Friday 17 October 2014

Pas Bakal Pecat Pemimpin PasMa?


Beberapa Pas Negeri sudah pun mengeluarkan arahan kepada ahlinya agar tidak menyertai serta menjauhi PasMa, sebuah NGO yang diketuai oleh bekas Exco Kedah, Pahrolrazi Zawawi.

Antaranya ialah Pas Pahang, Terengganu, Perak, Johor dan beberapa negeri lagi juga dijangka akan mengeluarkan arahan yang sama tidak lama lagi. 

Walaupun PasMa sudah menyatakan bahawa peranannya ialah bertujuan untuk memastikan Pas kekal bersama PR di sebalik merebaknya kebimbangan mengenai penubuhan kerajaan perpaduan antara Pas dengan UMNO, NGO itu seolah-olah begitu ditakuti oleh Pas.

Larangan dan kebimbangan terhadap PasMa ini dipercayai selaras dengan ucapan Haji Hadi dalam Muktamar Agung Pas di Batu Pahat, baru-baru ini yang bertegas melarang kewujudan "parti dalam parti" serta mahu semua ahlinya bersatu hati dalam perjuangan Islam bersama Pas.

Susulan itu, Majlis Syura Ulama Pas melaluinya Setiausahanya, Nik Zawai Salleh telah mengeluarkan arahan agar tiada ahli Pas menyertai PasMa.

Namun demikian, PasMa nampaknya terus bergerak aktif dan tidak memperdulikan arahan itu. PasMa juga tidak melatah, malah menyatakan Majlis Syura Ulama tiada hak mengeluarkan larangan itu. Selain itu, PasMa juga tidak terusik dengan adanya cabaran agar NGO itu berubah menjadi sebuah parti politik untuk melihat sejauh mana ianya boleh bertahan.

PasMa bukan saja terus melebarkan sayapnya ke negeri-negeri, malah laman Facebook peringkat negeri juga giat diaktifkan untuk menyebarluaskan lagi peranan dan aktiviti mereka.

Dalam masa yang sama, ada yang berpendapat bahawa tindakan Pas melarang ahlinya menyertai PasMa menunjukkan parti itu semakin tertutup dan tidak sedia menerima teguran daripada pihak yang berbeza pandangan dengannya.

Sebagaimana keputusan Muktamar 2008 yang memutuskan parti itu bekerjasama dengan PKR dan DAP melalui PR, PasMa hanyalah bertujuan mengukuhkan lagi ikatan itu bagi menyaingi BN dan mewujudkan sistem dua parti yang lebih berkesan demi kepentingan rakyat.

Tetapi melihat kepada kes dua Adun Selangor, Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang digantung keahliannya beberapa hari lalu, ramai yang bimbang mengenai nasib pimpinan PasMa ini. Mempertahan dan mendekatkan lagi Pas dalam PR seolah-olah sudah menjadi kesalahan bagi parti itu kebelakangan ini manakala tindakan menjauhkan lagi Pas daripada PR pula sesuatu yang dibenarkan.

Ada yang mengatakan, setelah adanya larangan agar ahli Pas menjauhi dan tidak menyertai NGO itu, tindakan yang lebih keras sedang menunggu pimpinannya tidak lama lagi.  Ramai yang menjangkakan pimpinan PasMa akan menerima hukuman sama ada digantung keahlian atau dipecat terus daripada Pas selepas ini.

Tambahan pula, PasMa juga terus aktif dan agresif dengan pelbagai kegiatannya di merata-rata tempat, walaupun setelah satu demi satu negeri mengeluarkan larangan kepada ahli-ahlinya daripada mendekati NGO itu.

Realitinya, Pas sebenarnya memang menyedari bahawa tindakan mereka menjauhkan diri dan berbalah dengan rakan-rakan gabungan dalam PR tetapi dalam masa yang sama masih kekal dalam gabungan itu  membawa lebih kerugian daripada keuntungan kerana boleh menyebabkan parti itu terus kehilangan sokongan daripada pengundi bukan Melayu.

Bertindak keras terhadap PasMa pula mungkin akan menyebabkan golongan profesional tidak berminat lagi terhadap Pas. Akhirnya, Pas menjadi semakin mengecil sokongannya, terutama di kawasan bandar dan separa bandar.

Bebanding menjadikan Pas makin mengecil dan dijauhi, bukankah lebih baik jika PasMa lebih didekati daripada dimusuhi? (SH 17/10/2014)

8 comments:

  1. Pelik dgn hala tuju Pas. Apa yang mereka perjuangkan pun dah tak jelas. Masih bersama PR atau tidak timbulkan persoalan. Kata janji dan tindakan tidak sekata. Presiden kluk klek, MSU buat U-turn. Punah harapan rakyat utk melihat sebuah parti islam yg kuat tp musnah dek menjaga kepentingan sekelompok ahli yg dikatakan ulamak yg hebat. Apa nak buat, taik kambing bulat-bulat....

    ReplyDelete
  2. Apa pasat mau sebok-sebok maa aa ,itu PAS punya hat ,apa lia mau buat ,lia suka loo rr .

    PKR pon kasi pecat olang lia tatak suka ,DAP pon kasi pecat ,apa atak helan lea aa.

    Atak kuasa punya olang ,kasi pecat ,kulang kuasa punya olang maa aa, macam Anyar kasi pecat itu Khalid Ibrahim ,DAp kasi pecat itu Penang Pas majlis ahli ea aa.

    UMNO tatak babut punya olang pon, tatak kasi pecat .

    ReplyDelete
  3. Tuan,

    Siapa nak pecat pemimpin PasMa? Presiden? MSU? Dewan Ulamak PAS? Ketiga-tiganya tidak mempunyai kuasa esekutif untuk berbuat demikian. Yang mempunyai kuasa untuk memulakan tindakan disiplin yang akan berakhir dengan pemecatan ialah Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ( JKPP). PAS ada prosedur untuk memecat mana-mana ahlinya.

    Soalan pertama apa tuduhan yang hendak dikenakan kepada pemimpin PasMa? Menentang agenda UG yang beberapa kerat tu ke? Ini pun kena melalui mesyuarat JKPP dan mesyuarat membuat keputusan untuk mengambil tindakan tatatertib. Puak UG bukan majoriti di dalam JKPP. Kalau kuasa ini ada kepada MSU atau DUPP, memang dah lama pemimpin PasMa dipecat.

    Sebab itulah puak UG hanya mampu menghentam PasMa sahaja sebab mereka tidak ada kuasa untuk memecat pemimpin PasMa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kita tunggu apa lagi mereka-mereka yang berselindung di sebalik serban dan jubah itu akan buat selepas ini. Semenjak awal kemelut MB Selangor lagi saya dan rakan-rakan professional tidak berparti yang cendorong menyokong parti Islam telah hilang percaya dan minat kepada parti dipimpin "ulamak" tersebut yang ternyata tindak tanduk mereka kini 2x5 dengan pemimpin Regim. Bukan semua "ulamak" boleh memimpin dan parti tersebut telah mengiakan pandangan kami yang berbelah bagi terhadap mereka selama ini. Maaf parti "ulamak" kamu tidak akan mendapat undi kami lagi selepas ini. InshaAllah jika PasMa sebuah parti politik kami akan menyokong dan mengundi wakilnya!

      Delete
  4. Parti pas dijadikan parti wayang oleh umngok.bertahun2 jadi pembangkang tetiba ada peluang menjatuhkan umngok, pas pula memberi bola tanggung kepada umngok.Jika umno pupus dipersada politik ia akan pupus bersama-sama pas.Begitulah peranan pas, bukan sesuka hati pas menghentam umngok pada masa umngok lemah.

    ReplyDelete
  5. Pas bukanlah parti pembangkang sebenar.umngok yang menentukan dan meletakkan peranan pas sebagai parti pembangkang.Disaat kekuatan pas bersama PR boleh menengelamkan umngok pada masa itulah iya kendur semula memberi peluang kepada umngok utk berstrategi melawan balik.apa2 tindakan pas ini menunjukkan kehilangan 3 negeri kepada umngok bukanlah kehilangan besar kepada mereka dan mungkin bagus juga jangkitkan penyakit itu kepada rakan dalam pr.

    ReplyDelete
  6. Pemimpin-pemimpin PASma perlu dipecat kerana mereka menjadi batu penghalang ke atas penyertaan PAS ke dalam Barisan Nasional. Kerajaan perpaduan hampir wujud di Selangor di antara PAS dengan UMNO tetapi gagal la tartan sikap segelintir ahli PAS yang cenderung kepada PASma.

    ReplyDelete
  7. Tuan,

    PAS beberapa negeri telah mengharamkan ahli-ahlinya menyertai PasMa. Apakah larangan ini sah? Jawapannya TIDAK SAH! Pertama, PAS Pusat melalui badan eksekutifnya iaitu JKPP tidak pernah mengelua4kan sebarang arahan atau larangan rasmi menghalang mana-mana ahlinya menyertai PasMa.

    Juga kita telah membaca larangan sama dikeluarkan oleh setiausaha MSU. Larangan setiausaha MSU ini adalah larangan peribadinya dengan menggunakan jawatan rasmi didalam MSU. B3liau telah melanggar dan melangkaui bidang kuasa jawatannya kerana agenda peribadinya untuk kepentingan puak UG. Kita semua sudah kenal SuU MSU adalah salah seorang pemimpin utama UG dalam PAS. Kesalahan yang dilakukan ol3h MU MSU ini adalah kesalahan disiplin yang serius yang perlu diambil tindakan segera. Pertama, seperti diatas tiada larangan rasmi yang dibuat oleh JKPP. Kedua, disebabkan tiada larangan rasmi, maka tidak ada sebarang mesyuarat MSU diadakan untuk membuat keputusan mengenai larangan m3nyertai PasMa.

    Habis dari mana larangan yang dikeluarkan oleh SU MSU? Larangan itu dia yang buat sendiri secara peribadi sebagai pemimpin UG yang ada jawatan dalam MSU. Bol3h pakai ke tak larangan SU MSU ini? TAK BOLEH PAKAI. BEGITU JUGA DENGAN LARANGAN YANG DIKELUARKAN OLEH PAS BEBERAPA NEGERI. MEREKA TELAH MELAKUKAN K3SALAHAN YANG SAMA D3NGAN SU MSU!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...