Wednesday, 1 October 2014
Anwar Harus Diberi Lebih Peranan Sebagai Penasihat Ekonomi
Kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang ditamatkan perkhidmatannya dan ditutup pejabatnya oleh Khalid Ibrahim minggu lalu, dipulihkan kembali oleh Menteri Besar, Azmin Ali yang berpendirian mahu terus mengekalkannya di jawatan tersebut.
Azmin memberitahu, pemecatan Anwar tidak berbangkit sama-sekali kerana setelah meneliti minit mesyuarat Exco yang dipengerusikan Khalid, ia hanya menyatakan mengenai penutupan pejabat Penasihat Ekonomi yang terletak di Plaza Perangsang saja dan tidak melibatkan kedudukan pemegang jawatannya.
Selain menyatakan, soal pemecatan Anwar tidak berbangkit sama-sekali, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, fungsi dan peranan Penasihat Ekonomi juga akan dibincang semula dalam usaha membantu pembangunan ekonomi di Selangor.
Sudah tentu juga, tambahnya lagi, kerajaan negeri juga akan menyediakan pelbagai kemudahan, termasuk pejabat kepada Anwar, sesuai dengan peranan yang akan dimainkannya.
Dengan kata lain, walaupun Anwar dipecat dan ditutup pejabatnya dalam mesyuarat terakhir Khalid sebagai Menteri Besar, Azmin pula dalam mesyuaratnya yang pertama sebagai ketua kerajaan negeri yang baru, memulihkan semula kedudukan Ketua Umum PKR itu.
Belum dipastikan sama ada pejabat di Plaza Perangsang itu akan dibuka semula atau pejabat baru di tempat lain akan dibuka tetapi yang nyatanya bukan saja Anwar akan terus dikekalkan, bahkan kemudahan yang sewajarnya juga akan diberikan.
Tindakan pantas Azmin memulihkan kedudukan Anwar tidak syak lagi menunjukkan betapa pentingnya peranan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam memacu dan merancakkan lagi pembangunan serta pelaburan di negeri itu.
Sudah tentulah Azmin menyedari bahawa kebolehan dan hubungan Anwar dengan pelbagai pihak di Eropah, AS dan negara Arab misalnya, boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk menarik kedatangan lebih banyak pelaburan ke negeri Selangor.
Tindakan mengekalkan Anwar ini tidak harus dilihat sebagai petanda bahawa Azmin kurang berkebolehan memimpin negeri atau membiarkan dirinya dikawal secara "remote control" oleh Ketua Umum PKR itu tetapi ia haruslah dilihat sebagai usaha memanfaatkan segala kebolehan dan hubungan dengan negara luar yang dimiliki oleh Ketua Pembangkang itu.
Sudah tentulah suatu kerugian yang besar jika sebelum ini Khalid Ibrahim sendiri pernah memuji peranan dan sumbangan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, tetapi Azmin yang mempunyai hubungan lebih rapat bertindak mensia-siakan pula kebolehan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Selain itu, pengalaman dan kebolehan Anwar bukan saja boleh dimanfaatkan untuk menarik lebih banyak pelaburan daripada luar negara, bahkan juga untuk melakukan usaha yang lebih baik dari segi perbelanjaan kewangan negeri demi manfaat rakyat Selangor.
Sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sebelum dipecat pada 1998, banyak sebenarnya yang boleh dimanfaatkan untuk kemajuan negeri Selangor dan kebaikan rakyatnya.
Pengekalan Anwar juga sebenarnya selaras dengan matlamat Langkah Kajang diperkenalkan sebelum ini. Setelah Anwar terhalang oleh undang-undang dan Dr Wan Azizah pula tiada perkenan oleh Sultan untuk merealisasikannya, kini menjadi tanggungjawab Azmin untuk memastikan matlamat Langkah Kajang itu tidak terbiar atau sia-sia begitu saja.
Sebagai imbasan, Langkah Kajang diperkenalkan adalah dengan matlamat untuk menjadikan Selangor sebagai model untuk memudahkan lagi laluan PR menawan Putrajaya dalam PRU 14 akan datang.
Dengan Azmin kini menjadi Menteri Besar dan Anwar sebagai Penasihat Ekonominya, kedua pemimpin ini sebenarnya mempunyai tanggungjawab besar untuk membawa Selangor lebih maju serta makmur dan rakyatnya lebih sejahtera dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang.
Jika ini dapat dilakukan, pastilah ianya memberi kelebihan kepada PR dalam usaha menumbangkan BN dalam pilihanraya akan datang. Sebab itu, tindakan Azmin mengekalkan Anwar ini bukan saja wajar, bahkan beliau sepatutnya diberikan lebih peranan lagi untuk menunjukkan kebolehan dan kemampuannya sebagai bakal Perdana Menteri.
Dalam konteks ini, Anwar dan Azmin juga sebenarnya boleh menyemak semula janji-janji PR dalam manifesto pilihanraya lalu dan secara perlahan-lahan cuba melaksanakannya di Selangor. Jika sebahagian janji itu dapat ditunaikan di Selangor, ia pasti memberi impak besar dari segi keyakinan rakyat untuk memberi sokongan kepada PR di negeri lain dan juga di peringkat Pusat pula.
Tambahan pula di ketika kelemahan Najib Razak makin ketara dan perasaan tidak puas hati rakyat makin membara kerana tiba-tiba saja harga minyak petrol dan diesel dinaikkan 20 sen seliter menjelang sambutan Aidil Adha yang pasti juga akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang dan pertambahan beban keluarga, inilah permulaan yang sesuai untuk memastikan kerajaan PR menunjukkan mereka jauh lebih baik dan prihatin kepada rakyat.
Inilah masanya Anwar perlu membuktikan Langkah Kajang itu benar-benar bermanfaat kepada rakyat. ( SH 01/10/2014).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Please.. Show them that PR is better than BN.. Jgn bergaduh.. Terus kehadapan.. Kepada geng UG, boleh la kalo nak u-turn..sukakan korang dapat beli minyak harga mahal..
ReplyDeleteMangkuk hayunEXCO PAS tu tak tahu malu ke.. seminggu sebelum tu korang terlibat nak pecat Anwar.. minggu ni korang sokong kedudukan Anwar dipulihkan.. nampak sgt korang ni samada tidur dlm mesyuarat ataupun macam lalang.. jadi tukang angguk pada bos.. mana peliaq hang semua.. parti islam ka lagu ni
Deletenaik lagi?kosongkan terus stadium biar hantu tgk.duit tu simpan utk waktu terdesak lagi elok.dari tgk game mcm haram baik fan main bola ramai2 sesama sendiri.nak bangkang nanti ditahan bwh akta hasutan.mogok jelah ramai2 wei.pegi keje balik keje.duduk rumahje dgn keluarge.tak pyh pegi mane dah.biar sepi sunyi stadium2 bola,shopping complex,byk lagilah.bagus lagi sendiri bersukan dari pi tgk org sukan.GO GO MU
ReplyDeleteJgn emosi bro.. Cukup la nik abduh jer emosi..
ReplyDeleteBetul tu Bro 05:52
ReplyDeleteDari maklumat rakan aku di Kuantan dan Ipoh, mereka yang terdiri kalangan anak muda dari sebuah NGO telah lama mengumpul bukti bergambar dan saksi rakaman serta aktiviti penguji (tester) JPJ di dalam dan diluar tugas untuk dibawa terus kepada KDN/menteri memandangkan pihak SPRM kurang peka terhadap kes-kes yang dikatakan terpencil begini tetapi kesannya terlalu besar terhadap rakyat hingga membabitkan kehilangan nyawa pemandu dan di pihak pengguna yang lain. Pihak tester ini juga bertugas terlalu lama di daerah/negeri ini hinggakan perkara rasuah terlalu mudah berlaku seperti rutin makan nasi tengahari aje layaknya di setiap kali ujian JPJ dijalankan sedangkan mereka ini adalah kakitangan kerajaan yang sepatutnya berdisiplin dan telah dikenakan akujanji. Tidak mustahil mudahnya berlaku rasuah besar-besaran sekiranya mereka ini boleh tidur sebantal dengan pengajar atau staf institut memandu. Jangan nanti dikatakan zaman Najib menjadi PM, sikap menteri dan ketua kerajaan terhadap rasuah tiada beza dengan negara India dan Zimbabwe. Kepercayaan rakyat terhadap mereka ini sudah ditahap ‘zero’, kerana setiap belia yang mengambil lesen memandu pastinya akan terhidu busuknya perangai mereka ini. Berubah sebelum diubah.