Di mana-mana ketika ini orangramai membicarakan apakah nasib Anwar nanti. Apakah beliau akan dikekalkan bersalah sepertimana keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menjatuhkannya hukuman lima tahun penjara atau akan didapati tidak bersalah dan dibebaskan?
Walaupun yang akan menentukan bersalah atau tidaknya Anwar adalah lima hakim yang arif lagi bijaksana setelah mendengar hujah-hujah pendakwa yang diketuai oleh Shafee Abdullah serta peguambela Sulaiman Abdullah, tetapi rata-rata orangramai mulai meneropong keputusan yang bakal diambil ini dari sudut kemahuan Putrajaya dan Seri Perdana.
Baik orangramai, pemimpin UMNO, pembangkang, ahli perniagaan, anak-anak muda dan sebagainya tetap melihat semuanya bergantung kepada kemahuan serta kata putus daripada Najib Razak selaku Perdana Menteri.
Maknanya, dari segi keputusannya ia lebih dilihat dan ditanggapi dari sudut politik semata-mata berbanding undang-undang. Dalam ertikata lain, kalau kering hati Najib, ke penjaralah Anwar tetapi jika lembut hatinya, bebaslah Anwar.
Malah ada surirumah sepenuh masa yang tidak memiliki telefon pintar turut mengeluh, "Kalau bersalah, sampainya hati Najib memenjarakan Anwar sedangkan mereka pernah bersabahat baik suatu ketika dahulu."
Bagi kalangan kebanyakan pimpinan UMNO, ramai yang yakin Anwar akan didapati bersalah dan menghuni penjara sekali lagi kerana itulah satu-satunya jalan yang mereka lihat boleh menentukan survival Najib dan BN dalam pilihanraya akan datang.
Dengan Anwar berada di dalam penjara, walaupun simpati rakyat mungkin meningkat kepada pembangkang, tetapi mereka percaya ketiadaan pengganti karismatik memimpin PR akan membolehkan Najib mengatur strategi baru melemahkan gabungan itu dengan taktik adu-domba atau "membeli" sebahagian yang lain untuk melompat parti.
Sebahagian besar ahli UMNO juga mengharapkan Anwar akan dipenjarakan, bukan kerana Ketua Pembangkang itu bersalah atau tidak meliwat Saiful Bukhari tetapi disebabkan kehadirannya yang lepas bebas dilihat lebih menyusahkan UMNO dan BN di fasa-fasa seterusnya.
Tetapi ada juga pemimpin UMNO yang terang-terang mengatakan memenjarakan Anwar adalah kehendak dan permintaan Rosmah Mansor demi survival kuasa manakala Najib dikatakan agak terbuka serta tidak mempunyai keberanian yang tinggi untuk mengharungi kesan pemenjaraan Ketua Pembangkang itu nanti.
Oleh itu, golongan ini percaya keputusan pada 29 Oktober nanti lebih bergantung kepada sejauh mana Najib mampu "menyenggol" balik isterinya itu.
Golongan ini juga berhujah bahawa jika Anwar dipenjara, dua kesan langsung yang bakal terbentang di depan matanya ialah menghadapi persepsi antarabangsa bila mana seorang Ketua Pembangkang yang seharusnya menyuburkan amalan demokrasi sesebuah negara tiba-tiba dihumban ke penjara dan kedua, menghadapi pilihanraya kecil Permatang Pauh selepas itu.
Dunia antarabangsa akan melihat Najib sebagai pemimpin yang "jahat" dan "tidak berperikemanusiaan" sehingga tergamak memenjarakan musuh politiknya. Berbanding kecaman, Najib kata mereka, lebih suka disanjung serta dipuji oleh Barat dan Amerika.
Tidak dinafikan membebaskan Anwar akan membersihkan namanya serta menjadikan persaingan dalam pilihanraya akan datang lebih terbuka tetapi dengan adanya sanjungan serta pujian antarabangsa dan Amerika, Najib juga dikatakan lebih selesa dan kembang jiwa raganya. Berbeza dengan Mahathir yang sedia berbalah dan dibenci Barat atau Amerika, Najib jauh dari sifat itu.
Dengan adanya pilihanraya kecil Permatang Pauh sebaik Anwar dipenjara, jika BN tidak berupaya memperbaiki prestasinya pula ia adalah bukti jelas bahawa tiada sebarang kelebihan kepada UMNO dan BN melalui hukuman penjara yang dijatuhkan itu.
Bagi golongan profesional dan ahli perniagaan pula, nasib Anwar di Mahkamah Persekutuan pada 29 Oktober nanti bergantung kepada siapa paling kuat melobi. Jika Amerika dan Barat lebih kuat melobi Najib, maka tidak bersalah dan bebaslah Anwar tetapi jika Mahathir yang lebih kuat melakukan lobian, ke penjaralah nasib bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Beberapa pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang dan Azmin Ali juga menuntut campurtangan Najib dalam memastikan perbicaraan itu nanti benar-benar adil serta bebas daripada pengaruh politik. Tuntutan dan desakan mereka memperlihatkan adanya elemen politik dalam keputusan nanti.
Menjelang detik-detik akhir yang bakal menentukan hidup mati karier politik Anwar, itulah andaian , kesimpulan dan persepsi yang bermain dalam kepala ramai orang.
Meskipun pengaruh politik, kemahuan Putrajaya dan Seri Perdana tidak semestinya betul dan benar-benar memainkan peranannya dalam kes Anwar ini, tanggapan pelbagai pihak mengenainya semakin jelas kedengaran ketika ini.
Faktor lima hakim, wibawa pendakwa dan peguambela mengemukakan bukti dan berhujah sudah tidak lagi diambil kira, sebaliknya kemahuan Najiblah yang dilihat menentukan segala-galanya. ( SH 27/10/2014)
Hai yaa......., lagi-lagi liwat , manyak bosan loo rr , liwat 1 , liwat 2 , stak manyak taun maa aa , hali- hali celita liwat , Wa ingat ini kali itu hakim ,betut-betut mau kasi selesei ,manyak bosan maa aa.
ReplyDeleteSebut liwat , liwat ,liwat , pasti mesti atak Aluar , ai yaa apa macam lea aa?.
I trust you are not a Chinese but a MORON Malay. Why can't you write properly like a normal person. It is sickening you know!
Deletelanchow lu la barua umnongok.
DeleteHe is sick to be relevant as a human eventhough he is actually think and act like an animal. Pity on him.
DeleteNi bodoh punya orang. Pi baca dan layan komen dia buat apa? aku sebab kau orang kutuk dia, aku tumpang semangkuk lahh. Nak baca komen dia, merendahkan martabat shj.
DeleteAnon 21:38
DeleteMana atak Bulayu ,tatak India ,zelo Cina ,semua Malaysian maa aa .
Lu olang manyak lupa lea aa .
lubang
Deletego hang yourseif
Haiiya lufang..kalu lu kawen sama semoh lu punya nama suda tentu tuka mohd lufang bin abdullula...pinjam dari filem p.ramli
DeleteUdah lah admin... itu pendapat reverse kau aje, balik balik Najib terlibat.. banyak rakyat pun dah tahu ini tak ada kena mengena dgn Najib, ini antara Anwar dengan Saiful.. kau asyik2 nak libatkan rakyat dalam hal nie...poorahhh
ReplyDeletejadi kau pun percaya pada najib?siapa letup altantuya kalau bukan najib.
Deletekalu kau nak tau sapa letup antu ya kau pegi lah jumpa antu ya.. hahah
DeleteMungkin semuanya bergantong kapada semah.Kalaulah ditakdirkan umngggoooouuk beruk negara tewas dalam pilihpilihanraya..agaknya lakinya hang semoh buleh jd presiden party kut..
ReplyDeleteMoga ALLAH SWT bebaskan DSAI dari skandal fitnah umngoktoon ni buat selama lamanya.ALLAH HU AKHBAR
ReplyDeleteAnwar kena penjara atau kena bebas...tak ada bezanya. ada beribu-ribu pejuang keadilan seperti orang macam Anwar Ibrahim, Mat Kilau, Tok Bahaman, Nelson Mandela di luar sana menghadapi arus kezaliman pemerintahan ala kuku besi dalam acuan demokrasi palsu.
ReplyDeleteSetiap dekad akan lahirlah para pejuang untuk rakyat.
Siapa tahu bakal Perdana Menteri kita masa akan datang sekarang ini hidup dalam kemiskinan. Presiden baru Indonesia Jokowi bukannya anak golongan elit, bangsawan atau bekas tentera.
Perjuangan tidak akan padam di mana-mana.
Puak seperti UMNO yang sangat suka hidup mewah dan rasuah tak akan dapat lari dari menghadapi seorang insan bernama "Keadilan untuk Rakyat" pada bila-bila masa, walau Anwar Ibrahim di sumbat ke dalam penjara hatta 100 tahun.