Thursday 21 August 2014

Mahathir Perlu Keluar UMNO Sekali Lagi...


Selain berpendapat polisi dan dasar Najib Razak banyak merosakkan hubungan kaum, ekonomi dan kewangan negara, teguran Mahathir Mohamad juga berkisar mengenai rasa rimasnya dengan terlalu banyak pengampu dan pembodek yang berada di sekeliling Perdana Menteri sekarang ini.

Dalam dua kisah dongeng zaman silam yang disebutkan Mahathir dalam tulisannya, jelas memperingatkan mengenai budaya ampu dan bodek yang disedari oleh banyak pihak berada di tahap melampau sekarang ini. Pembodek dan pengampu ini bukan saja dalam bentuk mengharapkan balasan seperti projek dan sebagainya tetapi ramai juga yang dibayar gaji semata-mata untuk berbuat demikian.

Apa yang disebutkan Mahathir itu bagaimanapun terbukti nyata akhirnya kerana bukan intipati teguran beliau yang mahu diambil-berat oleh pemimpin dan menteri UMNO, sebaliknya mereka berebut-rebut memuji dan menyanjung kehebatan Perdana Menteri dalam menguruskan negara sehingga diumpamakan lebih hebat daripada Barack Obama dan Vladimir Putin.

Meskipun budaya membodek pemimpin pada umumnya adalah amalan biasa, tetapi ramai yang merasakan budaya itu begitu berlebih-lebihan dan melampau ketika ini sehingga seolah-olah Najib tidak pernah melakukan kesalahan sama-sekali dalam menguruskan negara.

Lebih buruk lagi, isteri seorang Perdana Menteri yang tidak pernah begitu menonjol sebelum ini dan didapati melakukan beberapa pembaziran yang tidak sepatutnya, turut tiada yang berani memberikan teguran dan kritikan. Malah ramai yang memuji, menyanjung dan mencium tangannya apabila bersalam.

Dalam masa yang sama, Najib pula terus dengan sikap biasanya apabila menghadapi masalah. Beliau hanya diam, senyap dan tiada respon.

Sudah masuk hari kelima sejak Mahathir melontarkan taguran dan mengumumkan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri, sehingga ini Najib masih diam dan tiada respon. Tiada ulasan dan reaksi daripada seorang nakhoda apabila kapal yang dikemudinya sedang ditembak dan dalam keadaan terumbang-ambing.

Teguran Mahathir terhadap Najib sebenarnya bukanlah kali pertama. Ia sudah kerapkali dilakukan sebelum ini. Tetapi semua teguran dan kritikan itu berlalu begitu saja berikutan sikap Najib yang diam, senyap dan dan tiada respon serta mengharapkan ia dilupakan seiring dengan peredaran masa.

Apa yang pertama kali dilakukan Mahathir kepada Najib ialah menarik balik sokongannya. Sebelum ini, di sebalik kritikannya, beliau tetap menyokong Perdana Menteri dan hanya mahukan isu yang disebutkannya diberi perhatian atau tindakan saja.

Ketika era Pak Lah dahulu, Mahathir juga banyak memberi teguran atas beberapa kepincangan yang berlaku dan sehingga ke suatu peringkat, oleh kerana ia terus tidak diberi perhatian, beliau akhirnya mengumumkan keluar daripada UMNO untuk memberi lebih tekanan.

Kesannya, BN hilang majoriti dua pertiga dalam pilihanraya 2008 dan Pak Lah kemudiannya berundur daripada memimpin negara.

Walaupun Mahathir menyebut tegurannya bukan bertujuan memaksa Najib melepaskan jawatannya, sebaliknya hanya mahukan adanya perubahan tetapi kebarangkalian untuk Najib berubah juga sebenarnya sangat tipis. Kalau Najib mahu berubah, beliau sebenarnya sudah melakukannya sebaik keputusan PRU 13 dulu lagi. Dari segi ini, ramai yang mengatakan Najib memang lebih teruk daripada Pak Lah.

Najib bukan saja selesa dengan sokongan kukuh dari kalangan pimpinan UMNO bahagian-bahagian seluruh negara tetapi juga kerana tiada yang tampil menegur dasar serta polisi yang dilakukannya dalam mengurus negara. Setiap hari beliau hanya mendengar kata-kata pujian dan tiupan angin yang seolah-olah sedang membawanya ke syurga.

Oleh itu, teguran yang disertai penarikan balik sokongan Mahathir ini juga mungkin tidak mendatangkan kesan kepada perubahan yang diharap-harapkan oleh bekas Perdana Menteri itu. Najib tentunya lebih menghargai pujian berbanding teguran. Satu-satunya tindakan yang boleh terus diambil untuk menekan dan membuatkan Najib segera memberi reaksi terhadap teguran dan kritikan serta cenderung untuk berubah ialah dengan Mahathir mengumumkan keluar UMNO sekali lagi.

Hanya tindakan keluar UMNO ini yang boleh membuatkan arus bawah dalam UMNO akan bergerak lebih laju dan sama-sama bangun menuntut perubahan. Sebelum ini, arus bawah yang bergelodak ini sering dilindungi oleh pemimpin diatas atau oleh pengampu dan pembodek sehingga berjaya menutup hakikat yang sebenarnya sedang berlaku serta memberi gambaran yang baik-baik kepada Najib.

Namun, dengan kesediaan Mahathir membuat tindakan drastik sekali lagi keluar UMNO, arus bawah ini akan lebih mengalir deras bersama-samanya. Lebih berkesan lagi, jika beberapa bekas pemimpin lama yang sekarang ini banyak meluahkan rasa tidak puas hati atas kepimpinan Najib yang disifatkan lembut dan lembik, turut mengambil tindakan yang sama.

Tidak kurang berkesannya juga jika Mukhriz, anak Mahathir yang menjadi Menteri Besar Kedah turut bersama-sama dengan perjuangan bapanya itu.

Sebagaimana yang disebutkan Mahathir bahawa beliau lebih sayangkan bangsa dan negara ini, keberaniannya sekali lagi keluar UMNO adalah pengorbanan ke arah itu. Jika tidak, tegurannya mungkin bagai angin lalu saja kerana Najib tidak terasa panas pun lantaran lebih banyak disejukkan oleh tukang-tukang kipas yang berada di sekelilingnya. (SH 21/08/2014)

12 comments:

  1. Muhyideen apa cerita pula? Kalau Pak Lah dahulu, kamulah orang yang paling lancang mulut mengkritik.....Selepas PRU13, pencapaian BN pimpinan Najib jauh lebih merosot dari Pak Lah, kenapa Muhyideen tak berani mengkritik Najib dan menyuruhnya meletak jawatan? Jawapannya, Muhyideen jauh lebih takutkan Kak Ros daripada bininya sendiri.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si "sembab" ni mana ada telor. Dia lebih takutkan "bic mama" dari najib. Ha ha ha !!!

      Delete
  2. Greenman..
    Awak ni orang Melayu kah..
    Hormat pemimpin itu adab orang Melayu..
    Undi memilih pemimpin itu hak kita...
    Kalau kita sendiri menghina pemimpin kita orang lain apa kan lagi..
    Jom tengok cermin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan soal Melayu, Hindu , India... Tapi kalau pemimpin2 duk kebas , merampok dan menipu rakyat hari2 u nak simpan ke ? Contoh nya Johor Bahru, tak lama lagi akan jadi jajahan Singapura. Dah habis tanah2 Melayu di jual ke China Singapura. Jika berterusan akan jadi macam Gaza. Melayu2 Johor jadi pelarian. Kita ingat awak ni bodoh dan otak sama seperti lembu2 dalam UMNO.

      Delete
    2. Lembu2 dalam umno johor lebih teruk, tali dah diikat bersama mb nya sekali.

      Delete
  3. Kalau Najib pun prestasi haprak , yang lain2 lagilah usah ceritalah nak PM. Jadi belaci pun agaknya tak layak .maaf terkasar sikit.

    ReplyDelete
  4. Bukan apa pun segala teguran tu...cuma bila najib bagi duit utk proton senyap la tu chedet. Lepas tu dapat pujian pula najib

    ReplyDelete
  5. Wa atak ingat lea aa , itu Mahathir lebeh celedik, apa mau buat lagi , lain olang tatak payak sebok loo oo.

    ReplyDelete
  6. Mahathir perlu persalahkan diri sendiri kerana mewariskan dan memberi sokongan kepada calon pengganti PM yang difikirkan boleh dijadikan lembu pada dirinya, bukannya seorang calon PM yang bijak yang boleh memastikan Malaysia membangun dan makmur setanding negara negara maju lain.

    Kerana ketidaksediaan dilembukan yang mendorong Mahathir menyingkirkan pemImpin pemimpin bagus dan nemiliki potensi baik sebagai PM. Antara mereka ini ialah Tengku Razaleigh, Musa Hitam dan Anwar Ibrahim sendiri.

    Dalam tulisan beliau Mahathir mengakui akan kebolehan dan ketokohan Anwar sebagai pemimpin. Kata beliau lagi Anwar cuma tidak layak kerana masalah moral yang dikaitkan dengan liwat walau pun beliau sendiri sukar untuk terima tuduhan terhadap Anwar itu.

    Tidakkah Mahathir terfikir apa perlunya Anwar berperangai tidak senonoh begitu disaat dia sudah diambang ke puncak kuasa?. Kenapa dakwaan liwat terhadap Anwar hanya tiba tiba berlaku setelah beliau sudah menjadi orang kedua?

    Samada Mahathir sedar atau tidak, orang ramai dan rakyat tahu bahawa beliau berlakon dalam isu liwat 1 Anwar. Berani kerana benar, takut kerana salah. Keengganan Mahathir hadir ke mahkamah dalam kes Liwat Anwar (undang undang dipergunakan agar beliau tidak perlu hadir) selain perjalanan sesi perbicaraan yang tunggang langgang lagi meragukan telah membuka mata rakyat yang cerdik dan tidak berkepentingan bahawa sesungguhnya Mahathir lah yang telah membunuh calon calon PM Malaysia yang berbakat dan mempunyai kebolehan untuk meletak Malaysia ke tangga lebih tinggi di dunia.

    Apa yang Malaysia ada selepas Mahathir adalah PM PM lembu yang difikirkan oleh Mahathir boleh menjamin legacy beliau dan keturunannya, bukan soal masa depan Malaysia yang beliau utamakan.

    Kalau tidak kerana kepentingan peribadi mengatasi kepentingan negara yang berakar umbi dalam diri Mahathir, sudah lama Malaysia memiliki seorang yabg hebat hatta lebih baik dari Mahathir sendiri.

    Sebaiknya Mahathir perlu salahkan diri kerana beliau lah yang bertanggung jawab meletak pemimpin yang dirasanya "lembu" di puncak kuasa hari ini. Bagaimana mungkin Mahathir mahu mengharapkan yang terbaik dari PM PM selepasnya jika gading dibuangnya dan cuma tanduk yang disimpan dan dijagai beliau.

    Gembala lembu bernama Mahathirlah yang perlu dipersalahkan kerana mengangkat pemimpin berjiwa lembu dan menempatkan mereka di kedudukan yang tidak sepatutnya.

    Cukup jelas bukan Melayu saja mudah lupa tapi rupanya Mamak seperti Mahathir lah yang lebih pelupa aka nyanyok. Dah lama dah!

    ReplyDelete
  7. Tuan Shah, tak payah pening2. Tindakan Al kutty ni semua nya wayang2 yang dia selalu buat sebelum2 ni. Tembak satu sasaran tapi akan kena pada sasaran lain. Jika Najib smart, lantik Mukhriz jadi Tmbalan PM. Kita gerenti tidak akan timbul problem ni. Kita nak tengok Si Sembab dan si Zahid Hamidi yang merasakan mereka ni PM material deman kura tak nanti. Ha Ha Ha

    ReplyDelete
  8. DiSelangor, kita lihat parti PKR begitu bersungguh-sungguh menurunkan Khalid Ibrahim dari jawatan menteri besar kerana isu integeriti dan salah guna kuasa.

    Kuasa pengundi memilih calon parti, parti pula memilih calon pemimpin. Parti yang melantik maka parti juga yang berhak memecat ahlinya. Ramai yang tidak faham dan keliru tindakan PKR memecat Khalid Ibrahim.

    Peliknya, tindakan itu telah mengundang pelbagai pihak tampil mempertahankan kesalahan yang dilakukan oleh Khalid yang dianggap pekara kecil saja.

    Berbagai caci maki yang dihamburkan kepada Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan juga parti PKR sebagai gila kuasa, nepotisme. Seolah-olah Khalid Ibrahim adalah dewa yang tidak boleh disentuh dan diturunkan dari jawatannya.

    Begitu juga dikerajaan pusat, Mahathir melalui bahasa politiknya mahu Najib berundur dari jawatan yang disandangnya sekarang atas alasan beliau telah gagal melaksanakan tugas sebagai perdana menteri Malaysia.

    Banyak fakta dan bukti yang disenaraikan namun ia mengundang cemuhan dari pelbagai pihak disamping mempertahankan kesalahan yang dilakukan oleh Najib dan menganggap kesalahan Najib adalah pekara kecil saja.

    Kritikan Mahathir telah dibalas dengan caci dan maki sebagai orang tua nyanyok. Malah ada yang mengungkit guru kencing berdiri anak murid kencing berlari.

    Sehingga saat ini, Najib dipandang sebagai dewa yang tidak boleh disentuh dan diturunkan dari jawatannya.

    Apakah kita tidak boleh buat perbandingan antara Khalid Ibrahim dengan Najib Razak mempunyai perangai yang hampir serupa sehingga ujud desakan supaya berundur ?

    Dalam hal ini yang bertanggongjawab adalah parti yang melantik. Kritikan dan kutukan yang disembur oleh Mahathir kepada Najib adalah tertumpu pada UMNO Baru. Pukul anak sindir menantu.

    Jika semua pemimpin tertinggi parti itu terus mendiamkan diri tanpa bertindak memperbetulkan keadaan atau beriya-iya mempertahankan kedudukan Najib sedangkan mereka tahu Najib tidak layak jadi ketua pemimpin bermakna parti itu akan bertambah sial kerana dicelakakan oleh rakyat Malaysia.

    Rakyat Malaysia kata “UMNO BARU CELAKA”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madet dan AhJIb Gor sama-sama berperang untuk merampok segala kekayaan negara.Selagi melayu tak sedar diri dan mahu ditipu jadi lembu selagi itulah ditipu selamanya oleh parti haramjadah tu.Ingat! kita yang tua dah tak lama dah boleh hidup tetapi generasi akan datang akan memaki hamun datuk neneknya kerana menyebabkan mereka hidup merempat ditanah air sendiri disebabkan oleh pemimpin yang sama seperti lanun-lanun celaka.Ada lanun keling ada lanun dari macam-macam puak.semuanya jenis bangsa haramjadah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...