Friday, 22 August 2014

Bersangka Baiklah Dengan Sultan


Apabila PR akhirnya mencapai konsensus berhubung pengganti Menteri Besar Selangor pada 17 Ogos lalu, sepatutnya semuanya sudah berakhir dan tidak perlu ada sosek-sosek lain lagi berhubung isu itu. Apatah lagi Sultan Selangor sendiri sudah memendekkan pemergiannya ke keluar negara dan akan pulang ke tanahair pada 23 Ogos, semua pihak sepatutnya menunggu saja keputusan dan kebijaksanaan baginda dalam menyelesaikan kemelut ini.

Sama ada Sultan akan menerima Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru, menolaknya, mahukan nama lain atau bersetuju dengan pembubaran DUN yang mungkin dicadangkan oleh Khalid, tunggu dan berserah sajalah kerana undang-undang negeri sudah memperuntukkan demikian. Kita sendiri pula sudah menerima sistem sedemikian.

Tetapi nampaknya tidak demikian yang berlaku. Baik sebelum kata sepakat dapat dicapai mahupun selepas bersalam dan berjabat tangan, bukan saja perbezaan pendapat turut terserlah, malah terdapat juga percubaan untuk mempengaruhi Sultan Selangor berhubung keputusan yang bakal dimuktamadkan oleh baginda.

Bermula dengan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang berkeras bahawa hanya satu nama iaitu Dr Wan Azizah yang akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor dan seolah-olah cuba memaksa baginda menerima pilihan itu, ia kemudian berjangkit pula kepada Pas sendiri apabila Ketua Pemudanya, Suhaizan Kayat mempertahankan keputusan partinya mencalonkan nama Azmin Ali sebagai pilihan kedua adalah kerana Sultan Selangor sendiri kononya yang mahukan lebih daripada satu nama dicalonkan.

Apa yang selama ini menjadi rahsia juga akhirnya terdedah bilamana Suhaizan juga mendedahkan bahawa perkara itu diperbincangkan antara Sultan Selangor yang menerima mengadap Presiden Pas, Haji Hadi Awang pada Hari Raya keempat yang lalu.

Pendedahan Suhaizan yang cuba meletakkan pendirian partinya seolah-olah atas kehendak Sultan Selangor, akhirnya memaksa pihak Haji Hadi sendiri tampil menafikan perkara itu sambil menjelaskan isu pengganti Khalid tiada sama-sekali dalam perbincangan antara Sultan Selangor dengan Haji Hadi.

Barangkali atas rasa terlanjur, Suhaizan pula kemudiannya mengatakan kenyataannya telah disalah lapor oleh media.

Dalam Kongres PKR yang melibatkan sayap Pemuda dan Wanitanya hari ini, isu pengganti Khalid sekali lagi menjadi bualan. Selain Shamsul Iskandar yang cuba menyalahkan Haji Hadi atas kemelut ini kerana tidak hadir mesyuarat PR tetapi kemudian berpendirian lain pula, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin sekali lagi mempertahankan Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar yang layak dan sesuai.

Katanya, sebagaimaha yang sudah diputuskan, hanya nama Dr Wan Azizah yang akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor dan nama lain hanya akan dicadangkan jika sudah terbukti baginda menolak Presiden PKR itu.

Nurul Izzah pula hari ini tampil dengan sidang akhbar mempertahankan kelayakan dan kewibawaan ibunya sebagai Menteri Besar Selangor dengan mengambil kira pengalaman yang diraihnya ketika memimpin PKR sejak awal penubuhannya sebaik bapanya, Anwar Ibrahim dipecat dan disumbat dalam penjara.

Beberapa pemimpin PKR lain yang mempertahahkan Dr Wan Azizah dalam konteks kedudukannya sebagai seorang wanita melalui berbagai-bagai hujah dan logik juga kian bertambah, bagaikan mereka semua itu begitu bimbang Sultan Selangor akan menolaknya atas faktor gender.

Ahli jawatankuasa Pas, Khalid Samad pula secara tiba-tiba menonjolkan pendapat warga internet yang berpendapat Sultan Selangor tidak seharusnya mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan Menteri Besar kerana sistem yang diamalkan ialah Raja Berperlembagaan dan bukannya Raja Mutlak.

Sebenarnya banyak lagi pemimpin daripada PR terutama PKR dan Pas yang terus-terusan bercakap mengenai isu Menteri Besar ini disebalik sudah mendapat kata sepakat siapa calon yang mahu ditonjolkan dan hanya menunggu Sultan Selangor saja membuat keputusan.

Kenapakah mereka ini tidak sabar dan kalut?

Semua ini sebenarnya memburukkan lagi keadaan dan seolah-olah tidak yakin dengan kebijaksanaan Sultan Selangor dalam membuat keputusan yang terbaik. Memandangkan bahawa kita sudah menerima-pakai dan mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan ini sejak dulu lagi, maka kita seharusnya menerima dan sentiasa berlapang dada dengannya.

Jangan terlalu menonjolkan kegopohan, ketidaksabaran, ketidakmatangan serta ketidakfahaman dengan sistem yang ada.

Kita seharusnya yakin bahawa walaupun kata putus perlantikan Menteri Besar adalah ditangan Sultan Selangor, tetapi baginda akan bertindak berdasarkan tafsiran undang-undang yang akan diberikan oleh pelbagai pihak, terutamanya Penasihat Undang-undang Negeri.

Apa-apa keputusan Sultan Selangor nanti bukan saja tertakluk kepada tafsiran undang-undang tetapi juga tentunya mengambil kira banyak faktor lain seperti keharmonian, keamanan dan masa depan negeri itu.

Sama ada baginda akan memperkenankan nama Dr Wan Azizah, menolaknya, mahukan nama lain, membubarkan DUN atau apa saja, semua pihak seharusnya tunggu dan bersabar. Tidak perlulah begitu kalut, kecoh dan terus membiarkan mulut berkata-kata sedangkan Sultan Selangor belum pun membuat apa-apa keputusan lagi. Bahkan baginda juga belum pun pulang ke tanahair pun lagi.

Janganlah sesiapa mendahului Sultan atau cuba mempengaruhi baginda dalam membuat keputusan. Yang tidak kurang pentingnya ialah sentiasalah bersangka baik serta jangan sesekali bersangka jahat dengan apa juga keputusan yang bakal baginda putuskan nanti.

Jika kita melakukannya juga, bermakna kitalah yang mencemarkan sistem Raja Berperlembagaan ini. (SH 22/08/2104)

13 comments:

  1. Tuan Shah,

    Saya percaya ramai rakyat Malaysia yang prihatin dan rasional sedang memerhati apakah akan berlaku satu keputusan yang " double standard " dalam isu perlantikan MB berhubung krisis di Selangor.

    Saya yakin isu politik di Selangor tidak dapat tidak akan menjadi bandingan dengan krisis di Perak dulu yang membawa kepada perlantikan MB dari UMNO BN tanpa perlu pembubaran DUN.

    Keputusan penyelesauan konflik di Selangor kelak secara tidak langsung akan menjelaskan di mata rakyat apakah pertimbangan yang double standard akan diguna pakai atau sebaliknya dalam menyelesaikan konflik tersebut. Di harap 2 + 1 akan kekal menjadi 3, tidak 4 atau 5. Biarlah berpada pada dan jangan melampau kerana rakyat tidak sebodoh yang disangka.penguasa.

    ReplyDelete
  2. Wa manyak ingat lea ini Selangor punya hat ,kasi manyak gambar itu PR punya hat loo oo.

    Sikalang siapa mau pakai maa aa ?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini macam punya komen, lu cakap sama itu Tok Pe Kong lahhh. Manyak bikin semak dlm ini blog lahhhhhh...

      Delete
  3. Daripada pengalaman lalu pastinya Sultan akan memihak kepada kepentingan beliau (UMNO) atau individu yang boleh mendatangkan keuntungan kepada baginda, kerana kalau beliau berpihak kepada PR maka kuranglah "income" atau duit luar kepada baginda. Maka kalau dipilih yang condong kepada UMNO (parti perasuah untuk berkuasa), maka tak jadi masalah kalau mahu mohon atau minta projek apa sekalipun kerana UMNO berpegang kepada prinsip "Malaysia Boleh".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen bangkai punyaa level. .. Semalam dpat jilat teloq DAP kot bro. ...

      Delete
    2. banggoi petai...... Kamu ini kurang membaca dan otak kamu terlalu dipengaruhi oleh bau petai dari mulut kamu. Marah sangat kat DAP tu apa sebab? Lim Guang EEng dah liwat jubur mak kamu kah?

      Delete
  4. Melayu telah hilang Melayunya. Dimanakah adab dan tatasusila sehingga boleh mencerca Sultan? Paling tidak ikutilah perkara kedua Rukunegara. Contoh terbaik Anon 23:46 ataupun beliau lahir dari negeri tiada Sultan, Pulau Pinang contohnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam digalakkan untuk membebaskan diri dari penjajahan. Apakah kamu suka diri kamu sebagai hamba dan dijajah oleh bangsa sendiri sehingga ke hujung usia? Islam kah kamu?

      Delete
    2. Adakah UMNO sebuah parti yang mematuhi atau mengikut kelima-lima prinsip rukun negara? Jangan diharap......Kalau untuk mengekalkan kuasa dan kekayaan mereka...

      Delete
    3. Ni mesti Perkasa atau Isma niiii...alehhhh alleeeh..melayu. apa kita masuk kubur, malaikat tanya kau melayu ke atau bukan melayu. cuba fikir macam orang islam...yang menaongkan Allah SWT dan bukan manusia yang darjah dan pangkat adalah ciptaan dunia.

      Delete
  5. Sultan penaung agama Islam. Tapi klu Sultan dan keluarga sendiri byk lakukan hal yg bercaangah dgn agama..wajib ka mentaati sultan begini? Adakah ini yg Islam ajar?.Ada anak Sultan kaki tunggang, kaki betina, agama Islam mewajibkan kita ikuti dan patuh sultan begini sedangkan byk yg tak betul yg telah dilakukan Sultan?.

    Elok rujuk kat Ustaz ustaz bertauliah bagi mendapar jawapan yg tepat. Klu taat membabi buta bimbang kalau perangai pun jadi seiras perangai babi nanti...menyondol sesuka hati.

    ReplyDelete
  6. Ala..ustaz nawaitu duniawi akn jawab berkias kias, takut nak berkata benar lbh lbh lg ustaz geng UG. Jenis ustaz begini fikir tembolok sendiri jer, takutkan penguasa melebihi takutkan Allah. Cakap jer berdegar2 hal hukum. Tapi bila sampai soal penguasa terus jadi bacul.

    ReplyDelete
  7. Saya tak nak kata PAS ni hebat sangat. Kalau hebat macam mana Kedah boleh tergolek. Tapi jangan lupa PAS di Kelantan, walau pun hanya lebih satu kerusi sahaja boleh bertahan hingga habis penggal. Syabas PAS, PAS, PAS... Dikhuatiri nawaitu kita mula goyah antara ridho Allah dengan ridho duniawi.

    Saya juga tak mau kata PKR, DAP hebat. Hebat tara mana. PERAK dan SELANGOR terterap angkara PAS?????. Na'uzubillahiminzaalik. At least PAS cuba selamatkan TSKI dari PKR BUKAN dari PAS dikala itu agar terus jadi MB. Salahkan tindakan PAS itu?. Di akhir-akhir ini DSAI sendiri mengakui TSKI orang yang berintegriti. Begitu juga apa yang dinyatakan oleh bekas Timbalan Pengerusi Dana Jabatan Pelaburan Permodalan Nasional Berhad ( PNB ), En. Mohamaed Rafii Abd. Razak. Kenyataan Exco YB Dr. Halimah Ali juga menyatakan TSKI orang begitu teliti dan berintegriti. Persoalannya kenapa PKR nak terajang sangat-sangat TSKI seolah-olah dunia dah nak kiamat. Tak boleh ke tunggu sampai habis penggal. Nak ikut BN Terengganu?

    Jadi saya harap puak-puak karat kiyang jangan begitu membelasah PAS secara keterlaluan termasuk para ulamaknya. Takutilah jika ungkapan-ungkapan yang tak sepatutnya itu boleh menyebabkan tersungkur pula akidah islam kita. Tersungkur TSKI boleh di maaf lagi tapi tersungkur akidah kita, NERAKA JAHANAM jawabnya. Pilihan di tangan anda,

    Puak-puak yang tak ngam dengan PAS kenana ingat, PAS parti yang berlandaskan Islam. Kena buat keputusan ikut panduan Islam dan hukum hakam Islam. Wallahu'alam...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...