Wednesday 13 August 2014

Pas Mula Tunjuk Kuasa!!


Walaupun tindakan Pas dalam kemelut politik Selangor terus mengeliru dan membingungkan banyak pihak, hakikatnya parti itu sedang mengambil langkah berhati-hati dalam tindakan yang bakal diambilnya. Kadang-kadang ia juga dilihat seperti mahu menunjuk kuasa yang ada padanya. Dan sementara itu, semua pihak kena bersabar dan bertenang sehingga tarikh 17 Ogos depan di mana Pas akan bermesyuarat dan akan menentukan pendiriannya.

Dalam tempoh sehingga 17 Ogos, Pas akan terus dilobi, dipujuk, dirayu dan diyakinkan agar membuat sesuatu keputusan yang memihak kepada mereka yang berkepentingan itu.

Sejak Khalid memecat enam Exco daripada PKR dan DAP, empat ahli Exco yang lain yang terdiri daripada Pas telah dirayu agar menunjukkan solidariti dengan tidak menghadiri mesyuarat Exco pada hari ini. Kes yang berlaku di Perak pada 2009 di mana semua ahli Exco bersatu mempertahankan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar ditimbulkan kembali untuk memperingatkan Pas.

Pas bagaimanapun tidak memperdulikan cadangan solidariti itu, sebaliknya terus hadir dalam mesyuarat Exco dan kemudian bergambar saling menjulang tangan bersama Khalid Ibrahim. Tentunya momen itu tambah menyakitkan hati PKR dan DAP kerana Pas dianggap sudah tidak lagi sehati sejiwa dan selenggang sehayun dengan rakan-rakannya dalam PR.

Di ketika yang sama, segera tersebar desas-desus bahawa Khalid juga bakal melantik tiga Exco daripada UMNO untuk mengukuhkan lagi kerajaannya yang sehingga ini hanya berdiri atas perkenan Sultan Selangor semata-mata. Dari segi majoriti, moral politik dan hukum akal sekali pun, kerajaan negeri Selangor pimpinan Khalid sebenarnya sudah pun berakhir.

Ini kerana Khalid hanya mendapat sokongan yang pasti daripada 12 ADUN UMNO saja. 13 ADUN PKR dan 15 ADUN DAP sudah hilang kepercayaan terhadapnya. Pendirian ADUN Pas pula hanya akan diketahui pada 17 Ogos nanti. Pendirian Pas yang dipegang Khalid sebagai memihak kepadanya adalah pendirian lama ketika beliau masih ahli PKR sedangkan kini sudah menjadi ADUN Bebas.

Secara sahnya, hanya 12 ADUN saja yang menyokong Khalid ketika ini.

Dari segi pentadbiran pula, hanya empat Exco saja lagi bersamanya. Itu pun sehingga 17 Ogos depan saja. Jika pada tarikh itu, Pas membuat keputusan terus bersamanya, kekallah empat Exco itu bersamanya tetapi jika sebaliknya, Khalid tidak mempunyai Exco lagi bersamanya.

Dengan kerajaan negeri hanya mempunyai empat Exco itu, walaupun dibenarkan oleh perlembagaan negeri, tetapi ia adalah lemah, pincang dan tidak kukuh. Ia ibarat kereta yang hanya berjalan dengan tiga selinder, boleh bergerak tetap selalu terhenjut-henjut dan tidak boleh bertahan lama.

Dalam masa yang sama, Pas juga memberi amaran kepada Khalid bahawa mereka akan meletakkan jawatan jika Exco daripada UMNO dilantik. Walaupun Pas menyokong kepimpinan Khalid tetapi Pas juga masih tidak rela baring sebantal dan tidur sekelambu dengan UMNO. Khalid tentunya bingung juga dengan pendirian Pas ini dan segera membuat penafian tidak ada cadangan berbuat demikian ketika ini.

Khalid sedar jika Pas menarik diri ketika kini, tiada Exco lagi bersamanya dan ini bermakna kerajaan pimpinannya boleh berakhir begitu saja. Bersamanya Pas dengan Khalid hanyalah untuk memastikan kerajaan negeri tidak runtuh dan jika runtuh pula ianya adalah disebabkan Khalid melantik ADUN UMNO sebagai Exco.

ADUN UMNO yang mungkin sudah pasang angan-angan dan menyiapkan badan untuk menjadi Exco lantaran yakin kerajaan campuran bakal terbentuk di Selangor, barangkali perlu menyimpan semula impian dan baju melayu beserta songket hitam yang sudah mula dibelek-belek ketika ini.

Sebagaimana PKR dan DAP bingung dengan pendirian Pas sebelum ini, kali ini giliran Khalid dan UMNO pula dibingungkan oleh Pas.

Meskipun sedar kerajaan empat Exco ini tidak kukuh, Pas nampaknya sudah meletakkan dirinya sebagai primadona dan buruan, sekurang-kurangnya sehingga 17 Ogos nanti. PKR, DAP, Khalid dan UMNO akan terus melobi dan berharap pendirian Pas nanti menyebelahi mereka.

Dalam masa yang sama, keadaan ini juga mungkin melembutkan hati Anwar yang sebelum ini tetap berkeras mahukan Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar yang baru. Dalam usaha melembutkan hati Pas dan demi situasi menang-menang, tidak mustahil calon alternatif akan ditonjolkan akhirnya untuk menggantikan Dr Wan Azizah mengambil alih tempat Khalid Ibrahim.

Walaupun keputusan ini dianggap kekalahan kepada Anwar tetapi daripada kerajaan negeri tumbang atau kemelut terus berpanjangan, bertolak ansur adalah pilihan terbaik.

Berdasarkan beberapa kenyataan pimpinan Pas seperti Mat Sabu, Husam Musa dan, Dr Mujahid dan Shaari Sungib, jelas bahawa Pas lebih cenderung untuk terus kekal bersama PR berbanding meninggalkan gabungan tersebut. Kenyataan Haji Hadi yang meminta semua pihak bersabar sambil berdoa kepada Tuhan juga seperti memberi bayangan ke arah nada yang sama.

Kecuali jika Khalid mengambil keputusan membubarkan DUN Selangor selepas 17 Ogos ini, kerusi Menteri Besar Selangor pasti akan kembali kepada PR semula. Yang berubah hanyalah siapa yang duduk di kerusi itu saja. (SH 13/08/2014)

20 comments:

  1. 1. Khalid boleh melantik 10 exco dari umno untuk terus mentabir sehingga November...antara ogos hingga november khalid dan umno banyak masa untuk melakukan banyak perkara - jangan sakit hati dengan fakta ini.

    2. DUN hanya dibubarkan sehari sebelum persidangan - tak sempat DUN nak adakan usul undi tidak percaya.

    3. Jika DUN dibubarkan tiada masalah untuk DAP kekal atau tambah kerusi...bagaimana dng PKR, boleh ke jijah menang semula di Kajang? Bagaimana calon PAS..apakah cina akan undinya lagi kerana purata PAS itu racist, pelampau, munafik dan tidak boleh dipercayai...boleh ke PAS survive?....Bagaimana dengan UMNO, kekal atau hilang satu dua kerusi dan mungkin juga tambah kerusi? Siapa awak untuk kata tak mungkin..
    4. Khalid sekadar jadi pemerhati, tidak bertanding... Dia sudah menang secara moral...a lot of story to tell, karang buku pasal anwar pun dah boleh jadi jutawan....back to corporat.
    5. DAP akan letak calon Melayu gerenti menang sebagai persediaan calon MB...memang pasti DAP akan majoriti dan kuasai DUN berbanding dengan PKR dan PAS... Calon parti mana akan jadi MB? Lu pikirlah sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku setuju dengan kau bahawa Khalid sudah menang secara moral dan kemenangan Khalid itu telah membuka mata pelbagai pihak bahawa PAS telah memberi ruang yang luas sehingga 17hb. Ogos, untuk Khalid melakukan kerosakan bersar dalam kerajaan negeri Selangor.

      Tapi hal yang lain, itu hanya satu pandangan kamu saja.... semua boleh disebut dan dijadikan cerita. Orang kata....pandangan seorang pecacai dari lubang taik.

      Delete
    2. Mengapakah engkau mahu digelar sebagai Kluangman, kan lebih baik engkau digelar sebagai Khinzirman....(ambil skrip P. Ramlee dalam Ibu Mertua Ku)

      Delete
    3. Melampau la ko bro... panggil org khinzirman...kan sopan klu panggil..babiman (ikut sleng onputih)

      Delete
    4. Bro kluangman

      Semakin hari TSKI membuat tindakan-tindakan desperado ibarat membelit tali sedikit ketubuhnya kerana pilihan-pilihannya semakin m3nyusut. Akhirnya, dia akan rebah seorang diri. Hari ini dia suruh PKR minta maaf. Kalau tidak dia akan saman PKR. Orang UMNO totok macam sdra mana nampak semua ini.

      Dalam keadaan semakin menghimpit, TSKI boleh memecat kesemua exco PAS dan melantik 10 orang exco dari UMNO. Kita tolak aspek undang-undang tubuh negeri selangor kerana di negara ini benda salah boleh disilapmatakan menjadi betul.

      Soalan yang UMNO kena fikir dengan akal walaupun utk kali ini je, tidak pakai kepala lutut atau tapak kaki - sanggupkah UMNO mengundang kemarahan rakyat selangor dalam PRU 14 nanti dengan mendapat kuasa di selangor dengan cara tak bermaruah ini. Kena ingat, rakyat selangor lebih kehadapan dalam kesedaran politik berbanding rakyat perak. Umno selangor hanya menang 12 kerusi sahaja yang majoriti dikawasan melayu diluar bandar. Utk majoriti mudah BN perlu 29 kerusi. Agak-agak boleh ke cekau 17 kerusi lagi jika UMNO sertai kerajaan TSKI dengan cara ini yang majoritinya terletak di kawasan bandar atau semi bandar?

      Delete
    5. Sumber mutakhir...UMNO tak kebuloq exco..akan tolak jika ditawarkan..kesian puak pecacai yg buat fitnah. Penolakan ini sekaligus menyebabkan DAP dan Anwar jadi syaitan bisu untuk terus mengaitkan umno.
      Khalid juga menolak Selangor Negeri Pakatan kerana tidak berdaftar secara sah sebagai sebuah Pakatan... Pakatan harrraammmm
      Menyahut ketelusan..file MB dah ke SPRM...lepas ni file exco PKR dan DAP elok juga diberi sentuhan SPRM juga..

      Delete
    6. Kalau tak kebuluq awat sdra dok meroyan sakan dok pertahan TSKI dan PAS dalam kemelut yang takde kena mengena dengan UMNO......takbleh pakai punya perangai...

      Delete
  2. Exco Pas sepatutnya letak jawatan sekarang kerana apabila TSKI melantik Exco baru dari UMNO maka tidak ada gunanya meletak jawatan lagi. TSKI boleh berfungsi dgn Exco baru yg dilantik dari UMNO.

    ReplyDelete
  3. INI HANYA SATU NASIHAT DALAM KITA BERFORUM HATI HATI DENGAN PENCACAI PENCACAI HARAM JADAH UMNONOK...BILA MASUK BLOG PKR DIA HENTAM PAS..BILA MASUK BLOG PAS PULAK DIA HENTAM PKR..TUJUANNYA UNTUK MEMARAKKAN LAGI API KEMARAHAN..JANGAN IKUT EMOSI DAN JANGAN KITA IKUT PERANGAI PARTI CELAKA UMNONOK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan risau bro...orang yang berfikiran waras boleh mengenal sibacul-sibacul ini. Jika ada orang PAS atau PKR yang terperangkap dengan sibacul-sibacul ni, padan muka mereka. Mereka satu kapai. Sama otak kemetot.

      Apa kita boleh buat kerana mereka ini ada dimana-mana. Kat US pun ade jenis kemetot ni dalam politik mereka.

      Delete
  4. Pecacai umno hilang akal...
    ruparupanya pas bukan tunggangan DAP
    ......mereka bangang dengan prinsip pas...

    ReplyDelete
  5. Terbukti selamani tohmahan pecacai umno ....pas kuda tinggangan dap..mangrut...pui5

    ReplyDelete
  6. wei admin.. dulu kata "Pas kini semakin mengecil".. kali ni pulak kata "Pas mula tunjuk kuasa pulak".. kan aku dh komen jangan ingat pemecatan Khalid dari PKR adalah "shortcut".. post yg dulu ko kata "lebih cepat Khalid dipecat ,, lagi baik buat PR".. skrang apa sudah jadi woi.. alang alang menyelok pekasam, bior sampai ke ketiak masam.. alang alang ko buat tulis buku "Najib Gagal".. aku suggest ko tulis buku brtajuk "Anwar Gagal".. keh keh keh.. musti bestseller jugak kalo nk compare buku "50 Dalil Anwar x bole jd PM".. sapa ntah penulisnye.. buku "50 Januari" pun ok jugak kn.. lagi aku musykil ko masih UMNO lagi ke atau ex-UMNO..? keh keh keh.. aku cuma x suka ko salahkn Pas.. sikit sikit Pas.. ape pn best jugak baca post ko ni.. semua tersasar drpd jangkaan.. keh keh keh..

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan,
    Setiap kali saya membaca penulisa Tuan,setiap komentarnya sungguh menarik.Syabas.Seperti yang saya ungkapkan pada komen yang lalu,saya dah kata yang si khalid ni memang MB cap ayam.Dia ingat dia boleh buat sesuka hati dia.Ini parti politik bukannya sebuah organisasi perniagaan yang pernah dia bekerja.Sekarang si Khalid tengah buat lawak bodoh yang menunjukkan beliau adalah seorang yang telah hilang akal atau ringkasnya dah gila.Begitu juga pada pencacai yang menyokong Khalid dalam blog ini.Pecat-punya pecat,tiada saiap lagi yang tinggal akhirnya dia sendiri tersedar dia bukan lagi MB.Sebab tiada lagi yang menyokongnya.Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ini yang gila meroyan macam ni.Saya rasa elok dia dinasihatkan supaya berehat di Tanjung Rambutan!

    ReplyDelete
  8. Salah satu sebsb DSWA dcalunkan jadi MB bukan kersna dia isteri Anwar. ..tetapi adalah kerana diaPRESIDEN PKR dan yang penting sekali bagi 'neutralize' konflik Azmin - TSKI. Bila TSKI dipecat, konflik itu sudah tidak wujud. PKR sudah boleh fikir/cadang CALUN alternatif. Tidak timbul soal Abwar/PKR tunduk pada sesiapa.

    ReplyDelete
  9. khalid berambus,pas pegi mampuslah dgn umngok tu ye.

    ReplyDelete
  10. Memberi Pujian Terhadap Orang Lain

    Pujilah dengan ikhlas dan jujur terhadap sesuatu yang layak dipuji sambil kita mengaitkan dengan kebesaran Allah sehingga yang dipuji teringat akan asal nikmat yang diraihnya, menyatakan terima kasih dan do’a.

    Hal ini akan membuatkannya merasa bahagia.

    Dan ingat jangan pernah kedekut  untuk berterima kasih.

     Kata-kata Yang Sopan dan Lembut.

    Pilihlah kata-kata yang paling sopan dan sampaikan dengan cara yang lembut, kerana sikap seperti itulah yang dilakukan Rasulullah, ketika berbincang dengan para sahabatnya, sehingga wujud suasana yang menyenangkan.

    .

    Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:

    “Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu”


    Oleh itu, walaupun banyak amal ibadat kita, banyak sedekah kita, jika ada hutang yang tidak selesai walaupun satu sen pasti roh kita akan terseksa setelah kita mati.

    Oleh itu, jika berhutang hendaklah ditulis dan beritahu kepada waris kita sebelum kita mati supaya waris kita dapat menyelesaikannya.

    ReplyDelete
  11. Oiiiii Wine (Wayne) lu sudah mabok ka.. PAS bukan parti semata-mata nak menang di dunis saja. Yang paling penting kita orang mau juga menang di akhirat nanti. Ini konsep kena duduk majlis ilmu dan tazkirah baru ada faham maaa.

    kalau lu samakan PAS dengan PKR, DAP, UMNO dan lain-lain parti politik, lu silap macam tak kenal mana satu bumi mana satu langit atau mana satu jantan mana satu betina....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamana nak menang akhirat kalau kat dunia pun pilih nak kalah. Islam nak menang dunia dan akhirat. Yang nak menang akhirat sahaja ajaran puak mana ekk yang PAS dok cuba buat hari ni. Cuba stori skit.....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...