Saturday 9 August 2014

Pas Kini Semakin Mengecil


Kemelut pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor tidak pasti bila akan berakhir. Bagaimana ia akan berakhir juga masih sukar dijangka. Semuanya masih kabur dan tidak jelas. Sementara Khalid Ibrahim sedang diasak agar berundur dan kemungkinan akan dipecat daripada PKR, dalam masa yang sama beliau juga masih cuba bersilat untuk mempetahankan jawatannya.

Di ketika beliau sedang menangguhkan kehadirannya mengadap Lembaga Disiplin sehingga 15 Ogos depan, Khalid juga turut menghantar notis peringatan kepada lembaga itu agar tidak membincangkan kesnya dalam mesyuarat parti atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Daripada berbalas kenyataan, tuduh-menuduh, londeh-melondeh, pertikaian dalaman PKR kini sudah menaik setakuk lagi kepada peringkat mahkamah pula. Lantaran itu, jika kemelut ini menyebabkan PKR bergolak, berpecah dan semakin kehilangan sokongan rakyat, ia adalah sesuatu yang normal. Mereka yang buat, merekalah yang menanggungnya.

Tetapi amatlah malang, kemelut yang sepatutnya hanya melibatkan PKR saja telah turut sama menjerumuskan Pas ke lembah perpecahan. Hanya disebabkan tindakannya masuk campur mempertahankan kedudukan Khalid, Pas kini semakin ketara terbelah dua antara kumpulan ulama dengan profesional yang juga kerap digelar puak Erdogan atau Anwarinas.

Kumpulan ulama yang bermula dengan kenyataan Haji Hadi dan diikuti pendirian Majlis Syura Ulama, nyata terus mahu menyokong Khalid manakala kumpulan profesional lebih melihat pertukaran Menteri Besar Selangor adalah hak PKR dan terserah kepada parti itu berbuat demikian. Ditambah dengan kedudukan Khalid yang tidak lagi mendapat sokongan partinya sendiri dan isu penyelesaiaan hutangnya dengan Bank Islam yang diragui penyelesaiannya, kumpulan ini semakin kuat bersama sehati sejiwa dengan PKR.

Tidak saja Khalid Samad yang tegas meninta Khalid Ibrahim menjelaskan keraguan mengenai penyelesaiannya hutangnya itu supaya mudah difahami oleh lain-lain pimpinan Pas, bekas Menteri Besar Selangor yang kini menjadi ahli Pas, Muhammad Mohd Taib juga turut meminta Khalid tidak harus berlengah lagi daripada berundur kerana jawatan itu bukan harta pusakanya yang harus dipertahankan secara gila-gila.

Meskipun lain-lain pemimpin profesional dalam Pas banyak berdiam diri, mungkin serba-salah untuk memberikan kenyataan terbuka dan tidak mahu mengguris hati pimpinan ulama, tetapi adalah jelas melalui perbualan dengan beberapa kumpulan, mereka juga merasakan Khalid Ibrahim wajar berundur secara terhormat.

Lebih dari itu, akibat tidak cermat dalam menghalakan senapang oleh seorang AJK Pas Pusat, Nasharuddin Tantawi yang mengaitkan projek lebuhraya dasar laut di Pulau Pinang oleh kerajaan pimpinan DAP dalam usahanya mahu mempertahankan Khalid Ibrahim, telah mengundang kemarahan Lim Guan Eng dah kes ini juga bakal berkesudahan sehingga ke mahkamah.

Hakikatnya, hanya kerana mahu mempertahankan Khalid Ibrahim, Pas bukan saja mulai berpecah, malah hubungan dengan PKR dan DAP juga tidak lagi seharmoni dulu. Jika ini berlarutan, risiko untuk Pas kembali menjadi parti yang kembali mengecil serta hanya bertapak di negeri-negeri tertentu dan di kelompok Melayu saja adalah sangat besar.

Jika diimbas sejarah, walaupun Pas sudah lama ditubuhkan tetapi kekuatannya di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan lain-lain tidaklah sekuat mana serta sentiasa betsaing dengan UMNO. Ketika UMNO tidak bergolak, Pas dalam beberapa kali pilihanraya gagal menawan Kelantan, Terengganu dan Kedah serta gagal pula bertapak di beberapa negeri yang mempunyai pengundi campuran.

Pas hanya berjaya menumbangkan BN di Kelantan pada 1990 dengan bantuan Semangat 46 melalui persefahaman Angkatan Perpaduan Ummah. Kemudian Pas berjaya menumbangkan BN di Terengganu dalam pilihanraya 1999 selepas Anwar dipecat pada 1998. Sebelum itu, walaupun UMNO Terengganu dipimpin oleh Wan Mokhtar yang dikira lemah dan tidak pandai berpolitik, tetapi Pas gagal menumbangkannya.

Di Kedah dan Perak, Pas berpeluang menjadi tunjang kerajaan negeri pada 2008 adalah kerana bantuan daripada PKR dan DAP melalui pertambahan mendadak sokongan pengundi bukan Melayu. Begitu juga berjayanya Pas bertapak dan menang banyak kerusi di Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan lain-lain adalah kerana sokongan pengundi bukan Melayu.

Di ketika Pas berhadapan dengan cabaran getir daripada UMNO untuk meraih sokongan pengundi Melayu berikutan UMNO mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk membeli undi atau seperti kata Perdana Menteri, "I help u, u help me", sokongan mantap pengundi bukan Melayu yang mahukan perubahan telah memberi rezeki terpijak kepada Pas.

Sokongan pengundi bandar juga meningkat kepada Pas melalui wibawa dan ketrampilan yang ditunjukkan oleh golongan profesional dalam parti itu. Jika semata-mata bersandarkan pimpinan ulama dan kerap pula melabelkan golongan lain sebagai kafir, taghut, assabiyah serta tanpa kesedian pengundi bukan Melayu memberikan sokongan, Pas tidak mungkin menikmati kedudukan seperti hari ini.

Memahami bahawa komposisi pengundi Melayu hanyalah 65 peratus dan 35 peratus lagi bukan Melayu serta UMNO yang masih berkuasa di Pusat dan mempunyai sumber kewangan kukuh lebih dominan di banyak kawasan Melayu, Pas akan kembali ke zaman suramnya seperti sebelum ini jika hanya hanya bergerak sendirian atau tanpa sokongan parti-parti lain.

Kini, melalui kemelut yang hanya berpunca daripada kedegilan Khalid Ibrahim yang sebenarnya sudah kehilangan sokongan akar umbi di cabang Kuala Selangor serta gagal pula merebut jawatan Timbalan Presiden, Pas paling berisiko menerima kerugian paling banyak sekali.

Ia mulai berpecah, berbalah dengan PKR, bermasam muka dengan DAP dan dalam masa yang sama Haji Hadi yang dulunya disanjung serta digeruni, turut mulai diperlekeh oleh ahlinya sendiri. Kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu dan pengundi bandar juga tidak mustahil akibat daripada kemelut ini.

Jika terpaksa keluar meninggalkan PR, nasib Pas tentulah lebih malang lagi.

Bukankah jika ia tidak masuk campur dalam kes Khalid sejak awal lagi, semua itu boleh dielakkan? (SH 09/08/2014)

33 comments:

  1. Pengundi bukan melayu mesti mengajar semula yb yb pas yg menang dgn bantuan mrk dulu...yg ok mesti diteruskan mcm khalid samad..yb hanipa....jgn bg can pd mrk yg ada pemikiran umno menang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kasi kalah mereka yang bersifat kepuakkan berserban dalam PAS , yang Profesional kita sokong ..... PAS dah besar kepala dan tak tentu haluan lagi ..... lebih baik jangan sokong PAS lagi ! suka buat fitnah ...... nama dan serban saja islamik , tingkah-laku hancusssss ...... kasi malu Pakatan Rakyat .

      Delete
  2. Pas dah jadi parti lembu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhirnya PKR pun tak kemana jugak...jadi parti ayam ..semua kepimpinan PR perlu berlapang dada..buang kepala angin..kita perlu cari formula win win situation..bukan beri peluru percuma pada UMporNO..nasi belum jadi bubur.

      Delete
    2. Betul sy setuju tp serban beso berat kepala dah bebal...

      Delete
  3. Nizar Jamaluddin adalah idola rakyat Perak hasil kerjasama DAP dan PKR yang setuju melantik MB dari kalangan minoriti......PAS ini selalu macam kacang lupakan kulit ( 2 ADUN celaka dari PKR yg belot adalah kerana PKR baru ditubuhkan dan main kaut sahaja indiviidu sampah untuk bertanding), selepas itu PKR dah mula teguh (maklumlah baru tubuh) tapi lain pula PAS yang dah lama tubuh....Bila kalah PRU mereka kata takdir tuhan kemenangan belum muncul (bukan nak perbaiki kelemahan dan muhasabah diri) . Ulama dalam PAS (kecuali TGNA dan sepertinya) ibarat dedalu yang hanya tahu menumpang populariti orang lain, bila parti dah naik mereka yang sebuk mengaku berbudi dan berjasa......Kalau lawan dan kutuk mereka bermodal "Ularmak pewaris Nabi", kritik aje pasti masuk neraka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sikit2 wala...sikit2 wala. Wala kepala bana dokong org lawan tokey...

      Delete
    2. Nizar idola? Orang gila saja mengidolakan orang gila...tak pernah Perak dapat MB bengong mcm tu....

      Delete
  4. PKR juga sudah membesar dan akan semakin mmbesar.. mmbesar dngan masalah... jngan ingat dngan mmecat Tan Sri Khalid maka masalah akan selesai dngan mudah. itu bukan shortcut kemelut politik d Selangor.. yg pasti Pas akan brperang dingin dngan PKR.. kita lihat siapa yg kena.. siapa yg x tido lena..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa semua nak gaduh-gaduh dan bising-bising...jangan memekaklah sdr semua...apa masalahnya kalau tski kena pecat dari pkr...itu hak mutlak pkr so pas ke, umno ke, dap ke diam2 sudah, lagipun bukannya pkr pecat khalid dari kerusi mb. tski boleh kekal jd mb kalau majoriti adun setuju walaupun dia x ada parti, apa masalahnya? tak payah nak kutuk dsai ke, tski ke, hj hadi ke...buat tambah dosa korang aje...semua terjadi adalah qada' dan qadar Allah, x ada masalah. kalau adun pkr dan dap x boleh jd exco, tski lantiklah exco dari pas dan umno (jika umno sudi)...takpun susah sgt bubarkan dun. piliharaya baru x tahu lagi parti mana yg menang atau kalah, tapi saya yakin dan pasti TSKI tak akan menang dan x akan jadi mb lagi...x caya kita sama2 tengok

      Delete
  5. Dalam krisis menteri besar Selangor, sebenarnya PAS lebih gelojo dari tindakan PKR untuk memecat Khalid Ibrahim dari jawatan yang dipegangnya.

    Sepatutnya PAS lebih sedar menyokong parti PKR adalah lebih baik kerana boleh menambahkan pengaruh PAS dalam Malaysia dari pada menyokong ahli PKR yang sudah hilang sokongan partinya.

    Dari apa yang kita lihat, pemimpin PAS begitu yakin dengan tindakan mereka membela Khalid Ibrahim tanpa mempedulikan nasihat dari rakan dalam Pakatan Rakyat.

    Malah mereka menyangkakan bahawa semua rakyat Selangor sedang menyokong tindakan mereka.

    PKR hari ini 9/8/2014 telah memecat Khalid Ibrahim kerana enggan mematuhi keputusan parti agar memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikannya sebagai menteri besar.

    Apa tindakan PAS seterusnya kerana Khalid bukan lagi ahli parti PKR melainkan hanyalah ADUN Bebas Pelabohan Kelang.

    Apakah tidak janggal mempertahankan wakil rakyat bebas menjadi menteri besar Selangor ?

    Serban sudah besar, dahi sudah lebam. Semuga tidak jadi lebai malang..... kami amat sedih !

    ReplyDelete
  6. Jika PR berpecah;
    1) PAS akan terus hidup dan mewarnai politik negara
    2) DAP akan terus hidup sebagaimana dahulunya
    3) PKR pasti akan hancur kerana kini terselah sikap dan perangai burk para pemimpinnya dan tambahan pula jika Anwar Ibrahim dipenjarakan nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah anda pasti PKR akan hancur ? Kalau pada fikiran saudara PKR boleh hancur mereka tubuh parti baru..... itu bukan masaalah.

      Walaupun Anwar Ibrahim dipenjarakan, juga bukan masaalah kerana itu hanyalah diantara individu yang datang dan pergi...

      Cuma kita merasa pelik kenapa Khalid datang tapi tak mahu pergi? Bila kena pecat...bergaut dengan sultan pulak.

      PAS pro UMNO Baru apa khabar ?

      Delete
    2. apa khabar PKR..? komen drpd FB pn hebat juga.. pengundi muda tu kot..?
      http://2.bp.blogspot.com/-fRgP4_OxOiI/U-YWfvfjvdI/AAAAAAAAB1Q/WADmDEjEf2A/s1600/KHALID+DIPECAT+PKR7.png

      Delete
  7. Di bawah ni saya copy dan paste posting dari GoldBullet yabg patut dijawab oleh pimpinan PAS yang bijaksana bijaksini belaka:

    Suatu perkara yang saya paling tertarik tentang Khalid Ibrahim ialah kebijaksanaan, kemampuan dan skil beliau yang berupaya melangsaikan hutang beliau puluhan juta RM dengan Bank Islam dalam masa yang cukup cepat. Saya percaya kaedah yang digunakan beliau dalam melangsaikan hutang beliau itu sah dan halal disisi agama. Jika tidak masa kan Majlis Syura Ulama PAS, Presiden, Tuan Guru Nik Aziz, barisan para ulamak parti mau pun sebahagian besar pengikut PAS berdiri teguh di belakang Khalid Ibrahim.

    Untuk itu saya kira skil melangsai hutang cara pantas yang ada pada Khalid Ibrahim ini perlu dikongsi dengan orang ramai khususnya dengan anak anak muda bumiputra yang dikatakan ramai bakal diistihar muflis gara gara hutang bank yang tidak seberapa. Disebabkan sokongan Majlis Ulama PAS yang tidak berbelah bahagi kepada Khalid Ibrahim itu, saya cukup yakin teknik selesai hutang cara Khalid itu hakak dan boleh dimenafaatkan oleh ramai rakyat Malaysia yang dikejar hutang bank. Mereka boleh mempraktikkan teknik Khalid Ibrahim untuk kehidupan yang lebih sejahtera selain dapat tingkatkan taraf hidup masing2 bila tidak lagi dibebani hutang. Saya menjadi yakin dan percaya kaedah langsai hutang Khalid Ibrahim dengan bank lebih baik dan berkesan berbanding cara Deepak selesaikan isu hutang beliau dengan Bank Rakyat selain banyak kes kes lain lagi yang melibatkan menteri menteri tertentu. Membandingkan cara Deepak atasi masalah hutang beliau dengan cara Khalid, pasti rakyat lebih yakin kaedah yang diguna Khalid itu halal dari segi agama berbanding cara Deepak (kerana PAS meragui kes Deepak dan Bank rakyat malah pimpinan PAS tidak segan silu mempertikai isu ini) tetapi sebaliknya ulama PAS kuat menyokong Khalid selain tidak langsung pertikai isu berkenaan dalam syura sesama mereka. Keputusan syura PAS membuktikan tidak ada sedikit keraguan pun berkenaan perkara settle hutang bank MB Selangor itu.

    Dengan ini menjadi tanggung jawab ulama PAS dan pimpinan parti berkenaan mendapatkan persetujuan Khalid Ibrahim agar dapat dedahkan teknik langsai hutang beliau itu dan kongsikan dengan ramai diluar sana yang memerlukan. Bukan kah menurunkan ilmu yang baik dan bermenafaat itu serta berkongsi dengan mereka yang sangat memerlukan merupakan amalan yang mulia malah menjadi tuntutan agama?.

    Saya percaya dengan kerjasama ulama dan pimpinan tertinggi PAS, Khalid Ibrahim tidak akan segan silu kongsikan teknik dan kaedah lupus hutang cara pantas, sah dan halal ini (???) Beliau itu dengan seluruh masyarakat Malaysia yang terikat dan dibebani dengan hutang bank. Cara dan teknik Khalid ini pada saya cukup ampuh, berkesan dan luar biasa kerana berupaya lunas hutang puluhan juta RM dlm masa yang cukup singkat. Jika rakyat dapat implementasi teknik Khalid ini, sudah pasti hutang ratusan ribu warga Malaysia lain yang tidak seberapa dengan bank lebih cepat dapat diselesaikan.

    Muga muga barisan ulama PAS, Presiden Parti, Ketua Dewan Ulama PAS serta para pimpinan parti yang sentiasa perjuangkan kebenaran dan Islam dapat usahakan perkara ini menjadi satu realiti yang memberi faedah tidak sedikit kepada rakyat umum. PAS mungkin boleh sarankan Khalid Ibrahim paten kan teknik selesai hutang ini kalau pun beliau takut ianya diciplak pihak lain.

    ReplyDelete
  8. Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor seorang menteri besar haruslah mempunyai sokongan majoriti ADUN Selangor, katanya.

    "Dari segi undang-undang tubuh, setelah Khalid Ibrahim dipecat keahliannya dalam parti PKR maka dia tidak ada majoriti lagi di DUN Selangor jadi jelas beliau tidak lagi memiliki majoriti dan sokongan di selangor.

    Lepas dipecat maka undi tidak percaya menyusul.....

    PKR dan DAP akan meletakkan calon mereka dikesemua kawasan DUN Selangor tanpa ada lagi kompromi dengan PAS.

    Apa khabar PAS pro UMNO Baru.... sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya DUN Selangor....kalau tak cukup power bawa lah turun Nik Aziz ke Selangor.... pengundi Selangor akan wala' pada PAS... he..he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Din ayam pun nak bertanding....kikikikiki..

      Delete
  9. Pas dah mengong. Buat malu islam. Serban tinggi dari singh tp otak x.
    Mengkhianat teman dah jd mainan.

    ReplyDelete
  10. Tuan Shahbuddin,
    Sebenarnya senario politik hari ini adalah banyak tidak difahami oleh orangramai.Adalah dangkal dan banggang jika mengatakan PKR tu akan hancur.Sebenarnya PKR ke,PAS ke, DAP ke itu hanyalah platform rakyat terbanyak yang meluatkan pada umno.Ketiga-tiga parti diatas akan terus hidup,cuma yang suka menghampiri dengan parti umno saja akan melihat pengaruh mereka dikalangan rakyat akan turun mendadak atau merudum.INi jelas akan terpalit pada parti PAS.PAS setakat kehari ini menujukkan prestasi yang semakin teruk.Dapat memerintah negeri hanya sepenggal.ITU menunjukkan PAS lemah dan tidak dipercayai dan diyakini rakyat untuk menerajui apa-apa kerajaan.

    Saya teringat perumpamaan Tuan yang PAS selepas ini akan jadi KUpang tembaga,kerana ahli dan pemimpin PAS banyak yang tak realistik dalam konteks negara Malaysia kini.Untuk mengalahkan umno,PAs harus di buang jauh dari PR,dan hanya PKR saja dapat ganti tempat PAS.Walaupun orang akan mempertikaikannya tetapi PKR lebih realistik dari PAS walaupun orang akan mencemuhnya.Beza PKR dan umno hanya satu.PKR ditubuhkan untuk membenteras gejala burok yang umno lakukan pada negara dan berusaha sebaik mungkin untuk menjaga negara ini dari lanun-lanun.Yang pastinya PKR tahu rahsia umno dan ada skil bagaimana nak berlawan dengan umno kerana mereka asalnya dari kelompok yang sama,tidak seperti PAS berkali-kali ditipu umno masih tak serik sebab pemimpinnya banyak yang bodoh-bodoh belaka.

    ReplyDelete
  11. PKr menang pun ada sokongan drpd pngundi Pas.. tengok mcamana kalau PKr tanpa bntuan sokongan Pas.. Pas ada bnyak pengalaman mghadapi kerenah manusia.. x kira mana2 parti sekali pun... pngundi muda trutamanya bukan jenis terima sahaja apa yg brlaku.. mereka akan mmpersoalkn itu & ini.. TGNA pn kata "PR dh KO.. tapi Pas tetap utuh".. Pas biasa dan akan brsedia brsendirian semula jika itu yg trbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm..sedare, nak tanya skit... Selame ni brp kerusi PAS pernah menang kat Sgor tak kire Adun|MP sebelum ade Pakatan..?.. PAS mmg byk pengalaman baik dlm PRU dan juga bab kalah lagi kat sebelah pantai barat...

      Tolonglah jgn perasan sesangat and tolong jgn lupa matlamat Islamic..

      Ingat, PAS tanpa 2 senario besar [APU dgn Pakatan/PR]... Jumlah hasil kerusi yg menang tak membawa ape2 pengaruh.. Jadi jelas PAS sendirian takleh membawa hasil - maka dgn itu untuk ape PAS wujud... Semata-mata utk sentimental value je ke.. Buat hape kalau asyik kalah je, tak boleh nak tawan putrajaya? Adakah dgn sikap ini,[jadilah tak menang satu-dua negeri, kote buat kat situ dulu Konon]- kite boleh memajukan org Muslim...

      Saya nak alternatif kpd BN yg membawa dan mengunakan Islam sbg teras... Dan saya jelaskan pd org PAS bukan anda sorang je boleh Islamic... Dan algernatif nie mesti berupaya tawan putrjaya atleast sepenggal jadi, ia akan membuka minda org ramai.. Kalau tahap komen cam sedare ni... Nak jadi jaguh kampung pun belum tentu..[nanti lihat ape jadi kat K'tan lagi2 bila Husam dah dipinggirkan dan prestasi nik abduh setakat ini - Trg dah jelas dah]


      Delete
  12. Ahli PAS kena wala. Kenapa pemimpin PAS tak minta khalid ibrahim wala dgn keputusan PKR..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR x paham apa itu wala.. tau sebut je.. majlis syura Pas mmbuat keputusan bhw pngunduran Khalid tidak syarie.. d kalangan org Pas ramai yg hairan dngan segala tuduhan trhadap beliau.. alasan yg dberikan pihak PKr adalah meragukn.. Pas bukan jenis yg mnyokong secara melulu..

      Delete
    2. Lawat tokey. Khianat parti sendiri tu syarie la ye.... harap serban je beso

      Delete
    3. Anon 23:21
      Kejap yea.... Hahahahahahahahahahaha
      Maaf, samb cite
      Ape die tak syarie? Camne nak syarie tu... Ramai org PAS hairan dgn tuduhan dan alasan PKR meragukan..
      Jap... Samb lagi.. Hahhahahahahhahahahaha

      Minta maaf tadi.
      Ape punya cite korang PAS nie... Nak hilang hairan, nak selesaikan keraguan, senang je... Wahai org PAS jadilah ahli PKR, selagi tak jadi ahli selagi tu hairan dan ragu. Ade satu lagi penawar, jangan sibuk boleh tak.

      Sekarang PKR pecat khalid, soal pokok.. PAS nak sokong khalid ke tak? Kalau sokong, sejak bile PR ade 4komponen, kire komponen baru PR adalah bebas? Camtu... Dan sokong buktikan PAS sebuah party yg tak boleh dipercayai.. Kalau tak sokong... Sedia tak utk bubar DUN buat semula.. Sekarang tak pasal2 tersepit...

      Konon tak melulu .. Ceh, bengap.. Kalau PAS hormati persefaham, biaq pi PKR tukar khalid.. Die punya hak tapi risiko, tanggungjawap die firstlah.. Kalau ok, semua PR dpt habuan tapi tak ok semua jugak dpt habuan cuma PKR kena lebih...

      Ini tak, Hadi utk kali berape ntah pi buat dajal... Ape punya akhlak yg nak dikemukan kat kapiaq? Depa tgk pak lebai ni takleh harap, byk karut marut... Dah, nak dakwah camne ni? Perangai camtu ditunjukan.. Focus satu sudut jea, tak abis2 dgn hudud.. Islam bukan takat hudud jea.. Lagi,luas.. Cam ekonomi - riba mcm mane,,ade,pernah dgr cadangan dari pengarah strategik? Awat senyap.. Sape yg tak kena riba? Bole kire...

      Inila ujian Allah bile Allah panggil Fadzil Noor...

      Untuk Tuan Guru Nik Aziz, saya mohon utk kekal nama baik tuan baik bersara sepenuhnya dari politik dan PAS atas sebab uzur kerana dah ade org2 ambik kesempatan ketiadaan tuan bile tuan uzur.

      Delete
    4. org PKR kt atas ni komen mcm hilang pedoman..
      jngan conderm Pas nk laksanakn hudud.. hudud tu kewajipan fardhu kifayah... dlm bab Pas membela Khalid jangan nk melalut kutuk Pas smpai mghina hukum Allah.. bawak mengucap.. jngan smpai akidah trgadai gara2 si Anwar yg suci anugerah terpilih tue.. wassalam..

      Delete
  13. Anwar Dan geng memang gila kuasa, tak boleh bersabar. Berlakun warak sahaja, takada beza dengan lanun Umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape punya mangkuk statement ko nie.. Cish buat buang ruang...
      Shooo!!!!

      Delete
    2. Pas gila sgt nak mb tu ape hal...
      Nak sorok mana perangai tu...

      Delete
    3. Spesies din ayam ni...

      Delete
    4. Semua geng taksub anwar Ada otak pakai le sikit .Anwar semua betul.Orang lain bertinîdak at as kepintingan peribadi.

      Delete
  14. Buat pas
    CUKUP SAMPAI DISINI. AKU DAH CUKUP MELUAT.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...