Saturday 4 October 2014

Asyik-Asyik Rakyat Yang Diminta Berkorban...


Untuk kesekian kalinya, apabila saja kerajaan memutuskan mahu memotong subsidi, hujah yang selalu digunakan ialah ianya untuk kebaikan negara bagi jangka panjang. Oleh yang demikian, kata para pemimpin, rakyat haruslah berkorban demi masa depan negara.

Kononnya, tak apalah susah sedikit sekarang, asalkan senang untuk jangka panjang. Lagi pula, kata pemimpin yang berada di singgahsana, subsidi ini tidak baik, tidak menjadikan rakyat berdaya saing dan tidak selamanya rakyat harus bergantung dengannya.

Ketika empat kali subsidi gula dikurangkan sejak 2009 lalu, itulah alasan yang dihujahkan. Ketika banyak kali harga minyak dinaikkan melalui pengurangan subsidinya, itulah juga alasan yang digunakan.

Dua hari lalu, subsidi petrol dan diesel dikurangkan lagi untuk menjadikan harganya naik 20 sen seliter. Dengan kenaikan ini, harga barang keperluan, minuman dan makanan di kedai dan restoran sudah pasti akan meningkat. Menjelang sambutan Hari Raya Korban tahun ini, rakyat benar-benar terasa menjadi korban.

Seperti biasa juga, apabila berlaku situasi ini, Perdana Menteri, Najib Razak sekali lagi meminta rakyat berkorban untuk menerima dengan baik kenaikan ini. Dengan alasan kenaikan ini untuk kebaikan jangka panjang ekonomi negara, tambah beliau, hanya dengan adanya pengorbanan ikhlas rakyat, maka hasilnya dapat sama-sama dikecapi nanti.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek yang telah melekat di kepala rakyat dengan label "menteri cap ayam" lebih dahsyat seruannya. Beliau bahkan meminta rakyat bersyukur dengan kenaikan harga minyak ini dan bukannya dengan mengadakan bantahan di jalanan.

Biasanya orang bersyukur sebab naik gaji, dibelanja makan percuma, dapat beli barang dengan harga murah atau seumpamanya. Tapi Hasan Malek minta kita bersyukur sebab harga petrol sekarang RM2.30 seliter berbanding RM2.10 sebelumnya. Dahsyat daya fikir menteri ni!!

Kenapakah dalam soal menaikkan harga barang melalui pengurangan subsidi ini, hanya rakyat yang diminta berkorban? Tidak cukupkah lagi pengorbanan rakyat selama ini yang bukan saja bekerja keras dalam karier masing-masing dalam pelbagai bidang yang semuanya untuk kepentingan negara dan kemudian membayar pula cukai pendapatan dan perniagaan kepada kerajaan?

Di ketika rakyat berulangkali diminta berkorban untuk negara dengan menerima kenaikan demi kenaikan, apakah pula pengorbanan daripada pemimpin?

Walaupun kita tahu pemimpin juga bekerja keras memajukan negara, tapi imbuhan yang mereka terima juga melimpah-ruah. Bukan saja setiap kilometer perjalanan mereka dibayar, bahkan elaun petrol, keraian, rumah, hotel, bertugas luar kawasan, telefon, orang gaji dan sebagainya semuanya dibayar oleh kerajaan.

Selain percutian mewah setahun sekali yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, mengadakan majlis jamuan pun diberikan kerajaan. Makan, minum, tidur dan melepak di hotel pun kadangkala dengan perbelanjaan yang dibayar oleh kerajaan.

Kereta pula disiapkan dengan pemandunya sekali yang mana mereka tidak pernah pun mengeluarkan wang daripada poket sendiri untuk mengisi minyaknya.

Apalah salahnya, di ketika banyak kali Najib dan ramai yang lain meminta rakyat berkorban, sesekali pula pemimpin pun berkorban sama. Tunjukkanlah sama semangat berkorban, janganlah asyik rakyat saja diminta berkorban.

Sekurang-kurangnya sebulan dalam setahun misalnya, apalah salahnya Najib dan menteri-menteri mengisi petrol dengan wang saku mereka sendiri sebagai pengorbanan kepada kerajaan. Kalau tidak pun, berkorbanlah dengan mengecualikan daripada membuat pelbagai tuntutan elaun, juga setidak-tidaknya sebulan dalam setahun sebagai menunjukkan teladan sama-sama berkorban bersama dengan rakyat. Sesekali tunjukkanlah ikhlasnya berkhidmat dengan percuma pula.

Dikira pengorbanan yang besar nilainya juga jika Najib dan menteri-menterinya dapat mengurangkan bajet percutian dengan hanya bercuti di dalam negara saja. Kurangkan juga perbelanjaan untuk majlis-majlis keraian seperti jamuan rumah terbuka dan berbuka puasa kerana kadangkala ia bukan saja diadakan di peringkat kementerian, tetapi juga di setiap agensinya, kawasan Parlimen dan sebagainya. Ramadan dan Syawal selalunya adalah bulan berseronok dengan makan minum saja.

Jika Najib dan menteri-menterinya dapat melakukan pengorbanan seperti itu, tentulah rakyat dengan senang hati juga berkorban bila minyak atau gula dikurangkan subsidinya.

Lagi pula, rakyat juga tertanya-tanya apakah hasilnya kepada negara ini setelah sekian banyak kali subsidi minyak dan gula sudah dikurangkan itu? Mengapakah perbelanjaan masih defisit juga dan hutang kian mencanak setiap tahun?

Bukankah jika subsidi sudah dikurangkan yang bermakna kerajaan mempunyai lebih banyak wang, maka defisit akan bertambah baik dan hutang negara juga tidak bertambah?

Bukanlah rakyat tidak boleh berkorban setiap kali kerajaan mahu mengurangkan subsidi sebagaimana yang diminta oleh Najib tetapi selain perlu menunjukkan hasilnya, janganlah asyik rakyat saja yang terkorban atau dikorbankan.

Pemimpin yang baik ialah mereka yang lebih dulu membuat pengorbanan sebelum meminta rakyat berkorban. Janganlah hanya rakyat yang berkorban, dikorbankan atau terkorban tetapi pemimpin hanya tahu jadi tukang korban. ( SH 04/10/2014)

23 comments:

  1. Pak menteri pun patut bersyukur dengan komisen c4 dan hutang berbilion rm tak berkurang dan makin bertambah.Dalam keadaan rakyat diperlembukan ini bolehlah menteri cap ayam menempel ditampuk kuasa

    ReplyDelete
  2. orang dah biasa dapat barang free, dan gaji tinggi macam menteri ayam ni senang la cakap minta rakyat bersyukur...biul punya menteri...anak sendiri pun masuk kerja di agensi Kementreian dia. tak perlu bersaing dgn pemohion biasa...salahguna kuasa

    ReplyDelete
  3. Kebanyakan menteri2 mempunyai mentality budak2 sekolah menengah saja. Hujahan yg begitu nipis. Mereka adalah gulongan yg rasa mereka pandai.

    ReplyDelete
  4. Di Malaysia rakyat terpaksa berkorban dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini ,dan seterusnya kenaikan harga barang.

    Di Selangor rakyat telah dikorbankan dengan tiada bekalan air baru-baru ini ,dan pengorbanan ini belum nampak kesudahanya ekoran tindak tanduk kepimpinan yang baru hendak menyingkap segala yang telah belaku dizaman Khalid ,nampaknya akan bertambahlagilah pengorbanan mereka.
    Semuanya kerana pemimpin ,bagitu tabah dan mulianya pengorbanan rakyat ,sejauh mana pengorbanan ini dan dimana akhirnya masih samar-samar lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. umno terdesak... nk juga burukkan PR diselangor.. sikit pun jadilah.

      dulu umno lah yg belasah fitnah repot polis kacau pejabat MB Khalid... sekarang Khalid semua baik...

      sudah lah munafik umno, pegi tido lagi baik la

      Delete
    2. Ya...tepat sekali..mcm pak menteri cap ayam takda modal

      Delete
    3. Jgn la ckp n tulis cam tu kek tebing tinggi nie...elok ckp ' ko terjun lah dr tebing tinggi...supaya otak ko aa fungsi skit...wokay!

      Delete
    4. OK lah tu ,tak pelik , ketaksuban membuat hilang pertimbangan yang wajar .

      Kalau dah tahi pon bau wangi ,nak but macam mana .

      Delete
  5. RAKYAT DIMINTA KORBANKAN UMNO DAN BN !

    RAKYAT DIMINTA KORBANKAN UMNO DAN BN !

    RAKYAT DIMINTA KORBANKAN UMNO DAN BN !

    DEMI MALAYSIA YANG LEBIH SEJAHTERA

    DI SINI CINTA KU BERMULA... (dgn mengorbankan BN)

    ReplyDelete
  6. Mari kita pakat-pakat tolak semua subsidi kerajaan..tak apa lah biar hidup kita lingkup dengan kerja keras tak mau lagi dilayan macam peminta sedekah..kita bayar berapa saja harga minyak, gula, beras, tepung, minyak masak, gas masak, biar kita pakat kurus dan mati ramai-ramai..biar Perdana Menteri dan Menteri-Menteri saja yang hidup di Bumi Malaysia ni. Barulah dia orang puas agaknya.

    ReplyDelete
  7. Kaji dulu sebab apa kerajaan naikkan 20 sen. Sebab nak elakkan golongan kaya yg dapat subsidi lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh punya statement! Berapa % org kaya kat Malaysia compare tu org yg sederhana ke bwh? Tau tak72% rakyat Malaysia bergaji di bwh RM 3000..kalau bodoh jgn cuba tunjuk kat org.. Bukan semua org sebodoh anda

      Delete
    2. Statement bodoh melantun-lantun.nelayan dapat subsidi minyak pun tidak akan dapat menurunkan harga ikan disebabkan harga ikan naik turun disebabkan permintaan dan faktor cuaca.Apa bodoh punya umngok be end hanya peduli 20% rakyat kaya dapat subsidi sedangkan majoriti 80% rakyat miskin lebih perlu subsidi tidak dipedulikan.

      Delete
  8. sama ja sapa perintah.harga minyak akan naik..yg penting kestabilan politiksupayq negara dapat berkembang maju..di negeri yg diperintah PR apa yg turun? cukai ngan harga rumah turun ke? blogger bodoh..kalo ko rasa ko rasa sikit susah sebab kesan harga minyak..kerja lebih kuat sikit untuk menjilat..nanti tuan ko bayar lebih..kalau x der tuan..malam2 buat part time jual burger, basuh kete, jd jaga buat online biz..jgn buang masa tulis blog yang x menyumbang kepada ekonomi kau dannpenyokong pr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini komen org yg tak ada kekuatan akal dan jiwa untuk memahami real scenario..boleh di anggap kontot akal di sbbkan terlalu byk mkn brim sehingga lupa baik n buruk..well done lah..

      Delete
  9. PKR & DAP bermati2an melawan UMNO tetapi PAS dibelakang cuba tuboh kerajaan perpaduan dgn umno. Mulut PAS cakap bersama PR tapi hati ingin bersama UMNO. Ini kah yg di katakan parti Islam? Memang benar orangnya Islam tapi amalannya bukan Islam. Apabila gulongan ulamak dalam PAS mula mengejar dunia begini lah jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko tak habis habis hentam pas...minyak naik ko hentam pas jugak...yang ko duk ratib ug ug ug maklumat dari mana? si anwar buat konsensus nasional dgn. najib ko tak nak ratib ker? kalau berkelahi jgn. berpanjangan...pandang kedepan bukan senang nak tumbangkan umnocelaka kalau asyik berkelahi sama sendiri jgn. terperangkap jarum apco yang begitu licik untuk menghancurkan pakatan.

      Delete
    2. Buang Hadi PAS akan maju. Hadi duri dalam dagin

      Delete
    3. Mung yang lalok dok bising orang hentam PAS tu buek apo? Hadi Awe suko dok kena maki orang ramai, mung yang lebih teraso. Puak UG pun suko dok kena maki ari-ari, suko jugak hari-hari buat khabar kat FB dan Twitt, mung yang teraso gapo? Orang suko keno maki mung yang sibuk "pedih telo" buek gapo? Kalu umat Islam original, demo tu memang tok suka buat sesuatu yang beri timbul fitnah dan beri rakyat benci, tapi Hadi Awe dan UG-nya suko.....amat suko dan lagi-lagi suko. Mung yang pedih telo buek gapo?

      Delete
  10. Sempena Menyambut Hari Raya Qurban nie,..

    Orang UMNO digesa membawa USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP NAJIB @ AH JIB GOR..

    USUL TOLAK KEPIMPINAN NAJIB YANG MERUGIKAN MELAYU BUMIPUTRA..

    Macai2 Tak Payah lah Nak Backup Ah Jib gor...

    Mungkin Kepimpinan BARU TS Muhyiddin dan Dato Seri Ahmad Zahid boleh memberi lembaran, semangat dan Harapan Baru untuk Melayu Bumiputra dan UMNO..

    Kekalkan Najib.. Konperm PRU14 BN-UMNO jadi PEMBANGKANG...

    INGAT jangan TAK INGAT

    ReplyDelete
  11. Kalau pemimpin sekarang kena guna duit sendiri dalam apa juga situasi, mereka tidak akan berebut mahu jadi pemimpin. Sebab tak perlu guna duit sendirilah mereka mahu jadi pemimpin. Pemimpin elaun bukan pemimpin rakyat.

    ReplyDelete
  12. PAS parti serabut dalam pakatan. Buang haji hadi Pas boleh jadi bagus. Puak dalam dewan ulama rasa macam mereka ulama besar...puuuiii

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...