Tuesday 12 August 2014

Sokongan Bawa Rebah UMNO Kepada Khalid?


Buat sementara ini, dengan perkenan yang diperolehi oleh Khalid Ibrahim daripada Sultan Selangor, beliau nampaknya boleh terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Tetapi sampai bila beliau boleh kekal sukar dapat dipastikan kerana perkenan Sultan bukanlah sesuatu yang kekal dan tidak boleh berubah langsung.

Melalui perkenan yang diperolehi Khalid, ia hanyalah berdasarkan keyakinan Sultan Selangor terhadap pengakuan Khalid sendiri bahawa beliau masih mempunyai majoriti sokongan di kalangan ADUN negeri itu. Walaupun secara logiknya pengakuan itu agak diragui kerana ia hanya bersandarkan sokongan Pas sebelum ini serta keyakinan UMNO juga menyebelahinya.

Mengikut perkiraaan itu, Khalid sebenarnya hanya mempunyai sokongan 28 ADUN saja iaitu 15 daripada Pas, 12 daripada UMNO dan satu daripada dirinya sendiri? Daripada 56 ADUN keseluruhannya, kedudukannya sebenarnya adalah seri kecuali jika Khalid turut mempunyai sokongan daripada kalangan ADUN PKR yang turut menyebelahinya yang kita tidak ketahui.

Tetapi sokongan 15 ADUN Pas sebenarnya belum rasmi lagi kerana parti itu hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos depan. Lagi pula sokongan Pas kepada Khalid sebelum ini adalah dalam lingkungan permasalahan dalam PR saja. Dengan UMNO sudah secara terbuka turut memberi sokongan melalui kenyataan Muhyiddin Yassin bahawa 12 ADUN UMNO akan bersama Khalid, tidak mustahil pendirian Pas akan berubah.

Kiranya Pas terus menyokong Khalid, bermakna parti itu sudah bersama dengan UMNO dan BN di Selangor. Ini bermakna parti itu juga terpaksa menerima pakej UMNO iaitu MCA, Gerakan, MIC, PPP dan lain-lainnya sedangkan Pas masih ada persefahaman dengan PKR dan DAP dalam PR. Pas juga mesti menerima pakej lain yang bersama UMNO seperti Perkasa, Isma dan segala macam NGO lain yang berada di belakang UMNO jika ia terus menyokong Khalid.

Dalam bahasa yang lebih mudah, jika Pas terus mahu menyokong Khalid, mereka mestilah keluar daripada PR dan menyertai BN. Adalah janggal jika Pas mahu bersama Khalid yang sudah disokong UMNO di Selangor tetapi dalam masa yang sama juga terus bersama PR dan bermusuh dengan UMNO di Pusat dan negeri yang lain.

Walaupun tindakan Pas melewatkan tarikh mesyuarat daripada 10 kepada 17 Ogos membuatkannya sekali lagi berada dalam kesulitan dari segi membuat keputusan tetapi dengan sokongan segera yang diberikan oleh UMNO semalam, ia mungkin memudahkan lagi Pas membuat keputusannya.

Pilihan Pas hanya satu, sama ada terus bersama PR dan menolak Khalid atau kekal menyokong Khalid dan menerima UMNO sebagai sekutu baru serta BN sebagai wadah barunya.

Jika kerana UMNO sudah menyokong Khalid akan menyebabkan Pas menarik balik sokongannya kerana tidak sanggup dilihat bersekongkol dengan parti yang dimusuhinya sejak sekain lama, maka sokongan UMNO itu bolehlah dianggap sokongan yang membawa rebah kepada Khalid.

Tetapi jika dengan sokongan terbuka UMNO kepada Khalid ini juga membuatkan Pas terus bersama Khalid, tidak diragui lagi bahawa parti itu memang ingin kembali bersama BN dan membentuk kerajaan perpaduan yang akan dimulakan di Selangor.

Apa pun pendirian Pas pada 17 Ogos nanti tidak berkait sama sekali dengan sama ada membelakangi perkenan Sultan Selangor kepada Khalid atau sebaliknya, tetapi lebih kepada prinsip perjuangannya.

Soal sama ada Khalid bercakap benar atau sebaliknya kepada Sultan Selangor, ia adalah soal yang boleh ditentukan kemudian keraha perkenan Sultan Selangor itu hanyalah bersifat sementara saja sebelum sidang DUN diadakan dan sebelum Pas menyatakan pendirian rasminya.

Jika pada 17 Ogos nanti Pas membuat pusingan U dan menarik balik sokongannya, bermakna Khalid sudah hilang sokongan majoriti yang dipercayainya sebelum ini. Ketika itu Khalid hanya ada sokongan minoriti daripada 12 ADUN UMNO dan mungkin beberapa lagi ADUN PKR yang setia bersamanya.

Untuk menyingkirkan Khalid pula, ia haruslah dilakukan dalam sidang DUN melalui usul undi tidak percaya yang akan dibentangkan. Khalid hanya boleh terus kekal sebagai Menteri Besar jika beliau menang dalam pengundian itu, tetapi terpaksa berundur jika tewas.

Namun buat sementara ini, untuk memastikan jangka hayat politiknya terus ada, beliau juga mempunyai kuasa menentukan bila sidang DUN hendak diadakan. Khalid boleh mempercepat atau melewatkannya.

Apa pun, sebagaimana isu pertukaran Menteri Besar Selangor ini mula bermasalah kerana Pas secara terbuka menyatakan sokongannya kepada Khalid, ia juga terletak di tangan Pas untuk mengakirinya. Jika Pas ingin melihat drama ini berterusan, mereka boleh menunggu sehingga 17 Ogos untuk membuat keputusan tetapi ia juga boleh diakhiri dengan mempercepatkan tarikh mesyuarat atau Haji Hadi membuat kenyataan awalnya sebelum mesyuarat.

Oleh sebab sebelum ini beliau sudah membuat kenyataan menyokong Khalid sebelum mesyuarat, tiada salahnya jika Haji Hadi membuat perkara yang sama sekali lagi. (SH 12/08/2014)

34 comments:

  1. Salam Tuan,

    Satu ulasan yang cukup baik.Bagi saya ulasan hanya ringkas,Khalid takkan berjaya menjadi MB dengan hanya sokongan sultan.Khalid akan jadi MB cap ayam.MB tiada parti selepas dipecat.Dalam politik macam-macam boleh jadi.Sebenarnya Khalid tiada majoriti apa-apa pun,kecuali syok sendiri.Ini amat berbahaya.Yang pasti PAS pun dah tak mau sokong MB cap ayam.Sejarah menunjukkan parti bebas tak berjaya di Malaysia kerana tiada sokongan tentera bawahan.Jadi umpama cap ayam tu hanyalah menunggu masa untuk disembelih.PAS takkan sokong Khalid kerana Khalid dah jadi ayam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang syok sendiri sebenarnya adalah Anuar sang pembelit besar tu. Macam la bini dia yang lembap tu bagus sangat. Hidup bertongkatkan simpati orang-orang bodoh. Lagi baik minta sedekah kat pasar malam.

      Delete
    2. Kau sajalah minta sedekah sebab bodoh macam lembu.Umno tipu kau dan suroh kau makan taik lembu pun kau sanggup.Sebab kau taksub pada parti lembu tu dari taksub pada perintah Tuhan.Ha..ha..

      Delete
    3. apa punya admin blogger ni.. ko pun UMNO jugak dulu.. x habih2 nk kata pusingan U pusingan U.. dulu kata Hadi Awang.. sekarang Pas pulak.. prinsip Pas adalah menyokong bukan membabi buta.. walau rancangan drpd rakan Pakatan sendiri pun.. jika dirasakn x betul.. Pas tidak menyokong.. paham ke.. sekarang Pas adalah faktor penentu.. sangat signifikan.. dalam menentukan penyelesaian isu masalah yg dimulakan oleh PKR ini..

      Delete
    4. Pas faktor penentu adalah hujah taik kucing!Sebenarnya PAs dan jemaahnya sedang beratur menuju kepintu neraka jahanam sekiranyanya mereka belot.Rakyat memangkah dan memilih mereka akhirnya rakyat ditipu.Sabda nabi kita yang disanjungi: walaupun kebaikan kamu sebesar zarah,keburukan kamu juga akan dinilai seperti itu.Tak perlu pakai serban tinggi-tinggi,yang akhirnya membawa mereka kedalam neraka jahanam.Pikir Pas betul-betul,tak perlu mengaji agama tinggi-tinggi kalau nak dapat keredhaan illahi dan menjauhikan diri dari azab api neraka.Dunia hanya tempat persinggahan serta tidak kekal lama dan juga dunia selalu menipu manusia!

      Delete
  2. Momokan PAS ingin kembali kepada BN atau PAS mahu kerajaan perpaduan dengan UMNO di Selangor adalah cubaan cetek sekadar hendak memperbodohkan penyokong bawahan.

    Jika PAS bersetuju dengan Khalid, PAS akan kekal sebagai sebahagian kerajaan negeri bersama Khalid + beberapa lagi ADUN Bebas yang keluar dari parti masing2.....umno kekal pembangkang di DUN Selangor cuma kali ini agak harmonis untuk kepentingan rakyat Selangor.

    Untuk rakyat dan trend zaman sekarang tiada permusuhan parti tetapi perbalahan berlaku di peringkat polisi dan perlaksanaan. Ia sedang berlaku di kedah, kelantan dan terengganu.

    Sokongan umno selangor setakat sokongan kepada khalid untuk kekal sebagai MB dan bukannya sebahagian kerajaan negeri.

    PAS pusat boleh mengambil sikap berkecuali atau menyerahkan keputusan untuk dibuat oleh PAS Selangor sebagai pilihan terbaik. PAS Selangor wajar menyokong Khalid mengelakan pembubaran DUN yang kurang baik untuk PAS pada ketika ini jika pilihanraya negeri di adakan.

    Ini kali lah PAS lebih bijak dari PKR dan DAP dan diharap berterusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kluangman,
      jika PAS ikut pendapat anda, "berkecuali" itu maknanya pendapat yg takde pendapat. alasan berkecuali tapi masih kekal sokong khalid adalah alasan yg sangat Dangkal. ini kononnya supaya PAS masih kekal dgn PR sebab tak lawan secara terus dan sebab umno masih pembangkang di selangor juga adalah sangat dangkal.

      Ada 3 saja komponen parti dlm PR. khalid adelah Bebal,oops Bebas dan Bebas bukan komponen PR - jangan samakan dgn BN yg bole sponser calon Bebas sebab tak mau letak calon bertanding.

      Delete
  3. Theory Zuhdi ialah Khalid + Pas + Umno= 28 kerusi. Mengikut beliau bolih 'formed government' dan jentik DAP dan Gereja.

    Adakah theory ini akan menjadi keyataan atau fakta. Theory nya juga berdasarkan Khalid dipecat dari PKR.

    Tunggu dan lihat. Dalam kes Khalid Umno lebih cerdik dari Pas. Sokong Khalid, Umno dapat Langat2, Kidex dan crony mereka spt Eco World dapat project. Semua crony Umno untung. Pas sokong Khalid, adakah mereka dapat projek2 seperti Umno.

    Khalid juga bijak kerana jimat RM70juta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantek!Itulah Pas bodoh dan kena tipu denga UM No bagi kali keberapa ye?Asyik kena tipu dengan parti cap lembu.Agaknya Pas lagi terok dari umno.Cap keldai kot?

      Delete
    2. Memang orang orang PAS bodoh dari dulu, kini dan selama-lamanya

      Delete
    3. Duk tonton belakang gay tua anuwar...penganut tegar Parti Kuat Ribut lagi bangang wa giler babi..kahkahkah...

      Delete
  4. Akum Saudara2ku Tak kan lah sebab Khalid seorang tambah pula sekarang tak berparti ,dan  kini d sokong kuat pula oleh musoh utama kita, maka kita sanggup membenarkan parti kita retak. Mungkin ALLAH SWT nak tunjokan kita siapa sebenarnya Khalid . Apakah dia ini musang berbulu ayam. Berhati2lah apabila musoh mulai memuji kita. Pada saya Khalid bukan jastifikasi untok sehingga kita boleh berpecah dan berpisah .Kita semua ada kelemahan dan kesilipan. Kita buanglah yg keroh dan ambil lah yg jernih. Semoga rambut yg d tarik tak putus dan dlm masa yg sama tepung tak berselerak. Ini adalah ujian besar kepada kita semua. Sebahagian besar masyarakat telah mula mendampingi kita ; maka jangan sia2kan harapan mereka.  Semoga ALLAH SWT Memberi kita kekuatan dan kewarasan menghadapi cabaran ini. Mohon maaf jika pandangan saya ini tidak bertepatan kepada sesetengah pehak. Tamrin Tun Ghafar

    Renungkan bersama....salute TTG...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah sebenarnya nak tunjukkan siapa Anwar Ibrahim. Dah berkali-kali Dia tunjuk, tapi tak nampak-nampak. Percayalah, PKR tak akan sampai ke mana-mana. Jangan harap nak hidup sampai enam dekad lebih macam PAS. Pendapat dan pandangan daripada manusia banyak alam macam Tamrin bukan boleh dipakai sangat. Esok lusa PR bersepai, tengoklah ke mana dia merangkak...

      Delete
    2. Jangan takbur.kalau Allah dah tunjuk orang tak nampak maknanya itu semua fitnah sebab tak nampak.Tapi Allah dah tunjukkan terang-terangan yang umno itu memang penyamun besar dan sekarang umno tunggu masa nak kena humban.

      Delete
    3. umno tiada beza dengan pkr ...jenis anjing kalau tak makan tahik dihidu pun cukup...

      Delete
  5. Bagi saya PAS ni kalau betul nak sokong BN, terus terang dalam mass media. contoh "Kita sebulat suara sokong BN". Settle. Habis cerita.

    Kalau ada saja alasan kononnya, Anwar Ibrahim gila kuasa, dll, maka bersedialah kita untuk sokong UMNO BN yang siang-siang rompak harta rakyat.

    Kita nak kepimpinan yang telus dan tidak menyusahkan rakyat. Adakah pemecatan TSKI ini suka-suka saja?? Tidak. Mesti ada fakta-fakta yang rakyat harus tahu.

    Kalau sebelah BN UMNO, perkara mempertahankan seseorang itu begitu kuat, walau terang-terang ada kes rasuah.

    Bagi pihak UMNO pecat itu berlaku kalau tidak menguntungkan kroni-kroni UMNO.

    Kita rakyat tidak sebodoh itu.



    ReplyDelete
  6. DSAI just let Nurul Izzah become new mb of selangor then.none of pas can be trusted to be mb.look what happen to terengganu,perak,kedah.pas only good at rubbish ceramah but not when goverment after all.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree with your statement. PAS had been cheated once. So we can call PAS tetap bodoh, kini dan selama-lamanya

      Delete
    2. Jilat punkoq anuwar membabi buta bodoh jugak..kan..kan..kan..

      Delete
  7. Jawapan awal yang ditunjukkan selepas pertemuan Anwar dengan Hadi itu, bila Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Amar Nik Abdullah mengatakan kesemua 15 Adun PAS Selangor perlu memberi sokongan penuh kepada Khalid Ibrahim agar kekal sebagai menteri besar Selangor. Ini memberi bermakna sokongan mereka tetap kekal bersama Khlid Ibrahim.

    Apa yang dapat kita lihat ketika ini, penyokong pro Khalid amat menggila memberi komentar yang menghasut dan mengharapkan PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan bergabong dengan UMNO Baru sebagai kerajaan negeri Selangor yang baru.

    Namun saya percaya pengundi Selangor amat marah pada PAS dalam krisis ini kerana dalam pilihanraya ke 13 lalu mereka telah menolak calon dari Barisan Nasional dengan memilih calon PAS sebagai wakil rakyat mereka kerana parti PAS dalam Pakatan Rakyat. Bila sudah dapat banyak kerusi PAS pula bersikap curang dengan memulangkan semula kuasa tadbir negeri pada UMNO Baru.

    Walau apa pun keadaanya kita kena tunggu sehinga 17hb. Ogos nanti yang dikatakan keputusan muktamad sama PAS menyokong Khalid atau PAS menyokong Pakatan Rakyat. Kesan dari keputusan sama ada A atau B itu akan menentukan kreditibiliti PAS sebagai parti islam dalam negeri Selangor dan seluruh negara.

    ReplyDelete
  8. Puak serban besar takut bayang sendiri. Dulu, kini dan selamanya UMNO BN kan terus berkuasa. Selagi puak yang meletakkan hudud pada kedudukan wahid berbanding kebajikan dan kesejahteraan rakyat, sampai bila pun UMNO BN ajan terus bersultan dimata beraja di hati.

    Blogger terkenal asal utara tanah air pernah menulis kisah sekolahannya bagaimana seorang guru agama pondok memarahi ayahnya kerana sekolah kan beliau di sekolah Inggeris. Alasannya takut di kristian kan.

    Sampai usia tua hari ini blogger berkenaan kekal seorang muslim malah terus pertahankan Islam. Kebolehan beliau menguasai bahasa Inggeris yang baik memang diperakui.

    Kalau lah si ayah tadi mempunyai mentaliti seperti si serban besar guru agama itu, sudah pasti blogger berkenaan tidak dapat mencapai kefldudukan yang baik di pasca masih berkhidmat dulu.

    Bagi puak serban besar, DAP ini umpama sekolah kristian dalam kisah benar blogger berkenaan. Golongan serban besar sering takut dengan bebayang sendiri. Selagi spesis serban besar begini kemudikan PAS, tidak mustahil sampai kiamat pun UMNO BN kan terus berkuasa dan merompak khazanah negara.

    Kerana kebodohan puak serban besar yang sering ditipu bayang sendiri...selamanya PAS...pi mai pi mai dok tang tu juga melainkan anak anak muda era kini mampu lakukan perubahan dan memastikan kumpulan serban besar takutkan bebayang ini tidak lagi diberi kedudukan tertinggi dalam saf pimpinan parti.

    Allah anugerahkan akal untuk berfikir dengan waras dan bijak, bukannya mewajibkan kepala otak diserkup serban besar sepanjang masa. Kalau lah puak jenis ini ada bersama di saat Rasullullah mengalah kepada.musuh dan menyetujui perjanjian tidak boleh memasuki kota Madinah pada tahun tersebut, apa agaknya tindajan mrk kepada junjungan kita itu. Kalau lah Rasullullah bermentaliti spt puak serban besar dalam saf pimpinan PAS selama ini, mungkin syiar Islam tidak berkembang di kota berkenaan. Pi mai pi mai dok angkat pemimpin mamai.

    ReplyDelete
  9. Biarlah PAS menerajui Selangor,,, TS Khalid pon akan masok PAS.

    Anwar, Azizah dan Rafizi boleh mintak tolong DAP, Lim Guang Eng letak Jawatan supaya PKR Boleh lantik Anwar atau Azizah jadi Ketua Menteri supaya perjuangan ke Putrajaya dapat diteruskan.

    Azizah jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

    Kita nak tengok aper pendapat Cina2 Penang boleh terima MELAYU jadi Ketua Menteri ke Tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 08.36 ni jelas jenis bangang politik dan demokrasi. Saranan entah ke apa apa. Awat? Melayu boleh terima LGE jadi MB kat Kelantan ker ?. Nak buat saranan pun pakai otak lah oii!!! Bukan pakai akal racis mcm tu.

      Delete
    2. Sah dia ni follower setia Tantawi serban besar. Konon nak tunjuk pandai tapi kebodohan sendiri pula terdedah. ha ha

      Delete
    3. Tak suka orang itu ko punya pasal...asal jangan hina serban...bodoh punyai pkr..

      Delete
  10. PETALING JAYA: Pemerhati politik, Hishamuddin Rais menjelaskan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya meletakkan jawatannya bukan hari ini, tetapi semalam.

    “Khalid tidak lagi mewakili sesiapa, dan partinya juga tidak lagi menyokongnya dan kini yang menyokongnya hanyalah Hadi dan ‘Din Ayam’,” katanya dalam Forum Krisis Selangor-Pakatan Berpecah di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), malam tadi.

    ReplyDelete
  11. Oleh kerana Selangor kini dipimpin individu bernama khalid ibrahim yang belum ada parti politik, dengan sokongan 100% oleh umno dan ???% oleh PAS.

    Maka gua dengan ini mewujudkan satu akronim daripada kesemua nama-nama itu dengan nama yang cukup sedap.

    PAS + UMNO + Khalid Ibrahim
    =

    PUKI

    Satu-satunya cara untuk menghilangkan PUKI adalah dengan Khalid Ibrahim menyertai umno atau pas.

    Maka dengan itu hanya wujud dua pihak yang bakal mentadbir Selangor iaitu PAS dan UMNO.

    Maka bersorak gumbiralah gembala-gembala yang mempromosi UG selama ini
    BRAVO..cp

    ReplyDelete
  12. Selepas selesai penjanjian Air dan kontak KIDEX dilulus TSKI...tiba tiba TSKI mendaoat full support dari UMNO BN malah tanpa syarat spt kata Muhyidin Yassin.

    Agaknya klu perjanjian berkenaan belum ditandatangani MB Selangor tu, support tanpa syarat juga ke UMNO BN akn bagi pada TSKI?. Klu MOU tu baik utk rakyat, alasan apa TSKI buat MOU diam diam tanpa maklumkan pada rakan PR. Ada MOU dlm MOU antara TSKI dgn pihak berkenaan ker?.

    Hari ini TSKI dah jadi pujaan UMNO BN, wajah hitamnya menjadi putih kepada UMNO BN dlm sekelip mata. Magic apa yg TSKI guna sampai boleh buat orang yg membenci jatuh cinta? Pawang dan bomoh mana yg telah sediakan minyak pengasih kpd TSKI,

    Mana tak nya. Bank Islam pun dah tak kisah kagi pasal hutang dia. Najib dan Mahyuddin pun dah berbunga kasih sayang kat dia. Dahsyat dan hebat magic dan guna guna yang TSKI pakai tu.

    Tapi aku pun pelik. Puak serban besar yang ilmu agama tinggi melangit malah tiap surah quran terakam boleh dihafal dlm kepala pun boleh terkena magic dan guna guna TSKI. Nampaknya TSKI lbh cetfik dari meteka yg lain itu.

    Tapi ramai dlm PKR dan DAP tak pula termakan guna2 itu?. Adakah kerana PKR bersahabat dengan DAP yang membaham babi menybabkan guna guna TSKI tu tak berguna dan lut pada mereka?.

    Dahan pokok tak mungkin bergoyang klu tiada angin atau beruk monyet dan spesis hewan yang suka bergayut kat dahan yang banyak buah dan pucuk muda begitu. Tak mungkinlah monyet dan beruk cari dahan reput dan kering kontang melainkan beruk dan monyet sewel.

    ReplyDelete
  13. Dalam senario sekarang PAS sebenarnya sedang dihempit dua persepsi dimana jika mereka menyokong Khalid Ibrahim maka mereka akan dituduh sebagai barua Khalid dan UMNO Baru.

    Jika mereka berpihak pada Pakatan Rakyat maka mereka dituduh jadi kuda tunggangan DAP dan PKR.

    Dalam hal ini ana memang rasa kecewa pada pemimpin tertinggi PAS kerana suka mencampuri urusan orang lain sehingga menimbulkan masaalah dalaman parti sendiri.

    Ana terpaksa mengaku bahawa pemimpin yang ana wala' selama ini yang menjadi punca segala keributan dan keretakan dalam Pakatan Rakyat kerana ada hubungan sulit dengan pemimpin BN. Ini semua terjadi kerana ulamak juga perlu makan dan beri makan sedap pada bini sebelum dapat sedap.

    Ana kecewa dan marah pada PAS = "Pemimpin Ana Subahat"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati hati dengan PKR = "Pemimpin Kencing Rakyat"

      Delete
    2. Apa bezanya dengan umno?United Malay No otak,penyamun tarbus!

      Delete
  14. Kerana sikap bangang dan otak sengkek pimpinan kopiah putih dalam PAS dlm isu MB Selangor ini, dgn ini aku istihar dan tekad nak runtuhkan semua papan tanda dan replika PAS yang dibina atas tanah milik keluarga. Aku menyeru mereka yang tidak setuju cara pimpinan PAS betkaitan isu Kgslud Ibrahim ini lakukan hal yang sama di seluruh negara. Sia sia selama ini hulur bantuan, derma dan tenaga pada parti yang pimpinan tertingginya bengap dan bengong, harap setban saja besar tapi akal ciput! Mainan pimpinan beginilah yang menyebabkan Timbalan Presiden Mat Sabu kecundang di Pendang. Kerana terlenih bijak pimpinan spesis macam ni lah juga menyebabkan Kedah tko ditangan UMNO BN. Tunggulah masa...Kelantan pun akan bernasib sama, tak ubah mcm nasib PR di Kedah dan sekarang Selangor.

    Kempen ABUP perlu dilancar. Kita tgk perkembangan Selangor

    ReplyDelete
  15. Pkr dan dap memang bengap. :)

    ReplyDelete
  16. Kalau di luar negara sana nama David Copperfield disanjung kerana mampu lakukan pelbagai magic termasuk hilangkan sementara Liberty Statue dari pandangan mata audience, di Malaysia khususnya Selangor apa kurangnya malah lebih hebat, nama Khalid Ibrahim menjadi sebutan malah sanjungan golongan keris telanjang, dacing dan bulan purnama kerana kehebatan magic beliau yang mampu lesapkan puluhan juta RM hutang beliau dgn Bank Islam selamanya hanya dalam beberapa hari saja.

    Berbanggalah wahai rakyat Malaysia dengan kepintaran dan skil magic anak tempatan bernama Khalid Ibrahim ini. Pujian buat UMNO BN dan PAS kerana cepat menyedari kebolehan dan bakat semula jadi ilmu silap mata Khalid Ibrahim ini. Hidup Khalid Ibrahim! Bersedialah rakyat Selangor untuk menderma tol KIDEX selama 48 tahun dan kenaikan charge sir bila Langat 2 siap nanti. Magic Khalid telah membenarkan KIDEX menelan darah rakyat Selangor 48 tahun, satu lagi rekod yg tak pernah dibuat selama ini. Berbanggalah Dewan Syura PAS. Bergembiralah Hj Hadi dan Najib Razak dengan pencapaian luar biasa anak tempatan bernama Khalid Ibrahim ini. Eloklah buat kenduri kesyukuran kepada Nya !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...