, manakala dalam PR pula namanya hanyalah dikenali setelah menghantar memorandum kepada Pas baru-baru ini saja. Sebelum ini tiada sesiapa yang kenal Lensa ini.

Sesuaikah dengan kedudukan itu mereka membuat sindiran kepada Anwar dan PR?

Kalau pun Lensa ini suka membuat sindiran, apakah demontrasi dan memorandum yang dihantar kepada Pas yang meminta parti itu keluar daripada PR sebelum ini merupakan sindiran juga?

Dalam masa yang sama, kalau betul juga surat yang meminta Anwar bersara itu hanya suatu sindiran dan nyata ditolak oleh mereka yang merasakan Ketua Pembangkang itu masih diperlukan dalam politik negara ini, apakah pula perancangan dan gerakan Lensa dalam memastikan kesedaran anak muda sentiasa bangkit dalam permasalahan politik dan kepincangan sistem kehakiman dalam negara selepas ini?

Dalam menghadapi detik genting 28 dan 29 Oktober ini di mana Anwar mungkin dipenjarakan sekali lagi, berapa ramai pula anak-anak muda yang mampu dikumpulkan oleh Lensa jika benar NGO itu masih bersama Anwar dan PR serta untuk memberi kesedaran mengenai sistem kehakiman?

Memang mudah bagi Lensa bertindak apa saja seperti menulis surat terbuka, membuat U turn, mengatakan apa yang dilakukan hanyalah sindiran atau sebagainya tetapi sampai kepada suatu peringkat, semuanya mestilah dibuktikan.

Tetapi kalau baru dua tiga langkah mengenal politik dan baru dikenali sebagai NGO yang mesra PR, Lensa juga sudah kenal dan tahu membuat U turn dan sindiran, ia bukanlah permulaan yang baik bagi masa depannya.

Imej gerakan dan perjuangan anak muda di seluruh dunia bukan begitu sifat dan tabiatnya. Tiada anak muda yang berjaya melalui permulaan dengan membuat sindiran dan U turn, kecuali sekadar menjadi tempelan dan untuk mengambil kesempatan. (SH 19/10/2014)

10 comments:

  1. kesian pkr flashmob tiada sambutan..

    ReplyDelete
  2. Lensa ini bodoh tak bertempat, belum cukup pengalaman tapi sudah tunjuk hero banggang mahu kawal politik negara.kalau hendak tiru u-turn cara pas janganlah buat sarkas....saya cadangan lensa join perkosa dan ismasial kerana disitulah selayakya ngo bodoh tak bertempat ini berada.orang muda macam lensa kalau cepat penat itu tandanya kuat melancap dalam politik, semua tempat dia lancap dan buat sarkas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Olang pandai ea aa , selalu cekap lain olang boloh , bangang , tapi Wa ingat pandai punya olang, selalu sentiasa mau belajar maa aa .

      Delete
    2. Haiya lufang, lu tatak tau ka itu ngo lensa manyak bodoh.itu pe em kasi utang manyak2 balu suluh lakyat bayal utang, apa celita?itu halega balang naik, minya naik dan kos sala idup naik tada peluli ka.itu lensa manya banggang kalu mau salkas jangan tunjuk bodo sama lakyat.nang pu tinang kui pu tikui lensa..

      Delete
  3. LENSA cepat letih tak perlu kesana kemari hantar memorendem suruh pemimpin buat itu ini. Elok berehat dirumah jaga anak bini. Kalau dok asyik kesana kemari silap cakap kena akta hasutan letih pula nak naik turun mahkamah.

    ReplyDelete
  4. bAGUS lensa BERANI MELONTARKAN pANDANGAN DAN pENDAPAT.

    ReplyDelete
  5. Memang betul juga satu sindirin kepada system Kehakiman Msia. Lensa ada cakap. selepas Sodomy 1, ada 2. Dan kalau terlepas mesti ada Sodomy 3, 4 dan 5 hasil perancangan Umno.

    Semua orang tahu akan hal ini. Hanya Hakim2 melayu yg bodoh shj tidak tahu. Yang jadi Hakim kes2 sodomy...semuanya hakim2 melayu yang bodoh dan bangang dan yang bolih ditelunjukkan olih Umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa suruh liwat..tanggung la..

      Delete
    2. Hakim-hakim melayu memang bodoh.tak ambil iktibar apa yang dah berlaku.banyak konspirator Anwar yang jatuh terlungkup dan yang dah mati.Yang terakhir ada hakim melayu yang sedar akan kedasyatan menfitnah orang tanpa bukti kukuh.yang terakhir, hakim zainal abidin dapat membaca amaran dari yang maha kuasa mematikan Hakim Ariffin jaka yang bodoh mengikut telunjuk umno sehari sebelum kes Anwar di hakimi.akhirnya Anwar bebas,tetapi adakah hakim-hakim melayu yang kononnya mengaku islam sanggup terus bersubahat dalam menjatuhkan hukuman terhadap seseorang.kita tunggu dan lihat.kalau mau selamat jangan lagi jadi BARUA umno.

      Delete
  6. Banyak pilihan tapi ngo lensa pilih jalan sebagai ngo parasit setaraf dan sewaktu dengan perkosa isma dan ngo remote control umngook.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...